Kontraktor Rumah Sepang Diyakini. Berpengalaman Bina Lebih 100 Rumah Tanah Berkualiti Tinggi

Kontraktor Rumah Sepang Diyakini. Berpengalaman Bina Lebih 100 Rumah Tanah Berkualiti Tinggi  l Assalamualaikum. Seronok bila tengok kawan-kawan yang dah berjaya beli atau bina rumah sendiri. Terasa berbaloi berhempas-pulas kerah keringat untuk kumpul duit nak ada rumah sendiri demi kebahagiaan keluarga tercinta. Ye lah, bukan murah nak ada rumah sendiri sekarang ni tau. Semuanya mahal bebenar!!!.


Kontraktor Rumah Sepang Diyakini. Berpengalaman Bina Lebih 100 Rumah Tanah Berkualiti Tinggi


Maybe ada yang kata, ala sekarang ni kalau ada business aka businessman or businesswoman boleh lah buat atau beli rumah tanah. Yang dok makan gaji tu tak tentu mampu nak ada rumah sendiri. Menyewa sampai ke sudah lah jawabnya.



Haa salah sebenarnya mentaliti macam tu. Sekarang ni, orang yang makan gaji lah yang kebanyakkannya mampu beli dan buat rumah tanah ni tau. Ada jiran Ana, dia kerja sebagai cikgu je. Dia kumpul duit sikit-sikit, bertahun-tahun lamanya, akhirnya mampu beli tanah dan bina rumah 2 tingkat dekat Selayang ni. Lebih kurang macam banglo dekat atas ni.



Ada seorang lagi kawan Ana, suami dia sekarang bekerja sendiri. Kira businessman lah kan. Now dah ada rumah banglo baru di Shah Alam. Kemain cantik rumah dia. Berkenan Ana tengok. Rumah tanah yang dia ada di Selayang sebelum ni dijadikan rumah sewa. Memang berdesup orang nak sewa. Senang-senang dapat extra income.



Beli Tanah di Bandar Sepang


Cakap pasal bina banglo ni kan, kalau korang plan nak cari tanah dan bina banglo atau rumah sendiri, boleh try cari di bandar Sepang dan sekitarnya. Dekat sana, tanah masih lagi consider murah dan kos untuk bina rumah pula bermula dari RM300k berbanding di kawasan seperti Gombak, Rawang, Kota Damansara dan Jeram yang bermula dengan RM500k.


Kalau dulu, orang tak pandang pun hartanah dekat Sepang ni sebabnya kawasan ni macam kawasan hulu aka kawasan jin bertendang. Jauh dari semua kemudahan dan lokasi. Tapi sekarang, dengan adanya pelbagai lebuhraya seperti South Klang Valley Expressway (SKVE), Maju Expressway (MEX) dan Elite Expressway, jarak Sepang dekat Kuala Lumpur hanya memakan masa sekitar 1 jam je. Disebabkan kemudahan ini, ramai yang berulang alik kerja setiap hari dari Sepang ke Kuala Lumpur. Tak terasa jauh dah pun haa.

Sepang yang terletak di selatan Selangor ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan dibahagikan kepada tiga mukim (Mukim Sepang, Mukim Labu & Mukim Dengkil), lima bandar (Bandar Sepang, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang & Bandar Sungai Merab) dan 10 pekan (Pekan Dengkil, Pekan Salak, Pekan Sungai Pelek, Pekan Batu 1 Sepang, Pekan Bukit Bisa, Pekan Bukit Prang, Pekan Dato' Bakar Baginda, Pekan Baru Salak Tinggi, Pekan Sungai Merab & Pekan Tanjung Mas). Dan majoriti penduduk di sini berbangsa Melayu dengan peratusan lebih dari 60%, diikuti bangsa Cina dan India.



Bina Rumah Banglo di Sepang Dengan Nas Nuri Construction


Macam Ana mention dekat atas, daerah Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. So bagi yang nak bina rumah dengan sijil CCC, korang boleh perolehinya dari Majlis Perbandaran Sepang.


Nak mudah kerja, korang lantik je kontraktor yang bertauliah untuk uruskan bagi pihak korang. Nak kontraktor rumah Sepang yang diyakini, korang boleh guna perkhidmatan Nas Nuri Construction. Dorang memang dah arif dengan proses membina rumah di daerah Sepang ni. Buktinya banyak dah rumah yang siap dibina  oleh mereka di sini.



Kontraktor Rumah Sepang Dengan 20 Tahun Pengalaman


Nas Nuri Construction merupakan sebuah syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB Gred G5 (bagi projek binaan bawah RM5juta) dengan modal dibenarkan sebanyak RM500,000.



