Jenama Susu Ibu Mengandung di Malaysia Yang Baik Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan.

Jenama Susu Ibu Mengandung di Malaysia Yang Baik Untuk Ibu dan Anak Dalam Kandungan. l Assalamualaikum. Ibu mengandung dan susu memang tak boleh dipisahkan. Betul tak? Tapi tak semua boleh atau mampu minum susu di sebabkan alahan, mabuk dan macam-macam lagi. Sekarang dah alternatif untuk atasi masalah tersebut. Nak tau korang kena sambung baca. 

Jenama Susu Ibu Mengandung di Malaysia Yang Baik Untuk Ibu & Anak Dalam Kandungan.


Kalau cakap pasal susu ni, semua orang bukan hanya wanita mengandung je yang perlu minum susu. Betul kan?

Korang suka minum susu tak? Ana memang seorang peminat tegar air susu. Setiap hari Ana akan make sure Ana minum susu at least 3 gelas sehari. Susu favorite Ana ialah susu segar Dutch Lady. Lepas beli, masuk dalam peti terus. Nak minum tinggal tuang dalam cawan je. Senang hidup. Tak perlu nak bancuh-bancuh. Lagipun memang sejak dari kecik lagi dah Ana minum susu DL ni. Cuma kalau dulu Ana lebih suka susu berperisa strawberi dan coklat sebab sedap, tapi sejak dewasa ni, susu segar putih tu je pun dah cukup sedap. Lemak lemak krim gitu.

Manfaat Susu Ibu mengandung Kepada Wanita Hamil & Anak Dalam Kandungan


Sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan susu kepada wanita hamil dan juga anak yang dikandungkan tu. Sebab tu sesibuk mana pun kita, baik di rumah atau di pejabat, jangan lupa untuk minum susu. Sekurangnya 2 gelas sehari bagi menjamin khasiat yang diperlukan.

Kenapa ibu mengandung perlu minum susu?

1. Sumber Kalsium Terbaik

Seperti yang kita semua tahu, susu merupakan sumber kalsium yang terbaik. Semasa mengandung, keperluan nutrien meningkat terutama semasa trimester kedua dan ketiga. Dan dianggarkan seorang wanita hamil memerlukan lebih 1,000mg kalsium atau bersamaan 3 gelas susu setiap hari.

Kalsium yang terdapat dalam susu ibu mengandung juga amat penting untuk pembentukan gigi dan tulang anak semasa dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga berperanan membantu melancarkan rangsangan pada saraf dan otot janin. 

2. Sumber Protein Untuk Perkembangan Janin

Protein yang terdapat dalam susu juga mempunyai fungsi penting dalam perkembagan janin semasa kehamilan. Antara fungsi protein ialah ianya membantu pembentukan rahim, sel-sel tubuh janin seperti tisu dan darah serta menambah berat badan janin.

Selain tu, susu juga mengandung zat penting seperti folat dan DHA yang berperanan dalam pembentukan saraf serta otak janin.

3. Membantu Mengurangkan Masalah Kehamilan

Ingat lagi masa awal-awal kehamilan, Ana kerap kena pedih ulu hati dan gastrik. Salah makan sikit atau makan makanan pedas dan berempah sikit je pun dah boleh buat perut rasa tak selesa. So salah satu cara untuk atasi masalah ketidakselesaan perut tu adalah dengan minum susu.

4.  Kebaikan Jangka Masa Panjang Anak

Tahu tak pengambilan susu yang mencukupi bukan saja memberi kebaikan pada janin semasa dalam kandungan malah memberi kesan jangka panjang semasa proses pembesaran seorang kanak-kanak.

Berdasarkan kajian mendapati ibu yang minum susu sekurangnya 150ml sehari berpotensi mendapat anak yang lebih tinggi dan cepat berkembang berbanding mereka yang kurang minum susu semasa hamil. Ada juga kajian menemukan yang kanak-kanak ini memiliki tahap insulin yang lebih tinggi dalam darah seterusnya mengurangkan risiko terhadap diabetes type 2.

5. Mencegah Masalah Bayi Kurang Berat

Susu juga mengandungi sumber vitamin D, salah stau nutrisi penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Annals of Neurology pada tahun 2011 menemukan bahawa pengambilan produk tenusu dengan vitamin D semasa kehamilan dapat membantu mengurangkan risiko multiple sclerosis, iaitu sejenis komplikasi saraf pada bayi.

