Kontraktor Bina Rumah Terbaik di Klang Dengan Nas Nuri Construction

Kontraktor Bina Rumah Terbaik di Klang Dengan Nas Nuri Construction l Assalamualaikum. Klang antara 5 daerah yang mempunyai penduduk terbanyak di Selangor dengan kepadatan penduduk seramai 1.04 juta orang dengan hampir 292,200 buah tempat kediaman. Dengan pelbagai kemudahan yang ada sekarang, Klang kini menjadi pilihan utama rakyat Selangor untuk bermastautin.

Kontraktor Bina Rumah Terbaik di Klang Dengan Nas Nuri Construction

Kontraktor Bina Rumah Terbaik di Klang Dengan Nas Nuri Construction


Kalau dulu Klang seakan bandar yang membosankan tapi kini dengan pembangunan yang semakin rancak dan lokasinya yang bersebelahan dengan Shah Alam, Klang menjadi lokasi hotspot untuk mereka yang sedang mencari hartanah. Tak hairanlah bila permintaan untuk pembelian hartanah baik dalam bentuk rumah atau tanah semakin meningkat di sini. Tapi bila ada rumah atau hartanah, jangan lupa untuk buat wasiat dengan peguam syarie Klang yang berpengalaman.


Back to topic. Cakap bab rumah ni, ada sebuah syarikat kontraktor yang sememangnya berpengalaman bab selok-belok bina rumah di daerah Klang yang boleh dirujuk iaitu Nas Nuri Construction.


Syarikat Nas Nuri Construction  merupakan sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB gred G5 dan mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam selok belok bina rumah tanah. Sepanjang tempoh tersebut, lebih dari 100 buah rumah banglo telah berjaya disiapkan termasuk rumah banglo di sekitar Klang.


Sebelum Ana cerita lebih lanjut tentang Nas Nuri Construction ni jom Ana cerita serba sedikit tentang daerah Klang ni. Ye lah, tak kenal maka tak cinta kan. Nak kenal satu-satu kawasan tu kena lah tahu sejarahnya dulu.



Sejarah Asal-usul Daerah Klang


Klang sangat sinonim dengan panggilan Bandar Bersejarah. Kenapa? Sebabnya menurut sejarah, bandar Klang muncul lebih awal daripada Melaka dan antara bandar tertua di Malaysia. Dikatakan nama Klang berasal dari perkataan iaitu Klong yang bermaksud gudang. Ini kerana Klang merupakan pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang. Klang juga dikatakan bermaksud terusan kerana Klang mempunyai banyak jalan air dari laluan anak-anak sungai.


Bandar Klang Indah dan Permai yang juga dikenali sebagai Bandar DiRaja ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Klang antara bandar atau daerah yang terletak di lokasi yang sangat strategik dan mudah di akses dari pelbagai arah.


Kontraktor Bina Rumah Terbaik di Klang Dengan Nas Nuri Construction


Berkedudukan 32km dari Kuala Lumpur, daerah Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan, daerah Kuala Selangor di sebelah utara dan Selat Melaka di sebelah barat. Dan menariknya daerah Klang terletak di 2 jajahan perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



Cara Untuk Ke Klang Menaiki Kereta atau Pengangkutan Awam


Pemanduan dari Kuala Lumpur ke Klang memakan masa sekitar lebih kurang 40 minit hingga 1 jam. Bergantung pada aliran trafik pasa masa tersebut. Terdapat 2 lebuhraya yang biasa digunakan iaitu Lebuhraya Persekutuan atau Lebuhraya Baru Lembang Klang (NKVE).


Bagi yang ingin menaiki pengangkutan awam, korang mempunyai pilihan sama ada nak gunakan bas, KTM atau LRT. Kalau nak naik bas, korang boleh naik di KL Sentral atau Pasar Seni. Tapi kalau nak senang dan mudah, korang boleh je naik KTM dari KL Sentral. Kalau macam Ana, Ana boleh naik KTM di stesen Batu Caves terus sampai ke Klang. Cuma KTM ni slow sikit lah pergerakan dia. Nak naik LRT pun boleh tapi hanya untuk laluan dari Bandar Utama - Shah Alam - Johan Setia. 



