Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Diary of Ana Suhana

Jul 6, 2017

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir


Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir l Assalamualaikum. Ana pasti semua yang pernah ke Melaka mesti dah pernah singgah di Bandar Hilir kan. Kalau yang tak pernah singgah maksudnya tak lengkap lah trip korang tu. Kena datang semula lah nanti ye. Entri kali ni Ana nak cerita pasal tempat menarik di Melaka iaitu Bandar Hilir. Hanya perlu jalan kaki je nak ke semua tempat di bawah ni sebab terletak dekat antara satu sana lain. Macam Ana pernah bagitau, setahun sekali mesti Ana akan ke Melaka untuk bercuti. Walaupun pergi banyak kali, tak pernah pun jemu dengan Melaka ni. 

Sedikit info suka Ana nak kongsi dengan korang semua, Pusat Penyelidikan Arkeologi USM telah menemui 4 rangka manusia di Bandar Hilir yang di percayai rangka manusia yang hidup sekitar tahun 1400-1450, iaitu pada era Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, turut di jumpai ialah 23 jenis artifak seperti tembikar dari China. Antaranya ialah tembikar batu, paip Belanda, tembikar tanah, botol kaca, atap genting, duit syiling pelbagai tahun, bata merah, peluru senapang dari bahan timah, pelita minyak tanah, gelang jed dan juga teko. Kesemua artikat ini di temui pada tahun 2007 semasa proses pembinaan menara tinjau Bandar Hilir.  (Sumber : Wikipedia)

Di Bandar Hilir ni je terdapat banyak tempat menarik untuk di terokai. Banyak tinggalan sejarah  yang boleh di lawati. Sesuai untuk bawa seisi keluarga kerana boleh belajar banyak info tentang asal usul sejarah Melaka. No wonder lah setiap hujung minggu, Bandar Hilir pasti akan sesak dengan pelancong dari luar negara. Sebab tu lah orang tempatan akan elak dari masuk ke bandar pada hujung minggu. Boleh jadi baran di buatnya sebab sesak sana sini. Dan lah kebanyakan jalan di bandar Melaka ni sehala. Kalau dah terjebak dalam kesesakan, susah nak patah balik. Hehe. Dan di sebabkan meningkatkan jumlah pelancong ke Melaka yang sangat tinggi, banyak hotel dan kedai / restoran wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap tahun ada jer hotel baru yang mula beroperasi. Tinggal nak pilih jer mana yang berkenan di hati dan sesuai dengan bajet kita.

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir


1. BANGUNAN STADTHYUS

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Bangunan Stadthyus
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Bangunan Stadthyus
Tahu tak perkataan Stadthuys itu bermaksud dewan bandaraya dalam bahasa Belanda. Bangunan Stadhuys ni terletak bersebelahan dengan Gereja Crist. Ianya di bina pada tahun 1650 dan pernah di jadikan sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, pejabat setiausaha, bilik sembahyang, ruang makan, rumah tetamu, gudang dan penjara. Senireka bangunan ni bercirikan rekabentuk Belanda.  Bangunan ini mempunyai 2 tingkat dan selebar 30 meter. Kini bangunan Stadthuys menempatkan beberapa muzium seperti muzium sastera dan Galeri Laksamana Cheng Ho.

2. KOTA A FAMOSA

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Kota A Famosa
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Kota A Famosa
Kota A Famosa bermaksud Yang Termashur dalam bahasa Portugis. Ianya di bina oleh Portugis pada tahun 1511 sebaik Melaka berjaya di tawan. Kota A Famosa merupakan seni bina eropah tertua yang masih wujud di Asia. Kubu ini dibina atas arahan Alfonso de Alburquerque bagi menangkis serangan orang Melayu dan mengambil masa selama 5 bulan untuk siap. Ramai buruh paksa yang mati ketika membina kubu ini kerana suhu panas terik dan kekurangan makanan. 

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Kota A Famosa
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Kota A Famosa
Semasa penaklukan Belanda ke atas Melaka, kota tersebut telah di kepong selama 5 bulan. Penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus dan ada satu kes seorang wanita memakan bayinya sendiri. Pada 14 Januari 1641, pihak Belanda berjaya menyerbu Pintu Santo Domingo Gate.

3. MELAKA RIVER WALK

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Melaka River Walk
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Melaka River Walk
Salah satu aktiviti yang boleh di lakukan di sini. Terdapat banyak bangunan yang telah di cat dengan pelbagai mural yang cantik-cantik. Memang sesuai untuk aktiviti bergambar. Kalau pergi belah petang, banyak kedai-kedai atau cafe di buka. Vintage semuanya. Selain tu, semasa berjalan kita boleh nampak river cruise lalu di Sungai Melaka. Lambai-lambai lah tangan sikit dekat dorang.  Orang Malaysia kan peramah.

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Melaka River Walk
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Melaka River Walk
Dah penat berjalan, boleh singgah di kiosk jam besar untuk menikmati air buah tembikai segar. Memang nikmat sangat dapat minum masa tengah panas. Tengok Syafi sampai tak nak berhenti minum. Hanya mampu tunjuk tanda "good" jer sebab terlalu sedap. Haus pun sama juga tu. Hehe. 

4. MENARA TAMING SARI

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Menara Taming Sari
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Menara Taming Sari
Salah satu aktiviti yang wajib korang cuba bila di Melaka. Menara Taming Sari ni merupakan menara berputar 360 darjah pada ketinggian 80 meter.

