Makanan Ibu Mengandung Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

Updated - Makanan Ibu Mengandung Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan l Assalamualaikum. Melalui proses mengandung antara detik terindah dalam kehidupan seorang wanita. Perasaan gembira tu sangat sukar nak digambarkan terutama buat mereka yang dah lama menanti kehadiran cahaya mata. Sepanjang tempoh ni, kita akan sedaya upaya untuk pastikan diri kita dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.  Pemakanan ibu mengandung yang seimbang yang tinggi dengan khasiat untuk ibu dan bayi perlu dititikberatkan.

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan


Makanan Ibu Mengandung Tinggi Dengan Khasiat Untuk Bayi Dalam Kandungan


Walaupun mengandung tu nampak menyeronokkan tapi selalunya pada tempoh awal kehamilan (trimester pertama), kita akan mengalami sedikit kesukaran. Perkara paling biasa yang akan dialami oleh ialah alahan atau mabuk yang sangat teruk. Pada masa ni kita akan jadi sangat sensitif dan emosi jadi sangat tak stabil. Sebab tu para lelaki kena hargai para isteri dengan sebaiknya. Beri nafkah isteri extra pun takpe. Tanda kita hargai mereka.


Antara mabuk yang biasanya terjadi pada trimester pertama ialah mual-mual, muntah, sakit kepala yang berpanjangan dan juga pitam. Mabuk akan menyebabkan ibu tidak lalu untuk makan dan lebih gemar untuk tidur. Tapi nak tak nak, kita kena kuat lawan perasaan tu. Teruk macam mana pun mabuk kita pada masa tu, kita kena pastikan yang kita tetap kena makan makanan ibu mengandung yang perlu diamalkan setiap hari. Pengambilan diet yang seimbang sangat penting untuk pastikan kesihatan kita dan bayi dalam kandungan tidak terjejas.



Kandungan Kalori Untuk Ibu Mengandung


Badan kita memerlukan kalori tambahan semasa mengandung lebih daripada keperluan harian sebelum mengandung terutamanya semasa berada di trimester kedua dan ketiga. Berdasarkan kajian, semasa trimester pertama dan kedua ibu mengandung memerlukan kira-kira 2,000 kalori sehari. Dan keperluan kalori bertambah menjadi 2,200 kalori sehari semasa berada di trimester ketiga.


Untuk pecahan pemakanan pula, ibu mengandung disarankan untuk mengambil 10% kalori daripada protein, 35% kalori daripada lemak dan 55% sumber kalori lain dari karbohidrat. Selain tu, makan yang diambil juga perlu lah tinggi dengan  zat besi, kalsium, vitamin A, B dan C, folat, magnesium, selenium dan juga zink. Keperluan ini semua penting untuk ibu dan juga bayi sekaligus untuk mengelakkan pembesaran bayi terganggu.




Makanan Harian Ibu Mengandung


1. Produk Tenusu


Produk tenusu antara sumber makanan terbaik untuk sumber protein dan kalsium bagi membantu perkembangan dan pembesaran janin di dalam kandungan. Ini kerana produk tenusu mengandungi fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan juga zink. Antara produk tenusu yang boleh diambil dalam diet seharian ibu mengandung adalah seperti susu dan juga yogurt yang kaya dengan kandungan probiotik.


Makanan Ibu Mengandung Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

Tapi korang kena ingat, susu yang hendak diminum hendaklah susu yang telah dipasteur terlebih dahulu supaya bakteria berbahaya seperti listeria tidak masuk ke dalam badan kita. Sebaiknya minum je susu ibu mengandung yang banyak dijual di pasaran. Tapi kalau nak bagus lagi boleh minum susu kambing. Antara jenama yang terbaik ialah Faleeq Susu Kambing.



Faleeq Susu Kambing Sesuai Untuk Ibu Mengandung



Faleeq Susu Kambing merupakan produk milik bumiputera Malaysia dan berstatus halal JAKIM. Susu kambing Faleeq dijamin tulen, organik dan semulajadi yang diimport dari Holland di dikilangkan di Malaysia.


Makanan Ibu Mengandung Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

Seperti yang kita tahu, susu kambing merupakan susu kedua terbaik untuk diamalkan. Ini kerana  susu kambing kaya dengan protein, enzim dan juga mengandungi faktor anti-penuaan, anti-arthritis sert anti-barah. Susu kambing juga mampu merawat pelbagai jenis penyakit perut seperti gastrik, penyakit kulit dan banyak lagi.

