Pengalaman GBS Positive Semasa Mengandung. Risiko Tinggi Pada Bayi.

Pengalaman GBS Positive Semasa Mengandung. Risiko Tinggi Pada Bayi l Assalamualaikum. Mengandung kali kedua ni memang tak dijangka. Lepas complete bf Syafi sampai 2 tahun setengah, Ana plan  untuk pregnant lagi. Tapi belum sampai rezeki. Syafi pula bising bosan takde adik. Hehe.
Pengalaman Mengandung GBS Positive

Pengalaman GBS Positif Semasa Mengandung. Risiko Tinggi Pada Bayi. 


5 tahun kemudian, ceritanya betul-betul lepas Raya Aidiladha 2019. Tiba-tiba Ana tergerak hati nak buat pregnancy test. Puncanya sebab Ana sembelit teruk. Kedua period datang lewat. Memang tak sangka 2 line yang appear. Ana sampai repeat 3 kali pregnancy test tu sebab tak percaya punya pasal.

2 minggu lepas tu, Ana ke klinik untuk scan. Just untuk double confirm sebelum buka buku pink. Lagi satu nak tengok semua ok ke tak sebab beberapa minggu sebelum tu Ana punya sakan gotong royong dekat rumah mak. Siap angkat kuali yang teramat berat dari stor depan ke stor belakang. Alhamdulillah lepas scan, doktor kata semua ok. Uri cantik je dekat atas tu. Dan usia kandungan dalam 6 minggu. Alhamdulillah.
Pengalaman Mengandung GBS Positive
Seminggu lepas tu terus buka buku pink. Bila usia kandungan dah 7 minggu, esoknya terus kena minum air gula (MGGT). Malam tu pukul 10 dah kena start puasa dah. 

Next check up result MGGT dah keluar. Haha agak kantoi sikit sebab result atas pagar. Terus nurse bagi appointment untuk repeat MGGT masa kandungan 7 bulan. Senyum kambing je lah masa tu. Tapi nak buat macam mana,  memang salah sendiri sebab asyikminum air manis je. Pregnant kali ni lain macam sikit. Air kosong memang tak lalu nak telan. Geram pulak rasanya. Mujur susu ibu mengandung Ana boleh minum. Kalau tak, lagi haru. 

Masa kandungan masuk bulan ke-3, Ana perasan keputihan semakin banyak. Bila baca, memang normal sebab hormon kan. Masa Syafi dulu pun macam ni juga. So dah tau lah nak buat apa. Kali ni Ana just beli Candid VI dekat farmasi.
Pengalaman Mengandung GBS Positive
Peliknya keputihan kali ni tak macam dulu. Tak kurang pun malah siap gatal lagi. Gatal merenyam orang kata. Memang serabut sebab kita tak selesa kan. Cuci macam mana pun tetap gatal. Tapi tahan je lah. 

Pejam celik kandungan masuk 7 bulan. Ada satu hari tu masa nak solat Zohor, Ana perasan ada tompokan darah dekat panty. Agak banyak juga. Fresh blood clot lagi. Masa Asar pun still ada lagi tapi sikit je. Hati dah berdebar takut apa-apa jadi dekat baby. Ana siap tepuk-tepuk perut lagi nak tengok baby gerak ke tak. Alhamdulillah baby gerak normal. 

Petang tu pergi klinik. Scan tengok baby ok. Uri pun cantik dekat atas. Sebabnya kalau uri dekat bawah, tu agak berbahaya. Discuss punya discuss, doktor suggest Ana ke hospital untuk further examination. Lepas doktor bagi referral letter, Ana terus ke hospital Selayang. 

Sampai-sampai hospital macam biasa. Prosedur pertama akan buat CTG. Alhamdulillah heart beat baby normal dan takde contraction. Lepas tu masuk bilik pemeriksaan. Kali ni doktor minta izin untuk seluk untuk tengok kalau ada bukaan. Takde juga bukaan. End up doktor kata darah tu maybe sebab ada luka dekat bahagian dalam tu. Then doktor buat swab test untuk amik sampel dekat kawasan vagina. Result nanti follow up je dekat KK masa check up. Sebelum balik pergi farmasi amik ubat Candid VI tu lagi. 

2 hari lepas tu pergi KK untuk 2nd MGTT. Sebab risau result tak cantik, seminggu sebelum tu Ana dah diet sungguh-sungguh. Makan nasi beras perang, banyakkan makan sayur dan minum air kosong je. Hehe. Tak sanggup nak hadap BSP.

