Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise


Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise | Percaya tak korang boleh berangan ala-ala bercuti di Venice walaupun hanya ke Melaka dengan naik Melaka River Cruise. Jangan main-main, Melaka ni walaupun hanya berkeluasan 0.5% (1.658 km²) dari seluruh Malaysia, korang boleh rasa seperi travel ke seluruh dunia tau.


Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise

Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Di Melaka terdapat banyak tempat menarik untuk di lawati tau.  Kalau korang nak rasa seperti di Belanda korang boleh ke Freeport A Famosa Outlet. Kalau korang rasa nak seperti bercuti di China korang boleh ke Jonker Street. Dan kalau korang nak rasa bercuti di Venice, korang boleh ke bandar Melaka naik Melaka River Cruise macam sis Ana nak cerita dalam entri ni.
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Satu tips sis Ana nak share kalau korang bercadang nak naik Melaka River Cruise ni ialah kalau boleh sila datang masa weekdays. Seriously!! Ada dua kelebihan korang akan dapat.
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Satu nya tiket cruise lebih murah berbanding harga weekend. Beza RM5.30 seorang tau. Bayangkan kalau pergi satu keluarga besar, berapa banyak dah boleh jimat. Penjimatan tu boleh buat belanja makan malam tau. Harga tiket untuk dewasa ialah RM10.60 (weekdays) / RM15.90 (weekends). Manakala untuk kanak-kanak berumur 2-12 tahun RM5.30 (weekdays & weekend).
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Satu lagi masa weekdays sangat lengang dan aman damai. Masa beratur untuk beli tiket dan menunggu untuk naik cruise kurang dari 15 minit. Tapi kalau masa weekend memang korang akan berpikir banyak kali nak naik atau tak Melaka River Cruise ni. Sebabnya nak beratur beli tiket confirm panjang. Dengan keadaan cuaca di Melaka yang sangat panas lagi. Dengan perangai manusia-manusia lagi. Tue belum beratur tunggu giliran untuk naik cruise lagi. 
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
TAPI...kalau korang tak boleh elak pergi masa weekend,  sis Ana cadang korang naik cruise dekat TAMAN REMPAH atau THE SHORE. Kebiasaannya dekat 2 tempat ni memang kurang orang berbanding dengan di Bandar Hilir.
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Melaka River Cruise ni akan bawa korang bermula dari Jeti Muara sehingga ke Taman Rempah. Jarak antara 2 tempat ni lebih kurang 9km. Masa perjalanan pula memakan masa sekitar 30-40 minit. Sepanjang perjalanan korang akan di sajikan dengan pemandangan beberapa jambatan dan bangunan bersejarah dan juga bangunan yang di cat dengan mural yang sangat menarik.
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Satu-satu cruise boleh memuatkan dalam 20-40 orang pada satu-satu masa bergantung pada saiz cruise. Minimum 8 orang di perlukan untuk cruise bergerak. Semasa korang bercruise nanti akan ada penerangan tentang sejarah-sejarah Melaka. Sangat menarik untuk di dengar selain dapat refresh sejarah yang telah kita belajar di sekolah dulu. Jadi jangan lupa naik cruise bila korang ke Melaka nanti tau. 

Oh ya lupa sis Ana nak bagitau, kalau korang naik di bandar sebelum masuk ke ruangan menunggu nanti akan ada staff yang minta korang bergambar. Nanti lepas korang habis bercruise, korang boleh nampak gambar korang telah di cetak di atas fancy paper dan juga atas fridge magnet. Satu set tu RM50 ada 2 keping gambar dan 1 FM. Satu gambar tu 3D katanya. Tiada paksaan tau untuk beli gambar ni.
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Tempat Menarik di Melaka
So pada korang yang plan nak ke Melaka, make sure tau korang masukkan Melaka River Cruise ni dalam list korang. Rugi woo dah datang ke Melaka tapi tak naik cruise. Lagi-lagi kalau bawa anak-anak kecil, sure dorang akan teruja. So selamat bercruise ok.

Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala Venice di Melaka River Cruise Reviewed by Ana Suhana on May 16, 2017 Rating: 5

75 comments:

  1. wiwiiii.. seronok sangat naik cruise... nak jugak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Lea kita pergi melaka lagi. Naik cruise, naik Taming Sari. Byk lg nak buat ni.

      Delete
  2. Seronoknya airah memang dh lama tak smpai melaka.kalau pegi mana2 confirm kumpul gmbar yg dyorg tlg tgkpkan tu hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana tgk juga. Tak semua kak ana beli. Kalau rasa nk beli baru kak ana beli. Hehe

      Delete
  3. Cantik2 picnye... Nice sharing kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear. Moga bermanfaat hendaknya.

      Delete
  4. Tak pernah khatam.lawat Melaka..ada je tempat x pi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Padahal kecik je negeri Melaka tu. Hehe.

      Delete
  5. besar sgt beza hrga tu !! peuww.. btw smua picture lawa2 tau =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kalau pergi 10 orang dah boleh save Rm53 dah.

      Terima kasih Ju :)

      Delete
  6. Best melaka. Last gi tahun lepas. River cruise tu best naik kalau malam. Meriah dengan lampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam lawa sebab nampak lampu warna warni. Siang pun best dptg tgk bangunan yang menarik.

      Delete
  7. seronoknya naik cruise.. bila2 balik melaka nak ajak anak2 naik la.. hihi

    Ana... ana dah tukar domain ye.. www.anasuhana.com.. congrats dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti balik kg boleh lah naik cruise. Amik dekat the shore atau taman rempah better rasanya.

      Aah Dilah. Personal branding katanya. Hehe. Terima kasih ye :)

      Delete
  8. wah...dah tukar domain ye...cantik2 gambanye

    ReplyDelete
  9. Naik gak haritu river cruise ni..best..betul, pi masa weekdays orang tak ramai..waktu menunggu pun kejap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Baru lah boleh happy naik cruise. Kalau tak, tekanan dengan org ramai. Hehe

      Delete
  10. Oh Ana! nampak sungguh enjoy menikmati pemandangan kiri kanan yer. Haritu masa MITA Fair ade gak promotion ni. Tapi takbeli sebab malas nak pk bila nak pegi. HAHAH! orang tu kabor, kalau nak cantik..masa maghrib senja time matahari nak tenggelam tuh haa...Heheh..berangan ajer la dulu yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang enjoy sgt. Siap melambai org dekat tepi2 tu. Hehe.

      Senja cantik tp tu lah tak sesuai pula. Byk setan berkeliaran. Hehe.

      Takpe berangan tu kan free :)

      Delete
  11. Jauh bezaaa tu hrganya..tp mmg g weekday tenang jee. Kalau tak nak parking punnnn puas pusing bape kli baru dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tu akan terasa kalau pergi ramai2 Reen.

      Betul tu. Parking masalah utama masa weekend. Sakit jiwa di buatnya.

      Delete
  12. memang enjoy naik cruise kan ana, tapi hati-hati boleh basah baju bila cruise selisih cruise ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dah lah ana duduk depan sekali. Sampai ke muka kena air tu. Huhu.

      Delete
  13. Waah... Best Melaka... Tempat kenangan tu... Pusat Boling Air Keroh, MP, DP... Kenangan... River Cruise memang best.. Kalau malam lagi best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti duduk lama dekat Melak ni ye. Tau byk tempat tu. Malam best juga. Sejuk dan boleh tgk lampu warna warni. Meriah org kata.

      Delete
  14. Bestnyaa, jimat jugak tu naik cruise di hari biasa.. Nanti nak ke Melaka boleh refer balik entri2 Ana ni..

    Cantik FM tu.. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat dan selesa kalau hari biasa Husniey. Tak pening kepala dengan ramai org.

      Cantik tu yg terbeli. Hehe

      Delete
  15. ala2 Venice tuu...
    congrats Ana for the rebranding!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan sikit2 konon di venice kejap kak. Hehe.

      Terima kasih kak. Jom join sekali.

      Delete
    2. hehehe...still contemplating huhu

      Amboiii tukar header lagiii...meriah sungguh dgn bebunga tuu..

      Delete
    3. Take ur time kak. U can do it. Hehe.

