Kontraktor Rumah Bangi Nas Nuri Construction

Kontraktor Rumah Bangi Nas Nuri Construction l Assalamualaikum. Sekarang ni sebut je Bangi, Ana yakin semua orang akan tahu. Berbanding dulu, orang hanya kenal Bangi sebagai Bangi Lama. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, bila Bandar Baru Bangi diwujudkan, Bangi menjadi tempat tumpuan ramai. Malah istilah Bangi Lama pun dah tak digunakan lagi.


Kontraktor Rumah Bangi Nas Nuri Construction


Kalau dulu, orang ke Bangi hanya untuk melawat saudara mara saja. Tak pun nak hantar anak ke universiti atau kolej berhampiran. Takde istilah untuk pergi bercuti atau beriadah. Tapi bila Bangi dah membangun sekarang, boleh dikatakan kawasan Bangi jadi semakin sibuk. Malah lebih sibuk dari Bandaraya Shah Alam.


Bangi Kini Pusat Sehenti Untuk Shopping, Beriadah dan Makan-makan


Tak percaya cuba korang pergi masa bulan puasa. Confirm sesak atas jalan raya je masa tu. Hehe.  Kalau dulu, Bangi hanya ada Kompleks PKNS Bangi saja, Tapi sekarang, macam dah jadi 'syurga' untuk bershopping. Sebabnya banyak butik-butik popular beroperasi di sini terutama di kawasan Bangi Sentral. Tu belum masuk lagi kedai-kedai di Evo Mall dan Bangi Gateaway.


Kalau hujung minggu pula, ramai orang akan ke Bangi untuk aktiviti bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan di Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Banyak tarikan yang menarik disediakan. Sampai tak cukup masa rasanya bila dah masuk ke dalam tu.


Kontraktor Rumah Bangi Nas Nuri Construction


Nak cari tempat makan best di Selangor? Jangan lupa datang ke Bangi. Ada ratusan restoran dan kedai makan yang korang boleh cuba. Antaranya Restoran Ana Ikan Bakar Petai, MZ Cafe Bangi, Eid Halal Korean Food, Warung Dusun Sup Gear Box dan banyak lagi.


Kontraktor Rumah Bangi Nas Nuri Construction


Senang kata semua ada dekat Bangi ni. Untung siapa yang ada rumah dekat Bangi. Tak perlu pergi jauh-jauh nak cari semua kemudahan. In fact, banyak saudara-mara Ana yang beli rumah dekat Bangi dan kawasan sekitar. Senang nak access katanya. Lagipun lokasi Bangi dengan KL atau Seremban sekitar 30-60 minit perjalanan je melalui Lebuhraya PLUS.


Kontraktor Rumah Bangi Nas Nuri Construction



Bina Rumah Tanah di Bangi dengan Nas Nuri Construction


Cakap pasal rumah di Bangi, bagi korang yang merancang nak buat rumah tanah terutama bina rumah di sekitar daerah Klang dan tercari-cari kontraktor rumah yang boleh dipercayai, Ana nak suggest korang guna perkhidmatan Syarikat Nas Nuri Construction, sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB gred G5. Tapi kalau nak cari peguam syarie berpengalaman untuk wasiatkan hartanah korang, boleh lah jumpa Tetuan Hafizah Haron & Associates ni. Senang buat wasiat awal-awal kan.



Nas Nuri Construction Berpengalaman Lebih dari 10 Tahun


Nas Nuri Construction mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang bina rumah tanah ni. Sepanjang tempoh tersebut, lebih dari 100 buah rumah banglo telah berjaya disiapkan. Ini termasuk rumah banglo di sekitar Bangi.


Kontraktor Rumah Bangi Nas Nuri Construction


Dengan pengalaman yang ada, kesemua hasil binaan Nas Nuri Construction sangat berkualiti. Disebabkan moto mereka ingin memberikan perkhidmatan dan kualiti kerja kelas pertama kepada para pelanggan, kuota untuk bina rumah sangat limites.  Hanya 15 buah rumah sahaja yang diambil dalam setahun. Ini supaya setiap binaan rumah betul-betul mengikut spesifikasi yang dipersetujui.


Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI


Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Betul, bukan mudah nak rancang untuk bina banglo ni. Banyak benda nak kena amik tahu especially bab kos. Bukan sedikit nak guna tapi beratus ribu. Salah pilih kontraktor, naya kita. Takut at the end, rumah yang diidam tak siap, kualiti ke laut. Rasa tak selamat je untuk didiami. 



Proses Bina Rumah Banglo Mudah Dengan Nas Nuri Construction


Tapi dengan Nas Nuri Construction, korang tak perlu risau. Walau proses nak bina rumah banglo ni leceh dan panjang, Nas Nuri Construction akan bantu korang dari awal sampai akhir. Nak bagi korang mudah faham atau secara ringkasnya, ada 4 langkah untuk korang dapatkan rumah banglo yang berkualiti dengan Nas Nuri Construction :


1. Tempah slot rumah


Macam Ana bagitau tadi, slot untuk bina rumah dengan Nas Nuri Construction  adalah terhad iaitu hanya 15 unit sahaja setahun. Nak tahu sama ada slot masih kosong atau tak, korang boleh direct hubungi mereka,



2. Mereka Bentuk Rumah


Bila slot dah ditempah, korang boleh mula untuk melukis pelan banglo mengikut kehendak dan bajet masing-masing. Ada banyak contoh pelan banglo dari Nas Nuri Construction dengan rekabentuk terkini yang korang boleh rujuk dan download secara percuma. Kalau kata korang ada idea sendiri dan perlukan pelan baru pun takde masalah. Just bincang je dengan mereka.


Selesai bincang tentang pelan banglo dan sebagainya, baru lah pihak Nas Nuri Construction akan submit permohonan binaan rumah korang ke PBT untuk dapatkan kelulusan.


Seperti di Bangi, setiap binaan yang memerlukan Certificate of Completion & Compliance perlu mendapat kelulusan dari Majlis Perbadaran Kajang terlebih dahulu. Disebabkan dah banyak kali bina rumah di Bangi, Nas Nuri Construction dah boleh hafal segala proses dan selok belok semasa berurusan dengan MPK. So korang tak perlu nak buat apa dah. Pihak Nas Nuri Construction akan selesaikan untuk korang.



3. Mula Bina Rumah


Lepas dapat kelulusan dari MPK, korang perlu tandatangan dahulu kontrak yang disediakan oleh Nas Nuri Construction. Baca setiap satu yang terkandung dalam kontrak tu. Tak faham boleh terus tanya. Basically kontrak tu tentang proses pembinaan yang telah dipersetujui kedua belah pihak.


Bila kontrak dah selesai ditandatangani, baru lah proses pembinaan di tapak rumah bermula. Macam Ana bagitau, Nas Nuri Construction sangat mementingkan kualiti kerja. Sebab tu setiap kerja-kerja yang dijalankan di tapak binaan akan diselia oleh seorang penyelia tapak, seorang pegawai teknikal (memantau struktur binaan rumah) dan seorang pegawai kemasan (memantau kerja-kerja kemasan, reka bentuk dalaman dan material kemasan tapak).




Pihak  NAS Nuri Construction juga akan memastikan setiap pekerja binaan dibahagikan dengan kerja-kerja binaan mengikut kemahiran masing-masing. Ini bermaksud setiap bahagian kerja binaan akan dilakukan oleh pekerja yang berlainan. Tak seperti sesetengah syarikat, satu pekerja akan buat macam-macam kerja. Kejap kerja bahagian dalam, kejap kerja bahagian luar. Last-last kerja yang dibuat tak sempurna sebab tak boleh nak fokus pada satu-satu kerja.



