20 Hotel Murah di Melaka Bajet Bawah RM100


Nak bercuti tak semestinya perlu pergi sampai ke overseas pun. Dalam Malaysia sendiri terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Contohnya Melaka yang banyak dengan tempat-tempat menarik dan kaya dengan pelbagai juadah makanan pelbagai kaum menanti untuk dicuba.

Bagi yang mempunyai bajet yang rendah, jangan risau kerana terdapat banyak hotel-hotel menarik termasuk hotel-hotel yang harga murah tapi masih menawarkan penginapan yang selesa dan mempunyai ulasan tetamu yang tinggi.


20 Hotel Murah di Melaka Bajet Bawah RM100


Hotel di MITC, Melaka


1. Kobemas Hotel Melaka

Kobemas Hotel terletak di Ayer Keroh yang jauh dari kesibukan bandar Melaka. Kobemas Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang yang menawarkan kemudahan WiFi percuma. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan TV satelit skrin rata, pengering rambut, meja kerja, cerek elektrik dan sesetengah bilik mempunyai ruang temoat duduk. Bagi yang meminati sukan golf, hotel ni adalah lokasi yang terbaik untuk diinap selain dari menyediakan tempat sukan bowling. Kalau datang ke Melaka dengan bas dan memerlukan kereta sewa, apa kata korang sewa je dengan pihak hotel. Mudah kan?
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka

Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Lokasi senang nak carik, bilik sangat bersih, toilet juga bersih, staff ramah, katil selesa, bantal banyak, tempat makan dekat. This is not our 1st time stayed, this is our 3rd time actually stayed at this hotel because the service is good...we repeated guess..keep it up Kobemas.

⇨ Bilik bersih. Makanan berpatutan. Berdekatan dengan masjid dan kemudahan lain.

⇨ Harga bilik yang murah & berpatutan. Staff peramah, bilik dan lobi yang selesa dan bersih. Saya breakfast & dinner di Cafe Lavender. Makanan enak dan sangat berpuas hati.


Harga bilik  :
Dari RM79 (via Agoda)

Alamat : 
1,  Jalan MITC Prima,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka

Telefon :
+606-253 5353


Hotel di Bandar Melaka


2. Syaz Meridien Hotel

Syaz Meridien Hotel merupakan hotel bertaraf  3 bintang yang terletak di tengah bandaraya Melaka yang menawarkan pemandangan bandar dan juga Selat Melaka. Terdapat 8 jenis bilik ditawarkan di sini dan setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara, Wifi,  TV skrin rata, kemudahan membuat teh dan kopi, peti sejuk, cerek elektrik, peti keselamatan dan pengering rambut.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka

Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

Bantal dan tilam yang sangat selesa, kupon parking disediakan pihak hotel. Lokasi walau di tengah bandar namun masih tidak bising.

⇨ Harga hotel berpatutan dan dekat dengan tempat membeli belah dan mudah nak cari tempat makan.

⇨ Harga bilik berpatutan, lokasi strategik, bilik selesa dan bersih. Ada kemudahan lif.

Harga bilik  :
Dari RM43 (via Booking)

Alamat : 
G-26, Jalan PM 13,
Plaza Mahkota, Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Telefon / Fax :
+606- 282 4343 / +606- 282 4345


3. Harbour Inn Melaka

Harbour Inn Melaka terletak bersebelahan dengan Muzium Penjara  dan mempunyai bilik-bilik moden yang menghadap ke Selat Melaka dan hanya sekitar 1km dari ousat bandar Melaka. Hotel bertaraf 3 bintang ini mempunyai 54 buah bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penyaman udara dan kipas, Wifi,  TV skrin rata, seterika dan papan seterika, pengering rambut, meja kerja dan air mineral.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Bilik yang selesa dan hotel berdekatan dengan bandar.

⇨ Penginapan yang selesa dan luas untuk family pada harga yang berbaloi. Serta mempunyai kemudahan yang banyak.

⇨ Everything is nice. Bilik besar dan selesa.

Harga bilik  :
Dari RM45 (via Booking)

Alamat : 
No 28 Jalan Melaka Raya 35, 
Taman Melaka Raya, 
75000 Melaka.

