Pelan Rumah Banglo 6 Bilik Dari Dawaibesi.com Memang Cantik

Pelan Rumah Banglo 6 Bilik Dari Dawaibesi.com Memang Cantik l Assalamualaikum. Antara rumah jenis apartment dengan rumah tanah, korang suka yang mana? Kalau dulu Ana prefer rumah jenis apartment sebab lebih secured dan more privacy. Tapi bila keluarga dah makin besar ni, baru Ana terasa yang rumah tanah adalah pilihan terbaik.

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Pelan Rumah Banglo 6 Bilik Dari Dawaibesi.com Memang Cantik



Sekarang ni nak beli rumah tanah, memang kena struggle menyimpan sebab harga dia bukan murah. Lagi-lagi bila lokasinya berdekatan dengan kawasan bandar. Kalau nak murah sikit, kena pandai cari dekat kawasan luar bandar. Contoh dekat area rumah Ana, harga rumah tanah di kawasan Hulu Selangor masih boleh dikatakan murah lagi. Lokasi pun tak jauh sangat dari pusat bandar KL. Tapi tu lah, pantang ada tawaran sekejapan je penuh semua slot.


Sama lah juga dengan tanah kosong yang takde pape lagi. Sama laku keras. Tapi bestnya bila beli tanah kosong ni, kita boleh design rumah kita sendiri. Oh ya bila dah siap rumah nanti, jangan lupa buat wasiat siap-siap. Jumpa mana-mana peguam syarie bertauliah untuk minta nasihat.


Ok back to topic. Korang dah ada tanah tapi tk tahu nak buat pelan macam mana? Jangan risau sebab Nas Nuri Construction boleh bantu. Mereka ada arkitek lukis pelan banglo yang bertauliah untuk bantu lukis pelan rumah dan lukisan 3D ikut style  kita sendiri. Contohnya nak dapur besar yang asingkan dapur kering dapur basah ke, nak ada bilik dekat bahagian bawah untuk dijadikan bilik tetamu ke dan macam-macam lagi. Lepas tu Nas Nuri Construction juga akan buat submission kepada BPT untuk kelulusan bina rumah kita.


Oh ya cakap tentang tanah kosong ni, kalau korang plan nak buat rumah bersaiz besar, korang kena beli tanah yang bersaiz lot banglo. Tapi sebelum beli tu, pastikan korang ikut tips pilih tanah kosong ni supaya boleh jimat duit masa bina rumah nanti. 



Ciri-ciri Tanah Lot Banglo Yang Baik dan Menjimatkan Kos Bina Rumah



Nak beli tanah ni bukan macam beli beras, gula dekat kedai mamak. Kita kena tahu banyak benda sebelum decide nak beli ke tak satu-satu tanah tu supaya tak menyesal di kemudian hari. Ye lah bukan sikit duit yang kita dah keluarkan tu kan. Jom baca ciri-ciri tanah lot banglo yang terbaik untuk dibeli. 


1. Beli Tanah Jenis Zon Kediaman


Untuk pengetahuan korang, terdapat beberapa jenis zon tanah dijual di pasaran. Kalau korang plan nak beli tanah untuk tujuan bina rumah banglo di atasnya dengan menggunakan pembiayaan bank, pastikan tanah tersebut berstatus zon kediaman.



2. Tanah Mempunyai Geran Individu


Lepas pastikan yang tanah tersebut jenis zon kediaman, korang kena pastikan yang tanah tersebut mempunyai geran individu. Apa tu geran individu? 


Geran individu merupakan tanah yang telah dipecah milik kepada lot-lot kecil dengan persempadanan yang jelas. Geran tanah individu ini boleh dipindah milik dengan mudah dan proses untuk diwariskan juga senang pada masa akan datang. Selain tu, pemilik tanah geran individu mudah untuk mendapatkan pembiayaan bank / LPPSA untuk proses bina rumah di atasnya.



3. Kemudahan Insfrastruktur Telah Disediakan


Ini pun penting untuk menjimatkan kos pada masa akan datang. Sebelum korang nak beli tanah, pastikan kemudahan insfrastruktur seperti jalan bertar, perparitan dan bekalan elektrik dan air di kawasan tanah tersebut telah disediakan. 



4. Saiz Tanah Sekurangnya 5000kp


Kalau korang plan nak bina rumah banglo 1 atau 2 tingkat, pastikan tanah yang ingin dibeli sekurangnya bersaiz 5000 kaki persegi dengan bukaan 50 kaki x panjang 100 kaki. Tanah bersaiz kecik dari ini akan menyebabkan rumah yang dibina juga hanya bersaiz kecil.