Tempat-tempat Menarik di Klang


Bandar DiRaja ini juga mempunyai beberapa tempat menarik untuk dilawati. Begitu juga dengan tempat-tempat makan yang popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar luar. 


Kontraktor Bina Rumah Terbaik di Klang Dengan Nas Nuri Construction


Antara tempat menarik yang ada di Klang ialah Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, Masjid DiRaja Sultan Sulaiman, Masjid India Tengku Muslim Kelana, Gedung Raja Abdullah dan Taman Tugu Keris. Klang juga mempunyai kawasan pantai untuk penduduknya beriadah seperti Laguna Park Pulau Indah, Pantai Acheh, Pulau Ketam dan Tanjung Harapan. Tempat untuk shopping pula korang boleh ke GM Klang, Little India Klang dan juga Pasar Jawa Klang.


Kontraktor Bina Rumah Terbaik di Klang Dengan Nas Nuri Construction


Tempat makan menarik dan best pun banyak ada di Klang. Maklumlah jumlah penduduknya kan ramai, tentu-tentulah tempat makan pun banyak. Antara yang menjadi sebutan dan wajib dicuba bila berada di Klang ialah Nasi Kukus Sotong Besar Klang, Warung Kita, Sate Famili, Kukus, Muara Ikan Bakar dan banyak lagi. Senang kata semua yang korang cari ada di sini.



Nas Nuri Contruction Pakar Bina Rumah di Klang


Dari apa yang Ana share dekat atas, memang tak disangkal yang Klang merupakan antara daerah terbaik di Selangor untuk didiami. Dengan pembangunan yang pesat dijalankan di sekitar Bandar DiRaja ni, tak mustahil value property di sini akan meningkat naik pada tahun-tahun akan datang.


Untung siapa yang memang dah ada tanah di Klang. Ye lah Klang ni kan dulu banyak dengan kawasan-kawasan kampung seperti di Meru, Kapar, Jalan Kebun dan sebagainya. Kebanyakkannya penduduk mempunyai tanah yang cukup luas untuk dijadikan tempat kediaman. Tak percaya korang boleh pergi sendiri dekat kampung-kampung ni. Nanti korang akan nampak bukan main besar rumah-rumah dekat sana. Baik rumah kayu atau batu. Tu belum masuk kawasan laman mereka lagi. Memang sangat luas lot-lot rumah di sini.



Bagi korang yang lebih berminat untuk beli tanah berbanding rumah siap, korang masih boleh survey di Klang sebabnya masih lagi ada tanah-tanah kosong yang ingin dijual di sini pada harga yang sangat berpatutan. 


Bab nak bina rumah korang jangan risau sebab Nas Nuri Construction - kontraktor rumah terbaik di Klang boleh bantu korang realisasikan rumah impian korang tu. Mereka ada arkitek lukis pelan banglo yang bertauliah untuk bantu lukis pelan rumah dan lukisan 3D ikut rekaan korang sendiri. Lepas tu mereka juga akan buat submission kepada BPT untuk dapatkan kelulusan pembinaan rumah. Nak mudah faham proses bina rumah dengan Nas Nuri korang boleh baca 4 langkah mudah di bawah ni.



Proses Bina Rumah Banglo Mudah Dengan Nas Nuri Construction


1. Tempah slot rumah


Slot tempahan untuk bina rumah di Nas Nuri sangat terhad. Ini kerana mereka sangat menjaga kualiti pembinaan mereka. Setahun hanya 15 unit rumah sahaja yang mereka ambil. So nak tahu sama ada slot masih kosong atau tak, korang boleh direct hubungi mereka.


2. Mereka Bentuk Rumah


Proses seterusnya ialah proses melukis pelan banglo idaman korang. Ada banyak contoh pelan banglo dengan rekabentuk terkini yang korang boleh rujuk dan download secara percuma dari Nas Nuri. 


Selesai bab lukis pelan, pihak Nas Nuri Construction akan submit permohonan binaan rumah tersebut ke Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk kelulusan. Berdasarkan pengalaman mereka, untuk bina rumah di Klang agak rumit berbanding daerah lain di Selangor. Ini kerana kos permohonan untuk sijil CCC dengan MPK memakan masa yang lama dan belanja yang lebih tinggi. Tapi jangan risau sebab Nas Nuri dah mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan MPK. Jadi mereka dah cukup mahir untuk uruskan semua ni. Cuma sedikit tips dari kontraktor berpengalaman ni, pembinaan rumah yang menggunakan pembiayaan tunai ataupun pinjaman peribadi adalah lebih mudah berbanding dengan pembiayaan bank atau LPPSA.



