Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus l Assalamualaikum. Aishhh bila lama sangat dok terperap dekat rumah ni, bukan main meriah lemak-lemak tepu ni dok bertepek dekat badan. Berat badan jangan cakap lah. Mencanak-canak dia naik. Boleh buat gaduh kalau ditanya pasal berat badan. Haha. Lepas tu mula lah buka Google cari tips dan petua turunkan berat badan bagai. Eh korang pun sama kan.?? Haha.

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus

CaraTurunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus


Sekarang ni senang kalau nak turunkan berat badan. Banyak produk-produk kesihatan untuk kurus ada dekat luar sana. Tinggal korang nak pilih je. Tapi nak capai kurus tu, ada pantang larang yang korang kena follow. Kalau tak, minum lah berkotak-kotak produk kurus tu, tak jadi apa punya.


Kalau korang perasan, kebanyakkan produk kurus akan bantu kurangkan selera makan kita dan tingkatkan proses pencernaan. 2 faktor ni yang bantu korang untuk capai berat badan yang korang target tu. Selebihnya macam Ana cakap tadi, korang tetap kena pantang bab makan minum.


Cara Mudah Turunkan Berat Badan


Tapi memang betul. Bila kita jaga bab makan dan minum, memang boleh untuk turunkan berat badan even tanpa bersenam. Ni based on pengalaman Ana lah masa muda-muda dulu. Sebabnya masa tu tahap metabolisma kita masih cun. Tapi kalau dah masuk 30 series ni, faham-faham sendiri lah ye. Kena lah masukkan aktiviti senaman atau workout dalam rutin kita.


Sebenarnya tak susah pun nak turunkan berat badan tu. Asal jaga makan, insyaAllah mesti berjaya. Tapi yang susahnya nak sekat selera dan nafsu makan kita. Tu paling liat nak jaga. Lagi-lagi bila lauk pauk favorite korang ada depan mata. Tu belum lagi masuk ada sambal belacan, tempoyak, budu, ikan masin etc. Mau habis nasi seperiuk hari tu.


Tapi pada yang betul-betul nekad nak sihat dan kurus, korang boleh teruskan dengan misi korang. Ni Ana share beberapa tips mudah turunkan berat badan dengan selamat tanpa produk kurus. Kalau konsisten, dalam sebulan dah boleh nampak result dia. Tak caya, boleh start hari ni.


1. Makan Sedikit Tapi Kerap


Korang kena kerapkan makan tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukan penuh sepinggan setiap kali makan. Ni namanya kuantiti versus kualiti. Jarak masa makan tu pula dalam 2-3 jam. Bukan setiap jam ye anak-anak.

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus


Sebabnya bila kita kerap makan, kita boleh kurangkan rasa lapar yang kuat. Contoh paling mudah, masa breakfast. Ni yang paling selalu kita skip. Lepas tu masa lunch, kita makan bagai nak rak sebab rasa lapar yang teramat. Ni yang korang patut elak. So mulai hari ni, korang kena makan kerap tapi dalam kuantiti sedikit. Ok?


2. Kawal Pengambilan Kalori 


Bab ni paling susah nak kira. Macam mana nak kira jumlah kalori yang kita dah amik kan. Ana sendiri pun tak tahu. Tapi rupanya ada cara yang mudah. Yang kita semua tahu.


Cara dia?


Amal konsep suku suku separuh. Biasa dengar kan? Make sure masa makan tu, portion dalam pinggan kita suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayuran dan buahan.


3. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein


Kalau korang masuk kelas-kelas diet, benda ni paling ditekankan. Kurangkan karbohidrat dan lebihkan sumber protein, sebaiknya protein tanpa lemak. Menurut kajian, pengurangan pengambilan karbohidrat dalam diet terbukti dapat menurunkan berat badan dengan berkesan. Selain tu, berat air dalam badan juga dapat dikurangkan.

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus

Antara sumber protein yang baik untuk menggantikan karbohidrat ialah daging lembu tanpa lemak, ikan, ayam, taufu, kekacang, telur dan produk susu rendah lemak. Protein bukan je penting dalam pemakanan untuk korang yang kurus malah penting untuk anak-anak yang sedang membesar dan juga menu yang baik untuk ibu mengandung.