5. Beli Lot Tanah di Bahagian Tengah


Sebaiknya pilihlah lot tanah di bahagian tengah yang mempunyai sempadan kiri, kanan dan belakang dengan tanah lot jiran. Elakkan dari beli tanah di bahagian corner lot atau end lot kerana biasanya kedua jenis lot tanah ini mempunyai 2 sisi sempadan yang bersempadan dengan jalan raya. Kesannya tanah korang akan dimakan oleh set back jalan raya dengan saiz 20 kaki persegi bagi setiap sisi.



6. Pilih Bentuk Tanah Segi Empat


Bentuk tanah pun mainkan peranan penting dalam proses untuk bina rumah banglo. Sebaiknya pilih tanah yang berbentuk segi empat dengan saiz lebih dari 50 kaki persegi kerana kalau kurang dari saiz tu, baki yang tinggal selepas di tolak set back hanya lah sedikit dan kesannya rumah yang akan dibina adalah lebih kecil dari yang diimpikan.



7. Tanah Rata Adalah Pilihan Yang Terbaik


Ada orang suka bentuk tanah (muka bumi) di kawasan yang berbukit, ada pula yang suka bentuk tanah yang rata atau flat. Tapi sebaiknya pilihlah tanah yang rata dan mempunyai saliran air yang baik. Sebabnya tanah yang rata tak memerlukan pembinaan tembok penahan (retaining wall) dan juga beberapa kerja tambahan yang memerlukan kos yang agak tinggi.



Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat dengan 6 Bilik 6 Bilik Air


Alang-alang dah ada tanah bersaiz besar tu, buat lah rumah banglo dengan 6 bilik 6 bilik air terus. Akan datang tak perlu nak renovate lagi dah. Confirm confirm pada masa tu semua bahan dan kos akan lebih mahal. So alang-alang nak buat rumah sekarang, buat besar terus. Tak rugi pun.


Kali ni Ana nak share salah satu pelan rumah banglo 2 tingkat dengan 6 bilik dan 6 bilik air yang sangat sesuai untuk korang yang ada ahli keluarga yang ramai atau yang suka menerima tetamu di rumah.


Di bawah ni merupakan lakaran 3D untuk rupa bentuk rumah tersebut.

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Untuk pengetahuan korang, rumah banglo 2 tingkat ni berkeluasan 3096 kaki persegi dengan keluasan kawasan berdinding (build up area) 2472 kaki persegi dan saiz patio 624 kaki persegi.



Susun  Atur Aras Bawah Banglo 2 Tingkat 6 Bilik 6 Bilik Air



Kita mulakan dengan bahagian luar dulu di mana di sini terdapatnya tempat letak kereta berbumbung dengan keluasan 15 x 18 kaki persegi. Kemudian dari tempat letak kereta nak masuk ke dalam rumah terdapat 1 kawasan patio bertangga kecil bersaiz 10 x 10 kaki persegi.

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Dalam pelan rumah banglo 2 tingkat ni, pintu utama yang digunakan adalah dari jenis pintu 2 daun. Tujuannya adalah untuk beri kesan luas selain untuk memudahkan pergerakan keluar masuk ke dalam ruang tamu utama yang bersaiz 12 x 16 kaki persegi yang mampu menempatkan set sofa untuk 7 orang tanpa membuatkan kawasan ini kelihatan sempit dan sesak.


Siling di ruang tamu pula merupakan siling tinggi bagi menampakkan kesan ruang yang lebih besar, luas dan gah dengan lengkapan lampu chandelier sebagai perhiasan. Bingkai tingkap pula yang digunakan kebiasaannya bingkai jenis tinggi dan besar untuk pencahayaan semulajadi yang lebih baik. Ini juga dapat memudahkan tuan rumah untuk memerhatikan kawasan di halaman rumah.


Di kawasan ruang tamu terdapat Bedroom 5 yang biasanya dikhaskan untuk para tetamu yang datang menginap. Bedroom 5 ini bersaiz 13 x 13 kaki persegi dilengkapi dengan bilik air bersaiz 5 x 8 kaki (Toilet 5) untuk keselesaan tetamu.