4. Serah Kunci Rumah


Akhir sekali, lepas semua pembinaan telah siap sepenuhnya dan rumah sedia untuk didiami, pihak Nas Nuri Construction akan menyerahkan kunci rumah kepada korang.


Macam mana kalau ada kerosakan? Haa korang jangan risau sebab Nas Nuri Contruction akan memberi 3 tahun jaminan untuk struktur binaan dan 1 tahun jaminan untuk kemasan kepada korang. In case ada sebarang kerosakan dalam tempoh tersebut, pihak Nas Nuri Construction akan menggantikannya secara percuma. Lega kan dengar?



Rumah Banglo di Bangi Binaan Nas Nuri Construction


Cakap banyak pun tak guna kalau takde bukti kan. Hehe. Ni Ana nak share antara rumah-rumah banglo atau rumah tanah yang telah dibina oleh Nas Nuri Construction di sekitar Bangi. Kesemuanya sangat cantik, kemas dan paling penting berkualiti dan selamat untuk didiami. Jom kita tengok.


Banglo 1


Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Binaan rumah banglo 2 tingkat ini bersaiz dalam anggaran 4800kps dan dibina mengikut spesifikasi standard serta comply CCC. Kos keseluruhan rumah banglo ni menelan belanja lebih kurang RM700k. Kos tersebut termasuk kos binaan tembok serta retaining wall.



Banglo 2

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Ni merupakan rumah terbaru hasil binaan Nas Nuri Construction. Rumah dengan binaan bersaiz 280kps ini juga dibina mengikut spesifikasi standard dan comply CCC. Kos keseluruhan dianggarkan dalam RM530k dan ini termasuk dengan kos retaining wall sepanjang 150ka, kerja infra (longkang) dan juga kos membuat pagar.



Banglo 3


Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI


Rumah banglo 2 tingkat ini bersaiz 2800kps dibina mengikut spesifikasi standard dan comly CCC. Kos anggaran rumah ini lebih kurang dalam RM420k dan tidak termasuk kos bina pagar dan kos infrastruktur.



Banglo 4

Nas Nuri Construction KONTRAKTOR RUMAH BERKUALITI

Ni pun salah satu contoh rumah yang dibina oleh Nas Nuri Cosntruction dengan kos bawah RM500k termasuk kos untuk bina porch dan juga tembok. Rumah banglo ni bersaiz 3400kps. Dari gambar-gambar di atas, kita boleh nampak yang hasil kerja pembinaan dari Nas Nuri Construction sangat  cantik dan kemas.


Bagi yang plan nak beli tanah di Bangi, korang buat pilihan yang sangat tepat. Dengan pembangunan yang semakin pesat di sana, tak mustahil harga tanah di Bangi akan meningkat berganda dari harga sekarang. Satu peluang pelaburan yang sangat menguntungkan untuk korang.


Dan kalau korang plan nak buat rumah banglo, jangan ragu-ragu untuk guna Nas Nuri Construction. Mereka boleh bantu korang lukis pelan rumah banglo 1 atau 2 tingkat ikut rekaan yang korang nak.  Hasil kerja mereka korang tak perlu risau. Memang terbukti berkualiti. Dan paling penting dilengkapi dengan jaminan selama 3 tahun.  


Selain dari Bangi dan kawasan sekitar Selangor, Nas Nuri Construction juga cover sebahagian kawasan di Negeri Sembilan. Untuk segala pertanyaan dan persoalan tentang proses nak bina rumah, korang boleh berhubung terus dengan Nas Nuri Construction di nombor di bawah ni.


NAS Nuri Construction Sdn Bhd
No. 26-2F (2nd Floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
Shah Alam, Selangor.


Telefon 
019-348 7372 (Fairul) 
03-3392 3478 (Pejabat)


Website : www.nasnuri.com
Blog : www.dawaibesi.com
Facebook : NAS Nuri Construction

Kontraktor Rumah Bangi Nas Nuri Construction Reviewed by Ana Suhana on June 29, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.