Tempat Menarik di Melaka : Beriadah di Pantai Klebang - Ana Suhana

May 12, 2017

Tempat Menarik di Melaka : Beriadah di Pantai Klebang

Assalamualaikum.

Petang hari pertama di Melaka sis plan untuk ke Pantai Puteri. Bajet nak amik angin petang. Sebelum sampai di Pantai Puteri sis ajak En Suami lalu dekat Dataran 1 Malaysia kononnya nak tengok lah bas hotel tu. Padahal dah takde pun bas hotel tu. Sebab dari jauh nampak ada lagi bas-bas tu kan,  tu yang ajak lalu sekejap.


Pantai Klebang, Melaka

Bila dah lalu, amik ko. Sesak sesesaknya meriah semeriahnya walaupun baru pukul 4. Kebetulan pula masa lalu tu ada satu parkir kosong terus sis ajak lepas sana je. Sebab bosan juga asyik ke Pantai Puteri je kan. Masa parkir kereta ternampak pula ada food truck coconut shake Klebang original katanya. Apa lagi harus lah beli 2 cawan. Panas yang amat Melaka ni.

Pantai Klebang,  Melaka
Pantai Klebang,  Melaka

Walaupun dekat sini pantai dia tak berapa nak pantai (sebab kawasan tambak kan), tapi banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat sini tau. Kalau bawa anak-anak mesti mereka suka. Antaranya boleh main layang-layang dan belon bubble. Banyak sangat kedai yang jual layang-layang dekat sini tapi sis tak pasti berapa harga dia. Yang belon bubble tu ada RM3, RM5 dan RM10. Sis beli Rm5 untuk Syafi main. 

Pantai Klebang,  Melaka

Pantai Klebang,  Melaka

Sementara tunggu Syafi bersuka ria, sis dan En Suami sewa satu inflatable sofa untuk di jadikan tempat duduk. RM10 untuk satu sofa boleh pakai berapa lama kita nak. Tapi maksima sampai pukul 7.30 malam. Pandai dorang cari rezeki. Bag tu harga baru RM80 macam tu, seminggu sewa dah balik modal. Hehe. 

Pantai Klebang, Melaka

Pantai Klebang, Melaka

Pantai Klebang, Melaka

Selain main layang-layang dan belon, korang boleh juga cuba naik kuda dekat sini. RM20 seorang untuk seekor kuda. Naik dalam 5 minit je rasanya. Ada owner akan naik sekali untuk kendalikan kuda tu. Kalau tak,  ada yang tercampak dekat pantai nanti. Hehe. Kalau tak nak naik kuda,  kereta kuda pun ada. Harga seorang RM15. Kanak-kanak pun di caj harga yang sama. Kereta kuda ni akan pusing satu dataran. Lebih kurang dalam 15 minit macam tu.

Pantai Klebang, Melaka

Yang bas sis nampak dari jauh tu rupanya tandas awam. Ada 2-3 bas tak silap yang di jadikan tandas awam. Bersih atau tak sis tak pasti. Hehe. 

53 comments:

  1. cantiknya pantai klebang ni kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai tambak ni lokman. Lokasi dia menarik tu yg ramai org ke sini.

      Delete
  2. kreatif jugak bas di jadikan toilet, mcm mn la rupa dalam rare ke tak..
    haha..picture semua cantik..ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum tu bas tu dijadikan tempat penginapan zie. Tak tahu kenapa skrg dah takde.

      Terima kasih. Segan pula rasanya.

      Delete
  3. Replies
    1. Wahhh syafi dah tak geli pijak pasir. Haha.

      Delete
  4. wow..bestnya pergi melaka..rabia 2 kali dah pergi melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh pergi lagi. Melaka memang best.

      Delete
  5. Syoknya main buble tepi pantai... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok tp kalau angin kuat lagi best. Br tinggi buble tu naik :)

      Delete
  6. cantik2 gambar ana.. memang betul2 boleh buat duit yg buat sewa inflatable sofa tu kan.. ada je idea diorg nak buat duit kannn.. budak2 memang happy kalau dapat pegi tempat mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dilah.

      Betul tu. Pandai mereka cari rezeki. Kena kreatif baru boleh berjaya kan.

      Budak2 confirm lah dilah. Banyak aktiviti dorang boleh main.

      Delete
  7. tempat ni memang famous, pengantin buat shoot pun ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke. Baru tahu. Masa saya ke sana hari Isnin so takde lah pengantin berphoto shoot. Tp kalau pandai amik gambar memang cantik hasilnya.

      Delete
  8. tak pernah sampai lagi ni... mcm best jer tp bab panas tu tak tahannnnn hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas sangat Jue. Tp bila lepak bawah pokok2 tu tak terasa sebab ada angin juga.

