Cara Betul Makan Madu Untuk Kesembuhan Yang Maksimum


Cara Betul Makan Madu Untuk Kesembuhan Yang Maksimum | Assalamualaikum. Siapa suka makan madu? Macam Ana almost every day Ana akan amik 2 sudu besar madu. Selalunya Ana campur dengan air lemon. Memang sedap sangat lagi-lagi kalau minum sejuk.Tapi korang tau tak ada Cara Makan Madu Yang Betul Untuk Kesembuhan Yang Maksimum?
Cara Makan Madu Yang Betul Untuk Kesembuhan Yang Maksimum
Cara Makan Madu Yang Betul Untuk Kesembuhan Yang Maksimum

Cara Betul Makan Madu Untuk Kesembuhan Yang Maksimum


Korang tahu tak yang madu telah digunakan sejak zaman purba sebagai salah stau sumber tenaga? Dan ianya juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk rawatan alternatif pelbagai penyakit. 


Menurut fakta, madu merupakan sejenis manisan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah melalui nektar bunga. Rasa madu berbeza antara satu sama lain berdasarkan sumber nektar yang di ambil. Sebab tu terdapat pelbagai jenis dan gred madu yang dijual di pasaran. 


2 Kategori Madu Yang Korang Kena Tahu


Walau terdapat banyak jenis madu yang kita boleh beli, tapi secara asasnya madu-madu tersebut dikategorikan kepada 2 jenis iaitu madu monoflora dan madu polifora.


Madu monoflora merujuk kepada madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga atau pokok saja. Contohnya madu akasia, madu sidr dan madu manuka. Manakala madu poliflora pula merupakan madu yang dihasilkan dari nektar dari pelbagai jenis bunga. Contohnya seperti madu tualang dan madu asli.


Madu Makanan Sunnah Yang Penuh Dengan Khasiat


Seperti yang kita tau, madu antara salah satu makanan sunnah selain dari susu kambing, kurma, buah tin, habbastus sauda dan banyak lagi. Bila kata makanan sunah, for sure lah khasiat dan kebaikkan yang ada padanya sangat banyak. In fact di dalam Al-Quran Surah An-Nahl ayat 69 ada menyatakan madu merupakan makanan ahli syurga dan mempunyai penawar bagi penyakit manusia.

Cara Betul Makan Madu Untuk Kesembuhan Yang Maksimum


Antara khasiat madu untuk kesihatan selain dari menjadi sumber tenaga ialah ianya mampu menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun tubuh, baik untuk fungsi jantung, baik untuk rawat masalah kulit seperti kesan terbakar atau luka, mencantikan kulit muka dan bibir, merawat batuk dan sebagainya.


Tips Nak Tahu Madu Yang Asli


Banyakkan khasiat madu untuk kesihatan kita jika kita ikut cara betul makan madu untuk kesembuhan yang maksimum? Tapi kena ingat nak sembuh kena beli madu yang asli. Tapi tu lah, sekarang ni bukan senang nak beli madu yang asli. Sebabnya kajian menunjukkan 60% madu yang ada dekat pasaran sekarang ni ialah madu tiruan. Sebab tu masa Ana jalan-jalan ke Cameron Highland, Ana tak berani nak beli madu yang di jual di tepi jalan utama tu. 


Baca juga : Madu Ruqyah Thibbun Nabawi Madu Asli Keluaran Pondok Tahfiz


Kalau dulu orang kata nak tahu madu tu ori atau tak, kena tengok pada kelikatan madu lah dan make sure madu tu tak kena hurung semut. Tapi sekarang dengan teknologi yang semakin canggih, semua benda tu boleh direka. So jadi lagi lah payah nak tahu madu mana yang asli.


Tapi ada Ana baca terdapat satu cara yang manusia dan teknologi tak boleh tiru. Cara dia mudah je. Korang amik sebiji piring kemudian tuangkan satu sudu kecil madu dekat atas piring tu. Lepas tu siram dengan air suam. Kalau madu asli, korang akan nampak satu corak sarang lebah atau heksagon terbentuk. Kalau takde corak tu, faham-faham sendiri lah. Hehe.


Cara Makan Madu Dengan Betul

Cara Betul Makan Madu Untuk Kesembuhan Yang Maksimum


Ok lah macam Ana nak bagitau tadi, nak makan madu ni kena ada cara dan waktunya. Ini penting kerana penciptaan bumi dan manusia adalah daripada tanah. Terdapat gelombang yang berputar 24 jam jadi waktu makan madu perlu tepat. Cara betul makan madu untuk kesembuhan yang maksimum ni bergantung pada sakit pada badan atau tubuh yang dialami. Jom kita tengok.