Senarai Susu Untuk Wanita Mengandung Popular


Sejak menyusukan Suraya, Ana akan make sure Ana minum susu lebih dari kebiasaan. Sebabnya Ana perasan kalau Ana kurang minum susu, susu badan pun berkurang sama. Alhamdulillah masa mengandungkan Suraya, Ana takde alahan atau loya nak minum susu.

Beza sangat masa mengandungkan Syafi dulu. Tak boleh nak telan langsung air susu. Padahal air favorite tu. Pening juga lah kepala sebab Ana tau betapa penting pengambilan susu semasa hamil. So Ana try and error pelbagai jenis susu yang Ana selesa untuk minum. Kalau korang tercari-cari susu yang sesuai, ada beberapa jenama yang Ana boleh suggest untuk korang cuba.

Jenama-jenama Susu Ibu Mengandung di Pasaran



1. Susu Anmum Materna

Siapa tak kenal dengan jenama susu Anmum Materna ni kan. Antara produk popular kilang tenusu terkemuka pengeluar produk susu Fonterra New Zealand yang kaya dengan folat, kalsium, zat besi dan bayak lagi. Susu ni dikatakan sebagai jenama susu ibu mengandung nombor 1 (berdasarkan Retail Audit for Health Food Drinks Category 2016)

2. Susu Frisomum Gold

Frisomum Gold merupakan susu khas untuk wanita hamil keluaran Syarikat Dutch Lady. Susu tepung ini mempunyai formulasi DualCare+ yang berfungsi membekal khasiat-khasiat penting kepada ibu dan juga anak dalam kandungan. Istimewa tentang Frisomum Gold ni ialah ianya direka khas dengan nilai angka indeks glisemik rendah yang membantu para ibu mengandung mengekalkan berat badan yang baik sekaligus membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan risiko GDM.

3. Susu Similac MOM

Susu Similac MOM ini pula dirumus dengan Sistem Nutrisi EyeQ™ yang lengkap dengan Vitamin E dan Lutein Asli untuk mencegah pengoksidaan DHA, di mana ianya penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak janin semasa dalam kandungan. Selain tu, susu ini juga mempunyai kandungan lemak yang rendah untuk keperluan pemakanan ibu hamil. 

Takut Dah Beli Susu Tapi Tekak Tak Boleh Telan. Korang Boleh Cuba Sampel Susu Percuma.


Macam Ana cerita dekat atas tadi, Ana pun pernah alami masalah tekak tak boleh nak terima air susu masa mengandung. Dengar macam mengada-ngada kan tapi tu lah kenyataan ragam orang mengandung. Bukan kita saja-saja nak macam tu. Perubahan hormon boleh buat sesuatu yang kita suka jadi sesuatu yang kita benci. Mohon para suami banyak kan bersabar masa-masa ni ye. Hehe.

Bila jadi macam tu, Ana try tukar kepada susu yang lain. Beli satu tin terus masa tu. Sekali bila minum, tak boleh nak telan. Rasa loya sangat-sangat. Next attempt pun tetap sama. Sedih tau perasaan tu. Rugi pun ada sebab rasa membazir je.

Last-last masa pergi satu shopping mall tu, kebetulan ada promoter tengah promote susu tepung coklat dan ada sampel susu percuma diedarkan. Ana apa lagi minta sampel tu. Alhamdulillah serasi. Lepas tu Ana terus beli susu tu dan konsisten minum sampai bersalin.

So korang kalau risau takut tak boleh nak nak minum satu-satu jenama air susu tu dan tak nak membazir, Ana suggest korang cuba minum susu sampel dulu. Tengok mana yang sesuai dengan tekak korang. 

Macam mana nak dapatkan sampel susu percuma? 

1. Klinik Ibu dan Anak

Jangan tak tahu yang korang boleh minta sampel susu percuma di Klinik Ibu dan Anak semasa melakukan pemeriksaan bulanan. Selalunya syarikat-syarikat susu ni akan hantar sampel kepada klinik-klinik dan hospital-hospital sebagai strategi pemasaran mereka.

2. Ekspo Barangan Bayi

Ni salah satu tempat paling ideal untuk korang dapatkan sampel-sampel susu free. Dekat ekspo tu banyak syarikat susu ibu mengandung akan ambil bahagian dan mereka akan edarkan sampel susu secara percuma. 