Telefon  :
+606- 281 1929


4. Avillion Legacy Melaka

Hotel bertaraf 4 bintang ini mempunyai reka bentuk bangunan yang unik dan klasik lain dari yang lain. Hiasan dalaman bilik pula seakan hiasan rumah banglo yang dibina atas tanah sendiri iaitu bertemakan warna-warna neutral hangat dengan perabot berkayu dan karpet yang memberi rasa elegan dan mewah. 

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV dengan saluran Astro, minibar, peti keselamatan, meja kerja, seterika dan papan seterika dan surat khabar harian. Avillion Legacy Melaka juga menyediakan kemudahan kolam renang, pusat kecergasan  dan perkhidmatan sukan golf pada para tetamu.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Pengalaman penginapan yang mengagumkan. Sarapan dan lokasi berbaloi dengan apa yang dibayar.

⇨ Mengagumkan untuk Avillion Legacy Melaka. All in memang superb dan terbaik.

⇨ Seronok. Bilik sangat privacy. Amat sesuai untuk merehatkan minda bersama keluarga.

Harga bilik  :
Dari RM85 (via Booking)

Alamat : 
146, Jalan Hang Tuah,  
75300 Melaka.

Telefon / Fax:
+606- 281 6868 / +606-281 9898


5. JW Boutique Hotel

JW Boutique Hotel bertaraf 3 bintang ini pasti memberi korang pengalaman penginapan yang selesa dan berpatutan. Mempunyai 3 jenis bilik di mana setiap bilik mempunyai lukisan tangan yang bertemakan warisan yang diilhamkan dari budaya Melaka. Lokasinya juga tidak jauh dari pusat bandar dan tempat tarikan utama di Melaka. Setiap bilik dilengkapi dengan Wifi percuma, TV dengan saluran Astro, penyaman udara, pengering rambut, kemudahan membuat teh dan kopi, meja solek, cerek elektrik dan banyak lagi.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Baik pada sesiapa yang ingin ke mall sebab boleh jalan kaki saja. Tiada apa yang saya tidak suka.

⇨ Baik. Kebersihan bilik baik, selesa dan memuaskan.

⇨ Mengagumkan. Bilik sangat selesa dan luas. Saya menempah bilik jenis king.  Mempunyai banyak seksyen menggosok.


Harga bilik  :
Dari RM69 (via Booking)

Alamat : 
1, Jalan Lagenda 3,
Taman 1 Lagenda, 
75400 Melaka.

Telefon / Fax:
+606- 288 0822 / +606-288 0821


6. 906 Riverside Hotel Melaka

Salah satu hotel yang terletak di tepi sungai Melaka. 906 Riverside Hotel Melaka merupakan hotel bertaraf 3 bintang dan terletak 5 minit berjalan kaki ke Jonker Street dan 10 minit berjalan ke Stadhuys. Setiap bilik disini berhawa dingin, mempunyai TV satelit, peti keselamatan serta menawarkan perkhidmatan Wifi percuma. Kemudahan seperti seterika, cerek elektrik dan pengering rambut disediakan atas permintaan tetamu.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Terbaik. Bilik besar dan luas. Tempat selesa.

⇨ Penginapan yang selesa, pemandangan berhadapan Sungai Melaka sangat cantik serta bilik berhawa dingin.

⇨ Luar biasa. Bilik besar dan selesa, harga murah dan view cantik. Boleh jalan kaki ke Jonker Walk. Mudah sangat.

Harga bilik  :
Dari RM72 (via Booking)

Alamat : 
No. 52 Jalan Kampung Hulu, 
75200 Melaka.

Telefon / Fax:
+606- 282 8906 / +606-282 7906


7. Swiss Hotel Heritage Boutique Melaka

Menarik tentang Swiss Hotel Heritage Boutique Melaka ini ialah ianya terletak betul-betul di Jonker Walk dan dikelilingi dengan banyak tempat pelancongan popular seperti Stadthuys, Kota A-Famosa, River Cruise Melaka dan banyak lagi. Para tetamu yang menginap di sini akan menikmati perkhidmatan yang sempurna dan selesa. Hotel ini menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan seperti simpanan bagasi, Wi-Fi percuma, kawasan khas merokok serta  meja penyambut tetamu 24-jam. Kemudahan asas seperti TV satelit, almari baju, cerek elektrik, pengering rambut dan kelengkapan mandian.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Luar biasa. Tilam empuk, bantal sangat lembut, tandas bersih, dekat dengan tempat menarik.

