15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi - Ana Suhana

Dec 28, 2017

15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi



15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi | Assalamualaikum. Melaka terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan adat budaya. Kerana kedudukannya yang dekat dengan KL menjadikan Melaka salah satu destinasi percutian terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancongan antarabangsa. Saban tahun statistik jumlah pelancong ke Melaka semakin meningkat sekaligus menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang pesat membangun.

15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi

Walaupun Melaka berkeluasan 1650km² dan menjadi negeri ke-4 terkecil di Malaysia,  namun Melaka menyediakan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Entri kali ni Ana nak share 15 Tempat Menarik di Melaka Untuk Dikunjungi bila korang ke Melaka. 

1. MENARA TAMING SARI
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Salah satu aktiviti yang wajib korang cuba bila di Melaka ialah menaiki Menara Taming Sari. Menara ini merupakan menara berputar 360 darjah pada ketinggian 80 meter.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka 
Kos pembinaanya sekitar RM24 juta dan telah di rasmikan pada 18 April 2008. Di atas nanti, korang boleh menikmati pemandangan keseluruhan bandar Melaka. Waktu operasi bermula pada pukul 10 pagi sehingga 11 malam. Satu sesi putaran mengambil masa sekitar 7 minit dan memuatkan sehingga 66 orang penumpang. Harga tiket untuk warga tempatan ialah RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak.


2. MUZIUM KAPAL SELAM
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 adalah  milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita. Bayaran masuk ialah RM 5 seorang
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Terdapat juga 2 model jet pejuang di pamerkan di satu sudut di luar kapal selam tu.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka

3. MELAKA RIVER CRUISE
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Melaka River Cruise selalunya akan bermuka dari Jeti Muara sehinga ke Taman Rempah. Jarak antara 2 tempat ni lebih kurang 9km. Masa perjalanan pula memakan masa sekitar 30-40 minit. Sepanjang perjalanan korang akan di sajikan dengan pemandangan beberapa jambatan dan bangunan bersejarah dan juga bangunan yang di cat dengan mural  gergasi yang sangat menarik.

Satu-satu cruise boleh memuatkan dalam 20-40 orang pada satu-satu masa bergantung pada saiz cruise. Minimum 8 orang di perlukan untuk cruise bergerak. Semasa bercruise nanti akan ada penerangan tentang sejarah-sejarah Melaka oleh tour guide. Sangat menarik untuk di dengar selain dapat refresh sejarah yang telah kita belajar di sekolah dulu.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Satu tips Ana nak share kalau korang bercadang nak naik Melaka River Cruise ni ialah kalau boleh sila datang masa weekdays. Seriously!! Ada dua kelebihan korang akan dapat.
  • Satunya tiket cruise lebih murah berbanding harga weekend. Beza dalam RM5.30 seorang. Bayangkan kalau pergi ramai-ramai berapa banyak boleh save kan. Harga tiket untuk dewasa ialah RM10.60 (weekdays) / RM15.90 (weekends). Manakala untuk kanak-kanak berumur 2-12 tahun RM5.30 (weekdays & weekend).
  • Dan keduanya masa beratur untuk naik cruise akan cepat dan tidak perlu beratur panjang.


4. MELAKA RIVER WALK
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Salah satu aktiviti yang boleh di lakukan di Melaka ialah jalan-jalan cuci mata di Melaka River Walk. Terdapat banyak bangunan yang telah di cat dengan pelbagai mural yang cantik-cantik. Memang sesuai untuk aktiviti bergambar. Kalau pergi belah petang, banyak kedai-kedai atau cafe di buka. Vintage semuanya. Selain tu, semasa berjalan kita boleh nampak river cruise lalu di Sungai Melaka. Lambai-lambai lah tangan sikit dekat dorang. Orang Malaysia kan peramah.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka 
Dah penat berjalan, boleh singgah di kiosk jam besar untuk menikmati air buah tembikai segar. Memang nikmat sangat dapat minum masa tengah panas.

Baca juga tempat makan di Melaka : Ikan Bakar Parameswara | The Windmill Station

5. PANTAI KLEBANG
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Waktu petang tak tahu nak ke mana apa kata korang ke Pantai Klebang. Banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat sini tau. Kalau bawa anak-anak mesti mereka suka. Antaranya boleh main layang-layang dan belon bubble.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Kalau nak lepak lama-lama dan selesa korang boleh sewa inflatable sofa untuk di jadikan tempat duduk. RM10 untuk satu sofa boleh pakai berapa lama kita nak. Tapi maksima sampai pukul 7.30 malam.
Tempat Menarik di Melaka
Selain dari bermain layang-layang dan belon, korang boleh juga cuba naik kuda dekat sini. RM20 seorang untuk seekor kuda. Naik dalam 5 minit je rasanya. Ada owner akan naik sekali untuk kendalikan kuda tu. Kalau tak,  ada yang tercampak dekat pantai nanti. Hehe. Kalau tak nak naik kuda, kereta kuda pun ada. Harga seorang RM15. Kanak-kanak pun di caj harga yang sama. Kereta kuda ni akan pusing satu dataran. Lebih kurang dalam 15 minit macam tu.