 

Antara kelebihan susu kambing Faleeq untuk ibu mengandung ialah :


Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

1. Sumber tenaga ibu semasa mengandung

2. Menghilangkan loya dan pedih ulu hati kerana susu kambing bersifat alkali 

3. Membekalkan nutrisi tambahan untuk ibu dan bayi

4. Mengurangkan risiko terkena jaundice

5. Mencantikkan kulit ibu dan bayi

6. Menaikkan HB dan melawaskan pembuangan serta membantu sistem penghadaman

7. Mengurangkan selulit pada perut


Faleeq Susu Kambing didatangkan dalam perisa kurma, strawberi dan koko yang rendah lemak, tanpa gula tambahan, tanpa lemak trans dan rendah kandungan krimer yang sangat untuk ibu mengandung yang mengalami alahan dan tak lalu dengan perasa susu kambing asli.  Jangan risau nak minum sebab susu kambing Faleeq tidak berbau hamis. Faleeq Susu Kambing ini juga seuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan warga emas.



2. Buah-buahan


Buah-buahan sangat bagus untuk diet seharian ibu mengadung. Sebab tu ibu mengandung perlu makan buah-buahan dalam kuangtiti yang banyak untuk pastikan mereka mendapat kandungan antioksida, mineral, vitamin dan serat yang mencukupi. Tapi tak semua buah-buahan sesuai untuk diamalkan. Jom baca antara buah-buahan yang bagus untuk ibu mengandung.



Buah-buahan Kaya Dengan Vitamin C

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan


Vitamin C merupakan salah satu sumber yang penting untuk fungsi fisiologi dan antioksidan terhadap kesihatan badan kita. Namun badan kita tak mampu untuk hasilkan vitamin C sendiri. Jadi kita perlu mendapatkan vitamin C melalui pemakanan. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber vitamin C yang terbaik. Antaranya seperti buah jambu batu, betik, oren, kiwi, strawberi, tembikai susu, lemon dan banyak lagi.



Buah-buahan Kaya Dengan Potasium

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan


Masa mengandung, kekejangan kaki sering terjadi. Even masa tidur pun kita boleh kena kekejangan kaki ni. Sakit dia jangan cakap lah. Tahu tak kekejangan kaki ni terjadi kerana badan kita kekurangan potasium. Apa itu potasium?


Potasium merupakan sejenis garam mineral yang sangat penting untuk memastikan tubuh kita mempunyai tenaga, kandungan air dan elektrolit yang mencukupi. Selain itu, mineral juga membantu menyeimbangkan tahap metabolisme, tekanan darah serta menguatkan sistem saraf. Potassium boleh didapati di dalam buah-buahan seperti pisang, kiwi, apricot, plum, avokado, jambu batu, buah markisa dan nektar.



Buah-buahan Kaya Dengan Beta-Karoten

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan


Beta-karoten merupakan salah satu Vitamin A yang tinggi dengan anti-oksida dan sangat penting untuk kesihatan mata, kulit, fungsi otot, sendi dan membantu meningkatkan produktiviti sel-sel dalam badan manusia


Menurut kajian, vitamin A sangat penting semasa mengandung dan menyusu. Vitamin A penting dalam proses perkembangan dan pertumbuhan janin termasuk dalam untuk perkembangan organ dalaman, mata, tulang, pernafasan dan sistem saraf pusat. Antara buah-buahan yang kaya dengan beta karoten ialah betik, mangga, melon dan pisang kaki.



Buah-buahan Kaya Dengan Asid Folik

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan


Siapa yang pernah mengandung mesti dah biasa 'telan' asid folat yang dibekalkan oleh misi-misi di klinik ibu mengandung. Betul tak? Kenapa penting untuk kita makan asid folik semasa mengandung?


Asid folik merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada sumber makanan dan sangat penting dalam perkembangan tubuh manusia terutama ibu mengandung. Asid folik sangat penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Sebab tu asid folik teramatlah penting untuk pastikan proses pertumbuhan janin sihat dan sempurna. Pengambilan asid-folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama atau tulang belakang. Asid folik boleh didapati daripada sumber buah-buahan seperti buah oren, limau gedang, betik, anggur, strawberi, rasberry dan juga pisang.



3. Sayur-sayuran


Sayur-sayuran terutama sayuran berwarna hijau sangat baik untuk ibu mengandung kerana ianya sarat dengan vitamin serta nutrisi termasuk vitamin A, C dan K, kalium serta folat. 

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan


Sayur-sayuran juga kaya dengan anti-oksida dan sebatian tumbuhan yang bagus untuk sistem imun. Disebabkan sayuran tinggi dengan kandungan serat, ianya dapat membantu mengelakkan sembelit sekaligus memperlancarkan proses pencernaan dengan menyingkirkan semua toksin dalam badan dengan sebaiknya. Sayur-sayuran yang baik untuk diamalkan oleh ibu mengandung ialah brokoli, bayam, tomato, labu, asparagus dan kubis.