⇨ Sangat suka dengan hotel ni. Bersih dan lokasi sangat menarik berdekatan dengan tempat pelancongan.

⇨ Mengagumkan. Receptionist friendly and helpful. Bathroom nice and with basic utuilities. Good parking facilities. Location right at the beginning of Jonker Walk - Alexander.


Harga bilik  :
Dari RM84 (via Booking)

Alamat : 
168, Jalan Tun Tan Cheng Lock,
Jonker Street, World Unesco Heritage City Melaka,
 75200 Melaka.

Telefon / Fax:
+606- 284 4111 / +606-284 511



8. Hotel Arissa

Hotel Arissa merupakan salah satu hotel berkonsepkan moden bertaraf 3 bintang dengan 69 buah bilik reka yang direka dengan sempurna. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandar menjadi pilihan para tetamu yang ingin akses mudah ke tempat-tempat menarik di pusat bandar Melaka. Selain tu hotel ini berdekatan dengan bank, klinik 24 jam, kedai serbaneka dan lain-lain.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Layanan terbaik dari semua pekerja hotel. Bilik yang luas untuk keluarga, bilik air bersih, tempat parking yang selamat, wifi kuat dan laju. Setiap tahun ke Melaka kami akan memilih untuk inap di Hotel Arissa.

⇨ Sarapan ok, menu lunch sedap dan harga berpatutan. Receptionist dan waitress peramah.

⇨ Harga sangat berbaloi, bilik luas, dapat upgrade ke bilik lebih besar sebab tak cukup bilik, makanan sedap, semuanya selesa. Recommended untuk inap di sini.


Harga bilik  :
Dari RM97 (via Booking)

Alamat : 
No 2, Jalan Pelanduk Putih, 
75300 Melaka.

Telefon / Fax:
+606-288 0303 / +606-288 0305


9. The Settlement Hotel Melaka

Settlement Hotel Melaka dibina semula dengan mengekalkan struktur bangunan asal daripada sebuah bangunan kerajaan yang dibina pada tahun 1960-an. The Settlement Hotel mempunyai  45 buah bilik dan 4 villa dan juga spa tradisional untuk para tetamu memanjakan diri setelah penat menerokai bandar Melaka.

Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka

Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah:

⇨ Bilik yang luas & selesa dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Keseluruhannya berpuas hati dan  berbaloi untuk nilai  wang.

⇨ Kakitangan sangat peramah, ringan tulang & baik Sarapan sedap. Bilik bersih, cadar wangi, sarung bantal wangi, tandas bersih. Persekitaran yang damai, bersih. Sangat2 ​​berpuas hati.

⇨ Hotel butik yang bagus dengan perkhidmatan yang minimum. Pemilihan makanan adalah baik walaupun tidak banyak jenis, tetapi masih boleh mengisi perut kosong. Kebersihan terbaik. 

Harga bilik  :
Dari RM97 (via Agoda)

Alamat
No. 63, Jalan Ujong Pasir,
World UNESCO Heritage City Melaka, 
75050 Melaka. 

Telefon / Fax :
+606-288 3588 / +606-292 4700


10. Mercury Boutique Hotel Melaka

Mercury Boutique Hotel merupakan sebuah butik hotel yang terletak di pusat bandar Melaka dan hanya 3 minit berjalan kaki ke pusat membeli belah Makhota Parade. Manakala untuk ke Jonker Street hanya 12 minit berjalan kaki. Mempunyai 4 jenis bilik yang direka dengan rekaan kontemporari dan moden serta dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma, televisyen LED, peti keselamatan, peti sejuk mini dan banyak lagi. Menarik lagi bagi tetamu yang ingin menggunakan komputer dengan internet, mereka boleh ke lobi dan guna kemudahan yang disediakan secara percuma.
Hotel Murah di Melaka

Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah:

⇨ Lokasi sangat bagus. Bilik cantik dan moden. Ramah kakitangan. Saya akan datang menginap di sini lagi apabila datang ke Melaka.

