Senarai Hotel Terbaik di Melaka



Senarai Hotel Terbaik di Melaka l Assalamualaikum. Hujung tahun dah semakin dekat ni. Plan nak pergi bercuti ke mana tu?? Ada yang nak ke bercuti di Melaka dan tercari-cari senarai hotel di Melaka? Haaa kalau ada, korang patut baca senarai hotel Melaka yang Ana nak share di bawah ni. Kebanyakan hotel-hotel tu Ana dah pernah nginap dan so far Ana berpuas hati dengan apa yang ditawarkan.

Senarai Hotel Terbaik di Melaka

Kalau korang nak tau, Melaka merupakan antara negeri yang paling popular di kalangan rakyat tempatan dan juga pelancong dari luar negera terutamanya negara China. Kalau korang dah biasa atau memang penduduk asal Melaka, korang mesti tau kan betapa ramai pelancong China yang berkunjung ke Melaka saban hari. Tak kira samada hari biasa atau pun hari minggu.

Antara faktor yang menyebabkan Melaka menjadi hot spot untuk dilawati adalah kerana lokasinya yang hanya 2 jam jauh dari bandaraya Kuala Lumpur serta Melaka kaya dengan peninggalan bangunan-bangunan bersejarah dan adat budaya yang unik. Tak hairan lah bila Melaka diisytihar sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO.

Walaupun Melaka hanya sebuah negeri yang kecil tapi Melaka mempunyai banyak tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi. So tak mungkin korang boleh habis ronda dalam masa sehari. Hari ni terdapat banyak hotel-hotel di Melaka yang mudah diakses ke bandar Melaka dibina dan antara senarai hotel terbaik di Melaka adalah seperti berikut :

1. Mudzaffar Hotel

Kalau nak rasa seperti berada di zaman ala Kesultanan Melaka dengan gabungan hasil seni bina dan struktur yang luar biasa serta hiasan kesenian yang ekspresif, korang patut masukkan Hotel Mudzaffar ni dalam senarai hotel untuk di inap.




Hotel Mudzaffar menawarkan pelbagai jenis bilik yang unik dengan hasil rekaan kontemporari dan budaya Melaka seolah berada dalam istana kayu zaman dahulu.

Harga bilik  :
Dari RM180 semalam

Alamat : 
Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, MITC, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Telefon :
+606- 234 7733

2. Double Tree By Hilton Hotel Melaka


Double Tree By Hilton Hotel Melaka yang terletak di tengah-tengah Hatten City ini menyajikan para tetamu dengan pemandangan Selat Melaka yang  indah terutama semasa matahari terbenam. Dengan lokasinya yang strategik dan hanya beberapa minit untuk ke pusat bandar dan Bandar Hilir, pemilihan hotel ini untuk penginapan semasa bercuti di Melaka memang sangat tepat. Menarik tentang hotel ni ialah para tetamu boleh menikmati akses mudah ke Elements Shopping Mall tanpa perlu keluar hotel untuk tujuan shopping dan mencari tempat makan.

DoubleTree by Hilton Hotel Melaka mempunyai 273 bilik, termasuk 27 suite dan Suite Presidential yang menghadap Selat Melaka. Setiap bilik dilengkapi dengan kerusi santai atau sofa, TV LED 48-inci dan meja kerja. Manakala bilik mandi mempunyai pancuran mandian hujan, peralatan mandian peribadi dan bilik mandi mewah.

Bagi yang datang bercuti dengan keluarga jangan risau sebab Double Tree By Hilton Hotel ni antara hotel yang mesra keluarga di mana terdapat beberapa kemudahan disediakan seperti kelab kanak-kanak, kolam infiniti luaran, pusat kecergasan, sauna dan bilik wap.

Harga bilik  :
Dari RM231+ semalam (via Agoda)

Alamat : 
Hatten City, Jalan Melaka Raya 23, 75000 Melaka.

