10 Tempat Menarik di Jeju Island Dengan Memandu Sendiri


10 Tempat Menarik di Jeju Island Dengan Memandu Sendiri | Assalamualaikum. Kalau korang merancang untuk bercuti ke negara K-Pop, Ana nak cadang supaya korang masukkan Jeju Island dalam list korang. Confirm tak rugi punya!!

10 Tempat Menarik di Jeju Island Dengan Memandu Sendiri

Berbeza dengan Seoul dan Busan yang lebih kepada sebuah bandar moden, Jeju Island pula menawarkan kecantikan alam semulajadi yang menakjubkan. Setiap daerah di sini mempunyai tarikannya yang tersendiri.

New 7 Wonders of Nature


Jeju Island wujud kesan dari letusan gununh berapi kira-kira 2 juta tahun dahulu dan telah diiktiraf sebagai salah satu New 7 Wonders of Nature.  

Rata-rata pelancong yang ke Korea Selatan tidak berkesempatan untuk ke Jeju Island kerana jaraknya dari Seoul sejauh 454 km dan perlu menaiki penerbangan domestik. Tapi kalau kita dari Malaysia, sekarang dah ada penerbangan terus ke Jeju Island ni. Perjalanana sekitar 6 jam sahaja.

Dan ramai juga yang beranggapan Jeju Island seperti Nami Island sedangkan saiz Jeju Island ialah 3x ganda saiz Singapura. So seeloknya spend lah 3-5 hari untuk korang betul-betul terokai pulau yang indah ni. 

Tempat-tempat Menarik di Jeju

1. Hyeopjae Beach - GPS : +82-64-728-7672

Tempat Menarik di Jeju island
Tempat Menarik di Jeju Island
Hyeopjae Beach terletak di sebelah barat Hanrim-eup dan panjang pantainya ialah sejauh 9km. Pantai ini mempunyau pasir pantai yang berwarna putih yang wujud apabila sejumlah kerang yang hancur bercampur dengan pasir yang ada. Dari pesisir pantai ni juga korang boleh nampak Biyangdo Island.

Tempat Menarik di Jeju

Tempat Menarik di Jeju : Hyeopjae Beach


2. Yongmeori Coast - GPS : +82-64-794-2940 (Tiket : 2000w)

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island
Yongmeori Coast teretak berhadapan dengan Mt Sanbangsang ini mendapat namanya daripada bentuk pantai yang nampak seperti seekor naga yang melompat ke dalam laut. Yong bermaksud naga dan meori bermaksud kepala Korea. 
Tempat Menarik di Jeju
Tempat menarik di Jeju Island
Tarikan utama di sini ialah tebing-tebing tinggi yang wujud akibat lapisan-lapisan pasir sejak jutaan tahun dahulu. Kalau nak ke sini kena tengok cuaca dulu sebab ianya akan ditutup jika cuaca buruk atau ombak tinggi.

3. Seopjikoji - GPS : +82-64-782-0080

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island
Terletak di hujung pantai timur Pulau Jeju. "Seopji" merupakan nama lama kawasan tersebut manakala "koji" adalah dialek Jeju yang bermaksud sudden bump on land. Beberapa movie korea telah menjalani rakaman di sini seperti Gingko Bed,The Uprising dan juga drama "All In".

4. Seongsang Illchulbong - GPS : +82-64-783-0959

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island

Turut dikenali sebagai Puncak Matahari Terbit (Sunrise Peak). Ianya terbentuk akibat letusan volcanic di atas dasar laut kira-kira 5 ribu tahun yang lalu. Seongsang Illchulbong ini setinggi 182 meter dan puncaknya membentuk mangkuk seperti kawah.

5. U-do Island

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island

Untuk ke U-do Island, korang kena menaiki feri dari jeti Seongsang. Perjalanan memakan sekitar 15 minit sahaja. U-do Island ni terletak di utara daerah Seongsan dan nama U-do di ambil sempena bentuk pulau tersebut yang seperti lembu yang sedang berbaring.
Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island
Nak explore the whole island ni ada banyak cara. Antaranya ialah korang boleh guna tour bus macam yang Ana amik masa di sana. Hanya 5,000 won seorang. Kalau tak nak naik bas, ada ATV dan basikal di sediakan untuk di sewa. Boleh bawa sendiri lah kiranya. Cuma nak sewa ATV tu kena ada permit memandu antarabangsa (IDP). Nak bawa kereta sewa kita ke pulau ni pun boleh. Nanti kereta sewa kita tu akan naik sekali dengan feri tadi tu. Cuma bila kira-kira semula kos yang kena bayar, memang tak berbaloi.