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Menara Taming Sari
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Menara Taming Sari
Kos pembinaanya sekitar RM24 juta dan telah di rasmikan pada 18 April 2008. Di atas nanti, korang boleh menikmati pemandangan keseluruhan bandar Melaka. Waktu operasi bermula pada pukul 10 pagi sehingga 11 malam. Satu sesi putaran mengambil masa sekitar 7 minit dan memuatkan sehingga 66 orang penumpang. Harga tiket untuk warga tempatan ialah RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak. Ana dah naik beberapa kali termasuk masa siang dan malam. Gayat mula-mula je. Lama-lama ok sebab menara tu berputar sangat perlahan. Tak terasa sangat pun. 

5. MELAKA RIVER CRUISE

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Melaka River Cruise
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Melaka River Cruise
Ana dah publish entri Melaka River Cruise di SINI. Best tau naik river cruise ni sebab boleh berangan rasa macam di Venice jer. 

6. MUZIUM ISLAM MELAKA

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Muzium Islam Melaka
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Muzium Islam Melaka
Muzium Islam Melaka di tubuhkan sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan berorientasikan Islam. Ini sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara pada masa dulu. Terdapat 8 ruang pameran utama dengan tema-tema tertentu di dalam muzium ini untuk memudahkan pelawat memahami info yang ingin disampaikan. Antara koleksi yang terdapat di sini ialah replika Al-Quran terawal, sejarah masjid,l dan replika pedang Rasulullah s.a.w. Caj masuk ke dalam muzium ialah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Di tutup setiap hari Isnin.

7. MUZIUM SAMUDERA

Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Muzium Samudera
Tempat Menarik di Melaka : Jalan-jalan di Bandar Hilir - Muzium Samudera

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar. Muzium ini di bina pada tahun 1990 dan telah di rasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada 13 Jun 1994. Tujuan muzium ini di tubuhkan adalah untuk mengetengahkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Muzium ini juga memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda,  Inggeris dan akhirnya zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Bayaran masuk ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan pelajar. Muzium ni beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari. Manakala hari Jumaat hingga Ahad waktu operasi di lanjutkan sehingga pukul 9 malam.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang korang boleh terjah di Bandar Hilir ni. Muzium dan galeri pun banyak di sekitar ni. Tapi Ana tak sempat nak habiskan semua tu. So korang kalau ke sini, make sure buat list semua tempat yang korang nak terjah. Jangan sampai ada yang tertinggal. Rugi je nanti. :)



23 comments:

  1. bangunan dekat melaka memang semua unik2 :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/07/giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete
  2. banda hilir ni memang menarik untuk dikunjungi

    ReplyDelete
  3. cantik btol tempat ada di melaka...

    ReplyDelete
  4. bestnya ana.. dilah dulu pegi tgk kota a famosa tu masa form 3 sbb nak buat kajian sejarah.. hahaha.. kalau tak mmg tak masuk dalam tu.. hihi

    ReplyDelete
  5. Pergi Melaka banyak kali pun tak akan pernah bosan... banyak tempat menarik...

    ReplyDelete
  6. PC lama tak ke Melaka Sis...kakau ke Melaka biasanya tuju kedai belacan dengan cencalok dulu sebab itu pesan dari family...takut dah pusing2 lupa..tu yang sampai je cari dulu dan terus beli..

    ReplyDelete
  7. Kak Sue pun suka pergi Melaka, ingat nak pergi juga lagi sekali..

    ReplyDelete
  8. amboi sekecik tu siap buat 'good' lagi. nmpk sedap sgt tu

    ReplyDelete
  9. Amboii budak kecik tu.. Siap naik jari lagik sambil nikmati tembikai.. hehehe comel jerk..

    ReplyDelete
  10. Mama pun dh beberapa Kali ke sini.. mmg tempat YG sesuai sebab byk tempat boleh melawat Dan x guna byk Kos kan

    ReplyDelete
  11. lama dah tak jalan jalan melaka. hikhik comelnya si kecik tu buat thumbs up!

    ReplyDelete
  12. Melaka bandar raya bersejarah .. dah lama tak jejak kaki kat sini

    ReplyDelete
  13. Pandai Ana cari angle menarik.. Semua gambar cantik belaka..
    Walaupun negeri kecil, Melaka memang satu tempat yang banyak dengan tempat2 menarik.. LZ tak pernah bosan berjalan-jalan ke Melaka dan sekarang mula shopping di Melaka instead of Klang Valley.. :-)

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Ana...
    Mana entri Raya? Hakak tengok dlm Fb bukan main cantik bergaya lagi serba merah hihi...

    ReplyDelete
  15. Lama dah tak pergi Melaka jalan jalan...selalu singgah Mydin je otw balik kg tu

    ReplyDelete
  16. ana dah boleh jadi duta melaka tau...hihi...kemain lagi dak kecik tu minum air tembikai eh....

    ReplyDelete
  17. Menara Taming Sari dengan River Cruise Mrs. A belum pernah naik lagi nama aje duk dekat-dekat Melaka huhuhuhu...

    ReplyDelete
  18. Wah!! Sakan Ana berjalan ye.. Melaka best sebab tempat-tempatnya berdekatan.. senang nak jalan serentak..

    ReplyDelete
  19. Bestnyaa kat Melaka ^^ byak tempat2 bersejarah yg boleh d'lawati.. hmm rindu pula my beloved kat Melaka haha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