Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini

Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini l Assalamualaikum. Zaman sekarang ni, boleh dikatakan setiap hari kita dengar dan nampak isu kemelut rumah tangga yang berlaku di sekeliling kita. Kadang tu, hal dalam selimut pun boleh dijadikan content dalam sosial media. Sampaikan orang luar yang takde kaitan pun boleh tahu masalah mereka. Lepas tu mula lah ramai makcik-makcik bawang "bertauliah" beri pandangan mereka masing-masing. Tak kurang yang mengeji menghina. Itu lah realiti dunia teknologi hari ini.



Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini


Perlu ke semua cerita hal rumah tangga dipertontonkan pada umum? Dan adakah dengan cara itu, masalah kekeluargaan yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan baik? 


Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini


Bagi pendapat peribadi Ana, cara tersebut adalah tidak wajar untuk dinormalisasikan oleh sesiapa saja. Ana faham mereka sedang stress dan perlukan sokongan dan pandangan luar, tapi Ana rasa banyak keburukan dari kebaikan yang mereka akan dapat. Dalam ramai yang bersimpati, masih ada ramai yang mengecam. At the end of the day, masalah tak kan selesai malah mungkin akan berlarutan dan jadi lebih buruk jika pihak terlibat rasa dihina atau dimalukan bila dah melibatkan orang luar.


So apa solusi terbaik untuk masalah rumah tangga ni?



Peguam Syarie Paling Mendengar & Memahami Isu Rumah Tangga


Ana yakin korang selalu dengar tentang peguam syarie bila terjadi satu-satu isu kekeluargaan kan? 


Tapi korang tau tak kenapa perlu sampai guna peguam syarie ni? Selesai sendiri tak boleh ke?


Haaa sebabnya, dalam setiap permasalahan kekeluargaan yang berlaku, tak kisah lah sama ada isu penceraian  wasiat, tuntutan hak sepencarian ke, kes faraid dan sebagainya, kita ada hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam untuk dijadikan rujukan. Hukum dan undang-undang ini lah yang telah bertahun-tahun lamanya diguna pakai dalam menyediakan jalan penyelesaian untuk setiap kemelut kekeluargaan yang dihadapi orang ramai.


Now korang dah tau kan saluran yang betul untuk selesaikan masalah kekeluargaan. Tapi mana nak cari peguam syarie yang berpengalaman dan diyakini di Shah Alam atau sekitar Selangor dan Kuala Lumpur?? Korang sambung baca perkongsian Ana dekat bawah ni.



Tetuan Hafizah Haron & Associates - Peguam Syarie Berpengalaman Membela Nasib  Anak Guam



Kalau korang tercari-cari khidmat peguam syarie untuk bantu selesaikan isu berkaitan kekeluargaan, Ana suggest korang ke Tetuan Hafizah Haron & Associates yang beroperasi di Shah Alam ni.


Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini
Peguam Syarie Hafizah Haron and Associate


Firma guaman ini dimiliki oleh Hafizah binti Haron, seorang peguam syarie bertauliah dan berpengalaman dalam memberikan solusi terbaik dalam isu kekeluargaan korang. Ini kerana beliau telah bertahun-tahun terlibat dalam menyelesaikan isu berkaitan kekeluargaan Islam. Tak kisahlah masalah dari sebelum berkahwin, sepanjang berkahwin atau selepas berkahwin.


Yang penting bagi beliau adalah keadilan anakguamnya terbela, kebajikan anak-anak anak guam terjamin dan setiap kemelut atau masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.



Siapa Peguam Syarie Hafizah Haron??


Jom kita kenal dengan lebih dekat lagi siapa Peguam Syarie yang terkenal di Shah Alam ni.


Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini
Peguam Syarie Hafizah Haron and Associate

Hafizah Haron merupakan graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Syariah Undang-undang Perbandingan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.


Beliau mempunyai lebih dari 7 tahun pengalaman dalam bidang kekeluargaan Islam dan mempunyai sijil guaman bagi negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Kini beliau mempunyai firma guaman sendiri iaitu Hafizah Haron & Associates.



Penglibatan Hafizah Haron Sepanjang Menjadi Peguam Syarie Berpengalaman dan Dikenali di Shah Alam 



Sepanjang lebih 7 tahun menceburkan diri dalam bidang guaman, Hafizah Haron sentiasa aktif dengan menyertai pelbagai persatuan dan jawatankuasa. Antaranya seperti :


1. Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

2. Exco Persatuan Peguam Syarie Negeri Selangor (PGSMS) 2021-2023

3. Peguam Klinik Guaman Syarie UM, UKM dan KUIS

4. Penyelidik Bersama Geran Dalaman Klinik Guaman UiTM

5. Ahli Jawatankuasa Kecil Pindaan Tatacara Negeri Selangor


Bukan tu saja, beliau juga aktif dalam pelbagai program bual bicara dengan menjadi ahli panel dalam memberi informasi dan kesedaran kepada orang ramai tentang undang-undang keluarga Islam. 


Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini
Peguam Syarie Hafizah Haron and Associate

Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini
Peguam Syarie Hafizah Haron and Associate

Program televisyen terbaru yang beliau sertai ialah rancangan Sebutan Syariah Musim 6 yang bersiaran di Astro Oasis dan dalam rancangan tersebut beliau telah ditemubual oleh Wan Kamarudin Wan Ibrahim tentang isu poligami dan nikah di negara jiran. Fuhhh kebetulan memang tengah hangat 2 topik ni dekat Malaysia hari ini. Korang boleh tengok sedikit sedutan rancangan tersebut dekat bawah ni.




