Tips Bina Rumah Tanah Dengan Kontraktor Bertauliah


Updated - Tips Nak Bina Rumah Tanah Sendiri Dengan Kontraktor l Siapa yang tak berimpian untuk ada rumah sendiri kan? Macam Ana, Alhamdulillah Ana dah ada rumah sendiri walau sekadar low cost apartment. In future, insyaAllah ada rezeki lebih nak lah juga ada rumah atas tanah. Kalau boleh rumah tu kami nak reka sendiri. Ada personal touch lah senang kata.

Tips Bina Rumah Tanah Dengan Kontraktor Bertauliah


Nak bina rumah sendiri ni kita kena tahu banyak perkara terutama bila libatkan pihak kontraktor luar. Jangan sampai tertipu. Berapa banyak dah kes yang berlaku dekat luar sana yang melibatkan penipuan kontraktor rumah. So hari ni Ana nak share Tips untuk Bina Rumah tanah dengan kontraktor bertauliah.


Macam Ana sekarang ni tinggal di daerah Gombak. Sebuah kawasan di pinggir bandar KL yang sedang pesat membangun. Kalau dulu, nak jual rumah-rumah dekat sini memang tak laku. Tapi sekarang permintaan untuk pembelian hartanah semakin meningkat. Memang berebut orang nak beli. Contoh macam apartment yang Ana duduk sekarang ni. Asalnya ni rumah ayah Ana. Tahun 2013 ayah Ana nak jual dengan harga RM60,000 tapi lebih dari setahun takde siapa berminat. So Ana decide untuk beli. Dah tindakan Ana tu sangat tepat sebab hari ni, nilai rumah ni dah jadi sekali ganda sekitar RM130k. Dalam masa 6 tahun saja. Akan datang market value rumah tu pasti akan lagi meningkat!!



Sebelum buat rumah tanah, wajib pilih lokasi yang strategik!


Disebabkan sejak kecil Ana dah duduk di area Gombak, Ana sangat selesa dengan lokasi rumah Ana sekarang. Segala kemudahan seperti pasar borong, pasaraya, hospital, balai bomba, pusat bandar KL dan kemudahan highway (PLUS, LATAR dan Karak) semua sangat dekat.



Dan kalau ada rezeki akan datang pun Ana nak cari rumah tanah di kawasan-kawasan ni juga. Dekat sini, ada satu kawasan perumahan yang Ana idamkan untuk buat rumah iaitu di kaki bukit di Puncak Templer. Dekat situ ada pemandangan yang cantik serta kawasannya yang dikelilingi dengan kawasan bukit bukau yang menghijau. Masih terasa sejuk dan berkabus ala ala Cameron Highland terutama pada waktu pagi dan semasa hujan lebat.



Konsep rekabentuk luaran rumah banglo idaman Ana.


Kalau ada rezeki Ana boleh buat rumah sendiri, Ana prefer untuk bina rumah jenis banglo di kawasan tinggi lengkap dengan mini kebun, kolam ikan dan juga kolam renang. Kalau boleh ruang rehat dan bilik menghadap kawasan bukit bukau. Pagi-pagi boleh menikmati kehijauan yang terbentang di depan mata dari dalam rumah je.




Ini pula citarasa interior design yang Ana impikan untuk rumah idaman.


Bab rekaan dalaman pula, Ana serah pada yang pakar sebab Ana yakin mereka lebih berpengalaman. Tapi paling utama, ruang tamu mesti letak gambar Mekah dan Madinah macam orang dulu dulu. Barulah hati tu selalu teringin nak pergi umrah dan haji masa muda kan. Selain tu, janji kena dengan selera Ana yang minat pada ciri-ciri minimalis moden - penuh dengan kreativiti gaya moden terkini. Baru lah vila ku syurga ku!! Tapi..............


Semua yang Ana idamkan ni tak kan tercapai kalau Ana tak pilih kontraktor rumah yang betul. Ye lah sekarang ni kan banyak kes yang melibatkan pihak kontraktor seperti kontraktor larikan duit, kerja tak ikut seperti yang dirancang hingga tuan rumah rasa duit yang dilabur tak setimpal dengan apa yang dibina dan banyak lagi.  Ana tak nak lah semua tu terjadi. Bab bab duit ni sensitif woo. So Ana pun saja survey kontraktor-kontraktor yang well establish dan boleh dipercayai di Selangor ni. Dan Ana terjumpa dengan NAS Nuri Construction - kontraktor rumah banglo.



Apakah ciri kontraktor rumah banglo di Selangor & Kuala Lumpur yang diyakini?


