10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah


10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah | Assalamualaikum. Syok kan kalau sesekali dapat bercuti di tempat sejuk. Ye lah kalau dekat KL ni, panas dia jangan cakap lah. Selalu kalau kata tempat sejuk, rata-rata antara kita prefer untuk bercuti Cameron Highlands selain dari Genting Highlands. Nak nak lagi sekarang ni dah banyak tempat menarik yang wujud. So kali ni Ana nak compile 10 tempat menarik di Cameron Highlands wajib singgah bagi sesiapa yang plan nak ke sana.

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah

Sejak Ana publish entri tentang Cameron ni, ramai yang kata dekat sana dah tak sejuk macam dulu. Ana setuju dengan pendapat mereka sebab terlalu banyak pembangunan sedang dijalankan. Mana taknya saban tahun ada saja kawasan hutan yang di tarah untuk membangunkan sektor perhotelan.

Terbaru Ana nampak ada pembangunan dijalankan di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke Ladang Teh Sungai Palas. Mungkin demand yang tinggi menggalakan pembangunan tersebut dilakukan. Tapi bagi Ana kesejukan tu masih terasa kalau nak di bandingkan dengan suhu di KL ni kan. Kalau tak, tak kan berstokin saja masa di sana. Mandi pun kena mandi air panas.  So masih relevan untuk kita bercuti di sana.

Ok lah jom kita tengok 10 tempat menarik di Cameron Highlands, destinasi percutian menarik di pahang:

1. Cameron Valley Bharat Tea Plantation

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Tempat menarik di Cameron Highlands yang pertama iala Bharat Tea Valley Plantation  - merupakan tempat paling popular di kalangan pengunjung yang ke Cameron Highlands ni. Bagi mereka yang melalui exit Tapah mesti akan jumpa dengan Bharat Tea Valley Plantation ni yang terletak di Ringlet. Riders antara yang paling ramai berhenti di sini untuk berehat sambil menikmati kesegaran teh yang dijual dekat sini. Pemandangan ladang teh yang menghijau menambahkan suasana yang tenang dan segar.

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Kalau singgah di sini jangan lupa untuk cuba brownies with vanilla icecream tau. Memang sedap lagi-lagi bula makan dalam suasana yang sejuk.

2. Kea Farm

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Tempat menarik di Cameron Highlands yang kedua merupakan Kea Farm yang terletak di Brinchang dan berhampiran dengan Hotel Copthorne. Selalunya sesak pada hujung minggu dan boleh menyebabkan traffic jammed sejauh 8 km. Di sini terdapat pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan segar yang di tanam di Cameron Highlands di jual seperti buah strawberi segar, jagung, ubi madu, madu dan bunga-bungaan.

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah

Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan terutama kedai-kedai yang terletak di bahagian belakang. Korang boleh dapat sayur pada harga RM1 je tau. Cenderamata seperti pakaian, beg, fridge magnet dan banyak lagi boleh juga di dapati di sini. Senang kira, Kea Farm ni ibarat last stop shopping center sebelum pulang ke destinasi masing-masing.

3. Taman Rama-rama

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Salah satu tarikan tertua dia Cameron Highlands. Terdapat pelbagai spesis rama-rama di samping beberapa jenis reptilia dan binatang juga di pamerkan di sini. Rama-rama dekat sini semuanya jinak belaka dan akan hinggap di badan korang kalau bernasib baik. Cuma awas elakkan dari memegang sayap rama-rama kerana ianya boleh menyebabkan kepedihan tangan bagi kulit sensitif.
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Terdapat juga bahagian yang menempatkan pelbagai tanaman bunga dan sayuran bagi menyerikan taman rama-rama ni untuk kepuasan para pengunjung. Harga tiket dewasa ialah RM7 dan kanak-kanak RM4 seorang dan di buka setiap hari.
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah

4. Lavender Garden

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Merupakan tarikan yang semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung di kawasan Tringkap. Dengan susun atur bunga lavender yang sangat cantik pasti menambat hati sesiapa yang lalu di depan taman ni untuk berhenti singgah. Lavender Garden ni bukan saja ada bunga lavender untuk korang bergambar malah korang juga boleh memetik bunga dan strawberi di sini pada harga yang berpatutan. Jangan lupa untuk cuba aiskrim lavender yang di jual di sini. Harga tiket masuk ialah RM10 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Cerita lanjut klik SINI.

