Teruja Dapat Naik Jambatan Angkat Terengganu


Teruja Dapat Naik Jambatan Angkat Terengganu l Assalamualaikum. Masa balik Terengganu awal tahun lalu, Jambatan Angkat Terengganu ni masih dalam pembinaan. Sekarang bila jambatan ni dah beroperasi, Ana tak lepaskan peluang untuk lalu di atas jambatan dan naik menara yang dibuka kepada orang ramai.
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu

Teruja Dapat Naik Jambatan Angkat Terengganu


Ana balik Kuala Terengganu masa awal-awal cuti sekolah start. So jalan masih lengang. Bandar Kuala Terengganu pun masih tak padat. Kecuali di Pasar Payang yang baru. Cuti ke tak cuti ke pasat tu tetap ramai dengan orang. Hehe. Korang dah masuk ke? Ana sempat masuk hari tu tapi tak sampai 30 minit Ana dah keluar. Tak lalu lama-lama dalam tu. Dapat je beli kain baju kurung untuk cikgu Syafi, Ana keluar terus.

Dari Pasar Payang nak ke Jambatan Angkat Terengganu ni lebih kurang dalam 5 minit je. Nak parking kereta, korang boleh parking di bawah jambatan tu je. Ada jalan kecik nak ke tempat parking tu. Tapi sangat limited. Dalam 10 buah kereta je boleh parking. Kalau penuh, jangan risau. Ada kawasan parking lapang di penghujung jambatan tu. Cuma agak jauh sikit lah nak menapak.

Dah alang-alang sampai sini, moh ler kita naik menara atas tu. Ada satu yang dah dibuka. Katanya ada see thru gelas. Sound interenting. Tapi macam lah berani. Haha.

Nak naik menara ni ada bayaran tau. Seorang RM5 je sebab tengah promosi. Baik orang dewasa atau kanak-kanak.
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu
Kalau harga biasa dia RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Kitorang jimat lah RM25 hari tu. So saving tu belikan si kecik ni baju drawbridge tu.
 Jambatan Angkat Terengganu
Menara ni ada 3 tingkat je. Tapi agak tinggi berbanding tingkat 3 bangunan biasa tau. Dekat tingkat 3 tu korang boleh layan pemandangan bandar Kuala Terengganu dan laut dari sisi atas menara jambatan. Memang layan. Selain tu ada juga galeri yang dipamerkan.
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu
Sekarang jom kita ke bahagian hujung menara yang ada see thru glass tu. Ramai yang tengah teruja bergambar hari tu. Tak kurang ada yang acah acah berani tapi gayat sebenarnya. Macam tuan blog ni lah. Tapi bila lagi nak cabar diri kan!!
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu
Nampak macam senang je nak lalu, pijak atau duduk atas cermin tu kan. Tapi kalau dah sejenis yang gayat, bila dah pijak atas tu, kaki automatik jadi kaku. Tak bergerak langsung. Kelakar giler rasanya. Nak duduk tengah tu kemain mengensot lagi tau. Takpe lah. Demi sekeping gambar ku berani kan diri. Haha.
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu
Tak macam budak kecik ni, kemain dia berjalan atas tu. Tak takut langsung. Berlagak pulak tu. Hehe. Dia siap boleh buat video lagi atas tu. Sabar je lah. 

Oh ya, see thru gelas ni ada dekat dua-dua bahagian hujung menara tau. Yang ni dekat bahagian yang menghadap bandar Kuala Terengganu. Laluan bersebelah lif. Maybe sebab orang ingat ada 1 area je see thru glass tu, so sunyi sepi yang dekat sini. Kemain seronok kitorang duduk lelama tanpa gangguan.
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu
Kemudahan dekat menara ni pun lengkap tau. Ada surau dan juga tandas disediakan di tingkat 2. Dari tingkat 3 tu, korang turun je tangga yang ada depan kaunter tu. Ye lah mana tau gayat punya pasal, sampai rasa nak terkucil di buatnya kan. Kang takde tandas, nak tahan sampai bila pulak. Hehe.
 Jambatan Angkat Terengganu
 Jambatan Angkat Terengganu
Next time kalau balik Kuala Terengganu, Ana nak cuba pula makan dekat restoran di menara lagi satu tu. Katanya tahun depan dah beroperasi. Mesti syok kan makan di tempat tinggi. Ada orang KT yang nak join Ana makan? Nanti kita roger-roger ok.








Teruja Dapat Naik Jambatan Angkat Terengganu Reviewed by Ana Suhana on December 11, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. harap2 sempat la gi sana dlm cuti sek ni...

    ReplyDelete
  2. menarik ni, ana.
    a wajib ziarah bila holiday ke ganu nanti :)

    ReplyDelete
  3. Mimi yang baca entry Ana ni pun rasa teruja je. Nampak bets pulak

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhh bestnye akak dah jejak kaki kat sana hehe

    ReplyDelete
  5. Wah best nie Ana.. tapi tu lah Kak Sue nie sejenis gayat juga. Nak kena acah berani juga lah nanti nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Terus rasa teruja...menarik la...kena pi dan experience sendiri baru tau seronok ke x kan

    ReplyDelete
  7. rabia nama je tinggal di terengganu tapi tak pernah naik jambatan angkat terengganu ni

    ReplyDelete
  8. Teruja rasa baca story ana ni. Dah lama tak sampai ganu. Asyik mkn kepok dr ganu je adelah. Hehheheeh ok leh plan thn depan ni.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dah naik jambatan angkat. Nak pergi dan teringin nak naik atas tapi itulah jauh sangat..Kena tunggu bercuti kat ganu lah camni.

    ReplyDelete
  10. aritu akak tak naik ni pun lalu lalang sini je ana.. best aa

    ReplyDelete
  11. wah dah lama xpergi terengganu. teringin pula nak pergi sana naik jambatan ni..haha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.