3. Syarikat Pengeluar Susu

Kalau korang malas nak keluar pergi ekspo atau malu nak minta sampel di klinik atau hospital, korang boleh request secara terus di website syarikat-syarikat susu seperti susu Anmum. Mudah kan? 
 

Alah Pada Susu Lembu? Boleh Tukar Kepada Susu Kambing. Sesuai Untuk Ibu Hamil dan Seisi Keluarga.


Tak semua orang boleh minum susu lembu sebab alahan. Mujur sekarang dah ada susu tepung kambing sebagai alternatif yang lebih baik. 

Tak nak lah susu kambing. Bau dia hamis. Lagi loya tekak nanti!!

Tak betul semua tu.  Tak yah risau lah sebab Ana jamin susu kambing tu tak kan ada bau hamis. In fact rasa dan bau dia macam susu lembu je. Silap hari bulan kalau orang tipu kata tu susu lembu pun korang akan percaya. Hehe. Serius sedap korang. 

Korang tau tak susu seperti susu kambing ni antara makanan sunnah yang kaya dengan kebaikan untuk badan. Antaranya ialah ianya baik untuk kesihatan jantung, kaya dengan sumber kalsium, bersifat anti radang, meningkatkan kesihatan dan perkembangan otak, baik untuk sistem pencernaan dan banyak lagi.

So pada yang alah pada susu lembu, boleh lah bertukar kepada susu kambing pulak. Terdapat pelbagai jenama susu kambing yang korang boleh cuba. Antara jenama keluaran tempatan yang popular dan berkualiti tinggi ialah Susu Formula Wildan, Susu Tepung Lazz, Susu HiGoat, Susu Khalish dan banyak lagi. 


Semuanya sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Yang penting ianya tak terhad pada ibu mengandung je. Anak-anak pun boleh minum sekali.

Sebaiknya lepas bercerai susu semasa mereka berumur 2 tahun, kita kena pastikan mereka tetap minum susu setiap hari. Ini bagi menjamin keperluan dan khasiat yang diperlukan semasa proses pembesaran dipenuhi dengan baik.

Susu Formula Terbaik Untuk Tumbesaran Kanak-kanak


Seperti yang kita tahu, tak semua berjaya untuk beri susu badan sehingga 2 tahun. Malah ada yang masa dalam pantang lagi dah terpaksa bagi anak mereka susu formula.

Tapi nak pilih susu formula terbaik untuk anak bukan senang. Sebabnya terlalu banyak brand susu rumusan berformula untuk anak yang ada di pasaran. Baik yang berasaskan susu lembu, susu kambing dan soya. Sampai kita sendiri tak tahu susu mana yang serasi dengan anak kita. Kalau tak sesuai mungkin anak akan alami masalah cirit-birit, sembelit, kerap muntah dan sebagainya.

Sebaiknya kita bertanya pada yang pakar seperti doktor dan pakar pediatrik untuk cadangan susu yang terbaik untuk si comel.
 

Pilihan Popular Susu Formula Untuk Anak-anak


Macam Ana cakap tadi, terdapat banyak jenama susu formula yang dijual di pasaraya. Tapi antara jenama yang popular di kalangan para ibu di Malaysia ialah :



1. Susu Enfagrow

Susu Enfagrow merupakan susu keluaran Mead Johnson untuk anak berumur 2 tahun ke atas. Susu formula ni diperkaya dengan khasiat MFGM & DHA yang membantu perkembangan emosi dan IQ anak anak. Selain tu MFGM juga dikatakan mampu menguatkan sistem daya tahan badan kanak-kanak dalam melawan penyakit.

2. Susu Dugro

Siapa tak kenal dengan Susu Dugro kan? Jenama ni sendiri mempunyai pelbagai pilihan susu formula baik yang berasaskan susu lembu, soya, bijirin, sayuran & buahan dan banyak lagi. Setiap satu mempunyai khasiat yang baik untuk tumbesaran anak-anak.

3. Susu Fernleaf

Susu Fernleaf susu yang Ana pernah minum masa kecik-kecik dulu. Susu ini merupakan 100% susu negara New Zealand yang berkualiti dan kaya dengan khasiat yang diperlukan. Mempunyai pelbagai pilihan untuk seisi keluarga selain mudah dibeli dan harga pun berpatutan.

4. Susu S26 Gold

Susu S26 Gold dikatakan antara susu terbaik untuk kanak-kanak. Berdasarkan ulasan dari para ibu yang guna jenama ni, anak-anak mereka tidak pernah alami masalah sembelit serta susu ni boleh bantu naikkan berat badan anak mereka. Menarik kan?