1. Madu untuk rawat sakit di bahagian kepala


Sekarang ni ramai antara kita yang selalu kena migrain kan. Maklumlah stress dengan keadaan sekeliling kan. Sakit migrain ni kadang boleh buat orang hilang sabar sebab kepala jadi sakit atau berdenyut yang melampau. Apa kata lepas ni korang elakkan dari terkena migrain dengan madu. Caranya korang makan madu dengan makan secara terus tanpa perlu campur air selepas waktu Subuh sehingga sebelum habis waktu Dhuha.


2. Madu untuk rawat sakit di bahagian perut


Untuk penyakit yang berkaitan dengan perut atau usus pula, korang hanya perlu amik 1 sudu teh madu sahaja setiap hari selepas waktu Dhuha hingga masuk Zohor. Caranya amik madu bersama dengan air suam dan kacau ikut arah lawan jam. Sebabnya semua benda yang berputar ikut arah lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala benda yang berputar ikut arah jam akan menguraikan tenaga dan tidak menjadi ubat untuk badan kita.


3. Madu untuk rawat sakit di bahagian pinggang ke bawah


Untuk sakit-sakit di bahagian pinggang dan ke bawah, korang perlu minum madu dalam waktu antara Zohor dan Asar. Cara penyediaan sama seperti point nombor 2 di atas. Minum dengan air suam dan kacau mengikut arah lawan jam.


4. Madu untuk rawat sakit di bahagian bawah


Manakala untuk sakit-sakit di bahagian bawah, korang perlu minum madu di antara waktu antara Asar dan Maghrib


5. Madu untuk rawat ketika badan sejuk atau panas


Penyakit datang menyerang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Selalunya bila kita sakit, suhu badan kita akan meningkat manakala ketahan badan pula menurun. So macam mana nak tahu badan kita tengah sejuk ke panas?? Mudah je. Korang boleh rasa dekat kuping telinga korang. Kalau cuping telinga sejuk, tu bermakna badan kita tengah panas tapi kalau kata cuping telinga tengah sejuk, maksudnya badan kita tengah panas.


So sebab tu campuran madu dan air juga kena betul. Nak dapatkan madu yang panas, korang kena tuangkan air ke dalam gelas terlebih dahulu. Kemudian baru masukkan madu. Begitu sebaliknya. Kalau nak dapatkan madu sejuk, korang kena masukkan madu dulu, kemudian baru masukkan air. Nak sejukkan badan yang tengah panas, kena minum madu yang sejuk. Tapi kalau badan tengah sejuk, korang kena amik madu yang panas untuk legakan kesejukan dalam badan tu.


Fun Fact Tentang Madu


1. Lepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Dan elakkan makan ikan dengan daging. Ini kerana ianya tak bagus untuk perut


2. 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut lebih kecil saiznya. Jadi lebah-lebah kelulut ni boleh masuk menembusi rongga bunga dengan lebih dalam.


3. Madu mentah berfungsi sebagai energy booster. Jadi ianya sesuai untuk korang yang memerlukan tenaga yang banyak especially ketika memandu jauh.


4. Jangan letak atau simpan madu di tempat yang boleh merubah molekul madu. Contohnya di dalam peti ais.


5. Beberapa kajian mengatakan madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Contohnya untuk glacoma. Caranya campurkan madu dengan air hujan dan titiskan ke dalam mata. Cuma mata akan jadi pedih sedikit. Sebaiknya titiskan selepas waktu Subuh dan sebelum masuk waktu Dhuha.



Ok lah tu je yang Ana nak share kali ni tentang cara betul makan madu untuk dapatkan kesembuhan yang maksimum. Semoga bermanfaat buat yang membaca. Tak salah untuk mencuba dan berusaha untuk kesihatan kita kan. Dah usaha selebihnya kita berdoa dan bertawakal kepada Allah. Semoga Allah Yang Maha Menyembuh sudi memberi kesembuhan terhadap kita dan kurniakan kesihatan yang lebih baik hendaknya.



Sumber rujukan : Dr Hisham Hashim (Penyelidik Mineral Jabatan Mufti Brunei Darulsalam)

Cara Betul Makan Madu Untuk Kesembuhan Yang Maksimum Reviewed by Ana Suhana on March 03, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Menarik entri ni, selalu makan ikut suka jer... boleh praktik cara yg betul

    ReplyDelete
  2. Rabia minum setiap pagi guna sudu plastik nak tuangkan madu tu .

    ReplyDelete
  3. oooo... ada caranya nak makan madu rupanya ye. Tq for sharing.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.