6. Sangumburi Crater - GPS : +82-64-783-9990 ( Tiket : 3000w)

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island
Sangumburi Crater nie merupakan satu kawah rata yang berbentuk seakan-akan stadium dengan 2km ukuran lilitan. Ianya telah di wartakan sebagai Monumen Semulajadi (Natural Monument). Terdapat pelbagai tumbuhan tumbuh di kawasan kawah ini.


7. Seongup Folk Village - GPS : +82-64-787-1179



Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island
Seongup Folk Village merupakan perkampungan kecil yang terletak di kaki bukit Gunung Hallasan. Di sini kita diberi penerangan tentang gaya hidup masyarakat Jeju melalui jenis-jenis rumah yang ada, peralatan yang digunakan untuk bertani serta cara penapaian makanan. Terdapat produk tempatan dijual pada harga yang berpatutan seperti madu, kosmetik dan snek. Ana sempat beli 2 botol madu untuk dibawa pulang.

8. Jeongbang Waterfall - GPS : +82-64-733-1530 (Tiket : 2000w)

Tempat Menarik di Jeju Island
Jeongbang Waterfall setinggi 23m dari atas laut merupakan air terjun pertama di Asia yang jatuh terus ke dalam laut. Sumber air terjun ini adalah dari aliran Donghongchun.

9. Jusangjeolli Cliff - GPS : + 82-64-738-1532 (Tiket : 2000w)

Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju Island
Jusangjeolli Cliff terbentuk apabila lava dari Gunung Hallasan meletus ke dalam lautan Jungmun. Ianya membentuk pelbagai saiz batu berbentuk kiub atau heksagon yang seolah-olah diukir oleh tukang batu. Memang sangat menakjubkan.


10. Cheonjiyeon Waterfall - GPS : +82-64-760-6304 (Tiket : 2000w)


Tempat Menarik di Jeju
Tempat Menarik di Jeju : Cheonjiyeon Waterfall 
Cheonjiyeon Waterfall bermaksud "sky connected with land" kerana air terjunnya kelihatan seakan-akan jatuh dari langit. Air terjun di sini berketinggian 22m dengan kedalaman 20m dan lebar 12m. Airnya sangat jernih dan dikelilingi dengan taman yang sangat indah. 

Pengangkutan di Jeju Island

Kalau di Seoul atau Busan, untuk satu tempat ke satu tempat yang lain kita boleh menggunakan perkhidmatan subway atau Busan Metro kerana jaringannya yang luas dan efisien. Berbeza dengan Jeju. Tiada kemudahan subway atau metro boleh didapati di sini. Namun terdapat pelbagai cara untuk kita explore  pulau volcanic ni. Antaranya dengan mengambil pakej-pakej yang ditawarkan oleh ejen-ejen pelancongan tempatan, menaiki bas melalui intercity bus, mengupah pemandu teksi atau memandu kereta sewa


Memandu di Jeju

Macam Ana hari tu Ana pilih untuk memandu kereta sewa kerana ianya lebih cepat dan menjimatkan masa, murah bila berkongsi dalam berkumpulan dan memudahkan perjalanan di mana ianya mengikut masa kita sendiri tanpa teringat dengan mana-mana jadual.

Terdapat banyak syarikat yang menyediakan khidmat menyewa kereta. Harga yang ditawarkan bergantung kepada jenis kereta dan berapa lama kita menyewa. Sila buat perbandingan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain sebelum menempah. Baca T&C yang dikenakan terlebih dahulu. Tempah dan bayar awal melalui laman sesawang syarikat tersebut kerana kebanyakan syarikat di sini tidak menerima bayaran tunai. Antara syarikat sewa kereta yang korang boleh survey ialah :

1. SIXT Rent A Car
2. AJ Rent-a-Car
3. LOTTE Rent a Car
4. Hertz
5. Avis Rent a Car

Untuk memandu di sini pastikan korang dah ada International Driving Permit (Permit Memandu Antarabangsa) terlebih dahulu. IDP ni korang boleh apply di mana-mana cawangan JPJ dalam masa 6 bulan sebelum fly dan ianya valid untuk setahun. Cara-cara untuk memohon IDP korang boleh ikut step di bawah ni :

