Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool l Assalamualaikum. Lama giler rasanya tak pergi bercuti. Last bulan 9 tahun lepas. Lebih setahun dah rupanya. Bila goverment announce kebenaran untuk rentas negeri, Ana pun tak lepaskan peluang untuk sama-sama join rancakkan ekonomi negara. Gitu. Tu lah jadinya percutian singkat di Intan Payung Janda Baik ni. 

Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Tapi disebalik nak dapat bercuti ni memang lah menghuru-harakan. Mana taknya, berminggu-minggu Ana dok cari tempat untuk bercuti tapi tak jumpa. Bukan takde yang berkenan, tapi semuanya fully booked sampai hujung tahun.  Memang dahsyat giler. Tanya mana-mana tempat, semua penuh. Semahal-mahal harga semua laku keras. Maybe sebab weekend kan. Sampai satu tahap, Ana rasa give up sangat. Haha. Tapi kalau dah rezeki tak ke mana kan. Akhirnya dapat juga booked Intan Payung ni.  Alhamdulillah.



Seronok memang seronok.  Siapa tak suka bercuti kan. Tapi memandangkan kes masih lagi tinggi, Ana sekeluarga decide untuk bercuti secara private.  Maksudnya tak bercampur dengan orang lain.  Kami-kami saja. Maklumlah ada kanak-kanak dan warga emas kan. Keselamatan dorang yang paling utama. Dan pilihan untuk bercuti di Intan Payung Janda Baik ni memang sangat lah tepat.



Dari Batu Caves nak ke Intan Payung ni memang dekat sangat. Tak sampai 40 minit dah sampai. Maybe sebab lokasi villa cottage ni di Kg Cheringin. Di bahagian bawah kawasan Janda  Baik. Tu yang rasa dekat. Kalau naik atas lagi macam di Eyra Suria Country Hills Janda Baik ni, mungkin dalam 50 minit camtu je. Depend on the traffic juga sebab kawasan ni kawasan kampung. Jalan pun satu lane setiap arah.  Kalau banyak kereta, memang slow je lah dapat bergerak. Dekat situ dah take time. Tapi masa Ana ke sini, alhamdulillah traffic sangat-sangat clear. Cuma masa nak cari villa cottage ni agak susah sikit sebab takde signboard. Sampai terpaksa call owner. Rupanya lepas susur dari jalan utama dan lepas je jambatan kecik, ada jalan masuk berhiaskan buluh di belah kanan.  Dalam tu je Intan Payung ni. Memang betul-betul tersembunyi.



Waktu check-in macam biasa pukul 2 ke atas. Tapi kami sampai dah pukul 1 lebih macam tu. Pekerja-pekerja vila cottage pun masih sibuk mengemas bilik. Tapi boleh je kitorang masuk dan lepak dekat kawasan dalam tu. Kemain luas ok. Ibarat padang bola laman dia. Nak pasang khemas kenduri pun muat. Puas Syafi dengan sepupu dia berlari-lari dekat situ. Kawasan dia pun cantik dan terjaga.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Sementara tunggu pekerja vila cottage selesai kemas bahagian dalam,  kami lepak-lepak dulu dekat ruang makan di bahagian belakang. Dalam pukul 2 lebih semua dah selesai dah kitorang dah boleh masuk ke dalam. 



Dekat Intan Payung Janda Baik ni ada 2 buah cottage. Memang kena booked dua-dua sekaligus. Tak boleh kalau nak booked sebuah cottage je. Kedua-dua cottage ni terletak berhadapan antara satu sama lain. 