6. MASJID SELAT
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Melaka terkenal dengan negeri yang kaya dengan campuran budaya hasil dari tinggalan zaman jajahan British dulu. Terdapat pelbagai bangunan termasuk masjid-masjid yang sangat unik dan cantik boleh di dapati di sini. Antara salah satu masjid yang wajib di kunjungi bila berada di Melaka ialah Masjid Selat. Saban hari ada saja sekumpulan pelancong dari luar seperti China khususnya ke sini untuk melihat keindahan Masjid Selat ini.

Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Masjid Selat yang terletak di Pulau Melaka di bina dan tersergam indah di tepi Selat Melaka. Ketika air pasang, Masjid Selat akan kelihatan seakan-akan terapung di permukaan air dan menjanjikan satu pemandangan yang indah buat para pengunjung.


 7. MASJID PENGKALAN HULU
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Masjid Kampung Hulu terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan merupakan masjid tertua di Malaysia (ada fakta mengatakan masjid ke-2 selepas Masjid Peringgit) dan telah di senaraikan oleh Archnett sebagai antara 777 bangunan bersejarah di dunia. Masjid ini mula di bina pada tahun 1728 oleh penduduk tempatan dan di biayai sepenuhnya oleh Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Disebabkan penjajahan telah mewujudkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, ciri-ciri senireka masjid telah menerapkan unsur-unsur Aceh (Jawa) dan Cina dalam seni binanya. Tak hairan lah masjid Kampung Hulu ni kelihatan sangat klasik dan unik. Sehingga hari ini Masjid Kampung Hulu masih aktif di gunakan dan banyak aktiviti di jalankan untuk mengimarahkan masjid ini. Selain itu, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara kerana ingin mengambil air dari kolahnya untuk di jadikan penawar penyakit yang tidak dapat di rawati oleh pakar perubatan.


8. KOTA A FAMOSA
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Kota A Famosa bermaksud Yang Termashur dalam bahasa Portugis. Ianya di bina oleh Portugis pada tahun 1511 sebaik Melaka berjaya di tawan. Kota A Famosa merupakan seni bina eropah tertua yang masih wujud di Asia. Kubu ini dibina atas arahan Alfonso de Alburquerque bagi menangkis serangan orang Melayu dan mengambil masa selama 5 bulan untuk siap. Ramai buruh paksa yang mati ketika membina kubu ini kerana suhu panas terik dan kekurangan makanan.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Semasa penaklukan Belanda ke atas Melaka, kota tersebut telah di kepong selama 5 bulan. Penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus dan ada satu kes seorang wanita memakan bayinya sendiri. Pada 14 Januari 1641, pihak Belanda berjaya menyerbu Pintu Santo Domingo Gate.


9. BANGUNAN STADTHYUS
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Tahu tak perkataan Stadthuys itu bermaksud dewan bandaraya dalam bahasa Belanda. Bangunan Stadhuys ni terletak bersebelahan dengan Gereja Crist. Ianya di bina pada tahun 1650 dan pernah di jadikan sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, pejabat setiausaha, bilik sembahyang, ruang makan, rumah tetamu, gudang dan penjara.

Senireka bangunan ni bercirikan rekabentuk Belanda. Bangunan ini mempunyai 2 tingkat dan selebar 30 meter. Kini bangunan Stadthuys menempatkan beberapa muzium seperti muzium sastera dan Galeri Laksamana Cheng Ho


10. MUZIUM SAMUDERA
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar. Muzium ini di bina pada tahun 1990 dan telah di rasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada 13 Jun 1994. Tujuan muzium ini di tubuhkan adalah untuk mengetengahkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Muzium ini juga memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan akhirnya zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Bayaran masuk ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan pelajar. Muzium ni beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari. Manakala hari Jumaat hingga Ahad waktu operasi di lanjutkan sehingga pukul 9 malam.


11. MUZIUM ISLAM MELAKA
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Muzium Islam Melaka di tubuhkan sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan berorientasikan Islam. Ini sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara pada masa dulu. Terdapat 8 ruang pameran utama dengan tema-tema tertentu di dalam muzium ini untuk memudahkan pelawat memahami info yang ingin disampaikan. Antara koleksi yang terdapat di sini ialah replika Al-Quran terawal, sejarah masjid dan replika pedang Rasulullah s.a.w. Bayaran masuk ke dalam muzium ialah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Di tutup setiap hari Isnin.


