Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong


Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong l Assalamualaikum. Sambung entri tentang trip Ana ke Vietnam yang lepas. Untuk aktiviti hari ke-2, Ana di bawa ke salah satu tempat menarik di Vietnam iaitu Delta Mekong. Delta Mekong yang di terjemah sebagai 'Delta Sungai Sembilan Naga' adalah sebuah wilayah di barat daya Vietnam di mana Sungai Mekong mengalir dan memasuki laut melalui jaringan distributari.

Tempat Menarik di Vietnam : Menyulusuri Delta Mekong

 Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Delta Mekong antara nama popular dalam subjek geografi selain dari Candi Burobudur masa sekolah dulu. Tak sangka akhirnya dapat juga jejakkan kaki di sini. Perjalanan dari bandar Ho Chi Minh ke ibu kota Wilayah TienGiang memakan masa hampir 2 jam juga. Sampai-sampai di jeti, bot-bot pelancong dah berbaris menunggu untuk membawa kami ke pulau-pulau yang ada di sini. Semasa di dalam bot, di wajibkan pakai life jacket walaupun sungai tu tak berombak. Tapi kalau tengok air sungai tu ngeri juga lah sebab warna dah sama dengan warna teh tarik. Kalau barang jatuh dalam tu memang tak kan nampak apa lah. Hehe.
Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Tak silap Ana dalam 10-15 minit menyelusuri Sungai Tien dah sampai di pulau pertama iaitu Pulau Unicorn. Aktiviti pertama dekat sini ialah melihat sarang lebah secara dekat. Korang kalau nak pegang dan bergambar dengan sarang tu pun boleh. Penduduk di pulau ni memang memelihara lebah sebagai sumber pendapatan mereka.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Madu lebah tu nanti akan di hidangkan untuk pengunjung bersama dengan air teh dan perahan limau kasturi. Dalam cawan kecik je. Lebih kurang macam tester lah orang kata. Rasa macam teh o limau jer. So takde lah masalah tak boleh nak minum bagaikan.

Baca juga : Tempat Menarik di Vietnam: Pejabat Pos Pusat Saigon
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Selain di hidang dengan air teh, pengunjung juga berpeluang merasa madu dengan royal jelly yang turut di jual di sini. Katanya selain boleh di makan bersama madu, royal jelly tu juga boleh di gunakan sebagai krim kulit. Kesannya kulit akan cantik halus mulus serta awet muda macam kulit orang-orang dekat sini. Dorang siap apply dekat tangan kita tau nak tunjukkan bagusnya royal jelly ni. Hebat teknik "memujuk" mereka supaya kita beli produk-produk tu. Selamat Ana bukan yang suka pakai mende-mende alah ni so memang tak beli pun. Ana hanya beli madu je untuk support ekonomi mereka di pulau ni.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Aktiviti seterusnya ialah berjalan-jalan di sekitar pulau Unicorn ni untuk melihat aktiviti dan hasil tangan penduduk di sini. Dekat sini kita berpeluang untuk melihat bagaimana proses pembuatan gula-gula dari kelapa di lakukan. Dari mula bahan mentah di proses hinggalah gula-gula siap untuk di bungkus untuk di jual kepada pengunjung.

Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Terdapat juga deretan kedai menjual pelbagai sourvenir di sini seperti baju tradisi Vietnam, beg, hasil kraftangan, t-shirt, buah-buahan dan banyak lagi lah.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Lepas puas mencuci mata, kami di bawa ke sebuah pondok terbuka untuk mendengar persembahan nyanyian lagu rakyat Vietnam pula. 

Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Sambil dengar dorang nyanyi, kita akan di hidangkan dengan buah-buahan tempatan Vietnam. Makan jer lah bukan paham pun dorang nyanyi apa dalam bahasa dorang tu kan. Ada lah satu dua lagu Melayu dorang nyanyi untuk hiburkan kita. 

Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyelusuri Delta Mekong

Dah puas cuci telinga baru lah kami menuju ke aktiviti utama di sini iaitu menaiki sampan menyusuri sungai Delta Mekong. Dari jauh dah boleh nampak deretan sampan beratur menunggu untuk bawa pengunjung merasai pengalaman melalui "terusan" yang sangat sempit dan sibuk ni. Sesibuk jalan raya di Vietnam. Sebuah sampan boleh memuatkan hingga 6 orang termasuk 2 orang pendayung.

Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Dan yang mengagumkan Ana ialah orang yang dayungkan sampan kita ialah makcik-makcik yang lebih kurang sebaya dengan mak kita tau. Sorang jaga depan sorang jaga belakang. Hebat sungguh mereka. Terpaksa mengerah tenaga demi kelangsungan hidup. Dah lah bawa sampan penuh dengan muatan, nak jaga arah sampan pun bukan kerja senang lebih-lebih lagi bila bertembung atau berselisih dengan sampan-sampan yang lain dalam kawasan sungai yang sangat sempit. Kalau Ana lah yang bawa sampan tu memang tak bergerak rasanya. Apapun pengalaman naik sampan di Sungai Mekong ni antara pengalaman indah di Vietnam. 
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Bila dah melepasi kawasan sungai yang sempit tu, dah ada bot yang menunggu kita. Bila semua penumpang dah ada baru bot memulakan perjalanan untuk aktiviti makan tengahari. Terdapat satu restoran halal dekat sini tau. So don't worry. Tour yang Ana amik ni memang tour untuk muslim. So semua makanan yang di hidangkan adalah halalan toyiban dan rasa dia lebih kurang dengan makanan di Malaysia.

Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Selesai makan dan perut masing-masing pun dah penuh, dah tiba untuk berangkat pulang ke bandar Ho Chi Minh semula. Masa dalam bot nak ke jeti, kami di hidangkan dengan air kelapa. Amik ko sorang sebiji. Puas hati. Confirm tertidur dalam bas nanti.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Oh ya, sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Delta Mekong, kita disajikan dengan pemandangan kebun, sawah padi dan penempatan penduduk di sini. Apa yang menarik perhatian Ana ialah, di setiap sawah padi yang di lalui mesti terdapat kubur. Ini kerana menjadi adat orang Vietnam untuk menguburkan nenek moyang mereka di sawah padi kerana mereka mempercayai ianya boleh menambahkan rezeki dan menyuburkan sawah padi.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Lagi satu kalau korang nak tau,motor merupakan kenderaan utama dekat Vietnam ni. Mana-mana jalam dekat bandar tu memang di penuhi motor saja sebab tu kenderaan mampu milik orang kata. Kalau nak beli kereta kena bayar cash. Mana nak cekau duit banyak-banyak tu kan. Hakak pun tak mampu dik non. Kalau korang nak melintas jalan memang kena berhati-hati sebab motor dekat sini semuanya laju-laju. Kalah mat rempit dekat Malaysia ni tau. Bunyi bingit hon dah jadi kebiasaan dekat sini. Hon tu sebenarnya sebagai amaran yang ada motor nak lalu. Walaupun motor dekat sana laju-laju dan berhimpit-himpit,tapi takde kemalangan pun yang berlaku semasa Ana di sana.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong

Ok itu je cerita pengalaman Ana menyusuri sungai Delta Mekong. Harap tak bosan membaca. Jumpa di entri seterusnya. 
Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong Reviewed by Ana Suhana on July 26, 2017 Rating: 5

44 comments:

  1. Bestnya Ana dapat merasa naik sampan kat sana... Delta Mekong ni memang glamer dlm subjek geografi dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki masa tu. Kannnn.. Femes delta mekong ni masa sekolah dulu :)

      Delete
  2. Wah Sis, berjalan sakan ye.. Menyusuri sungai tu macam seronok je... rasa dekat dengan keindahan alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tuan. Salah satu pengalaman manis dpt menyusuri sungai mekong ni.

      Delete
  3. Menarik! Saya pun dah pergi ke semua tempat ni. Sebijik macam dalam gambar. Tripnya sama aje :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Trip tetap akan sama. Gambar pun akan lebih kurang sama je :)

      Delete
  4. Seronoknya Ana berpeluang menalancung luar negara kan, harap ada rezeki Kak sue dan keluarga nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak. InsyaAllah sampai rezeki akak ke luar negara nanti.

      Delete
  5. YA Allah seronoknya ana,,banyaknya pic yang cantik-cantik,cara ana amik pic pun menarik,mesti guna camera mahal ni.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Salah satu pengalaman manis masa di Vietnam. Terima kasih irda :)

      Delete
  6. Bestnya ana jalan2 kat sane. View yang cantik sangat.. Mesti seronokkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok masa dekat sungai mekong ni nora. Pengalaman lain dari yang lain. :)

      Delete
  7. Best nya, macam teringin pulak nk gi trip vietnam,guide in bagus la.Nk planplan pergi vietnam bagpack ke mekong dan tempat sekeliling dia. Yg naik boat tu nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best emy. Nanti plan lah ke sini. Boleh pergi secara bagpack je. :)

      Delete
  8. rama pelancong kat sini. nampak mcm best. ada restoran halal plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai sebab tempat ni antara highlight place di Vietnam. Makanan halal pun ada.