Seminggu tepat lepas episod keluar darah tu, sekali lagi ada darah yang keluar masa Ana nak solat Subuh. Kali ni lendir bercampur darah. Ana rasa nak menangis kejap. Apa pula kali ni. Hati dah berdebar-debarbtapi buat-buat kuat. Lepas hantar Syafi pergi sekolah, Ana terus ke KK. Bagitau nurse pasal darah tu. Nurse terus suruh pergi hospital. Dorang takut tu tanda-tanda nak bersalin. Sebelum balik Ana sempat tanya result MGTT last week. Alhamdulillah semua normal.
Pengalaman Mengandung GBS Positive
Lepas Zohor terus ke hospital. Prosedur repeat macam minggu lepas. Result CTG pun sama. Baby ok, contraction takde. Dekat bilik pemeriksaan, kena seluk lagi. Pun takde bukaan. Doktor pun tak tahu kenapa. Just assume maybe sebab luka masa Ana cuci waktu mandi.

Then doktor check result last week and inform Ana GBS positive. Maka bermulalah cerita pengalaman GBS Positive semasa mengandung kali nii.


Doktor bagitau yang GBS ni common untuk pregnant lady. Cuma aktif atau tak je. Macam kes Ana, GBS Ana aktif. Doktor kata risiko GBS ni hanya pada baby. Ibu tiada risiko pun. Sebabnya bahagian vagina kita tu tengah ada infection (kuman). Masa bersalin nanti (normal delivery), baby akan lalu dekat kawasan tu. So masa tu lah risiko baby untuk terkena jangkitan kuman tu sangat tinggi. Boleh membawa maut tau. Takut giler bila dengar doktor explain masa tu. 
Pengalaman Mengandung GBS Positive
Memandangkan Ana dah confirm GPS positive, terus kena warded 3h2m. Sebabnya bila GPS positive ni, ada possibility untuk bersalin awal. So doktor terus plan suntik ubat matangkan paru-paru aka suntikan dexa.

Suntikan ini untuk apa suntikan ni?

Untuk tingkatkan peluang baby pramatang untuk hidup lepas bersalin, kurangkan risiko seperti masalah pernafasan, pendarahan dalam otak,  jangkitan kuman dan masalah pada salur pencernaan.

Ana kena 2 dos setiap 12 jam. Orang yang ada pengalaman kena suntik dexa je akan faham betapa sakitnya suntikan ni. Haha. Sebabnya kita kena inject dekat bahagian otot. Baca Pengalaman Kena Suntikan Dexa untuk info tentang suntikan ni. 

Dos pertama memang sakit. Sengal kejap bahagian punggung tu rasanya. Dos ke-2 nurse senior yang inject kan. Dia siap cakap sakit tau injection ni sebab saya pun pernah kena dulu. Ana ye kan je. Tapi supprisingly, kali kedua ni tak sesakit dos 1 tu. Sakit macam kena inject biasa je. Maybe nurse ni dah banyak pengalaman kan.

Hari ke-3 Ana dah boleh discharge sebab takde darah yang keluar lagi. Cuma kena makan antibiotik yang diberi. Dan doktor pesan kalau ada keluar darah lagi terus ke hospital dan inform ada GBS positif. 
Pengalaman Mengandung GBS Positive
Lepas dari tu takde dah keluar darah. Sampai lah minggu ke-39. Masa tu dah seminggu PKP. Masa mandi nak solat zohor Ana perasan ada lendir dan darah keluar. Terus cakap kat suami dah keluar tanda ni. Lepas Asar terus ke hospital. Masa buat CTG nurse kata dah ada contraction. Tapi Ana tak rasa sangat. Doktor check bukaan tengok dah 3cm. So terus warded. Tapi sebelum masuk wad, nurse dah start masukkan antibiotik untuk GBS tu melalui branula. Antibiotik akan diberi setiap 4 jam sampai kita nak bersalin.




Tengah malam tu Ana dah start rasa sakit. Memang tak boleh tidur. Lagi-lagi dengan bunyi baby nangis sana sini. Agak stress juga. Esok pagi doktor check bukaan, still 3cm. Berhuhu kejap sebab sakit makin kuat tapi bukaan macam tu juga. Pukul 10 pagi buat CTG lagi. Baby pulak asyik tido so bacaan tak seperti yang diharap. Puas tepuk-tepuk perut, tetap sama. Last doktor suggest banyak kan minum air. Memang menjadi. Bacaan cantik je lepas tu. 
Pengalaman Mengandung GBS Positive

Pukul 12 tengahari doktor check bukaan dah 5cm. Doktor kata pukul 3  petang nanti masuk LR. Terus inform suami. Alhamdulillah masa awal-awal PKP tu, suami masih boleh teman isteri dalam LR. Cuma dalam wad je tak boleh. Nak hantar barang pun tak boleh. Serah pada guard je. 