4. Makan Makanan Berserat Tinggi


Salah satu punca berat badan susah nak turun adalah kerana sistem pencernaan yang tidak lancar. Proses nak buang air besar terganggu hingga menyebabkan toksin dalam badan meningkat.


Sebab tu pengambilan makanan berserat tinggi amat penting dalam diet seharian. Selain  dari bantu lancarkan proses pencernaan, ianya juga membantu perut rasa kenyang lebih lama serta baik untuk mengurangkan lemak pada perut.


5. Kurangkan Makanan Berproses

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus

Makanan berproses memang sedap. Sosej, daging burger, fries etc. Siapa tak suka kan. Tapi tu lah. Hakikatnya makanan yang diproses ni tinggi dengan kandungan kalori dan tak mengenyangkan pun. Kenyang masa makan tu je. Lepas sejam korang akan lapar balik. Sebaiknya makan makanan yang sebenar yang lebih baik dalam membantu mengenyangkan perut korang.


6. Minum Air Masak & Kurang Minuman Manis


Korang tahu tak korang boleh kurangkan berat badan dengan mudah hanya dengan meninggalkan makanan dan minuman manis. As simple as that. Sebabnya gula hanya akan meningkatkan pembentukan lemak pada tubuh terutamanya perut korang.

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus


Nak senang minum je air kosong 2-3 liter sehari. Sambil bantu badan kita keka terhidrat, ianya juga boleh boleh bantu kawal selera makan. Tapi kalau rasa tak lalu nak minum air kosong, pandai-pandailah bagi perisa sikit. Buat ala ala infused water. Letak lah hirisan lemon ke, oren ke, timun ke, oudina ke dalam tu. Pun sedap juga.


7. Amal Rutin Hidup Yang Sihat


i. Tidur Secukupnya


Tidur yang mencukupi sama penting dengan diet dan senaman dalam proses menurunkan berat badan. Berapa purata tidu untuk seorang dewasa? Menurut saranan sekitar 6-8 jam sehari. Kiranya dalam pukul 10 malam korang dah kena masuk tidur. Tidur yang cukup bukan je bantu recharge tenaga yang hilang, malah dapat elak korang dari duk bersnek sebelum tidur. Sebabnya bila kita tidur lewat, tendency untuk kita makan sangat tinggi sebab masa tu perut senang-senang je berkeroncong minta diisi.


ii. Bersenam 3x Seminggu

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus


Akhir sekali, jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu selama 30 minit. Macam-macam aktiviti senaman yang korang boleh buat. Paling mudah berjoging dan berlari. Bersenam bukan je jadikan kita lebih cergas, segar dan sihat, malah membantu badan membakar kalori dan juga lemak dengan lebih cepat.


Tapi kalau busy sangat sampai takde masa nak bersenam, boleh cuba tingkatkan aktiviti harian yang lebih aktif. Contoh naik tangga berbanding naik lif semasa di pejabat. Di rumah pula, korang boleh perbanyakkan aktiviti seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah. Kalau rumah korang jenis rumah atas tanah lagi bagus. Lagi banyak aktiviti yang boleh di buat dekat luar tu.


Macam mana? Senang je kan tips nak turunkan berat badan kan tanpa perlu guna produk kurus ni.  Nak tak nak buat je. Mana tau kali ni korang berjaya turunkan beberapa kilo kan. Usaha tangga kejayaan. Chaiyok chaiyok. 



Cara Turunkan Berat Badan Dengan Selamat Tanpa Produk Kurus Reviewed by Ana Suhana on October 05, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. waaa menarik ni..saya mmg tgh cuba nak turun kan berat badan bkn sebab nak cantik tetapi lbh kepada faktor kesihatan..

    ReplyDelete
  2. kawal kalori dan kurang amik air manis Tu mmg betul dan nampak keberkesanannya

    ReplyDelete
  3. Betul tips yang ana share ni memang membantu. Janji kita kena konsisten baru kita dapat hasilnya

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.