12. A FAMOSA FREEPORT OUTLET
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Nak fefeeling macam di overseas tak perlu pergi jauh-jauh. Apa kata korang ke Freeport A Famosa Outlet di mana ia merupakan 'open air mall' yang bertemakan warisan Belanda di Melaka dengan menampilkan tasik, air pancut, Carousel dan kincir angin sebagai daya tarikan pengunjung.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Di Freeport A Famosa Outlet terdapat lebih dari 70 outlet beroperasi di sini. Antaranya seperti Nike, Cototn On, Puma, G2000, Carlo Rino, Samsonite, Hyper Gear, Bonita Group dan macam-macam lagi.


13. ZOO MELAKA
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Zoo Melaka pernah dinobatkan sebagai zoo terbaik di Malaysia. Terdapat lebih dari 214 spesis haiwan dari Asia Tenggara dan Africa boleh ditemui di sini.  Tarikan utama Zoo Melaka ialah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Waktu terbaik untuk ke sini ialah pada waktu pagi kerana pada masa ni kebanyakkan haiwan sedang aktif menunggu makanan. Zoo Melaka juga ada Safari Malam pada setiap hsri Jumaat hingga Ahad bermula pukul 8 - 11.30 malam. Perkhidmatan tram turut disediakan dengan kadar bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


14. JONKER WALK STREET
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Salah satu lokasi wajib singgah bagi yang tercari-cari barang berupa cenderamata dan sebagainya. Terdapat pelbagai barangan menarik dijual di sini pada harga yang berpatutan. Jonker Walk hanya dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Hari biasa ditutup harap maklum.

15. THE SHORE SKY TOWER
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
The Shore Sky Tower merupakan bangunan tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat (153m). Apa yang menarik di sini ialah terdapat satu lantai kacang lutsinar dibina yang membolehkan para pengunjung untuk menguji tahap keberanian mereka berada di atas platform ini.
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka
Bahagian atas bangunan juga menjadi salah satu port yang cantik dan sesuai untuk instagrammable especially pada waktu petang ke senja.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Melaka termasuk muzium, taman tema dan pantai. Namun yang Ana senarai di atas ni merujuk kepada tempat-tempat yang Ana dah pernah singgah dan untuk dikongsi bersama. 

38 comments:

  1. dlm senarai tu ada beberapa lg akak tk sempat pegi...wah skarang yg kt pantai klebang tu ada sofa ala2 bean bag sronok juga

    ReplyDelete
  2. Lama dh tak ke Melaka..dh byk tempat baru menarik ya. Nampak gaya kena gi semula ke sana ni

    ReplyDelete
  3. banyak juga ya tempat yang boleh kunjungi. ada beberapa tempat dah pergi :)

    ReplyDelete
  4. tak byk yg sy pergi mse bulan 3 haritu. tapi sempat la pusing2 bndar hilir tu kan.. best, nnt suatu masa nk pegi jugak lg. haha

    ReplyDelete
  5. baru balik dari melaka hari tu...tp byk tmpat xdpt pegi..org ramai sgt dan kena beratur panjang..menaraa taming sari tu best kan...bot tu plk kn time tiket mahal...mengantuk je sepanjang perjalanan haha...

    ReplyDelete
  6. Betul sangat tu

    Memang melaka banyak tempat menarik

    ReplyDelete
  7. tak habis pusing lagi Melaka..hehe. Banyak tempat menarik

    ReplyDelete
  8. Saya pernah naik Taming Sari tu. 2 kali. Sekali pergi dengan parents and siblings. second time pergi dengan husband dan anak. mula-mula naik tu rasa senak perut. tapi bila dah lama-lama ada kat atas tu, boleh nampak view hampir seluruh melaka. cantik

    ReplyDelete
  9. Yeay! Bagusnya perkongsian ni! Melaka memang banyak tempat best malah kalau ditambah lagi mesti panjang entri ni. Hihi. Apapun gambar-gambar cun lagi-lagi kat the shore tu. Cantik waktu matahari terbenam rupanya!

    ReplyDelete
  10. Melaka river walk tu kalau bawa ai tiap-tiap minggu pun ai ok je.

    ReplyDelete
  11. eh yeke tiket masuk zoo murah nya, ingat harga macm zoo negara sini.. pe pun nak gi sebab zie kan hunting zoo yg de kat mesia ni..hahahaa

    ReplyDelete
  12. Gambar yang bawah tu cantik sekali, ni rasa nak pergi singgah Melaka jap lagi ! tetibe jerp

    ReplyDelete
  13. Negeri Melaka salah satu negeri yang mewah sejarah.Ada daya tarikkan yang tersendiri..keunikkan yang boleh di ketengahkan.Alhamdulillah.Menara taming sari pernah lalu...naik belum pernah kak..

