Petua Elak Bayi Dari Demam Kuning Sejak Dalam Kandungan. Walaupun Ibu Berdarah O Positif

Petua Elak Bayi Dari Demam Kuning Sejak Dalam Kandungan. Walaupun Ibu Berdarah O Positif l Assalamualaikum. Teringat masa lepas bersalin kan Suraya tahun lepas, 5 hari Ana kena stay di hospital termasuk 3 hari di NICU sebab bacaan kuning Suraya tinggi iaitu 3.31. Doktor suspek Suraya ada G6PD juga. Masa tu rasa stress yang teramat. Dengan tak cukup tidur dan rehat, dengan bacaan kuning Suraya yang tak turun banyak, rasa nak menangis je. Apa punca jaundis ni sebenarnya?? 

Petua kurangkan jaundis atau kuning bayi

Petua Elak Bayi Dari Demam Kuning Sejak Dalam Kandungan. Walaupun Ibu Berdarah O



Masa Syafi dulu, pun kuning juga tapi tak setinggi Suraya.  Stay hospital semalam je. Lepas tu follow up dengan KK dalam seminggu je Syafi. Lepas tu dah discharge dari jaundis. Tapi masa Suraya, 3 minggu juga dok ulang alik KK. Risau kena warded semula. Tak sanggup rasanya. Alhamdulillah akhirnya bacaan kuning Suraya semakin menurun dan doktor decide untuk discharge dari jaundis. Syukur sesangat Ana masa tu. Cuma Ana kena follow up dengan hospital untuk tengok G6PD Suraya.


Walaupun jarang bayi perempuan kena G6PD tapi ada je kes yang terjadi. So nak selamat baik follow je appointment tu. Masa 1st appointment just amik darah dan doktor tanya perkembangan bayi. 2nd appointment baru keluar result darah. Alhamdulillah Suraya bebas G6PG. Masa awal-awal doktor suspect tu, sebab adik lelaki Ana ada penyakit G6PD tu. So doktor amik faktor keturunan untuk sabitkan Suraya dengan G6PD. 


Apa Itu Bayi Kuning atau Jaundis?

Petua kurangkan jaundis atau kuning bayi

Jaundis merupakan keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kuning. Dan jaundis ini biasanya lebih mudah terjadi pada bayi yang lahir pramatang dengan kadar peratusan sebanyak 80%. Tapi tu tak bermakna bayi yang lahir matang bebas dari kuning. Menurut kajian, 60% bayi lahir matang akan mengalami jaundis.


Jenis-jenis Jaundis


Jaundis terbahagi kepada 2 iaitu jenis iaitu 'physiologic jaundice' dan 'pathologic jaundice'.


1. Physiologic Jaundice


"Physiologic jaundice" merujuk kepada keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku ke atas bayi berumur 3 hari dan akan berakhir dalam hari yang ke-7 selepas dilahirkan. Jaundis jenis ini tidak berbahaya dan biasanya akan sembuh tanpa memerlukan sebarang rawatan.


2. Pathologic Jaundice


Manakala “Pathologic jaundice" pula merujuk kepada keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan. Keadaan ini lebih berbahaya dan memerlukan rawatan segera.


Sebab itu, jika ibu bapa nampak tanda-tanda membimbangkan berlaku pada bayi yang mendapat jaundis, segera ke klinik kesihatan atau hospital. Ini kerana rawatan awal mampu menyelamatkan bayi daripada mendapat kesan jangka panjang penyakit jaundis ini.


Punca Terjadinya Jaundis? 


Jaundis biasanya terjadi apabila organ dalaman bayi seperti hati belum cukup matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna selepas dilahirkan.


Di dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning yang terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan. Apabila semakin banyak sel darah merah pecah, ini akan meningkatkan molekul bilirubin dalam badan.


Peningkatan paras bilirubin ini akan menyebabkan kerosakan kekal pada sel otak, kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal. Bayi juga akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot dan paling buruk boleh membawa maut.