Servis dan Perkhidmatan Tetuan Hafizah Haron & Associates



Ok now kita tengok pula servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh Tetuan Hafizah Haron & Associates ni pula. Kot ada yang tak tahu apa yang peguam syarie boleh tawarkan kan. Harap lepas ni korang akan lebih jelas tentang tugas seorang peguam syarie dalam menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam.


Tetuan Hafizah Haron & Associates berpengalaman luas dalam memberikan servis konsultasi berkaitan kes yang berlandaskan Undang-Undang & Hukum Syarak serta membantu para klien membuat dan menyediakan dokumen untuk Mahkamah Syariah. Antara servis konsultasi yang ditawarkan adalah seperti berikut :



1. Hak Penjagaan Anak


Hak penjagaan anak-anak yang belum mumaiyiz disebut sebagai hadhanah. Dan secara umumnya, ibu lebih berhak berbanding bapa dalam penjagaan anak pada peringkat ini. Namun jika ibu didapati hilang kelayakan, hak penjagaan tersebut akan berpindah menurut turutan hadhanah seperti berikut:


Ibu

⬇️

Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya

⬇️

Bapa

⬇️

Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya

⬇️

Kakak atau adik perempuan seibu sebapa

⬇️

Kakak atau adik perempuan seibu

⬇️

Kakak atau adik perempuan sebapa

⬇️

Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa

⬇️

Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu

⬇️

Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa

⬇️

Emak saudara sebelah ibu

⬇️

Emak saudara sebelah bapa

⬇️

Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah 


Terdapat beberapa pertimbangan yang akan dilihat oleh Mahkamah dalam menentukan hak jagaan anak-anak. Antaranya kebajikan anak anak tersebut, kemahuan ibu bapa kanak kanak tersebut serta kemahuan kanak kanak tersebut di dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendirian mereka sendiri.



2. Harta Sepencarian


Berdasarkan peruntukkan undang-undang, harta sepencarian merupakan harta yang diperolehi secara bersama oleh suami dan isteri sepanjang tempoh perkahwinan dan meliputi sama ada harta alih mahupun harta tak alih.


Harta alih merujuk kepada harta seperti wang simpanan dan kereta, manakala harta tak alih pula merujuk kepada harta seperti rumah dan hartanah.


Menurut undang-undang mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian adalah ditentukan berdasarkan sumbangan kedua-dua pihak dalam mempemeroleh harta-harta tersebut. Bentuk sumbangan tersebut pula terbahagi kepada 2 iaitu sumbangan secara langsung dan sumbangan secara tidak langsung.


Sumbangan secara langsung merupakan sumbangan yang berbentuk kewangan. Manakala sumbangan tidak langsung pula berbentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak.



3. Wasiat


Wasiat merupakan pengakuan seseorang yang dibuat pada semasa hayatnya ke atas harta-hartanya atau manfaat yang digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam selepas kematiannya.


Aset orang Islam yang meninggal dunia akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid. Waris yang ditetapkan dalam Islam adalah suami / isteri, ibu bapa serta anak-anak yang sah dengan syarat beragama Islam.


Manakala menurut Islam, golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi harta si mati adalah anak angkat, anak luah nikah, ibu bapa angkat dan lain-lain lagi.


4. Faraid


Faraid dari segi bahasa bermaksud menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Manakala menurut istilah syarak adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.


Dalam sistem faraid, harta peninggalan si mati akan dibahagikan kepada ahli warisnya seperti  anak, isteri / suami, ibu dan waris menurut hukum Islam.


Harta peninggalan yang akan dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris seperti zakat & nazar serta wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Antara bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :


1. Tanah

2. Bangunan (rumah)

3. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain)

4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak)

5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.



5. Nafkah


Nafkah isteri yang tertunggak atau tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya sepanjang dalam tempoh perkahwinan.


Antara bentuk nafkah tertunggak ialah tidak membayar mas kahwin, tidak memberi nafkah hidup, tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Tunggakan-tunggakan ini pada akhirnya akan menjadi hutang pada si suami dan ianya wajib dibayar. Bekas isteri pula boleh menuntut semua tunggakan tersebut di Mahkamah Syariah.



Hubungi Tetuan Hafizah Haron & Associates Sekarang


So bagi korang yang ada masalah berkaitan kekeluargaan Islam seperti di atas, korang boleh hubungi Hafizah Haron & Associates sekarang dan set temujanji untuk sesi konsultasi. Jangan tangguh lama-lama dah, nanti hanya buat masalah tu makin rumit.


Seperti yang Ana mention dekat atas, perkhidmatan Hafizah Haron & Associates meliputi bukan sahaja di Shah Alam, malah kawasan sekitar Wilayah Persekutuan & Kuala Lumpur serta daerah-daerah di Negeri Selangor termasuk Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang, Kajang, Puchong, Bangi  dan Kuala Selangor.


Bagi yang nak hubungi Hafizah Haron, peguam syarie Shah Alam berpengalaman dan dikenali ni, korang boleh dihubungi beliau di talian 011-64390556 / 018-9827717 atau email di hafizahharonassociates@gmail.com. Alamat pejabat beliau seperti di bawah :


15, Jalan Zapin 1, 

Bandar Bukit Raja, 

41050 Klang, Selangor.


Didoakan semoga semua kemelut kekeluargaan yang melanda korang semua dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Dan semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya.




Peguam Syarie Shah Alam Berpengalaman dan Diyakini Reviewed by Ana Suhana on June 26, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.