Kontraktor rumah Sepang ini ditubuhkan pada tahun 1996 dan mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang pembinaan rumah kediaman. Sepanjang tempoh tersebut, lebih dari 100 buah rumah banglo berkualiti tinggi telah berjaya dibina di sekitar Selangor terutama di Bangi, Kajang, Shah Alam dan juga Sepang.



Rumah Banglo Sepang Siap Dibina Dengan Kemasan Berkualiti Tinggi


Nas Nuri Construction sangat menjaga kualiti, baik dari segi bahan binaan yang digunakan mahupun kualiti hasil kerja yang diberikan. Semuanya dipantau dengan sebaiknya.


Dengan Nas Nuri Construction, kerja-kerja pembinaan dan kemasan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan iaitu mengikut standard QLASSIC dan CIDB binaan. Ini supaya rumah yang siap dibina dalam keadaan selamat, baik dan tahan lama. Ye lah, duit yang dilabur bukan sedikit. Beratus ribu tu. Tak kan setahun dua dah rosak sana sini kan.


Manakala untuk kualiti hasil kerja binaan yang dijalankan akan diselia dan dipantau oleh pekerja yang berpengalaman mengikut kepakaran masing-masing. Untuk pengetahuan korang, segala kerja binaan ditapak pembinaan akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh 2 orang pegawai iaitu pegawai teknikal (struktur binaan rumah) dan pegawai kemasan (bagi kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan juga material kemasan tapak).


Dan setiap kerja binaan dan kemasan yang dijalankan akan diberi jaminan selepas tamat kerja binaan - 3 tahun jaminan struktur dan 1 tahun jaminan kemasan. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan seperti keretakan plaster, paip atau atap bocor, tile tertanggal atau keretakan pada struktur dalam tempoh jaminan tersebut, NAS Nuri Construction akan bertanggungjawab dan menjalankan kerja baik pulih tanpa sebarang caj tambahan.


Nas Nuri Construction juga ada menyediakan perkhidmatan rekabentuk dalaman (Interior Design) dibawah nama Kriasi Design. Namun perkhidmatan ID ni hanya ditawarkan kepada pelanggan yang bina rumah dengan Nas Nuri Construction.  Bab harga jangan risau sebab harga yang dikenakan sangat berpatutan. Selain tu, khidmat servis selepas jualan turut disediakan.


Now jom kita tengok contoh rumah banglo siap dibina di Sepang oleh Nas Nuri Construction.



1. Banglo Sepang 1




Rumah banglo berkeluasan 2600kps ini dibina menggunakan spesifikasi standard dengan kos keseluruhan dianggarkan sekitar RM440k. Kerja-kerja pembinaan termasuk kerja binaan pagar, grill, longkang dan kaki lima keliling rumah serta kitchen cabinet.



2. Banglo Sepang 2


Rumah banglo ini dibina mengikut spesifikasi standard dengan kos keseluruhan sekitar RM420k termasuk kos kerja-kerja retaining wall dan gabion. Saiz binaan pula seluas 2800kps.


3. Banglo Sepang 3



Rumah banglo yang terletak di Jenderam ini dibina mengikut spesifikasi standard. Kos keseluruhan pembinaan sekitar RM450k dan kerja pembinaan termasuk kos tembok keliling dan retaining wall. Saiz binaan pula seluas 2800kps.


So pada korang yang sedang kumpul duit dan plan nak beli tanah dan bina rumah banglo 1 atau 2 tingkat dengan 6 bilik, teruskan usaha korang. Semoga impian korang untuk ada rumah tanah sendiri tercapai hendaknya. InsyaAllah.


Oh ya, kalau korang nak tengok contoh-contoh pelan banglo dengan rekabentuk terkini, kot nak dapatkan idea untuk bina rumah nanti kan, korang boleh muat turun secara percuma di blog dawaibesi.com. Boleh klik link di bawah.


Dan yang nak guna khidmat kontraktor berpengalaman, diyakini dan bertauliah di Selangor khususnya di Sepang, Bangi, Shah Alam dan kawasan sekitarnya termasuk sebahagian kawasan Negeri Sembilan, korang boleh hubungi Nas Nuri Construction.


Untuk segala pertanyaan dan persoalan tentang proses nak bina rumah, korang boleh berhubung terus dengan Nas Nuri Construction di nombor di bawah ni.


NAS Nuri Construction Sdn Bhd
No. 26-2F (2nd Floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
Shah Alam, Selangor.


Telefon  : 
019-348 7372 (Fairul) 
03-3392 3478 (Pejabat)


Website : www.nasnuri.com
Blog : www.dawaibesi.com
Facebook : NAS Nuri Construction





Kontraktor Rumah Sepang Diyakini. Berpengalaman Bina Lebih 100 Rumah Tanah Berkualiti Tinggi Reviewed by Ana Suhana on June 29, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.