      Tu lah pasal. Agak ladies sgt kali ni. :)

      Delete
  16. Hakak pernah jugak naik cruise ni Ana. 2-3 tahun lepas rasanya. Yelah...dah alang alang dah jalan ke Melaka tu haruslah tak lepaskan peluang naik benda ni ye dak. Barulah berbaloi hihi...

    Naik beca cantik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik juga tp waktu malam. Gambar tak berapa nak lawa. Huhu.

      Delete
  17. Bila ada diskaun tu dah jadi satu tarikan dan bonus kepada pengunjung kan...teringin juga nak naik cruise ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe salah satu cara nak kurangkan sesak masa weekend. Cuba lah nanti naik cruise ni kalau ke Melaka.

      Delete
  18. Sha pernah naik sekali je.. Memang best..

    ReplyDelete
  19. ok...mula2 mau baca entry ni penuh khusyuk,
    tapi ternampak header baru ...
    terus tengok header tu lama2 ...
    header is marvelous T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kelakar lah Mrs Pip ni. Header masih dalam proses pemilihan ni. Hehe

      Delete
  20. Wah..teringin ke Melaka..tq ya follow blog saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai rezeki awak ke sana nanti.

      Sama-sama kita menyokong sesama blogger.

      Delete
  21. Replies
    1. Melaka byk tempat menarik yg cantik2. Sebab tu tagline dia melawat Melaka umpama melawat Malaysia.

      Delete
  22. syima terpergi masa christmas hari tu, dia punya beratur nak naik cruise, boleh khatam quran lah kalau nak tunggu. dengan anak kecik nya, memang tak lah nak beratur....next time weekdays maybe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedangkan weekend pun dah hazad apa lagi oublic holiday. Best time ialah weekdays. So next time boleh plan pergi weekdays pula ye sis. Selesa sgt.

      Delete
  23. kami perna naik malam. air dia bleh tahan kotor

    ReplyDelete
  24. Tak pernah naik lagi cruise nii. Dgr cite kena beratur panjang sokmo. Hehe

    Pssst, lawa header baru. Meriah sangatt tengok! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau weekend, public holiday dan school holiday memang panjang mcm keretapi Fatihah. Sebab tu kak Ana cadang pergi masa weekdays yg bukan cuti sek. insyaAllah selesa dan cepat.

      hahaha. meriah sgt2 kan. segan lah pulak.

      Delete
  25. Wah..bestnya.. xde mahal mana tiketnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Tak mahal mana. Cuma kalau pergi dlm satu keluarga besar terasa juga lah. Hehe

      Delete
  26. ana !!!! atie rindu melaka bila tengok gambar2 ana ni.. huu~ dlu 3 tahun dok melaka.. segala ceruk seme dah redah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Tp ana 3 tahun tu tak pergi mana2 pun. Plg jauh pergi MP. Tu je. Ni yg betul2 explore. Hehe

      Delete
  27. Bilalah dapat naik cruise nie..?(sambil menongkat dagu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti satu hari pasti Shikin dpt naik juga. Tak jauh mana pun ni. :)

      Delete
  28. Anis pernah naik cruise ni waktu malam.. Cantikkk..Tapi masa tu pergi ikut mak dengan geng wanita umno dia, so feeling dia lain la.. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti plan pergi melaka dengan geng 7 wonder girl Anis ye. Sure happening dear :)

      Delete
  29. River cruise kalau ride siang boleh nampak biawak berenang-renang dalam sungai melaka haha. Kalau ride malam, boleh nampak lampu-lampu yang lawa sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. Kak ana sibuk tgk bangunan dekat tepi tu tak perasan ada biawak ke tak. Hehe

      Delete
  30. 2 kali dah pergi melaka..best jugak jalan-jalan kat sana

    ReplyDelete
  31. Bestnya..nak sangat naik cruiser..

    ReplyDelete
  32. busyra pernah naik ni, msa site visit masa study dlu.. hehe. naik time malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah sep sikit. Malam pun best juga nampak byk lampu warna warni dan lalu dekat pirate park tu boleh nampak kemeriahan dkt sana :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.