1. Mempunyai lesen memandu yang sah untuk kelas B2 atau D
2. Salinan lesen memandu di atas ( dua-dua belah) 
3. Kad pengenalan yang asli berserta salinan (dua-dua belah)
4. 2 keping gambar berukuran passport
5. Isi dengan lengkap Borang JPJ L1
6. Bayaran sebanyak RM150 untuk setahun

Memandu di Korea berbeza dengan memandu di Malaysia kerana di sini tempat pemandu berada di sebelah kiri. Agak kekok pada permulaannya namun sekejap je. Bila dah memandu di sebelah kanan ni please make sure korang hafal dan faham selok belok jalan di sini especially di roundabout dan lorong memandu. Lorong kiri menandakan lorong untuk laju. Dan jalan di Jeju agak sempit dan sesak dengan kenderaan. Jadi pastikan korang beli insuran dan sewa English GPS dengan syarikat penyewa semasa menyewa kenderaan di sini. Nak guna GPS untuk ke sesuatu tempat korang hanya perlu masukkan no telefon tempat tersebut (seperti nombor gambar-gambar diatas). Jadi salin siap-siap no telefon setiap tempat yang ingin dikunjungi.

Guesthouse Terbaik di Jeju

4 malam di Jeju Ana bergerak secara nomad dengan check in check out di 4 guesthouse yang berbeza. Kenapa Ana tak stay di satu guesthouse saja? Jawabnya sebab Ana nak jimat masa dan tenaga. Memandangkan jarak antara satu tempat menarik dengan tempat yang lain agak jauh dan berada di daerah yang berbeza, untuk tinggal di satu guesthouse saja akan membuatkan kita terkejar-kejar dan masa untuk spend di sesuatu tempat sangat singkat. Jadi Ana mengambil keputusan untuk stay di guesthouse yang berbeza mengikut daerah seperti di dalam itinerary. Alhamdulillah kesemua guesthouse yang Ana stay memang terbaik dan kesemua ahli kumpulan Ana happy dengan bilik masing-masing. 4 guesthouse yang Ana menginap di Jeju ialah :

1. Yeha Guesthouse Jejusi
2. Jeju Hiking Inn
3. Feliz Town Seogwipo
4. Lyndon Guesthouse Jejusi

Musim di Jeju

Seperti yang semua tahu Korea mempunyai 4 musim yang berbeza iaitu musim sejuk (Nov-Mac), musim bunga (Mac-Mei), musim panas (Jun-Ogos) dan musim luruh (Sep-Nov). Setiap musim mempunyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jadi pilih dan rancang percutian korang mengikut musim yang diimpikan.
Musim Panas
Pic from : TESK
Tempat Menarik di Jeju
Musim Bunga
Pic from : Visit Korea
Tempat Menarik di Jeju
Musim Sejuk
Pic From : Summit Holidays



10 Tempat Menarik di Jeju Island Dengan Memandu Sendiri Reviewed by Ana Suhana on October 16, 2017 Rating: 5

35 comments:

  1. wah dh ada direct ke jeju..dlu akak p korea kt seoul je sbb nk ke jeju kena naik flight lain plak..tq share info...mmg cantik view kt jeju tu

    ReplyDelete
  2. Wow bestnya jeju. Lagi satu kenapa air asia jadikan jeju jadi destinasi terbaru sebabnya taukenya kahwin dengan orang korea hehe

    ReplyDelete
  3. Bila ada penerbangan terus ke Jeju ianya sangat2 la memudahkan..kalau tak silap PC ada terdengar promosinya di radio la Kak Ana...bagi yang berhajat ke Jeju..yup ini peluangnya..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.. cantik sangat view di jeju ye ana... bestnya kalau dapat ke sana...

    ReplyDelete
  5. cantiknya pulau jeju....sebab tony khawin dgn orang korea kot ana....hihi...

    ReplyDelete
  6. Wahhh boleh lah kumpul duit sikit sikit lepas ni. Syoknyaaa kak Ana pernah ke sana.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya Ana.. teringin nak pergi sana.. hihihi..

    ReplyDelete
  8. Seriously cantik gila jeju. teringin nak jejakkan kaki dekat sana lagi2 bila air asia ni dah menawarkan ticket murah. the best sangat :)

    ReplyDelete
  9. Cantik cantiknya view dekat sini.. Mesti sejuk kan Ana. Bestnyalah haih bercuti kwsn mcm ni. Nyaman, tenang je rase.