⇨ Saya suka bilik saya yang ada 3 katil, bersih dan senang letak kereta.

⇨ Tempat strategik di tengah bndr. Jalan kaki je ke semua tempat. Hotel pun puas hati. Saya suka.

Bilik harga :
Dari RM79 (via Booking)

Alamat :
No 32, Jalan PM 6,
Plaza Mahkota,
75000 Melaka.

Telefon :
+ 606-288 1888


11. De Mawardah Hotel

Satu lagi hotel di tengah bandar Melaka dan mudah akses ke tempat menarik di pusat bandar seperti Menara Taming Sari, Jonker Street, Melaka River Cruise dengan hanya berjalan kaki. Tempat makan juga terletak hanya dalam 5 minit berjalan kaki dari hotel. Keistimewaan bila menginap di sini adalah korang akan disajikan dengan pemandangan laut dari bilik windows. Best kan? Tak perlu nak ke tepi pantai dan bertanas bagai kan.
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

Lokasi yang strategik dengan pusat bandar, senang nak travel dengan jalan kaki dan keluasan hotel yang selesa dan suka dengan scene laut bila buka tingkap.

⇨ Pemandangan hadapan laut. Tempat parking kereta banyak, tapi kena beli kupon. Dekat dengan kedai makan asam pedas melaka dan tempat menarik di bandar hilir.

⇨ Berdekatan dengan pusat bandar Melaka, mudah parkir kereta, ada kedai di bawah hotel, mudah berurusan dengan staf hotel, kawasan hotel agak privacy dan tenang.

Harga bilik  :
Dari RM51 (via Booking)

Alamat
G25 Jalan PM14,
Plaza Mahkota,
Bandar Hilir, Melaka.

Telefon :
+606-288 3232


12. Bendahara Hotel Melaka

Nama hotel ni di ambil bersempena dengan nama jalan di mana ianya terletak iaitu di Jalan Bendahara yang terkenal dengan jolokan "Little India". Hotel Bendahara ni menawarkan 80 buah bilik yang lengkap dengan kemudahan pada harga yang sangat berpatutan untuk semua tetamu. Lokasi hotel juga berdekatan dengan Kota A'famosa, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Jonker Walk dan banyak lagi.
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Hotel best. Bilik katil king luas dan selesa. Senang nak solat. 600m je ke jonker walk. jalan lagi senang. parking banyak. tak risau nak balik lewat. breakfast sedap. Next time akan datang hotel ni lagi. Tq for your excellent services.

⇨ Terletak dalam jarak berjalan kaki  ke Jonker Street dan tarikan lain.  Tempat letak kereta persendirian percuma untuk mereka yang memandu.

⇨ Bilik sangat bersih.  Tempat tidur yang selesa dan terdapat banyak tempat letak kereta percuma untuk tetamu hotel.

Harga bilik  :
Dari RM56 (via Booking)

Alamat
Lot 769, Kawasan Bandar XXI,
Jalan Bendahara,
75300 Melaka.

Telefon :
+606-284 4768


13. The Explorer Hotel Melaka


Bagi kaki shopping, korang patut stay di The Explorer Hotel ni sebab lokasi dia betul-betul berdepan dengan Dataran Pahlawan dan dekat dengan Mahkota Patade. Senang lepas shopping terus simpan barang dalam bilk dan boleh sambung shopping balik. Hotel ni menawarkan 5 jenis bilik moden iaitu standard twin, super deluxe room,  standard deluxe, family room dan executive room. Serta mempunyai kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, sebuah taman dan bilik-bilik mesyuarat.
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Hotel di tengah bandar hilir. Best sangat nak pergi shopping dan melawat tempat bersejarah. Tempat makan banyak dan selesa.

⇨ Saya rasa tempat ini cukup selesa dan mudah diakses. Saya rasa seronok.

⇨ Lokasi sangat bagus, berada ditengah bandar. Parking kereta mudah dan free utk pelangan.

Harga bilik  :
Dari RM66 (via Booking)

Alamat
No.1, Jalan Plaza Merdeka,
Plaza Merdeka,
75000 Melaka.