Kesimpulannya, susu merupakan sumber yang penting untuk kesihatan setiap orang terutama pada ibu hamil dan kanak-kanak. Sesibuk mana pun kita, make sure kita minum 2 gelas susu sehari. Tak susah pun. Cuma perlu bancuh dan minum je. Kalau takut tak sempat, sekarang ni dah banyak susu dalam pek sedia di minum dijual di pasaran. Simpan je stok dalam beg terus. Bila-bila masa dan di mana pun kita boleh minum susu. Mudah kan?

Jenama Susu Ibu Mengandung di Malaysia Yang Baik Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan. Reviewed by Ana Suhana on September 10, 2020 Rating: 5

18 comments:

  1. sedapnya susu, saya tak mengandung pun hantu susu hehe

    ReplyDelete
  2. not yet married, but susu mmg penting kan .. whoever hantu susu.. sure always healthy,
    i can not imagine if im pregnant in future.. sbb i tak boleh minum susu... tak kena dgn tekak :(

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak-banyak susu mengandung yaya paling suka friso mum memang sedap sangat rasa aiskrim vanilla tapi harga keras sikit la tapi takpela dari nak termuntah minum susu yang terlampau rasa susu sangat yaya cannot go haha

    ReplyDelete
  4. Susu Fernleaf tu LeYa tak boleh nak telan. Dah try banyak kali dah.. Mesti muntah. Tapi alhamdulillah... yang lain-lain ok.. Paling suka susu HL

    ReplyDelete
  5. TB minum susu kambing time pregnant .. masa anak 1st memang lalu minum sampai nak bersalin.. Tapi yang nombor dua ni, masa mngandung tu TB tak lalu minum susu sangat.. boleh minum 2 kotak je.. selebihnya.. hahahaha.. sampai dah bersalin pun ada lagi.. kih3

    ReplyDelete
  6. semua brand quite famous jugak lah kak ana. Baru tahu boleh request sample dekat company susu tu sendiri. Boleh bagitahu dekat kawan2 yang tengah pregnant

    ReplyDelete
  7. Menarik info ini. Saya akan buat penulisan ini sebagai rujukan masa depan. Thanks for the sharing ya :)

    ReplyDelete
  8. Saya rasa susu anmum adalah antara yang terbaik. :)

    ReplyDelete
  9. Susu tak semestinya ibu hamil, bayi dan kanak-kanak je kena minum kan. Sebab manfaat susu ni banyak. Cuma kena tengok kesesuaian kesihatan. Ada susu formulasi untuk mereka yang diabetis, mereka yang osteoporosis dan macam-macam lagi. Sampai tua minum Anlene Gold pula. Ia adalah suplimen, bukan wajib untuk kanak-kanak after breastfeeding sehingga usia 2 tahun. Susu ni mudah utk bg kids nutrisi sebab ia kesinambungan selepas susu ibu. Gituhhh explain panjang. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Banyak susu di pasaran kan. Susu elok untuk tumbesaran anak-anak dan bagus untuk ibu mengandung

    ReplyDelete
  11. Susu ibu mmg yang terbaik tapi x nafikan adakalanya kita perlu sokongan susu tambahan.seperti ini

    ReplyDelete
  12. Memang cari susu ibu mengandung ni alang2 wife perlukan. Tengok khasiat yang ada pun banyak jugak tu. Nanti abam cuba pulak

    ReplyDelete
  13. Cuma perlu bijak memilih mana yang serasi sahaja kan kak Ana.

    ReplyDelete
  14. Kak dulu masa pregnant mmg suka minum susu, bagus utk kesihatan, plg suka minum susu fernleaf

    ReplyDelete
  15. Jujurnya sepanjang mengandung Sis tak pernah minum susu khas macam ni, hanya minum milo aje.. lagipun zaman tahun 90an tak terlalu didedahkan dengan makanan minuman khusus, so hentam je laa makan hehehehhe

    ReplyDelete
  16. Anak za yg 1st tu pun minum susu fernleaf je.. Dia suka yg tu. Yg lain dia xnk.

    ReplyDelete
  17. Masa ank first ena consume frisomum. Sedap tak meloyakan tekak. Ntk ank second ena minum susu fresh je. Hehehe. Yg ada campuran kurma. Senang xpayah nk blend.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.