Ruang living area bersaiz 22 x 17 kaki pula terletak bersebelahan dengan ruang tamu utama. Dari living area, korang boleh akses kepada 3 bahagian lain rumah iaitu :


1. Toilet 4 dengan saiz 7 x 5 kaki yang berfungsi sebagai toilet utama di aras bawah. Toilet ni juga akan digunakan oleh penghuni Bedroom 4 (17x 10 kaki). Berhadapan dengan bedroom 4 terdapat Bedroom 3 (17 x 13 kaki) yang sesuai untuk anak perempuan kerana kedudukannya yang sedikit tersorok serta mempunyai bilik air sendiri yang bersaiz 7 x 5 kaki (Toilet 3).


2. Tangga untuk akses ke aras atas.


3. Bahagian ruang makan bersaiz 15 x 18 kaki. Ruang makan ini mempunyai pintu jenis gelongsor (sliding door) di bahagian kanan yang menawarkan pemandangan taman di luar rumah. Terdapat sebuah patio di bahagian luar pintu gelongsor untuk ahli keluarga bersantai. Berhadapan dengan ruang makan terdapat Bedroom 2 dengan keluasan 15 x 17 kaki dengan bilik air sendiri (Toilet 3) bersaiz 8 x 6 kaki persegi.


Dari ruang makan kita boleh akses ke kawasan dapur. Untuk pelan rumah banglo 2 tingkat ni, dapur yang bakal dibina bersaiz 13 x 19 kaki persegi dan tak mempunyai pengasingan antara dapur kering dan dapur basah. Saiznya agak kecil, sesuai untuk keluarga yang kerap makan di luar. Tapi kalau nak besarkan ikut citarasa korang boleh je bincangkan dengan kontraktor berkenaan.



Susun  Atur Aras Atas Banglo 2 Tingkat 6 Bilik 6 Bilik Air



Sekarang kita beralih dekat aras atas rumah banglo 2 tingkat ni pula. Kalau dekat aras bawah terdapat 4 buah bilik, di bahagian atas pula hanya terdapat 2 buah bilik dan sebuah ruang keluarga bersaiz 13 x 15 kaki yang terletak di tengah-tengah antara 2 bilik. 

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI


Bedroom 1 antara salah satu bilik yang terdapat di aras atas ini bersaiz 12 x 10 kaki dilengkapi dengan bilik air bersaiz 7 x 5 kaki (Toilet 1). Manakala Master Bedroom yang terletak berhadapan bedroom1 mempunyai keluasan 15 x 17 kaki persegi berserta dengan bilik air bersaiz 8 x 5 kaki (Master Toilet). Salah satu kelebihan master bedroom di aras atas ialah tuan rumah dapat menikmati pemandangan indah yang terdapat di sekeliling rumah terutama bagi korang yang beli rumah di kawasan tinggi seperti di Seksyen 6 atau Seksyen  Shah Alam.

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI
Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI


Bina Rumah Banglo 2 Tingkat Dengan Nas Nuri Construction



Cakap tentang bina rumah banglo 2 tingkat ni, kalau ada antara korang yang tercari-cari kontraktor rumah yang boleh dipercayai, Ana nak suggest korang guna perkhidmatan Syarikat Nas Nuri Construction, sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB gred G5.


Nas Nuri Construction mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang bina rumah tanah dengan lebih dari 100 buah rumah banglo berkualiti tinggi telah berjaya disiapkan mengikut spesifikasi yang dipersetujui. Antaranya bina rumah banglo di Klang, Shah Alam, Bangi dan kawasan lain sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Ni contoh rumah terbaru yang dibina dalam tahun 2022 dan 2021. Cantik kan?


Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Kelebihan bila bina rumah dengan NAS Nuri Construction ialah mereka menawarkan 3 tahun jaminan struktur dan juga 1 tahun jaminan kemasan selepas tamat kerja binaan. In case ada sebarang kerosakan seperti berlakunya keretakan plaster, paip atau atap bocor, tile tertanggal atau keretakan pada struktur dalam tempoh jaminan tersebut, NAS Nuri Construction akan bertanggungjawab dan menjalankan kerja baik pulih tanpa caj tambahan. Untuk segala pertanyaan dan persoalan tentang proses nak bina rumah, korang boleh berhubung terus dengan Nas Nuri Construction di nombor di bawah ni.


NAS Nuri Construction Sdn Bhd
No. 26-2F (2nd Floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
Shah Alam, Selangor.


Telefon  : 
019-348 7372 (Fairul) 
03-3392 3478 (Pejabat)


Website : www.nasnuri.com
Blog : www.dawaibesi.com
Facebook : NAS Nuri Construction













Pelan Rumah Banglo 6 Bilik Dari Dawaibesi.com Memang Cantik Reviewed by Ana Suhana on June 27, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.