Telefon :
+606-288 2662


14. MUK By Victoria Home Melaka

MUK Oleh Victoria Home Hotel merupakan sebuah butik hotel yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka. Mempunyai 6 jenis bilik yang cantik, selesa dan bersih lengkap dengan kemudahan asas. Bilik-bilik yang ada ialah deluxe room, loft deluxe suit, executive room, family deluxe room, superior room dan family superior room.
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan terutama lif untuk org yang handicap & kurang upaya. Bilik yang bersih & selesa. Receptionist yang helpful, proses check in/out yang mudah. Hotel taraf 3 bintang tapi service & hotel facilities bertaraf 4-5 bintang.

⇨ Bilik yang berdekatan dengan hotel cafe. Bilik yang bersih dan luas. Tempat letak kereta yang mudah.

⇨ Saya suka hotel muk. Bilik sangat besar dan bersih. Jonker walk pun dekat sahaja tak jauh. Layanan dari staff muk baik2. Kalau saya datang melaka lagi saya akan repeat pergi hotel ini.

Harga bilik  :
Dari RM86 (via Booking)

Alamat
No. 1, Jalan Gajah Berang,
Jalan Tengkera,
75200 Melaka.

Telefon :
+603-2381 2301


15. Faithview Hotel & Suites Melaka

Faithview Hotel & Suites Melaka salah satu hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan harga bilik yang sangat mampu bayar untuk 3 jenis bilik yang ditawarkan. Setiap bilik berhawa dingin dilengkapi dengan ruang tempat duduk yang selesa, ruang makan, cerek elektrik, TV skrin rata, pengering rambut, seterika dan papan seterika, mini peti sejuk dan kemudahan membuat teh dan kopi. Kemudahan seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan tempat simpan bagasi percuma turut disediakan untuk keselesaan para tetamu.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Saiz bilik yang besar sangat memuaskan hati. Harga bilik termasuk breakfast amat berpatutan dan murah. Makanan sedap dan banyak pilihan serta di tambah setiap kali habis. Staff di front desk peramah dan beri layanan yang baik.

⇨  Harga yang sangat berbaloi untuk 2 bilik dalam 1 hotel. Ada 2 tv - 1 di druang tamu dan 1 di dalam bilik. Paling best iron baju dah disediakan di dalam bilik. Lokasi pula sangat dekat dengan bandar melaka. Parking kereta di sediakan. Kolam renang besar dan  sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa.

⇨ Bilik bersih selesa yang penting ada kolam renang yang besar & breakfast yang lengkap. Sangat sesuai untuk percutian keluarga.


Harga bilik  :
Dari RM83 (via Agoda)

Alamat : 
1, Jln KLJ 5,
Taman Kota Laksamana,
75200 Melaka.

Telefon :
+606-288 8978


Hotel di Klebang


16. Tube Hotel Klebang Melaka

Antara hotel yang terlaris di Melaka terutama di area Klebang. Walau nama dia Tube Hotel tetapi terdapat juga bilik-bilik jenis keluarga ditawarkan di sini. Tube Hotel Klebang Melaka yang bertaraf 3 bintang ini bertempat di sebuah bangunan dengan gaya Cina. Jarak hotel dengan pusat bandar hanya sekitar 7km sahaja. Sesuai untuk mereka yang mahu jauh dari kesibukan bandar. Setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara, TV dengan saluran berbayar, meja tulis , kemudahan membuat teh dan kopi serta kemudahan seterika.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Excellent location, good price and friendly staff.

⇨ Konsep hispter yang selesa, tak dijangka dan value for money. Murah dan selesa sangat.

⇨ Bilik yang sangat cantik dan selesa. Decoration, kemudahan yang disediakan sangat memuaskan. Akan kembali lagi ke hotel ini.


Harga bilik  :
Dari RM99 - bilik suite premium (via Booking)

Alamat : 
1, Jalan Klebang Besar / Klebang Kecil,
Taman Kenanga,
75200 Melaka.