4. Kekacang


Kekacang mengandungi khasiat yang sangat banyak bangi mereka yang tidak mempunyai alahan kepadanya. Antara khasiat kekacang ialah ianya tinggi dengan folat dan protein. 

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

Seperti yang Ana bagitahu dekat atas tadi, asid folik dan folat dapat membantu mencegah kecacatan pada janin terutama dalam otak dan tulang belakang. Manakala protein pula penting dalam pembesaran bayi dalam trimester kedua dan ketiga. Antara kekacang yang bagus untuk ibu mengandung ialah gajus, badam, pistacio, kacang tanah, kacang hijau dan juga kacang merah.



5. Telur

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan


Telur boleh dikatakan antara makanan yang sering kita makan dalam menu seharian kita. Dikatakan sebiji telur bersaiz besar mengandungi sebanyak 77 kalori selain dari lemak dan protein berkualiti tinggi. Telur juga tinggi dengan vitamin dan mineral serta sumber terbaik untuk kolin yang membantu dalam perkembangan dan kesihatan otak. Ibu mengandung yang kekurangan sumber kolin boleh menyebabkan janin mereka berisiko terhadap kecacatan tiub saraf dan menurunkan fungsi otak.



6. Ikan Salmon

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan

Ikan salmon sering dilabelkan sebagai ikan kayangan kerana harganya yang mahal. Maklumlah ikan import kan, mesti lah harga dia pun harga import kan. Tapi berbaloi beli walau mahal sebab ikan salmon ni selalunya berkualiti tinggi dan kaya dengan kandungan asid lemak omega-3. yang bagus untuk fungsi otak dan juga kesihatan mata bayi. Namun perlu diingatkan, pengambilan makanan laut perlu dihadkan kepada 2x seminggu sahaja untuk ibu mengandung untuk mengelakkan dari terjadinya pencemaran merkuri yang terdapat dalam ikan berlemak seperti ikan salmon ni.



Oklah tu saja yang Ana nak share kali ni tentang makanan untuk ibu mengandung yang tinggi dengan khasiat untuk bayi dalam kandungan dan juga untuk kesihatan ibu mengandung. Pastikan ibu-ibu mengandung makan makanan yang berkhasiat ikut diet pemakanan yang disarankan.



Kalau boleh, sepanjang 9 bulan mengandung ni elakkan dari makan makanan yang tak berkhasiat seperti makanan segera, makanan berproses seperti sosej atau burger, makanan berminyak, makanan yang mentah seperti sushi dan banyak lagi. Kalau teringin sangat, maklumlah orang mengandung ni banyak  sangat teringin dia kan, kalau tak dapat mau muncung panjang sedepa, makan lah dalam kuantiti yang sedikit. Jangan sampai apa yang kita makan memudaratkan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.



Selain tu banyakkan juga minum air masak dan dapatkan rehat yang secukupnya. Kalau boleh elakkan dari mengangkat benda-benda yang berat. Jaga dan urus emosi dengan baik. Jangan stress atau cepat marah sebab semua tu akan memberi kesan pada kedua-duanya. Kalau boleh amalkan senaman ibu mengandung. Boleh refer dalam buku pink. Akhir sekali, banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat semoga dipermudahkan segala urusan kita dan dikurniakan anak yang sihat sempurna. InsyaAllah.

Makanan Ibu Mengandung Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan Reviewed by Ana Suhana on November 03, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. Bagus post ini sebab share dengan detail keperluan dan juga gizi yang sesuai. Siap ada exercise for preggie mums too! Moga ramai yang akan mendapat manfaatnya

    ReplyDelete
  2. Tetiba rasa rindu nak hamil. Ruby masa hamil dulu takleh minum susu pun. Sebab kandungan gula tinggi. So gantikan pengambilan kalsium dr kekacang macam kacang almond or kacang kuda. Pastu sayur dan buah tin. Mommy GDM macam ruby kena diet sikit. Kantoi keputusan gula tinggi tu bahaya. Nanti kena check up kat hospital aje. Wuwuwuw. Jauh dan ramai org. Haha. So, bab makanan untuk ibu hamil kena faham apa sesuai dan tak sesuai. Kalau ibu mempunyai kesihatan yang baik, semua list Ana bagi tu tepat sekali untuk mereka. 🥰

    ReplyDelete
  3. artikel yang sangat bermanfaat. terima kasih berkongsi. banyak input dapat harini. mudah2an ada rezeki nak mengandung aamiin

    ReplyDelete
  4. Kami berdua pun dah mula jaga makanan sebab tengah dalam fasa mencuba. Doakan kami murah rezeki dengan cahaya mata yeee.

    ReplyDelete
  5. Kita dulu preggy, tiga-tiga anak kita suka gilerr makan betik dan minum soya.. hari-hari mesti nak ada.. alhamdulilah juga, tiga-tiga anak takde kuning..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.