Masa dalam LR, doktor check dah 6cm. Terus dia pecahkan air ketuban dan buka kan jalan. Antibiotik untuk baby still continue. 

Lepas tu, contraction semakin kuat dan kerap. Terasa macam nak patah pinggang tu. Masa 7cm doktor tanya nak try push tak? Ana setuju tapi tak berjaya push lagi. (Sebenarnya lupa cara nak teran. Lol). So doktor suruh tunggu sampai pukul 7 petang tengok bukaan macam mana. Nak sampai kan pukul 7 petang tu kemain seksa rasanya. Tapi doktor pesan juga, kalau rasa macam nak berak bagitau. Memang lah rasa macam nak berak doktor oiii.. Haha. Nurse pula siap suruh tahan jangan teran masa contraction tu datang. Mana boleh nak control bila dah sakit tu.

Dalam pukul 5.30 petang Ana dah tak sanggup nak tahan sakit. Rasa sakit macam nak berak tu makin kuat. Terus cakap doktor saya nak teran. Terus doktor panggil nurse semua. Kali ni Ana nekad nak teran jugak. Contraction sampai je Ana terus teran. 

Masa first teran tu dorang kata ok dah nampak kepala baby. Tapi Ana pulak tak cukup nafas. Mengandung kali ni memang nafas Ana pendek. Nak curi nafas pun tak cukup. Tapi cuba juga. Masa nak teran balik tu, Ana teran sunguh-sungguh sampai berdengung telinga. Tak dengar apa-apa dah dekat sekeliling. Tapi sempat fikir eh bahaya tak macam ni. Cepat-cepat lepas nafas. 

Kali ketiga teran kepala baby dah keluar tapi masih tak lepas. Terus nurse gunting sikit dan bantu keluarkan kepala baby sebab kalau lagi lama lagi bahaya. Kawasan tu kan berkuman. Kemudian Ana teran sekali lagi untuk keluarkan badan baby sepenuhnya. Alhamdulillah tepat pukul 5.57 petang Ana berjaya bersalin dengan baby seberat 3.26kg. Berat dari yang doktor scan masa masuk LR tadi tu. 
Pengalaman Mengandung GBS Positive
Tak macam masa Syafi dulu, lepas nurse tunjukkan jantina baby, dorang akan bawa baby untuk dibersihkan. Tapi kali ni lepas tengok jantina baby, baby akan diletakkan dekat atas badan kita. Skin to skin. Baby pun senyap je. Nangis tak dengar suara. Nurse tak puas hati, picit-picit kaki baby sikit baru dengar baby nangis kuat. Lepas tu baru dorang bawa baby untuk dibersihkan. Ana pula lepas tu kena sambung jahit. Ohoiiii bertabah kejap. 

Dalam pukul 7 petang, Ana dah masuk dalam wad. Tapi masa ni Ana rasa pandangan Ana macam berbalam. Nak pegang baby pun seram sebab Ana pegang baby tapi tak berapa nak rasa pegangan tu. Bila doktor datang check pun Ana maca terawang. Maybe sebab Ana penat, tak cukup makan dan tak cukup tidur. Lepas dapat tidur sekejap malam tu terus rasa ok esoknya. 

Bila ada GBS Positive semasa mengandung ni, memang kena tahan at least 2 hari sebab doktor nak pantau condition baby. Takut ada infection masa bersalin tu. 

Hari ke-3, doktor sah kan baby Ana ok. Takde infection dari GBS tu. Alhamdulillah sangat-sangat. Tapi doktor kata baby Ana mungkin ada G6PD sebab bacaan kuning sangat tinggi. So tak boleh balik lagi. Sob sob sob. Sedih dia tak leh bincang woo. Lagi-lagi bila petang tu doktor kata baby kena transfer ke Nicu. Kalau tak bahaya dekat baby. Terus tambah sedihhhh. Haha. 

Pengalaman check in 3h2m dekat NICU Ana sambung next entri pulak ye. Rasa dah panjang giler entri kali ni. Kang ada yang muntah nak baca. Hehe. So jumpa kat entri NICU pula nanti.