5. Healthy Strawberry Farm

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Rata-rata dari kita kalau ke Cameron Highlands mesti nak merasai memetik sendiri buah strawberi yang terkenal di tanah tinggi ni kan. Banyak tempat sebenarnya korang boleh pergi dan salah satunya ialah di Healthy Strawberry Farm. Caj yang di kenakan ialah RM30 untuk satu kotak penuh. Boleh muat kira-kira 3 lapis strawberi. Kalau kita beli dah siap satu kotak RM20++.
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah

Selain dari strawberi, dekat Healthy Strawberry Farm ni juga turut jual pelbagai jenis bunga dan pokok termasuk tumbuhan herba dan kaktus. Berwarna-warni semuanya. Segar mata memandang. Rasa macam dekat taman bunga je.

6. Taman Agroteknologi Mardi

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah

Taman Agroteknologi Mardi seluas 42 hektar ni terbahagi kepada 6 bahagian iaitu Taman Inggeris, Taman Herba, Taman Orkid, Taman Ros, pusat penyelidikan dan pusat informasi. Di sini terdapat 40 jenis bunga ros, 10 jenis strawberi, 100 jenis buah citrus dan banyak lagi. Terdapat juga kiosk yang menjual cenderamata untuk di bawa pulang dan juga kiosk menjual strawberi coklat yang popular di Cameron Highlands ni. Tiket masuk ialah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Taman ni di buka setiap hari kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

7. Gunung Brinchang

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Gunung Brinchang merupakan gunung paling tinggi di Cameron Highlands dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut. Untuk sampai ke puncak ni, korang boleh drive sendiri tau. Tapi make sure kereta korang "fit well" lah kan sebab jalan dia memang berliku dan agak sempit. Jalan untuk ke Gunung Brinchang ni sama dengan jalan masuk ke ladang teh Sungai Palas dan perjalanan lebih kurang 40-45 minit. Kalau korang panjat menara tinjau yang ada di atas ni, korang boleh nampak satu Cameron Highlands tau. Satu pemandangan yang sangat indah.

8. Boh Tea Centre Sungai Palas


10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Terkenal selepas pengambaran Ombak Rindu, Boh Tea Centre Sungai Palas juga merupakan salah satu destinasi wajib singgah di Cameron Highlands. Terdapat kafe, kedai cenderahati dan juga kilang teh yang dibuka kepada kunjungan orang ramai. Di kilang teh ni korang boleh lihat bagaimana teh Malaysia di proses menggunakan kaedah tradisional. Di Boh Tea Centre Sungai Palas ni juga di katakan mempunyai pemandangan ladang teh terbaik di Cameron Highlands. Jangan lupa untuk shopping di kedai cenderamata sebab ada beberapa jenis teh yang hanya di jual di sini saja.
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah

9. Cactus Valley

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Cactus Valley menjual pelbagai spesis kaktus dan pokok bunga. Korang boleh jumpa kaktus dari sekecik-kecik kaktus hingga sebesar-besar kaktus. Harga kaktus dan pokok bunga yang dijual pun sangat berpatutan. Bagi penggemar kaktus, ini tempat terbaik buat korang.