Selain dari faktor hati bayi belum matang, jaundis juga terjadi disebabkan oleh faktor  kekurangan enzim G6PD, masalah darah merah yang mudah pecah, bayi kurang menyusu dan jenis juga jenis darah yang berlainan antara ibu dan anak.


Rawatan Untuk Jaundis Pada Bayi

Petua kurangkan jaundis atau kuning bayi

Biasanya rawatan yang akan dilakukan untuk menurunkan paras jaundis pada bayi adalah dengan menggunakan mesin fototerapi. Melalui cara ini, bayi akan diletakkan di bawah cahaya biru yang berfungsi untuk menukarkan bilirubin berwarna kuning ke dalam keadaan yang lebih mudah larut untuk memudahkannya dikeluarkan melalui air kencing dan najis.

Petua kurangkan jaundis atau kuning bayi

Pada masa yang sama, bayi yang mengalami jaundis hendaklah diberi susu ibu sekerap yang mungkin. Ini bertujuan untuk memastikan badan bayi mempunyai mempunyai air badan yang mencukupi untuk mengurangkan paras bilirubin dengan cepat. Salah satu tips nak meriahkan susu ibu adalah dengan minum air yang mencukupi dan juga boleh amal minum susu kambing yang sangat bagus untuk kesihatan ibu dan bayi.


Boleh Ke Jemur Bayi di Bawah Panas Matahari? 


Kalau ikut petua orang dulu-dulu, salah satu cara untuk turunkan paras kuning pada bayi adalah dengan menjemur bayi di bawah sinaran matahari pagi.  Betul tak?


In fact, Ana sendiri pernah nampak mak Ana dan beberapa family Ana lakukan perkara ini. Berkesan ke cara ni? 


Ada yang kata dengan menjemur bayi di bawah panas matahari berkesan menurunkan kuning bayi tapi hakikatnya perbuatan ini hanya akan menyebabkan bayi kekurangan air dalam badan. Dan ini tidak membantu dalam menurunkan jaundis bayi.



Petua Elakkan Bayi Dari Jaundis


Tak salah untuk mencuba kan selagi tak memberi mudarat pada ibu dan bayi dalam kandungan. Ana ada terbaca satu perkongsian ini dan tertarik untuk berkongsi dengan korang. Menurut perkongsian tu, petua yang diamal "berjaya" menyebabkan anak-anaknya bebas dari kuning. Dan ibu lain yang amalnya juga berjaya menyebabkan bayi mereka bebas kuning seawal 2 hari walau ibu itu berdarah 0.


Seperti kita tahu, ibu mengandung perlu makan makanan yang tinggi dengan khasiat. Dan petua tersebut juga mengamalkan pengambilan dari sumber yang baik untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Jom kita tengok petua tersebut.



Amalan Ketika Kandungan 7 Bulan


Ibu mengandung perlu amalkan makan kismis dan buah anggur hitam atau merah sahaja. Tak perlu makan setiap hari pun. Cukup sekadar 2-3 kali seminggu.


Amalan Ketika Kandungan 9 Bulan


Ketika usia kandungan memasuk 36 minggu, ibu mengandung boleh amalkan makan anggur hitam dan air soya setiap hari. Air soya kotak pun boleh.


Lepas Bersalin / Ketika Berpantang


Ni dari pengalaman Ana sendiri. Masa dekat wad, Ana dok bantai makan halia. Konon elok untuk ibu berpantang lah. Rupanya beri kesan pada bayi bila dia minum air susu kita. Ana tau ni pun bila dah seminggu lebih dok ulang alik KK. Dan bila bacaan kuning Suraya turun naik. Last-last doktor advise jangan makan jamu, halia, lada hitam masa awal-awal bersalin untuk ibu yang ada anak kuning. Kalau tau dari awal lagi Ana tak makan halia tu. Hehe. 