Telefon l Fax:
+606-222 3333 l +606-222 3344

3. Ramada Plaza Hotel

Kalau nak merasa menginap di hotel 5 bintang bertaraf antarabangsa tapi pada harga mampu milik, Ana cadang korang cuba stay di Ramada Plaza Hotel ni. Terletak di tengah-tengah bandar Melaka, korang boleh hanya berjalan kaki saja untuk ke tapak-tapak kebudayaan dan warisan seperti Gereja St Peter, A 'Famosa Fort, Bukit St Paul, Bangunan Stadthuys, Jonker Street, Kampung Morten dan Sungai Melaka. Dan kalau kata nak window shopping di pusat beli belah, korang boleh ke The Shore yang hanya beberapa minit berjalan kaki dari hotel.
Ramada Plaza Hotel mempunyai sebanyak 294 buah bilik yang berlatarbelakangkan pemandangan yang indah (Kampung Morten / Selat Melaka / Bandar Melaka). Ini termasuk 17 buah suite dengan ruang tamu yang berasingan dan 40 buah bilik kelab (club room) dengan perkhidmatan pernuh Ramada Plaza Club. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan Wi-Fi percuma dan akses internet berkelajuan tinggi, peti keselamatan dalam bilik dan peralatan tempat tidur yang selesa.



Antara kemudahan lain yang turut disediakan di Ramada Plaza Hotel ni ialah kemudahan dewan bagi orang perseorangan atau syarikat untuk jalankan aktiviti seperti seminar dan majlis perkahwinan yang lengkap dengan fasiliti yang diperlukan. Untuk kemudahan rekreasi, korang boleh ke tingkat 9 untuk bermandi manda atau ke pusat kecergasan sambil menikmati pemandangan laut yang mendamaikan.

Harga bilik  :
Dari RM180+ semalam (via Agoda)

Alamat : 
Jalan Bendahara, 75100 Melaka.

Telefon l Fax :
+606-284 8888 l +606-284 9269

4. Hatten Hotel Melaka


Hatten Hotel Melaka antara hotel yang mempunyai demand yang paling tinggi di bandar Melaka hampir setiap minggu. Salah satu faktor hot selling Hatten Hotel Melaka ni adalah kerana lokasinya yang betul-betul terletak di bandar Melaka Raya - bersebelahan dengan Mahkota Parade dan mempunyai akses mudah ke Dahtaran Pahlawan. Memang sesuai bagi korang yang malas nak drive untuk ke pusat bandar terutama pada hujung minggu.
Mempunyai sebanyak 704 buah bilik suite yang direka dengan estetika moden bertemakan warna-warna hutan yang kaya dengan tekstur dan kelengkapan mewah, penginapan di Hatten Hotel Melaka ni pasti antara yang terbaik yang pernah korang alami. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan 2 buah televisyen LCD, akses internet percuma dan ruang tamu berasingan yang lengkap dengan bilik mandi berlantaikan marmar kontemporari. Bilik biasa di sini pun ( Junior Suite) dah terasa sangat selesa dan penuh dengan kemewahan.


Antara kemudahan yang korang boleh guna sepanjang menginap di Hatten Hotel Melaka ni ialah tempat letak kereta percuma, akses internet percuma, perkhidmatan kerusi roda, perkhidmatan dobi / cucian kering, bantuan bagasi, perkhidmatan bilik, peti deposit keselamatan, perkhidmatan ulang-alik ke bandar dan perkhidmatan basikal / kereta sewa. Selain tu kemudahan asas seperti kolam renang, pusat kecergasan, salon dan perkhidmatan spa turut disediakan untuk para tetamu.