10. Smurf Inn Homestay

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Dekat Smurf Inn Homestay ni terdapat deretan rumah penginapan jenis banglo yang cantik senibinanya.  Terus rasa nak bina rumah banglo macam ni juga. Siap ada kincir angin lagi dekat pintu masuk. Rasa seolah-olah berada di luar negara pun ada. The best part is tak ada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah
Kalau bawa anak, boleh bawa mereka untuk bermain Merry go round yang ada bersebelahan The Smurf Inn Homestay ni.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Cameron highlands ni. Yang Ana senaraikan di atas ni berdasarkan tempat-tempat yang Ana dah pernah pergi. Banyak lagi sebenarnya tempat menarik di Pahang ni yang ada selain dari Cameron Highland untuk percutian bersama keluarga tau. Nanti Ana share dalam entri akan datang ok.

10 Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah Reviewed by Ana Suhana on October 01, 2019 Rating: 5

25 comments:

  1. byk juga tmpt2 menarik...smurf in nmpk mcm overseas gtu...zoomnye gmbr ular tu..tq for sharing...bila la nk smp cameron ni...sronok petik strawberry tu

    ReplyDelete
  2. so far lavender garden ngan smurf inn je tak sampai lagi..

    ReplyDelete
  3. mcm kundasang tapi berbeza... lavenda garden tu craving...

    ReplyDelete
  4. Bestnya boleh petik sendiri strawberry. Dah lama tak jejak sini

    ReplyDelete
  5. Lama dah x naik Cameron...kena pi jugak nanti bulan 9 birthday kakak Dania

    ReplyDelete
  6. Dah nampak dah mana nak tuju ni kalau ke Cameron..terima kasih Sis guide 10 tempat menarik..boleh la minta en suami mohon cuti.

    ReplyDelete
  7. Mmng mnarik tmpat kt Cameron..lama dah xpi cameron

    ReplyDelete
  8. Best pula tengok taman Lavender tu, masa Kak Sue pergi dulu belum ada.. nak kena repeat balik nie..

    ReplyDelete
  9. Cantik betul camera sis.. view sangat cantik...

    ReplyDelete
  10. Wahhh besarnye pokok cactus tu 😀
    Kena rembat satu ni..

    ReplyDelete
  11. Mai tak pernah sampai kesana lagi...Terima kasih recommend tempat2 best ni, nanti ada peluang singgah Cameron dah tau dah nak tuju mana, hihi,

    ReplyDelete
  12. Baru tahu ada taman rama-rama dekat sana

    ReplyDelete
  13. Cantik cantik semua gambar akak. Tapi bila nampak yang hijau panjang tu terus scroll lajulaju kak seriauuuuuu 😭

    ReplyDelete
  14. terimakasih informasinya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://blackwaletcare.com/sabun-jerawat-batu/

    ReplyDelete
  15. sumpah rindu cameron. dulu uyul keje kat sana 8 bulan. nak petik strawberyy.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  16. Lamanya tak gi Cameron... Bila la dapat pegi lagi... Nak makan strawberry 🍓 puas2...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/27/vitamin-untuk-bantu-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
  17. tak nampak gmbar lain dh kak ana. nmpak makanan ja. hihi.. tp kann cameron mmg besttttt!

    ReplyDelete
  18. Tak pernah jemu pergi Cameron Highlands ni Ana.. Dalam 10 tempat menarik dalam post ni ada beberapa tempat LZ belum pergi.. Harus repeat next time Ana.. hihihi 😁

    ReplyDelete
  19. kena pergi lagi ke cameron nih sebab masih banyak tempat yang akak belum terjah

    ReplyDelete
  20. smua view nmpak canteekk =D insyallah kalo ada rezeki, confirm nak ke sana dgn suami =D

    ReplyDelete
  21. Sha tak pernah lagi pergi Smurf Inn Homestay ini.. Macam best je.. Adoi.. rindu pula nak berjalan di Cameron..

    ReplyDelete
  22. Bestnyaaa..
    Belum pernah pergi lagi ke Cameron Highland.

    ReplyDelete
  23. Last time I pergi time tu takde lavender farm lagi. Bestnyaaaa

    ReplyDelete
  24. Lavender Garden tu mesti cantik! Bolehlah singgah nanti kalau ke Cameron :) Ladang teh pun mesti cantik.. tak sabar!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.