Macam mana? Mudah je kan petua tersebut. In fact, tak berbahaya pun petua yang diamalkan tu. So pada ibu-ibu mengandung yang dok risau bayi yang bakal dilahirkan tu kena jaundis yang tinggi, boleh lah amal petua ni.  Tak salah mencuba. Yang penting kita usaha, dan selebihnya tawakal pada Allah dan banyakkan berdoa. Ana doakan semoga semua urusan ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu dalam pantang dipermudahkan segala urusan. Jaga diri baik-baik dan semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa. Aamin Ya Mujib. 



Updated : Pengalaman Bersalin Kali Ketiga, Anak Bebas Jaundis Masa Kali Ketiga Check Up


Baru-baru ni Ana selamat bersalin anak ketiga. Masa scan dah tahu jantina baby ialah lelaki. Automatik rasa risau bab jaundis dan G6PD sebab doktor kata baby lelaki lagi mudah kena G6PD kalau ada sejarah keluarga. Lepas tu Ana pula jenis darah O positive lagi lah besar risiko kena jaundis dan G6PD tu. 


Nak tak nak, Ana amal petua dekat atas ni. Tak sanggup nak ulang peristiwa anak kena warded berhari-hari di NICU dan ulang alik KK. Sekarang ni lagi lah mana boleh teman bila baby kena warded di NICU. Kes Covid masih tinggi kan. 


So masa kandungan Ana 7 bulan, Ana dah start minum air soya. Memula sekali seminggu. Lepas dah akhir bulan ke-8 dan masuk bulan ke-9, Ana makin kerap minum air soya. Soya kotak tu je Ana minum. Beli dalam kuantiti carton lagi murah dan berbaloi.


Lepas bersalin pun Ana minum air soya lagi. Dan Ana 100% pantang halia dan lada hitam. Alhamdulillah memang berkesan. Jaundis baby Ana dari 194 (1st check up) turun kepada 175 (2nd check up) dan akhir sekali discharge dari jaundis bila bacaan jadi 75 (3rd check up).



Selain dari jaga pantang dan amal air soya, Ana kerapkan susu badan dekat baby. Ikut sukatan yang diperlukan dalam masa yang ditetapkan. Ana sampai pam susu dan guna syringe untuk make sure baby minum susu secukupnya. Alhamdulillah berat baby makin naik dan bacaan kuning terus turun. Korang pun boleh cuba amal ye. 



Petua Elak Bayi Dari Demam Kuning Sejak Dalam Kandungan. Walaupun Ibu Berdarah O Positif Reviewed by Ana Suhana on July 29, 2023 Rating: 5

8 comments:

  1. Nice sharing kak ana. Apa pun dapatkan nasihat dari doktor lebih baik.

    Pernah terbaca katanya tak elok jumr bawah matahari tu. haha tak tahu la nak cakap kan sebab petua orang dulu2. kalau dibangkang katanya dulu elok saja buat kikiki no comment! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Petua orang tua dulu jemur bayi kan. Tapi bila dah tau, skrg ni bykkan beri susu je pada anak.

      Delete
  2. gitu yeee.. baru tahu. Aien ritu bantai minum susu kambing. alhamdulillah laju turun. tp bukan darah O la. hehe

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kaka perkongsian. Ilmu untuk PC masa hadapan dan PC boleh sebarkan kepada kawan-kawan dan saudara mara juga.

    ReplyDelete
  4. yer sama, katan ya jemur baby tu, tapi ntah la anak2 dah besar ni, rasanya bagi anak2 minum susu kerap je dulu :)

    ReplyDelete
  5. Amin, yaa, yg petua last tu misi pun pesan mcm tu, dia sruh pntng dulu mkn bnda2 panas takut kuning baby xturun..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Kak Ana, inshaAllah saya pun akan bergelar ibu inshaAllh bulan 8 ni. Terima kasih bagi info yang sangat berguna

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.