Harga bilik  :
Dari RM174+ semalam (via Agoda)

Alamat : 
Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Telefon l Fax :
+606-286 9696 l +606-281 9696

5. Novotel Melaka Hotel


Salah satu hotel yang terletak betul-betul di tengah bandar Melaka Raya. Pun boleh jalan kaki je tempat-tempat tarikan pelancong. Novotel Melaka Hotel merupakan hotel bertaraf 4 bintang dengan menawarkan 6 jenis bilik dengan gaya kontemporari kepada para tetamu yang menginap. Korang boleh request sama ada nak view bandar atau view Selat Melaka.
Setiap bilik di sini dilengkapi dengan TV LED 42-inci, meja kerja dan kemudahan asas lain. Menarik tentang toiletries di sini ialah ianya dihasil menggunakan gula tebu dari Paraguay.  Eco-friendly sangat.


Selain tu hotel ini  juga mesra kerusi roda dan menawarkan bilik-bilik yang direka khas atas permintaan. Kemudahan Wifi juga disediakan untuk para tetamu. Seperti hotel lain, Novotel Melaka Hotel juga mempunyai kolam renang, pusat kecergasan dan perkhidmatan sauna ntuk kegunaan para tetamu.

Harga bilik  :
Dari RM159+ semalam (via Agoda)

Alamat :
Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka.

Telefon l Fax 
+606-289 8222 l +606-289 8289

6. Swiss-Garden Hotel Melaka

Swiss-Garden Hotel Melaka antara hotel yang sangat sesuai bagi korang yang datang bersama anak-anak kecil. Ini kerana selain dari mempunyai kolam renang dan taman permainan kanak-kanak yang luas, hotel ini juga menawarkan akses terus ke The Shore Ocenarium Melaka. Anak-anak pasti teruja dapat terokai dunia lautan yang mengagumkan di sini. Manakala untuk para ibu yang suka shopping, tak perlu pergi jauh. The Shore dah sediakan segalanya untuk korang. Turun je bilik dah boleh shopping . Syok kan?
Berketinggian 32 tingkat, bilik-bilik di Swiss-Garden Hotel Melaka dilengkapi dengan hiasan yang elegen dan menghadap Sungai Melaka yang bersejarah. Malam-malam bila duduk dekat balkoni tu korang boleh nampak Melaka River Cruise lalu lalang di bawah sana. Oh ya kalau korang nak naik cruise. salah satu jeti terletak betul-betul di hadapan hotel. So korang tak perlu lah nak pergi ke bandar dah. Senang kan?


Antara kemudahan yang disediakan oleh pohak hotel untuk kegunaan para tetamu ialah 2 kolam renang infiniti bersaiz Olimpik, gelanggang tenis, pusat kecergasan serta akses Wifi percuma. Bagi yang ingin ke Jonker Street, korang boleh ke sana hanya dengan berjalan kaki selama 10 minit saja. Tak perlu dah nak bersesak dalam jem dan pening nak cari parkir kereta.

Harga bilik  :
Dari RM145+ semalam (via Agoda)

Alamat :
The Shore @ Melaka River, jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka Tengah, 75300 Melaka.

Telefon l Fax 
+606-288 3131 l +606-288 3377

7. The Pines Melaka


The Pines Melaka menawarkan penginapan yang kaya dengan gaya hasil karya seni seniman tempatan. Korang boleh nampak hasil-hasil seni yang dipamerkan. 
Bilik-bilik di sini yang berlatarbelakangkan bandar atau Sungai Melaka ini sangat luas untuk seisi keluarga dan dilengkapi dengan dapur kecil (kitchenette) yang lengkap dengan peralatan dan meja makan mini. Dan ada sesetengah bilik (Pool Side Suite) mempunyai akses terus ke kolam renang dan balkoni. Best kan? Ana pasti korang akan berpuas hati dan gembira memilih untuk menginap di sini. Kalau tak percaya korang boleh baca sendiri review mereka yang dah tidur di sini.


Apa yang Ana rasa paling menarik tentang The Pines Melaka ni ialah kemudahan kolam renang air masinnya yang lain dari yang lain. Rasa macam mandi dekat laut pulak. Taman permainan mini juga ada disediakan untuk kanak-kanak bersebelahan dengan kolam renang.
Antara perkhidmatan lain yang disediakan ialah perkhidmatan dobi, shuttle berjadual percuma ke Jonker Street dan Dataran Pahlawan serta kemudahan sewa basikal bagi yang ingin terokai kawasan sekeliling. 