Pengalaman GBS Positive Semasa Mengandung. Risiko Tinggi Pada Bayi. Reviewed by Ana Suhana on July 30, 2023 Rating: 5

29 comments:

  1. baru tahu kak ana pregnant, dah bersalin dah pun. Comelnya baby. Seram juga baca experience kak Ana. kena inject 2 kali setiap 12 jam. Banyak dugaan kalau kena positif GBS ni ye. Anyway selamat berpantang kak Ana :)

    ReplyDelete
  2. saya pun ada pengalaman GBS masa anak ke2. Takut sangat masa tu, sebab tahu bila ada GBS positif ni,baby yang berisiko nanti, sebab ada kes baby meninggal disebabkan ibu GBS. huhu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah takde complication. Comelnya baby putih melepak rasa nak cium aje.. best bau baby ni

    ReplyDelete
  4. ohoiiii.. kena tu gunting tu seram. tp time sakit contruction mcm tu tak rasa dah gunting tu walaupun dgr dgn jelas 'tick.. ohoiiiiiiiiii..

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah.Syukur alhamdulillah.Tahniah kak Ana sekeluarga.Kali kedua menjadi ibu.Syafi dah jadi abang.Suka baca pengalaman orang melahirkan.Setiap orang ada cerita masing-masing.Sangat indan.Selamat datang ke dunia wahai anak.

    ReplyDelete
  6. Alamak, seriau pulak dengar pengalaman kak ana. Kinah ni pun lagi 9 minggu je lagi nak tempuh. Harapnya semua dipermudahkan nanti

    ReplyDelete
  7. Aha dulu mommy pun gbs positif. Sebelum nak beranak tu Make sure beritahu nurse/doc yg kita gbs positif. Takut diaorg tak alert kan. So nanti diaorg blh Onn antibiotik. Anak pun kena tahan 2 hari

    ReplyDelete
  8. Hmalhamdulillah, semuanya baik2 je. Hehehe. Gigih baca.. Comel bbay

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah selamat semuanya.
    Tahniah AS. Baru tahu pasal GBS lepas baca nih!
    Baca entry nih! teringat pengalaman bersalin Mrs. A dulu masa contraction Mrs. A pun cakap rasa nak berak hahahaa....

    ReplyDelete
  10. adoi baca kena gunting tu buat serik. Tahniah ana dah sepasang semoga baby membesar dengan sihat dan bijak

    ReplyDelete
  11. tahniah diatas kelahiran anak kedua. semoga ana n baby sihat sokmo.

    ReplyDelete
  12. nampak lagi budak comel ni. meh auntie kiss sket

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.baru tahu pasal GBS. thank you sharing

    ReplyDelete
  14. Seram bila part dia tlg gunting utk bg bby lps kuar tu
    selalu gak dgr pglmn orang bersalin ni,
    thanks 4 sharing,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca memang seram, tapi bila sakit contraction tu datang, gunting tu tak rasa langsung. Hehe

      Delete
  15. alamak seram part kena gunting tu haduhhhhai. tahniah kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sakit, gunting tu tak rasa langsung. Dengar bunyi je 😂

      Delete
  16. 1st time pula tahu pasal GBS ni. thanks sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun baru tau masa pregnant hari tu. Kalau x, tak tahu pun.

      Delete
  17. seramnya huhu mcm x mau kawin terus haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. InsyaAllah semua ok nanti. Rugi tak kawin tau. 🤩

      Delete
  18. Tahniah Ana. Alhamdulillah dah selamat bersalin :)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak ana, saya pun tengah tunggu result lab buat HVS haritu sebab keputihan melampau + gatal merenyam. Anak first takdak lah macam ni walau ada keputihan yg banyak 😭 doakan saya dan baby selamat yer, baru masuk 3 bulan ni. Terima kasih semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikumsalam. Sama dengan saya. Anak 1st xde pun mcm tu. Tp ada orang kata nk kurangkan merenyam tu jangan amik makanan minuman manis sebab tu makanan bg bakteria. Saya try mmg menjadi.

      Delete
    2. Akak, kalau GBS ni lepas masuk ubat thru vagina tu dia semakin membaik kan? Saya lepas masukkan tu dah tak gatal. Tapi risau nanti dia akan serang balik😭

      Delete
    3. Macam saya masa 1st baby lepas masukkan ubat tu ok dah.
      Tapi masa 2nd Baby, gatal tu tetap datang balik disebabkan GBS tu. So sy kurangkan makan manis je masa tu.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.