      Delete
  9. tgok swah padi kat negara lain pulak kan..ada beza tak Ana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je zie. Sawah tetap sawah cuma sawah dekat sini ada kubur. :)

      Delete
  10. kalau vietnam mesti shopping baju je dalam kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kaki shopping memang Vietnam "syurga" beli belah. Blk Malaysia mesti kena amik bagasi plg besar :)

      Delete
  11. Akak pergi sana bawak duit banyak..habis pun banyak USD sbb borong kain cotton..masa tu kan tgh popular cotton vietnam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana bawa RM dgn Dong je kak. Sebab tak niat nak shopping pun masa tu. :)

      Delete
  12. Seronok baca pengalaman Ana. Bila kita 'keluar' dan lihat sekeliling kita masa tuh kita akan rase lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Kagum juga bila baca part yang makcik2 jadi pendayung sampan tuh. Memang gigih mereka bekerja. Nice entry Ana! Gambar semua lawa-lawa. Terbaik lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Bila kita keluar dr negara sendiri baru kita rasa nikmat duduk dekat sini. Tp pengalaman di luar tu mmg sgt indah.

      Terima kasih kak :D

      Delete
  13. Untungnya ana dapat jenjalan...mesti banyak pengalaman kan...nt senang la nak mintak pendapat ana kalau nk travel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ada rezeki lebih utk ana sekeluarga. InsyaAllah nanti sampai juga rezeki lina :)

      Delete
  14. Bestnya jalan2 vietnam...jumpa restoran halal lagi senang hati kan, tak was2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah best Mai. Seronok bila tgk negara luar. :)

      Delete
  15. Pengalaman kan Sis...bersyukur PC ada sahabat blogger yang sudi berkongi tempat-tempat menarik...sekurang-kurangnya tak dapat pergi...tengok apa yang dikongsi pun sangat besar nikmatnya bagi PC...terima kasih Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat semua PC. Niat kak Ana sekadar berkongsi pengalaman dengan rakan2 semua :)

      Delete
  16. menariknya tempat2 kat sana. Sebut Delta Mekong memang teringat belajar geografi masa sekolah dulu haha. yang pegang sarang lebah tu, camtu je eh dorang pegang? tak berbalut2 macam kat Malaysia (ye ke?). Yang buat coklat tu plak, jenuh jgak ya sebab manual bukan dengan mesin. Paling win gambar orang naik motor dengan bungkusan biru yang banyak2 tu. Gigihnya dia. Harap ada rezeki Ain & family untuk ke sana juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Memang pegang mcm tu je. Maybe dorang dh mabukkan lebah tu dulu kot. Hehe.
      InsyaAllah sampai rezeki ain ke sini nanti. :)

      Delete
  17. Wah seronoknya.. mama.suka makanan style Gini. Jalan2 Cari makan Dan visit tempat menarik. Kalau shopping tak berapa gemar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh seppp sikit. Ana pun x berapa suka shopping sgt. Lebih kpd nature dan sight seeing :)

      Delete
  18. Replies
    1. Menarik sgt. Antara highlight di Vietnam. Nanti plan la ke sini. :)

      Delete
  19. Bilerr la nk smpai sinii.
    Suka cara ana, beli dgn niat mmbntu ekonomi diaorg 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mek. Satu hari nanti sampai rezeki mek ke sini. :)

      Delete
  20. bestnya kak ana, jauh kak ana berjalan. huwarghh seronoknya
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ade rezeki ke sini. InsyaAllah rezeki uyul pula nanti. Melancong satu dunia :D

      Delete
  21. Kalau difikirkan.. tempat semula jadi begini Sarawak pun ada.. Cuma kurang komersial

    ReplyDelete
  22. Seronoknya dapat jalan jalan kat sana....nak p jugakkkk...hihi

    ReplyDelete
  23. cantik je rupa-rupa boat dekat situ. Nampak unik. hehe. sampan dekat delta mekoong tu pun cantik je. mcm best2 je aktiviti sini. btw kak ana, lagu melayu yang dorang nyanyi tu lagu apa je?

    ReplyDelete
  24. akk kesian tengok yang perempuan yang dok mengayuh kat depan dengan bercangkung..dh la kurus tp kederat mmg hebat..kita pun belum tentu boleh buat gitu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.