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Ok yang ni cottage 1. Muat untuk 3 orang dewasa. Ada balkoni lagi dekat bahagian depan tu untuk lepak-lepak amik angin petang. Memula masa kitorang booked Intan Payung ni, kitorang agak confuse juga dengan kemudahan penginapan yang disediakan sebab info tak berapa jelas. Harap bila korang baca entri ni korang akan lebih jelas.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Dalam cottage 1 ni ada 1 katil saiz queen dan 1 katil single with attached bathroom. Kemudahan towel dan toiletries semua disediakan. Sejadah pun ada.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Nice je kan susun atur dia. Warna dinding pun soothing je. Dekat sebelah cottage 1 ni ada kolam ikan. Kemain banyak ikan dalam tu. Kebetulan memang En Suami ada simpan stok makanan ikan dalam  kereta, memang seronok lah bebudak ni dok bagi ikan makan. Ikan dekat sini pula macam kelaparan sangat. Pantang baling makanan, cepat je kena sambar.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Ok ni pula cottage 2. Saiz dia 3 kali ganda dari cottage 1.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Dekat ruang depan cottage ni ada disediakan kerusi meja untuk lepak. Siap dengan projektor kot korang nak bermovie time nanti kan. Korang just kena bawa laptop dan download sesiap movie dekat rumah sebab kalau baru nak download dekat sini, alamatnya sampai check out pun tak habis lagi. Hehe.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Ni lagi satu bahagian luar di cottage 2. Sebelah ruang movie tadi tu je. Sebab banyak sangat ruang, tak semua tempat kitorang guna pun. Meja kerusi tu terletak macam tu je lah dari masa kitorang sampai, sampai lah masa kitorang balik.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Kolam ikan kecik pun ada dekat tepi ruang depan tu. Tapi ikan kat sini sombong. Kitorang bagi makanan ikan pun dia tak nak keluar.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Ok jom tengok bahagian dalam pula. Pada pendapat peribadi Ana, layout dekat cottage 2 ni tak berapa nak best sebab masuk-masuk je pintu depan akan terus jumpa ruang tidur. Suppose ruang tamu lah dulu kan. Tapi takpe lah, bukan nak stay lama pun.



Dalam cottage 2 ni tempat tidur bertemakan ala-ala dorm. Semua katil dekat satu tempat. Takde separate room. Cuma setiap katil dipisahkan dengan tirai je. 


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Ada 2 buah katil jenis queen dan 2 buah queen size bunk-bed disediakan. So boleh muat 12 orang dengan selesa. Kira semua dapat tidur atas katil lah.  Tapi kalau korang ramai, boleh je bawa toto sebab luas ruang dalam ni. Jangan lupa bawa selimut juga sebab takut kesejukan. 


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Cakap pasal selimut, ni deretan selimut yang disediakan. Macam cottage 1, sejadah pun disediakan sekali.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Dari ruang tidur tu ada satu pintu menuju ke ruang tamu. Ruang tamu kira di bahagian tengah cottage dan bersebelahan dengan tandas. Dekat ruang tamu ada tv dan sofa untuk lepak. Channel tv Ana tak pasti ada channel apa sebab tak tengok pun. Tapi nampak ada remote Astro. Maybe ada channel Astro lah tu. Kemudahan wifi pun ada. Cuma speed slow ya amat. Tengah malam baru ok sikit. Tapi bagus juga sebab boleh fokus sepenuhnya dengan family. Rasa aman sangat bila jauh dari media sosial ni.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Dekat ruang tamu ada satu pintu menuju ke bahagian belakang cottage. Dekat belakang ni lah ada ruang makan dan dapur.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Semua kemudahan memasak disediakan. Rasa macam dekat rumah sendiri. Ada mesin air Coway, fridge, microwave, toaster, dapur gas, kuali, periuk, buffet tray, pinggan mangkuk semua macam benda lah ada. Lesung batu pun ada dik non kot nak menumbuk sambal belacan ke kan. Bahan asas memasak macam minyak, garam, gula, sos pun disediakan. BBQ pit jangan risau sebab confirm ada punya.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Dari ruang makan tadi boleh terus ke ruang pool yang terletak di sebelah kanan cottage 2. Tak besar pun pool dia tapi dah cukup buat budak-budak tu happy. Suraya sampai menggigil-gigil mandi pool tu. Tapi tetap nak main air juga.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Nak bagi lagi meriah dengan suara budak-budak ni, mak mertua Ana siap sewakan inflatable pool lagi. Memang bising lah suasana jadinya. Memasing lupa diri bila dapat main air sepuas hati kan. Si kecik Ana pun tak nak kalah. Biarpun just main air dekat bawah tu je.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Mak ayah macam biasa duduk tepi pool perhatikan anak-anak. Apa lagi nak buat.  Nak join sama, berat tak membenarkan. Kang pecah pool tu. Hehe.



