Peguam Syarie Klang Hafizah Haron & Associates - Perunding Keluarga & Harta Pusaka Berpengalaman & Diyakini

Peguam Syarie Klang Hafizah Haron & Associates -  Perunding Keluarga & Harta Pusaka Berpengalaman & Diyakini l Assalamualaikum. Baru-baru Ana terbaca satu artikel berkaitan kehilangan hak penjagaan anak seorang artis wanita di Malaysia. Memula agak terperanjat lah juga sebab jarang isu ibu hilang hak penjagaan timbul di media sosial. Ye lah ibu kan sifatnya penyayang dan melindungi anak-anak. Macam mana boleh sampai hilang hak penjagaan?? 


Peguam Syarie Klang Hafizah Haron & Associates -  Perunding Keluarga & Harta Pusaka Berpengalaman & Diyakini


Korang pernah dengar perkataan Hadanah? Hadhanah ditakrifkan sebagai hak penjagaan anak-anak lelaki dan perempuan kecil yang belum mumaiyiz sama ada semasa dalam perkahwinan ataupun selepas berlakunya penceraian.



Hadhanah adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan kanak-kanak terjaga sebaiknya. Seorang penjaga hendaklah  memberikan sepenuh kasih sayang kepada kanak-kanak tersebut semasa berada dibawah tanggungannya.


Kebiasaannya bila berlaku penceraian dan perkahwinan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata yang masih kecil dan memerlukan asuhan dan kasih sayang, hak penjagaan anak akan diberi kepada si ibu sehingga mencapai usia mumaiyiz. Mumaiyiz bermakna anak-anak tersebut boleh urus diri sendiri tanpa bantuan orang lain seperti mampu makan dan minum dengan sendiri, mampu menguruskan diri sendiri ketika ke tandas untuk qadha’ hajat, mampu menyuci dan membersihkan diri sendiri dari kotoran serta mampu mengambil wudhu.


Namun seorang ibu boleh hilang kelayakkan hak penjagaan anak-anak disebabkan faktor berikut :


1. Si ibu telah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan anak-anak tersebut dan dikhuatiri perkahwinan tersebut akan menjejaskan kebajikan mereka. Namun hak penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan tersebut dibubarkan


2. Sekiranya si ibu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka


3. Sekiranya si ibu menukar pemastautinannya (berpindah) dengan tujuan untuk mencegah si bapa daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak tersebut, kecuali seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.


4. Sekiranya si ibu keluar dari islam / murtad


5. Sekiranya si ibu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak tersebut



Bila seorang ibu hilang kelayakan hak penjagaan anak-anak disebabkan salah satu faktor dia atas, hak penjagaan tersebut akan berpindah menurut turutan hadhanah seperti berikut:


Ibu

Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya

Bapa

Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya

Kakak atau adik perempuan seibu sebapa

Kakak atau adik perempuan seibu

Kakak atau adik perempuan sebapa

Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa

Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu

Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa

Emak saudara sebelah ibu

Emak saudara sebelah bapa

Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah 



Lantik Peguam Syarie Bantu Selesaikan Hak Penjagaan Anak-anak


Di Malaysia, bila berlakunya perselisihan antara penjaga terutamanya antara si ibu dan si bapa tentang hak penjagaan kanak-kanak, mahkamah syariah yang akan menentukan siapa yang lebih berhak dengan melihat pelbagai perkara. Ini supaya kebajikan dan kepentingan kanak-kanak terlibat tidak terjejas.



Bagi memudahkan pihak terlibat menuntut hak penjagaan kanak-kanak tersebut, sebaiknya mereka perlu melantik peguam syarie yang berpengalaman dan diyakini. Bukan apa, kalau korang teruskan proses tuntutan hadhanah tanpa ada peguam syarie, korang mungkin akan melakukan kesilapan atau kesalahan yang hanya melambatkan proses hadhanah tersebut. Dengan adanya peguam syarie, mereka boleh bantu korang sepanjang proses tuntutan berjalan. Ini kerana mereka lebih arif dan mahir tentang selok-belok perundangan.