    ReplyDelete
  10. Bestnya Ana pernah pergi Jeju. Semua tempat yang disenaraikan wajib singgah kalau ke Jeju kan. Entri yang padat dengan segala info yang diperlukan. TQ Ana! Kalau ada peluang ke Jeju, Siqah terjah balik entri ni :)

    ReplyDelete
  11. cantiknya...entah bila akak nak pergi ni. kakak dan adik akak berada dekat korea skrh taktahulah mereka ke jeju ke tidak

    ReplyDelete
  12. Wah, keren banget liburan ke Jeju. Semoga kesampaian juga ke sana :)

    ReplyDelete
  13. Entri yang lengkap dgn smua info kalau nak berjalan ke Jeju. Tak taw la bila berpeluang g sana. Huhu

    ReplyDelete
  14. salam..
    hi ana..yaya bru follow ana ni..yg ke-403..
    slm kenal ye.. =)

    ReplyDelete
  15. Pulau Jeju memang cantik..

    Sesuai untuk berbulan madu

    ReplyDelete
  16. Cantiknya Jeju! Seoul dah pergi dua kali tapi Jeju sekali pun belum.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  17. thanx share. Seumur hidup tak pernah sampai Korea lagi. menarik gak Jeju. Terima kasih Air Asia dan Selamat Pengantin Baru Encik Tony. Diam-diam ubi

    ReplyDelete
  18. Kembang anak mata tgk view indah smua dekat Jeju ni tau !!!!! =D subhanallah

    ReplyDelete
  19. Cantik sangat jeju island ni... wow penulisan yang padat ana.. best baca 👍👍👍

    ReplyDelete
  20. kena bookmark page entri ni... thanks for sharing the tips.. kot2 ada rezeki nanti nak pergi sana.. hehe

    ReplyDelete
  21. Tentu yang dah ada plan nak ke korea seronok bila ada penerbangan terus ke jeju. Suasana pun nampak menarik untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan. Whishlist !

    ReplyDelete
  22. Cantiknya Pulau Jeju ni. Bagus juga ada penerbangan terus dari Malaysia. Nanti boleh bajet-bajet nak pi sini.

    ReplyDelete
  23. Kalau org tnya saya nk pi ke korea nk ke mana...seoul atau busan...jawapan saya dri dulu nk ke jeju saja...hahaha...nasib AA da buat direct flight ke sana...lepas ni boleh start menabung utk ke Jeju plak

    ReplyDelete
  24. Siyes ahhh awak da sampai sana syoknya syoknya.. saya selalu ke seoul je..
    Dlu x rasa nak gi sgt sbb leceh lahai transit. Ahah

    ReplyDelete
  25. Serius cantik semua tempat Di jeju patutlah tersenarai dlm 7 place of wonders

    ReplyDelete
  26. Fuhyooo. Untunglah dapat pegi Jeju. Cantik gila tempat dia. Tapi serius lah harga tiket dia 200 ringgit je? Pergh berbaloi betul kalau pergi. Thanks for the information. Sedikit sebanyak dapat tahu macm mana nak travel ke sana

    ReplyDelete
  27. WOwwww menarik juga lokasi Jeju ini... Lagi best bila dapat spend masa dengan keluarga bercuti di sini.

    ReplyDelete
  28. Tengok gambar menarik terus tak sabar nak pergi Jeju. Lagi plak dah ada direct flight.

    ReplyDelete
  29. catiknya tempatnya, teringin juga nak pi. kena kumpul duitlah

    ReplyDelete
  30. cantiknya pemandangan. Dulu tau pulau jeju ni sebab dok layan drama korea. Bestnya Air asia dah ada penerbangan murah ke situ. Nanti ada rezeki nak ke sana jugak. Terima kasih kongsi info siap dengan harga tiket. SAngat membantu mereka yang baru nak kesan.

    ReplyDelete
  31. Waaaaah dah pergi dahhh. Memang best laaaa. Suka tengok semua gambar awak. Best betul. Lepas ni saya pi straight je dengan AirAsiaX. Hehe

    ReplyDelete
  32. Ya Allah cantiknya tempatnya ana.. seronoknya dpt pegi. Bila la sy dpr ke sana

    ReplyDelete
  33. Alahai.. bestnyelah... masuk dalam list jugaklah, tak sabar nak g.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.