Tempat Menarik di Melaka : Berangan ala overseas di Freeport A Famosa Outlet

Assalamualaikum.

Sambung dari kisah selepas brunch di Pappa Rich Freeport A Famosa Oulet, memandangkan sis bukan seorang yang kaki shopping jadinya tujuan sis ke sini semata-mata untuk jalan-jalan cuci mata. Nak juga tengok apa yang bestya pasal Freeport A Famosa Outlet ni sampaikan setiap minggu full house dengan orang. Dan kini trending menjadi salah satu tempat wajib di kunjungi kalau berada di Melaka.
 
Memandangkan sis sampai sebelum pukul 10 orang pun tak ramai lagi. Tempat parkir pun banyak yang kosong siap dapat dekat dengan pintu masuk. Dan yang bestnya tiada bayaran di kenakan. Maybe tu salah satu reason orang suka ke sini. Sementara nak tunggu pintu di buka sis bergambar dulu di depan pintu masuk buat kenang-kenangan katanya.

Freeport A Famosa Outlet, Melaka

Tepat pukul 10 pagi pintu pun di buka. Ada dua pintu utama nak masuk ke dalam bangunan. Pilih mana satu yang korang nak. Sebab masih awal pagi banyak kedai belum di buka. Tapi sis tak kisah pun sebab masa tu fikiran sis nak menuju ke landmark utama Freeport A Famosa ni. Sebabnya tempat ni wajib untuk bergambar bila dah ada di sini. Memang selesa sangat bila datang awal pagi. Orang tak ramai nak bergambar pun jadi senang.

Freeport A Famosa Outlet, Melaka - Kincir Angin

Boleh fefeeling macam di overseas gitchuw sebabnya Freeport A Famosa Outlet merupakan 'open air mall' yang bertemakan warisan Belanda di Melaka dengan menampilkan tasik, air pancut, Carousel dan kincir angin sebagai daya tarikan pengunjung. Kincir angin tu kita boleh naik dekat atas tu. Setingkat jer pun. Bagi sis bagus juga ada bangunan macam ni dekat Malaysia boleh lah kita berangan konon-konon macam berada di luar negara. Kalau dekat negara luar pun bangunan lebih kurang macam ni juga yang jadi salah satu tarikan pelancong. Sama saja.

Freeport A Famosa Outlet, Melaka
Freeport A Famosa Outlet, Melaka - Kincir Angin
Freeport A Famosa Outlet, Melaka - Kincir Angin

Freeport A Famosa Outlet, Melaka - Carousel

Di Freeport A Famosa Outlet terdapat lebih dari 70 outlet beroperasi di sini. Antaranya seperti Nike, Cototn On, Puma, G2000, Carlo Rino, Samsonite, Hyper Gear, Bonita Group dan macam-macam lagi. Masa sis ke sini hampir kesemua kedai tengah buat jualan murah. Kalau tengok memang murah betul sebab ada diskaun hampir 70% tau. Selamat imanku masih kuat sehingga keluar dari sana. Kalau tak, rasanya takde tempat nak sumbat barang-barang dalam bonet kereta yang kecik tu. 


Freeport A Famosa Outlet, Melaka

Freeport A Famosa Outlet, Melaka

Kalau agak-agak dah lapar lepas pusing satu Freeport A Famosa Outlet ni, korang boleh je menjamu selera dekat foodcourt, kafe atau fast food yang ada dekat sini. Tapi di sebabkan sis datang awal masa tu, food court masih belum di buka. Pintu food court siap berkunci lagi. Huhu. Antara restoran atau kedai yang telah di buka awal ialah seperti Merry Brown, Pappa Rich, KFC, Baker's Cottage dan Aunty Anne.