NAS Nuri Construction Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise dan diasaskan oleh Haji Noor Azman Sakiman (NAS) - seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UPM sebelum nama syarikat tersebut ditukar kepada nama sekarang pada tahun 2009.



Pada permulaannya, NAS Nuri Enterprise banyak terlibat dengan projek-projek kerajaan persekutuan dan negeri serta projek swasta. Antara projek-projek yang telah dijalankan adalah seperti projek membaik pulih sekolah, membina bangunan tambahan sekolah, kerja-kerja pembersihan, membina jeti, membina rumah kediaman, membaik pulih bangunan kerajaan dan banyak lagi.


Pada tahun 2009, NAS Nuri Construction Sdn Bhd ditubuhkan menggantikan N.A.S Nuri Enterprise. NAS  Nuri Construction Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi projek binaan bawah RM5juta) dengan modal dibenarkan sebanyak RM500,000. Fokus NAS Nuri Construction Sdn Bhd ini lebih menumpukan pada binaan rumah banglo milik persendirian.



Contoh banglo yang telah dibina Nas Nuri Construction, kontraktor rumah Kuala Lumpur & Selangor


Sepanjang tempoh 10 tahun ni, NAS Nuri Construction Sdn Bhd mempunyai 9 orang pekerja pejabat dan 30 orang pekerja tapak dan telah terlibat dengan lebih daripada 100 projek membina rumah banglo dan juga kerja-kerja renovasi di sekitar Selangor termasuk bina banglo di daerah Klang, Shah Alam, Bangi, Sepang dan juga sekitar Negeri Sembilan. Ni contoh rumah terbaru yang telah siap dibina oleh NAS Nuri Construction Sdn Bhd dalam tahun 2021 dan 2022.






Cantik kan hasil kerja NAS Nuri Construction ni? Memang kena sangat dengan moto syarikat mereka yang ingin memberikan perkhidmatan dan kualiti kerja kelas pertama kepada para pelanggan. Sebab tu setiap kerja-kerja yang dijalankan di tapak binaan akan diselia oleh seorang penyelia tapak, seorang pegawai teknikal (memantau struktur binaan rumah) dan seorang pegawai kemasan (memantau kerja-kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan material kemasan tapak).


Dan pihak  NAS Nuri Construction akan memastikan setiap pekerja binaan dibahagikan dengan tugas mengikut kemahiran masing-masing. Ini bermaksud setiap bahagian kerja binaan akan dilakukan oleh pekerja yang berlainan. Takde istilah satu pekerja buat semua kerja dari awal hingga akhir walau bukan dalam bidang kemahiran mereka. Baru professional orang kata. Dan ni lah antara salah satu perbezaan kalau kita hire kontraktor berbanding tukang kayu. Kalau tukang kayu, semua kerja binaan akan dilakukan oleh pekerja yang sama. Kesannya kualiti kerja yang diberi tak seperti yang diharapkan. Rugi dah dekat situ.


Mungkin ada yang pertikaikan, 10 tahun hanya 100 projek je yang siap. Setahun 10 biji rumah je? Competent ke NAS Nuri Construction ni? Haa perkara ni yang paling Ana suka sebenarnya. Dan Ana pasti mana-mana pelanggan pun akan setuju. Sedikit bukan bermakna tak competent atau expert tapi lebih kepada menjaga kualiti hasil binaan yang dibina. Sebenarnya kalau korang nak tau, NAS Nuri Construction memang menghadkan jumlah binaan iaitu maksimum sebanyak 15 unit setahun bagi menjaga perkhidmatan dan kualiti binaan supaya memenuhi expectation para pelanggan. Bayangkan kalau satu-satu syarikat kontraktor tu amik terlalu banyak projek dalam satu tahun, korang rasa kerja-kerja yang dijalankan tu berkualiti ke? Sempat ke pekerja-perkerja atau pegawai mereka nak semak dan pantau setiap satu kerja yang dijalankan? Korang sendiri tau jawapannya kan.



Berapa harga buat rumah atas tanah lot milik sendiri ya? 