Harga bilik  :
Dari RM148+ semalam (via Agoda)

Alamat :
33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka.

Telefon l Fax 
+606-240 2323 l 1700 81 3496

8. The Imperial Heritage Hotel Melaka

Kalau korang jenis yang kaki shopping, korang patut consider The Imperial Heritage Hotel Melaka ni dalam list korang. Sebabnya hotel ni betul-betul berhadapan dengan Dataran Pahlawan dan hanya beberapa minit berjalan kaki ke Mahkota Parade.
Nak ke tempat tarikan utama seperti Porta de Santiago, 'Famosa Fort, Bukit St Paul, Bangunan Stadthuys dan banyak lagi pun tersangat lah dekat. Senang kata The Imperial Heritage Hotel Melaka ni sangat strategik bagi korang yang nak akses mudah ke bandar.

Bilik-bilik di sini menawarkan pemandangan bandar Melaka dengan penginapan yang moden dan selesa beserta kemudahan akses wifi percuma di seluruh hotel.

Antara kemudahan yang disediakan ialah pusat kecergasan, kaunter penerimaan tetamu 24 jam, bantuan simpanan bagasi, perkhidmatan dobi, perkhidmatan shuttle dan kemudahan komputer tablet yang disediakan di Pomelo Networking Lounge di tingkat 1.

Harga bilik  :
Dari RM84+ semalam (via Agoda)

Alamat :
No 1, Jalan Merdeka 1, Taman Melaka Raya, Tun Sri Lanang, 75000 Melaka.

Telefon  
+606-289 9000

9.  Riviera Suites Melaka

Nak cari hotel yang jauh dari kesibukan bandar Melaka, Riviera Suites Melaka adalah pilihan yang terbaik. 
Dengan jarak hanya 3km dari pusat bandaraya melaka, hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan 10 jenis bilik yang sangat selesa lagi luas untuk seisi keluarga.


Bagi kaki selfie, reka bentuk bangunan Riviera Suites Melaka ni sangat instagrammable. Seolah korang berada pada zaman 40an. Siap ada air pancut dan persembahan nyanyian lagi di hadapan pintu hotel. Silap hari bulan mesti ada yang ingat korang bercuti di luar negara pulak.
Hotel yang hanya terletak 600m dari Masjid Selat Melaka ni turut menawarkan kemudahan kolam renang, pusat kecergasan, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan juga WiFi percuma.

Harga bilik  :
Dari RM116+ semalam (via Agoda)

Alamat :
Pulau Melaka, Jalan Baiduri 1, 75000 Melaka

10. Mahkota Hotel Melaka

Terletak di seberang jalan untuk ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan, Mahkota Hotel Melaka menawarkan bilik jenis biasa, apartment dan suite untuk keselesaan seisi keluarga. Setiap bilik di sini berhawa dingin sepenuhnya dan mempunyai ruang tamu bersofa dan dapur kecil untuk kemudahan para tetamu.

Kemudahan yang disediakan pula terdiri daripada perkhidmatan concierge dan simpanan bagasi, bilik sauna yang berasingan antara lelaki dan perempuan, kolam renang yang luas, gelanggang squasy, gelanggang tenis serta pusat karaoke dengan bilik nyanyian peribadi. Jarak untuk ke tempat-tempat menarik pula sekitar 500m hingga 2.4km sahaja.

Harga bilik  :
Dari RM158+ semalam (via Agoda)

Alamat :
No 16, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka.


Telefon l Fax 
+606-281 2828 l +606-281 2323

11. Euro Rich Hotel


Euro Rich Hotel terletak di Jalan Plaza Makhota 13. Hanya 5 minit saja untuk ke Makhota Parade dengan menaik kereta. Walau hanya bertaraf 2 bintang tapi bilik yang disediakan sangat selesa untuk kita berehat. Terdapat 93 unit bilik dari 7 jenis bilik yang berbeza di sediakan dekat sini. Dari bilik Superia King hinggalah Family Premier Extra.