Aktiviti malam bila bercuti ramai-ramai ni wajib lah ada BBQ. Cuma BBQ kali ni best sebab BBQ pit dia guna gas. Senang kerja. Tak perlu susah payah nak guna arang. Masa membakar pun jadi cepat dan kemas.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Ni lah hasil bakar-membakar malam tu. Eh kemain sedap pula perapan BBQ kali ni. Hasil air tangan ayahngah Capi Cuya. Rasa macam makan chicken wing Domino's pizza plak. Laku keras ok ayam dan kambing malam tu. Kitorang order juga nasi goreng kot takut tak cukup kan. Order dekat orang katering dekat kawasan tu juga. Menu breakfast pun kitorang order je. Senang kerja. Harga pun berpatutan. Sedap pun sedap.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Tak cukup dengan BBQ, menu steambot pun ada. Guna pes tomyam Thai dalam botol tu je. Pun dah sedap. Bahan-bahan steambot beli dekat Tesco je yang ada macam-macam jenis dalam 1 pek tu. Habis lah juga 3 pek malam tu. Seronok bila makan ramai-ramai ni. Makan sambil berborak. Tau-tau bertambah je makanan dalam pinggan tu.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Lepas selesai makan malam, masa untuk tengok movie. Apa lagi nak buat kan. Pasang lah cerita apa semua bantai tengok. Tapi macam biasa, bila ada anak-anak kecik ni tak berapa nak fokus lah jawapnya. Dalam pukul 1 semua masuk tidur dah. Termasuk 2 ketul tu. Kemain tahan mata dorang. Sepupu dorang lama dah hanyut dalam mimpi.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Keesokkan paginya, lepas Subuh terus jalan-jalan amik angin dekat laman depan tu. Sementara nak tunggu orang katering tu hantar nasi lemak yang kitorang order. 



Ni lah rupa kawasan Intan Payung waktu pagi. Berkabus sana sini. Tapi rasa sejuk dia masih boleh tahan. Tak terlalu sejuk pun. Masa ni macam-macam bunyi haiwan boleh dengar. Dari bunyi siulan burung sampai lah ke bunyi unggas hutan, semua ada. Sangat menenangkan. Takde bunyi bising dari kenderaan pun yang Ana dengar.


Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool


Lepas sarapan, dah start kemas-kemas apa yang patut. Semua alatan yang kitorang guna kena letak dekat tempat asal. Macam biasa lah kan. Macam mana kita datang, kena make sure macam tu juga masa kita balik.


Anak-anak pula habiskan masa dengan sambung main pool. Suraya pun tak ketinggalan sama walau gigil teruk. Last-last main air dekat inflatable pool je. Abang Syafi jangan cakap. Main sampai tak ingat dunia. Seronok lah katakan dapat main air puas-puas kan.


Dalam pukul 11 macam tu kitorang dah ready nak check out. En Suami buat spot check seluruh kawasan sebelum balik. Kot kot ada yang tertinggal atau ada yang tak kemas lagi kan.


Overall, Ana sekeluarga puas hati dapat menginap dekat sini. Semua kemudahan yang disediakan sangat baik dan terjaga. Kawasan cottage pun disanitasi terlebih dahulu. Tu yang penting. Korang kalau ada plan nak buat family gathering, boleh lah consider Intan Payung Janda Baik ni. InsyaAllah korang pun akan puas hati nanti. Ok lah, tu je yang Ana nak share kali ni.  Jumpa di lain entri. Take care semua.







Bercuti di Intan Payung Janda Baik. Vila Ala Cottage Dengan Private Pool Reviewed by Ana Suhana on November 17, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. menarik ana sesuai utk bercuti dgn keluarga . berapa rate satu malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1.5k kak. Dia kira rm100/head utk 15 orang. Tp bila tgk review boleh je masuk ramai lagi.

      Delete
  2. Tengok gambar pun dah rasa besk kak apatah lagi kalau dapat menginap.

    ReplyDelete
  3. Bestnya suasana dia...mesti sejuk je kan..pemandangan pun cantik

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.