      Delete
  9. Akka suka kat sini..macam2 tarikan..dulu tepi2 jalan tu ada dijual udang geragau fresh..best giler kalau dpt beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi rasanya sebab ada byk kedai dekat depan tu. Selalu kalau ke Melaka wajib beli belacan bulat jer.

      Delete
  10. Masa Siqah pergi dulu tak ada lagi inflatable sofa. Kena pergi lagi ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lagi rasanya ni. Ada 2-3 org yang buat service ni. Memang ramai yg sewa lah. Laku keras org kata.

      Delete
  11. Cantikk sofa tuu.. 😍 Masa tengok kat ig haritu, ingat Ana beli, hehehe sewa kat Klebang rupanya.. Murah pulak tu sewa.. bijak seller ni buat duit 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin akan beli akan dtg sebab menarik sgt. Senang nak bawa pergi mana2.

      Delete
  12. untunglah selalu jalan g melaka...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time untung boleh lah. Time rugi duduk rumah diam2 je. Hehe

      Delete
  13. seronoknya. Piqa yang study kat Melaka pon tak pernah jejal Pantai Klebang. Teringin nak pergi pantai klebang, diorang kata coconut shake dia sedap.... Untungnya anak akak :)

    BTW singgah blog piqa --> http://mawarberduri-piqa.blogspot.my/2017/05/memasuki-alam-dewasa-part-1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana suka coconut shake dekat sini. Kena beratur panjang pun sanggup. Sekali minum 2 cawan. Hehe.

      Delete
  14. aduii sedapnyeee coconut shakeee itewww....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Memang setiap hari pun akan beratur panjang.

      Delete
  15. seronok dan meriah best untuk keluarga beriadah (^_^).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sambil beriadah sambil eratkan ukhwah yang terjalin.

      Delete
  16. ni la pot menarik di melaka, ana.
    aida jarang lepak sini.
    sebab jauh skit dri umah.
    and nak ke sini weekend, mak aii, jem teruk!
    sini memang best, compare to dulu2.
    da byk aktiviti keluarga. kalau mlm lagi happening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ana ke sini jammed di dalam kawasan parkir tu je. Tp memang best. Seronok sgt especially anak2. Nak dtg ke sini lagi kalau ke Melaka. :)

      Delete
  17. Macam empuk je inflatable sofa tu buat tidur tepi pantai hahaha. Ira last sampai melaka dua tahun lepas tak silap dan tak pernah sampai lagi ke klebang. Selalu dengar orang kata coconut shake sana sodap. Betul ke sedap kak? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ke Melaka lagi boleh lah singgah sini Ira. Boleh habiskan waktu ptg sambil beriadah. Hehe.

      Kak ana suka je. Sedap sgt. Memang beratur panjang selalunya.

      Delete
  18. Dah lama craving coconut shake klebang 😫😫😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ye ke. Nanti plan lah ke Melaka. Boleh singgah dekat Klebang beli coconut shake ni.

      Delete
  19. Seronok betul tgk ana dpt p jenjalan kesana kemari.. Syiokk sangat... jeles tau... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Lea takde apa nak di jeleskan. Kebetulan husband ada kursus dekat sini tu yg ana ikut sekali.

      Delete
  20. Tak pegi padang pasir kat situ.
    tempat tu pun best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah pergi wak tahun lepas. Lagipun kali ni naik kereta kecil, takut tersangkut pula nanti.

      Delete
  21. Melaka banyak simpan sejarah Uyul hehehehehhee. Rindu pulak nak JJCM kat Melaka.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang tempah tanah darahku lah erk. Hehe. Melaka memang best. Pergi byk kali pun tak bosan.

      Delete
  22. Tak pernah jalan jalan sini Ana. Tak de budak kecik nak jalan tempat gini mcm dah malas pulak.
    Takkanlah hakak nak main belon dengan En Suami pulak, ada yg kena boo nanti hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mana ada kak. Ramai je yg duduk atas belon tu. Sweet tau kalau akak duduk berdua. Mesti org ingt akak tgh dating. :)

      Delete
  23. Tetibe termengidam coconut shake lak..
    Jarang dapat bersantai gini di tepi pantai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya coconut shake tu Sha. Byk kali minum pun takpe.

      Ana pun jarang sgt lah. Kebetulan je ni haa.

      Delete
  24. Dah cantik dah sekarang Pantai Klebang nie, last pegi masa tue Pantai nie x brapa cantik sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air laut dia tak nampak sgt shikin tp best sebab banyak benda boleh buat dekat sini. Nanti singgah lah dekat sini ye.

      Delete
  25. antara tempt y mnarik kat melaka.. pantai dia memang cntik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best utk beriadah dgn kawan2 dan family. Mcm2 boleh buat dekat sini :)

      Delete
  26. Pernah tinggal 3 bulan kat melaka. Hari2 main kat pantai klebang. Main baloon dan minum coconut shake sambil tengok kapal besar ditengah2 laut. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