Ni Ana bagi contoh salah satu rumah banglo di Bangi yang baru siap bulan lepas berserta dengan spesifikasi kerja-kerja yang dijalankan :





Kos keseluruhan : RM530,000

(kos termasuk retaining wall sepanjang lebih 150 kaki, kerja infra & bina pagar)


Saiz binaan rumah : +- 2,850kps 

(binaan menggunakan bank loan comply CCC)


Spesifikasi

Kemasan lantai berjubin (jubin pilihan pelanggan) l Jubin dinding penuh bagi bilik air & 6ka bagi dapur l Bata dinding menggunakan bata merah dengan wire mesh l Struktur reinforced concrete (seperti strustructure drawing) l Ketinggian lantai-siling 10.5Ka l Kuda-kuda (truss) jenis zincalumn l Bumbung jenis metaldecking dengan sound insulation dan end cap l Siling guna plaster ceiling dengan cornish (dipasang oleh specialistTingkap jenis aluminium NB l Pintu bilik dan bilik air jenis solid decorative (kunci brand St Guchi/Greset) l Alatan tandas jenama Sorento Cat luar jenis tahan cuaca dan dalam rumah jenis Nippon Matex dengan sealer istimewa (jenama Nippon dan setara) l Pemasangan alarm system dan CCTV (wiring sahaja) l Longkang dan kaki lima dikeliling rumah l Rawatan anai-anai biasa 


Ana tau nak pilih kontraktor bukan mudah sebab terdapat lebih daripada 70,000 kontraktor yang berdaftar di Malaysia dengan pelbagai bidang dan gred. Tapi Ana nak share lagi beberapa points untuk yakinkan korang kenapa korang kena pilih NAS Nuri Construction untuk bina rumah impian korang akan datang.


1. Berdaftar dengan CIDB  (CIDB : 0120090820-WP125413)


Setiap syarikat kontraktor wajib berdaftar dengan CIDM. Dan NAS Nuri Construction juga telah berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi projek binaan bawah RM5juta) dengan modal dibenarkan sebanyak RM500,000.


Nak semak mudah saja korang hanya perlu ke www.cidb.gov.my, klik bahagian Carian Kontraktor dan taip nama NAS Nuri Construction Sdn Bhd. Maklumat seperti gred syarikat dan tarikh tamat lesen semua akan dipaparkan untuk rujukan korang.



2. NAS Nuri Construction mempunyai pejabat sendiri


Sesebuah syarikat kontraktor yang mempunyai pejabat sendiri berbanding bekerja dari rumah atau bergerak solo.


Untuk lebih yakin, korang boleh buat lawatan ke pejabat mereka untuk pastikan pejabat tersebut wujud dan bukan dummy. Untuk NAS Nuri Construction, korang boleh lawati pejabat mereka yang beralamat  di No. 26-2F (2nd Floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Shah Alam, Selangor.



3. Mempunyai pekerja sepenuh masa


Setakat hari ni, NAS Nuri Construction mempunyai 9 orang pekerja di pejabat dan 30 orang pekerja binaan.



Ini membuktikan NAS Nuri Construction adalah sebuah syarikat yang competent dan stabil dari segi kewangan.



4. Berpengalaman lebih dari 10 tahun


Seperti yang cerita di atas tadi, NAS Nuri Construction telah beroperasi sejak 1996 sebelum mereka bertukar nama kepada nama sekarang dan berdaftar dengan CIDB pada 2009. Selamat 10 tahun ni, lebih dari 100 projek binaan telah berjaya disiapkan sepenuhnya mengikut spesifikasi berserta kualiti kerja yang tinggi.



5. Jaminan Lepas Siap Binaan


NAS Nuri Construction bukan saja menjaga kualiti kerja yang dijalankan dan material bahan yang digunakan, malah mereka juga menawarkan 3 tahun jaminan struktur dan juga 1 tahun jaminan kemasan selepas tamat kerja binaan. In case kalau ada apa-apa kerosakan atau defect sepanjang tempoh tu, pihak NAS Nuri Construction akan bertanggungjawab dan menjalankan kerja baik pulih apa yang perlu. Ingat tau, tak semua kontraktor mampu memberi jaminan ke atas kerja binaan yang dijalankan apabila melibatkan kos tambahan. Bila ada yang mampu beri jaminan, nak pikir apa lagi kan?


To be honest, kalau ada rezeki untuk Ana bina rumah atas tanah sendiri, Ana tak kan ragu-ragu untuk guna perkhidmatan dari NAS Nuri Construction. Cuma kena start menambung dari sekarang. So pada korang yang tercari-cari syarikat kontraktor yang mampu beri kepuasan kepada korang, NAS Nuri Construction adalah jawapannya. Untuk segala pertanyaan dan persoalan korang boleh berhubung terus dengan mereka hari ni.



NAS Nuri Construction Sdn Bhd

No. 26-2F (2nd Floor),

Jalan Setia Perdana AY U13/AY,

Shah Alam, Selangor.


Hotline : 019-348 7372 (Fairul) l 03-3392 3478 (Pejabat)


Website : www.nasnuri.com

Blog : www.dawaibesi.com

Facebook : NAS Nuri Construction


Tips Bina Rumah Tanah Dengan Kontraktor Bertauliah Reviewed by Ana Suhana on November 02, 2022 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.