Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Diary of Ana Suhana

Jul 7, 2017

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara


Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara | Entri masih berkisar tentang trip ke Melaka. Mohon jangan muak. Hehe. Kali ni Ana nak review satu tempat makan menarik di Melaka iaitu Ikan Bakar Parameswara. Restoran ni agak popular dengan para pengunjung tau. Dan ini kali pertama Ana ke sini dan di cadangkan oleh En Suami. Selalunya kalau turun ke Melaka, Ana hanya akan ke Restoran Terapung Umbai untuk makan malam. Sesekali tukar selera pun ok juga kan. 

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara
Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara
Dari hotel nak ke restoran ni dalam 15-20 minit jer. Dekat je sebenarnya tapi sebab traffic light yang sangat banyak, jadilah lama sikit. Sebenarnya kalau korang nak tau, jalan utama untuk masuk ke Restoran Ikan Bakar Parameswara ni sama jalan untuk ke Restoran Terapung Umbai. Cuma sebelum sampai ke restoran terapung tu ada satu lorong kecil di sebelah kanan untuk ke restoran ni. Bila dah masuk lorong tu jalan depan sikit je sampai jumpa satu deretan restoran / kedai makan. Masuk dalam area tu tapi terus memandu ke arah belakang. Dekat belakang tu korang akan nampak Restoran Ikan Bakar Parameswara ni. Ruang parkir ada di sediakan tapi agak limited especially during weekend. Mohon bertabah. 

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara
Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara
Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara 

Sementara tunggu En Suami pilih ikan, Ana cari tempat duduk. Luas juga restoran ni. Boleh cater ramai pelanggan dalam satu-satu masa. Pengcahayaan yang sangat bagus. Terang selalu orang Ganu kata. Memandangkan restoran ni terletak di tepi muara laut, Ana perasan ada beberapa sampan / bot kecil yang telah di ubai suai untuk di jadikan tempat makan. Menarik kan?  Maybe kena tempah in advance. Seronok pula Ana tengok pelanggan yang makan dalam bot tu. Cuma area bot tu gelap sikit lah. Untuk candle light dinner memang sangat sesuai.

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara 
Dalam 15 minit macam tu makanan pun sampai satu persatu. Sebab dah lapar sangat, kami start makan dulu. Tak sempat nak tunggu semua makanan sampai. Tak boleh tahan tengok makanan tu semua.

Menu 1 : Siakap Sweet Sour & Siakap Stim - RM32.80
Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara
Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Siakap Sweet Sour
Ikan Siakap ni En Suami beli 1 ekor tapi minta buat 2 menu. So orang tu akan belah ikan separuh-separuh. Harga tetap kira seekor ikan. Macam biasa, yang sweet sour untuk Ana dan suami manakala yang ikan stim tu untuk Syafi. 


Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Siakap Stim
Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Siakap Stim
Dua-dua menu bagi Ana sedap. Tapi Ana prefer sweet sour dia sebab memang membuka selera rasa kuah dia. Habis licin sepinggan Ana makan. En suami pun mengalah makan ikan stim dengan anak tersayang. Tu pun jenuh nak bagi perabis sebab agak besar ikan dia. Seekor ikan tu boleh lah makan 3-4 orang.


Menu 2: Udang Goreng Butter - RM23.10

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Udang Goreng Butter
Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Udang Goreng Butter
Menu ni untuk Ana makan sorang sebab En Suami alergik pada udang. Dalam 8 ekor udang tu dengan berat dalam 300g. Ok lah rasa dia cuma udang tu tak berapa nak juicy dan agak kekeringan dan liat. Jenuh juga nak perabiskan. Tetiba terbayang kesedapan udang goreng butter di Ana Ikan Bakai Petai Tg Lumpur

Menu 3: Sotong goreng tepung -  RM24.50

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Sotong Goreng Tepung
Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Sotong Goreng Tepung
Sotong ni En Suami amik dalam 6 ekor. Dapatlah satu pinggan penuh ni. Menu ni Ana suka sebab sotong dia rangup dan isi dalamnya lembut. Cicah pula dengan sos cili memang sedap terangkat. Macam makan keropok pula rasanya. Untuk habiskan menu ni memang takde masalah. Memang kena dengan selera kami anak beranak. 