Masuk-masuk je ke dalam hotel korang akan terpana melihat dekorasi bahagian lobi dia. Punya lah cantik. Rasa macam dalam citer Alice in Wonderland je. Wangi pulak tu. Kalau kata kena tunggu lama sementara bilik siap pun memang takde masalah langsung. Sebab confirm akan selesa.


Tapi harap maklum hotel ni tiada kemudahan kolam renang ye. Tapi kemudahan seperti kaunter penyambut tetamu 24 jam dan Wifi percuma ada disediakan.

Harga bilik  :
Dari RM56 semalam (via Agoda)

Alamat :
No 8, Jalan Pm 14, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.

Telefon 
+606-288 3030 

12. Bayview Hotel Melaka


Bayview Hotel Melaka merupakan hotel yang terletak di dalam kawasan Pusat Bandar Melaka. Kerana lokasinya yang strategik dan dekat dengan tempat-tempat tarikan utama seperti Kota A Famosa, hotel ni menjadi salah satu pilihan utama para pelancong untuk menginap.
Setiap bilik di Bayview Hotel Melaka ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan seperti saluran TV satelit, kemudahan menyeterika, bilik mandi en suite dengan pengering rambut, kelengkapan membuat teh / kopi dan juga bar mini. Korang boleh pilih sama ada nak stay di Deluxe Suites, Suite Presidential atau Family Suites bagi yang berkeluarga besar.

Bagi yang menginap untuk tujuan perniagaan, Bayview Hotel Melaka menyediakan kemudahan akses WiFi percuma serta bilik-bilik mesyuarat yang luas dan selesa.
Bagi yang datang untuk bercuti, kemudahan seperti pusat kecergasan dengan wap bilik dan sauna, kolam renang, karaoke lounge, perkhidmatan pertukaran mata wang asing dan perkhidmatan cucian kering turut disediakan untuk menjamin keselesaan korang sepanjang menginap di sini.

Harga bilik  :
Dari RM75 semalam (early bird)

Alamat :
Jalan Bendahara, 75100 Melaka.

Telefon l Fax :
+606-283 9888 l  +606-283 6699


So macam mana, dah ada mana-mana hotel yang menjadi pilihan hati untuk dijadikan tempat menginap sepanjang bercuti di Melaka ni? Kalau ada cepat-cepat lah tekan button booking sebab kalau lambat melepas. Hotel-hotel yang Ana senarai dekat atas ni memang macam pisang goreng panas terutama masa cuti sekolah atau cuti umum. Lambat sikit je mesti fully booked. So rancang dengan bijak and have fun.
Senarai Hotel Terbaik di Melaka Reviewed by Ana Suhana on October 17, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. cantik semua hotel dia ya.. harga pun ok

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan.. Boleh pilih ikut citarasa dan bajet kan kak.Betul la kak.. Hujung tahun cuti sekolah panjang..

    ReplyDelete
  3. Mewah semua hotel tu Ana.. Berkenan sangat tengok. Nanti kalau ada rezeki ke Melaka bolehlah cuba..

    ReplyDelete
  4. Laaa murah je Riviera tu rupanya, dari dulu teringin nak stay dekat situ. Thanks Kak Ana!

    ReplyDelete
  5. Tahniah anda merupakan top pengomen blog rabia pada bulan october :)

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2019/10/top-pengomen-bulan-october-201.html

    ReplyDelete
  6. TQ akak sharing this. sgt berguna ni untuk travel ke melaka nanti hehe

    ReplyDelete
  7. cantik2 semua.. satu pun kite tak penah stay.
    selalu p sana balik balik Holiday Inn eheh.. tu pun rasa mewah dah =P

    ReplyDelete
  8. lama tak ke melaka, nt kalau ke melaka boleh refer sini

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.