Freeport A Famosa Outlet, Melaka

Sis spend dalam 1.5 jam je dekat sini termasuk untuk makan. Tapi kalau yang kaki shopping tu mungkin separuh hari kot boleh berada di sini. Hehe. Tempat dia selesa dan kids friendly. Kemudahan asas seperti surau, baby-changing room, complimentary wheelchair and stroller pun ada. Jadi para ibu boleh lah bershopping dengan senang hati. Bagi yanh tak tahu cara nak ke sini boleh guna Google Maps dekat bawah ni. Tekan je InsyaAllah sampai lah korang ke sini. 


<

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

61 comments:

  1. cantiknya kakk anaa.. gmbar smua jenis. lawa.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tempat ni. seronok kalau nak bergambar. hehe.

      thanks busyra <3

      Delete
  2. Tak berpeluang lagi nak ke sini. Mujur tak tergoda ngan sales yer.hee. kalau takk.... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nanti sampailah Reen dekat sini. simpan duit byk boleh lah shopping. hehe

      Delete
  3. kincir angin tu daya tarikan ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. selain dari bangunan yang lawa2.

      Delete
  4. Kak Ana, this upcoming Saturday Jasmi akan bawa turis dari Indonesia main ke Melaka.. Jasmi ingat di Melaka cuma ada Taming Sari dan St.Paul je. Rupanya ada ini juga.. Tambang masuk berapa kan Ana? Senang nak cakap dengan tamu nanti.. Jauh tak dari lokasi Taming Sari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. free je jasmi sebab ni shopping mall. kalau dr bandar melaka dalam 40 minit provided tak jammed.

      Delete
    2. I see.. Kitorang hotel dekat Taming Sari je. Let see lah nanti sempat pergi sana tak. But memang intagramable sgt tempat tu

      Delete
    3. cruise jangan lupa nak tau Jasmi =)

      Delete
    4. Dulu pernah tinggal melaka 3 bulan. Lepak area DP dan pantai klebang je.. hiks

      Delete
    5. tempat2 hot tu Jasmi. hehe. skrg org pergi dataran 1 malaysia je kalau nak lepak waktu petang. ;)

      Delete
  5. Persekitaran yang bersih dan menarik ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. baru lah pengunjung rasa selesa nak ke sini kan.

      Delete
    2. yup, takdalah sakit mata tengok sampah di sana-sini πŸ˜‚

      Delete
  6. Yeay dah pergi jgk..mmg fefeling overseas gitu,cdg nk buat entri blik tu tp x danπŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. boleh fefeling oversea dari takde kan. hehe.
      nanti cuti sem boleh lah buat entri tu.

      Delete
  7. lama dah teringin nak ke melaka. tapi x smpai2 lagi nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sampai juga satu hari nanti. pergi weekdays kalau boleh baru syok nak explore.

      Delete
  8. akak da gi skali.
    tapi sekejap sgt.
    nak repeat, ntah bila ntah, ana.
    dekat aje. tapi tu lah :) hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nanti boleh ke sini lagi. dekat je kan. tggu nak raya baru seronok shopping sekali. hehe

      Delete
  9. cantik tempat dia, saya pun x pernah sampai lagi..sebab bukan kaki shopping pun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukan kaki shopping just untuk window shopping, bergamabr dan makan2 boleh lah dear. mana tau tershopping pula kan. hehe

      Delete
  10. Teringin nak pegi ke sana, Insha Allah satu hari nanti, pasti saya akan jejak ke sana sebab nampak menarik tempat nie.. BTW, tahniah sebab nama akak tersenarai dalam carta special bloglist saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/05/top-commentor-april-mei-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah shikin nanti boleh lah ke Melaka. dekat je dengan putrajaya tu. boleh explore semua tempat2 menarik dekat melaka ni.

      Delete
  11. Wahhh ini satu godaan untuk ke melaka...kena g ptg la bagus kan redup sikit...melaka sentiasa hott hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi atau petang should be ok. tapi ok je sebab ada bumbung juga dekat tempat nak jalan tu. tak lah rasa panas sgt. melaka jgn ckp lah. panas sgt2. hitam dah muka sy. haha

      Delete
  12. Cantik.. masa Kak Sue ke Melaka dulu tak sempat singgah sini pun. Kena pergi lagi lah nie.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time boleh lah singgah kak sue. boleh shopping sekali. hehe.