Menu 4: Kerang Rebus - RM9

Tempat Menarik di Melaka : Makan Malam di Ikan Bakar Parameswara - Rerang Rebus
Menu wajib order untuk En Suami. Suka sangat dia makan kerang. Ana memang tak suka kerang so tak kan lah makan. Semangkuk tu dia sorang je habiskan. Ana tukang buka kan kerang tu. Bersih tau kerang dekat sini. So pada yang suka makan kerang, boleh lah order menu ni dekat sini.

Ana juga order kailan ikan masin. Sepinggan berharga RM9 dan sepinggan rojak berharga RM5. Secara keseluruhan, Ana memang sangat puas hati dengan perkhidmatan dan makanan dekat sini. Memang akan singgah lagi kalau ke Melaka nanti. Tempat luas dan selesa, makanan pun sedap, so memang berbaloi. So sila masukkan dalam list korang restoran Ikan Bakar Parameswara ni untuk aktiviti makan malam korang tau. 








28 comments:

  1. Wah best.. boleh Kak Sue cuba nanti kalau ke Melaka lagi 😊

    ReplyDelete
  2. Meleleh air liur nengok seafood nie.. Memang best kalau makanan nya kita puas hatikan Ana..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ana..nt abes pantang nak ke melaka juga ni. Boleh cuba menu di sini

    ReplyDelete
  4. Lama x pergi melaka..makanan dia nmpk sedap betul..meleleh kejap..hehe

    ReplyDelete
  5. Wahhh...tu dah dekat dengan kg mertua leya... nsnti kalau singgah lagi roger lah leya..boleh meet up ana

    ReplyDelete
  6. wahh drooling nya tengok menu semua seafood.. huu

    ReplyDelete
  7. Mama Rasa mcm penah smpai sini to x sure sebab masa org blanje hihi. Nampak sedap makanan semua tu

    ReplyDelete
  8. Alahai sedapnyaa. melaka mmg byk makanan best2. so inlove dengan ikan bakar ni :)

    ReplyDelete
  9. Nak kena terjah jugak ne. miza nampak sotongggg

    ReplyDelete
  10. Kirim salam Parameswara ye... hihi... Nampak menarik menu kat kedai tu...

    ReplyDelete
  11. Alahaiiii..sedapnya..alangkah bestnya kalau dapat makan kerang rebus kala ni...

    ReplyDelete
  12. Family mya selalu singgah situ waktu mya belajar kat Melaka dulu. Tapi setiap kali pergi mesti penuh, lebih-lebih lagi weekends. Kena cepat-cepat grab tempat kosong. Memang berbaloi makan kat Parameswara ini. Mahal tapi sedap. Mya paling suka ketam masak berlada.

    ReplyDelete
  13. Nampak rangup je udang tu Sis...terliur pulak...

    ReplyDelete
  14. sedap semua tu. nyum...nyum...nyum...

    ReplyDelete
  15. Ha senang nak cari kedai makan ikan bakar kalau ke Melaka nanti. Ish nampak semua sedap-sedap belaka la.

    ReplyDelete
  16. wahhhh sedapnya.. tak pernah lagi makan dekat sini. macam menarik je

    ReplyDelete
  17. perghhhhh kak ana lepas nih boleh jd best foodie blogger. uyul kalah betul laaa masuk blog kak ana ni. madah lapar. heheheheh
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  18. Sedapnyaaa terliur pula tengok ;)

    ReplyDelete
  19. Pernah pergi Kg.Teluk Pasir Panjang? Dah masuk N9 tu. Dekat dengan kolej komuniti dan kem plkn situ ada kedai ikan bakar. Sedap..penah masuk paper sbb tourist dr Singapore ramai makan kat situ.

    ReplyDelete
  20. sedapnya.....ni asyik nak makan jer..nanti gemuklah :(

    ReplyDelete
  21. Allahuakbar.. Sedap2 belaka oh ana.. Terliur lea..

    ReplyDelete
  22. Siqah sentiasa berkenan dengan gambar makanan Ana ambil tau. Sedap sangat..

    ReplyDelete
  23. agak lama x dtg sini, ana.
    sebab lately ni dah x sebagus dulu.
    kami da bertukar ke tempat lain.
    but still ok la. boleh dimakan. org luar patot la dtg kan.

    ReplyDelete
  24. Wah sedapnya....kita dulu p melaka jama study makan pun dah lupa kat mana. Huhu

    ReplyDelete
  25. sesekali tukar slera, alhamdulilah dpt lagi tmpt mkn yg best mmg xkecewa kan ! =D ju tgk menu ni smua pun menarik tau ! peuwwww

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