    ReplyDelete
  14. da lama tak pergi melaka...dulu2 pergi muzium samudera nn a famosa je...yg perkampungan malaysia ade lg tak...taman buaya ade tak

    ReplyDelete
  15. baru je pergi melaka tapi dapat cover sikit je tempat sebab singkat sangat masa. insyaAllah nanti boleh visit those place.

    ReplyDelete
  16. Pernah juga pergi melaka, tapi byk tempat tak sempat nak singgah....

    ReplyDelete
  17. Ada beberapa tempay dalam list ni lia penah singgah bila pergi Melaka. Rasa satu hari nak pergi lagi. Boleh refer entry ni next trip. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  18. Pernah lah pegi melawat tempat2 yang dinyatakan tu. Tapi bnyk juga tmpt menarik yg belum saya lawat.memang cantik gmbar atas bangunan tu! Kena pose dgn langit biru tu!

    ReplyDelete
  19. The Shore Sky Tower. Saya nak pergi sana. Tak pernah tahu pun ada. Thanks. :)

    ReplyDelete
  20. Bestnya Melaka, walaupun negeri kecil tapi macam2 ada dalam tu

    ReplyDelete
  21. Dah lama tak balik Melaka! Dalam banyak banyak tempat ni, saya baru pernah pergi beberapa tempat je.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah. Daripada 15 senarai tu, 3 je tak jejak lagi. The shore sky tower tu cantiknya 😍 tak pernah tahu

    ReplyDelete
  23. wah.. banyak nya tempat menarik yang boleh dikunjungi di melaka ye.. tengok tu ada The Shore SKY Tower tu.. TB teringin sangat nak pi.. kena request kat hubby ni.. haha

    ReplyDelete
  24. Dah lama tak bercuti ke melaka...lepas ni boleh rujuk kat post ni

    ReplyDelete
  25. best jak bandar melaka nih..kalau ada rezeki nanti sampailah kat melaka..insyaallah..

    ReplyDelete
  26. Boleh dikatakan banyak jugak tempat menarik kat melaka..70% akak dh pi nanti nak pi lagi beberapa tempat yg x pnh pi

    ReplyDelete
  27. Melaka tempat bersejarah kan..tempat kelahiranku juga..hehehe..nanti bila ada kelapangan teringin nak bawak anak² jugak

    ReplyDelete
  28. Banyak rupanya tempat yang tak pergi. Haritu pergi melaka tuju cari asam pedas jee dulu. Lepastu masuk muzium dekat sana. Taming sari tak sempat nak naik.

    ReplyDelete
  29. Melaka memang cantik, setahun entah berapa kali akan ke Melaka, tapi yang bestnya tak pernah jemu. Tarikan Melaka sangat kuat. Sebut jer Melaka terus ingat pada makanannya naseb baru balik Melaka event ETR 2017 haru tu dapt pekena asam pedas dah

    ReplyDelete
  30. Nama je kampung kat melaka tapi baru dapat terjah suku je lokasi dari dalam list tu huwaaa nak jalan2 semuaaa

    ReplyDelete
  31. memang banyak tempat menarik kat melaka. lagi-lagi tempat bersejarahnya. rindu dengan melaka, dah lama tak pergi sana. next cuti bolehlah plan ke sana

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  32. lama tak gi melaka..mcm menarik je the shore sky tower tu..

    ReplyDelete
  33. No 1 mmg xberani nak naik..hehe.. takut ketinggian.. sume mmg best.. dah puas bjalan masa study melaka.. tpi kena cuba jugak kan naik menara taming sari tu. Dapat rasa sekali seumur hidup jadila kn..ntah bila berani tu.

    ReplyDelete
  34. Melaka memang banyak temoat menarik. Ada yg pernha singgah dan ada yg tak pernah singgah. Masjid Selat tuh pernah gi sana dan solat. Masjid pun nampak cantik

    ReplyDelete
  35. Pernah pergi Melaka banyak kali but never though of visiting some of the places, just because I never knew it was exist. This weekend, my family and I ada planning untuk ke sana semula. Akan menetap di one of the bungalow's near A'Famosa and I will make sure we will visit all of 'em! Thank you for this entry.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  36. sedapnyaaa diaaaaa minum air buah tembikai segar tu.. hehe

    ReplyDelete
  37. Kak ayu pegi melaka suka dok dalam hotel jer. Layan anak2 mandi swimming pool hehee

    ReplyDelete
  38. Yay! thanks for the sharing, I am going to Melaka this CNY holiday.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