      Delete
  13. dh mcm kat Holland gitu...rasanya owner dia dh buat penambahbaikkan dah ni..dulu dok kena complaint jer..akk nak pergi jugakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. beangan sekali sekala kak. nak ke holland tu tak tahu bila kan. hehe.
      ye ke ada banyak complaint. maybe masa awal2 dia buka dulu kot. skrg ana tgk ok je. tak tahu lah kalau ada yang tak ok lagi.

      Delete
  14. PC sangat tertarik dengan kincir angin tu...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun sama. tu yg sanggup singgah sini sekejap. hehe

      Delete
  15. Tak pernah sampai sini lagi..
    Boleh masuk list nie kalau ke Melaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. explore satu melaka sha. g pantai, bandar,alor gajah semua. best.

      Delete
  16. Series ari tu xabis pusing. Kincir ni pun xda nmpk sb limit sgt masa kami. Smpai kat melaka pun lambat da sb sesat lagj kejp hahaha. Btw insyallah kalo pnjg umr, tntu ju ke sna lagi.. mmg xpuas hati xdpt pusing smua tmpt huhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time boleh repeat semula ke melaka Ju. tak pernah jemu setiap kali ke sini =)

      Delete
  17. Replies
    1. tu yg berangan macam dekat luar negara tu Mai =)

      Delete
  18. Cantikkk. Macam kat Netherlands dah, padahal kat Melaka je 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. netherlands versi melaka gitchuw. boleh lah ke sini nanti Husniey =)

      Delete
  19. Gambar first tu syafi posing sama pulak dgn ayah dia. Memang anak ayah betul ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia yang arahkan supaya ikut gaya dia mcm tu πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  20. Tempat ni pun dah masuk wishlist siqah πŸ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka skrg byk tempat menarik. Dekat sini kalau nak bergambar memang cantik sebab bangunan dia ala Belanda.

      Delete
  21. Replies
    1. Untuk shopping dan cuci mata memang best. Nak bergambar pun best.

      Delete
  22. awww ok ! ju jelesss ! huarrghh series cntik tmpt ni !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time ke Melaka singgah lah sini. Boleh shopping sekali. 😍

      Delete
  23. Tempat dia mmg cantik kan Ana... selesalah nak bersoping tp tulah ...tak berapa selesa tang duit pulak haha....Handbeg banyaklah tp tang blouse, baju kurung, tudung, tak de pulak kat sini tu yg lemah sikit tu hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak. kedai dekat sini lebih pada aksesori dan handbag. baju2 muslimah memang takde pun. maybe sebab target market dekat situ non-muslim kot kak. hehe

      Delete
  24. kalau ke melaka lagi, inilah tempat yg akan disinggah.. Teringin ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti singgah tau Lea. Boleh shopping sekali. Byk sales masa ana ke sini hari tu.

      Delete
  25. Sinxe dah study dekat melaka.. Memang lepak sini la awal bulan ahabahaba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah belajar dekat Melaka skrg ni. Hehe. Kak ana masa belajar dekat melaka 14 tahun lepas pokok getah je yg ada. Huhuhu. Nk best g MP. Tu je. Naik bas tukar2. Jenuh nak sampai. πŸ˜…

      Delete
  26. Dulu belajar kat Melaka, tak sempat nak pergi dah habis study hahaha.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana masa study ladang getah je keliling. Tak mcm skrg :D

      Delete
  27. Feeling2 kat luar negara kan kak!!!! oleh krana tllu jeles jalan2 melaka akak nk set date la melaka lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala berangan. Berangan kan free. Hehe. Jom ke melaka :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