3. Mula Bina Rumah


Selepas mendapat kelulusan dari MPK, korang perlu tandatangan kontrak yang disediakan terlebih dahulu. Baca semua syarat dan terma yang dinyatakan. 


Dah setuju semua, baru lah proses pembinaan rumah bermula. Di tapak pembinaan, Nas Nuri akan pastikan setiap kerja akan diselia sekurangnya oleh seorang penyelia tapak, seorang pegawai teknikal (memantau struktur binaan rumah) dan seorang pegawai kemasan (memantau kerja-kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan material kemasan tapak).



4. Serah Kunci Rumah


Akhir sekali, selepas semua kerja pembinaan selesai dan rumah sedia untuk didiami, pihak Nas Nuri Construction akan menyerahkan kunci rumah kepada korang. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, korang boleh terus buat aduan kepada mereka. Ini kerana Nas Nuri Contruction akan memberi 3 tahun jaminan untuk struktur binaan dan 1 tahun jaminan untuk kemasan kepada korang. In case ada sebarang kerosakan dalam tempoh tersebut, pihak Nas Nuri Construction akan menggantikannya secara percuma.



Contoh Rumah Banglo Nas Nuri Construction di Klang



1. Banglo 1 Jalan Kapar


Banglo 2 tingkat dengan keluasan binaan rumah seluas 3400kps di Jalan Kapar ini dibina menggunakan standard spec.

KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI


Kos keseluruhan pembinaan dianggarkan sekitar RM490k. Ini termasuk kos pembinaan tembok dan imprint concrete.



2. Banglo 2 Klang


Banglo 2 tingkat ini juga dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM490k. Namun kos ini tidak termasuk perbelanjaan untuk porch tambahan dan juga tembok.


NAS NURI CONSTRUCTION KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

NAS NURI CONSTRUCTION KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI


Saiz binaan rumah pula dianggarkan sekitar 3200-3400kps (saiz tak termasuk saiz porch tambahan).



3. Banglo 3 Bt 4 Klang


Rumah banglo setingkat ini dibina dengan standard spec dengan kos anggaran keseluruhan sebanyak RM260k. Saiz binaan rumah pula sekitar 1800kps.


NAS NURI CONSTRUCTION KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

NAS NURI CONSTRUCTION KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Ada banyak lagi contoh rumah banglo dari Nas Nuri Construction ni sebenarnya yang korang boleh rujuk. Ni contoh rumah yang terbaru dibina oleh Nas Nuri dalam tahun 2021 dan 2022.


NAS NURI CONSTRUCTION KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

NAS NURI CONSTRUCTION KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

NAS NURI CONSTRUCTION KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

NAS NURI CONSTRUCTION KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Cantik dan updated mengikut bajet masing-masing. Yang penting dijamin berkualiti tinggi baik dari hasil kerja dan juga bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan. 


Kalau korang plan nak buat rumah banglo 1 atau 2 tingkat dengan 6 bilik sekalipun, jangan ragu-ragu untuk guna khidmat Nas Nuri Construction. Rata-rata pelanggan mereka semua berpuas hati dengan apa yang dibina untuk mereka. 


Selain dari daerah Klang dan kawasan sekitar Selangor, Nas Nuri Construction juga cover sebahagian kawasan di Negeri Sembilan. Untuk segala pertanyaan dan persoalan tentang proses nak bina rumah, korang boleh berhubung terus dengan Nas Nuri Construction di nombor di bawah ni.


NAS Nuri Construction Sdn Bhd
No. 26-2F (2nd Floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
Shah Alam, Selangor.


Telefon  : 
019-348 7372 (Fairul) 
03-3392 3478 (Pejabat)


Website : www.nasnuri.com
Blog : www.dawaibesi.com
Facebook : NAS Nuri Construction




Kontraktor Bina Rumah Terbaik di Klang Dengan Nas Nuri Construction Reviewed by Ana Suhana on June 30, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.