Tetuan Hafizah Haron & Associates Berpengalaman Dalam Membantu Isu Kekeluargaan Islam


Pada yang tercari-cari peguam syarie yang berpengalaman dalam isu hadhanah ni, korang boleh hubungi Tetuan Hafizah Haron & Associates. Firma guaman ini dimiliki oleh Hafizah binti Haron, seorang peguam syarie bertauliah dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam menyelesaikan isu berkaitan kekeluargaan Islam termasuk dalam isu hak penjagaan anak.


Tetuan Hafizah Haron & Associates

Peguam syarie Hafizah Haron merupakan graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Syariah Undang-undang Perbandingan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.


Tetuan Hafizah Haron & Associates

Tetuan Hafizah Haron & Associates

Tetuan Hafizah Haron & Associates


Beliau telah berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam bidang kekeluargaan Islam dan mempunyai sijil guaman bagi negeri Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Beliau juga sangat aktif dalam pelbagai program, persatuan dan jawatankuasa. Antaranya seperti :


1. Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


2. Exco Persatuan Peguam Syarie Negeri Selangor (PGSMS) 2021-2023


3. Peguam Klinik Guaman Syarie UM, UKM dan KUIS


4. Penyelidik Bersama Geran Dalaman Klinik Guaman UiTM


5. Ahli Jawatankuasa Kecil Pindaan Tatacara Negeri Selangor


Selain itu,  beliau juga aktif dalam program bual bicara dengan menjadi ahli panel dalam memberi informasi dan kesedaran kepada orang ramai tentang undang-undang keluarga Islam.



Video di atas ni merupakan salah satu program bual bicara yang beliau sertai. Video tersebut merupakan sedutan dari rancangan Sebutan Syariah Musim 6 yang bersiaran di Astro Oasis yang ditayangkan baru-baru ini. Rancangan ini dihoskan oleh Wan Kamarudin Wan Ibrahim dan tajuk yang dibincangkan ialah berkaitan isu poligami dan nikah di negara jiran. Memang seronok dengar penerangan beliau. Sangat jelas dan meyakinkan.


Tak disangkal lagi yang Tetuan Hafizah Haron & Associates memang berpengalaman luas dalam memberikan servis konsultasi berkaitan kes yang berlandaskan Undang-Undang & Hukum Syarak. Antara servis konsultasi yang ditawarkan adalah seperti : 


1. Hak Penjagaan Anak

2. Harta Sepencarian

3. Wasiat

4. Faraid

5. Nafkah


Tetuan Hafizah Haron & Associates akan membantu klien mereka membuat dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk kegunaan di Mahkamah Syariah. Sebab tu penting untuk seseorang melantik peguam syarie bertauliah untuk memudahkan urusan tuntutan yang dibuat.


So bagi warga Klang termasuklah kawasan sekitar Wilayah Persekutuan & Kuala Lumpur serta daerah-daerah di Negeri Selangor seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang, Kajang, Puchong, Bangi  dan Kuala Selangor boleh lah dapatkan khidmat guaman dari Tetuan Hafizah Haron & Associates ni. InsyaAllah beliau akan cuba sedaya upaya untuk pastikan anakguamnya terbela serta kebajikan anak-anak anak guam terjamin.


Bagi yang nak hubungi peguam syarie Hafizah Haron, korang boleh hubungi beliau di talian 011-64390556 / 018-9827717 atau email di hafizahharonassociates@gmail.com.


15, Jalan Zapin 1, 

Bandar Bukit Raja, 

41050 Klang, Selangor.


Peguam Syarie Klang Hafizah Haron & Associates - Perunding Keluarga & Harta Pusaka Berpengalaman & Diyakini Reviewed by Ana Suhana on June 26, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.