Telefon:
+601-15987 1531


17. Casa Bonita Hotel

Casa Bonita Hotel antara hotel terbaru di Melaka dan mempunyai 6 jenis bilik dengan jumlah 123 buah bilik keseluruhannya yang direka dengan perincian elegan dan dihiasi dengan indah sesuai untuk tetamu yang datang bersama pasangan, keluarga dan juga kawan-kawan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, pengering rambut. kelengkapan mandian dan lain-lain. Kemudahan lain yang ditawarkan ialah kolam renang, 24 jam pengawasan keselamatan, Wifi percuma, bilik seminar dan juga laluan orang kelainan upaya.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Bilik besar, kolam renang sesuai untuk kanak-kanak. Set lunch asam pedas di Casa Cafe sedap dan murah. Tak jauh dari Pantai Klebang dan pusta bandar.

⇨ Bilik cantik, eksklusif dan bersih. Parking luas dan perkhimatan terbaik.

⇨ Kedudukan strategik dan dekat oriental hospital. Bilik selesa.


Harga bilik  :
Dari RM99 (via Booking)

Alamat : 
1103, Jalan Limbongan, 
Klebang Kecil, 
75200 Melaka.

Telefon / Fax:
+606-292 3333 / +606-283 0888


Hotel di Ayer Keroh


18. Eco Tree Hotel

Eco Tree Hotel merupakan sebuah hotel 4 bintang kontemporari yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan Melaka Raya dan hanya beberapa minit berjalan kaki ke tempat-tempat bersejarah, pusat membeli-belah dan tempat makan. Hotel ni mempunyai sejumlah 166 buah bilik daripada 6 jenis bilik. Menarik tentang hotel ini ialah kolam renangnya  yang diiktiraf sebagai kolam renang tertinggi. Padaa tingkat paling tinggi terdapat Sky Deck 360 dan Pool Bar dengan pemandangan panoramik skyline bandar dan Selat Melaka.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Saya suka hotel ni kerana biliknyayang cantik kemas dan sangat berpuas hati. Design hotel juga cantik. Kolam yang cantik dan bersih.

⇨ Staff peramah , makanan sedap sangat , bilik tidur selesa, hotel yang dekat dengan bandar.

⇨ Makanan sedap, tempat bersih, kemudahan banyak, berdekatan dengan bandar Melaka, layanan dari staff yang bagus.


Harga bilik  :
Dari RM90 (via Booking)

Alamat : K
No. 30, Lebuh Ayer Keroh,7
75450 Melaka.

Telefon / Fax:
+606- 231 3899 / +606-231 3803


19. Kings Hotel Melaka

Kings Hotel yang terletak di Ayer Keroh Melaka ini merupakan sebuah hotel dan apartmen bertaraf 3 bintang. Mempunyai 79 buah bilik termasuk apartmen 1, 2 dan 3 bilik yang dilengkapi dengan 5 bintang tilam Slumberland, penghawa dingin, TV dengan saluran Astro, pemanas air dan WiFi percuma. Kemudahan seperti kolam renang kanak-kanak luar dan taman permainan kanak-kanak turut disediakan. Antara tempat menarik berderetan hotel ialah Zoo Melaka dan Ladang Buaya. Menariknya kalau korang makan di cafe mereka iaitu Restoran Masakan Melayu Kampung dan Nyonya Asli dan Kings & i Thai Restaurant, korang entitile  for 5% off kalau bayar guna TnG. Katanya makanan dekat sini sedap sedap belaka.

Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka

Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Kami bermalam hanya semalam di dalam bilik superior, satu katil double dan satu single, serta 5 biji bantal. Walaupun bilik yang kecil, tapi selesa. Walaupun hotel ini, saya rasa bertaraf 2 bintang, tapi mereka menyediakan sarapan bertaraf 4 bintang. Tahniah! Kedudukannya yang mudah amat sesuai pada pengujung yang pertama kali ke melaka. Ia juga berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik di sekitar Melaka.

⇨ Kebersihan terjaga dan staff yang peramah. harga pun berpatutan. it is recommended.

⇨ Dekat dengan bandar Kemudahan memuaskan Makanan sedap

Harga bilik  :
Dari RM83 (via Agoda)

Alamat
57 Jalan D'Alburquerque, 
Portugese Settlement,
75050 Melaka.

Telefon / Fax :
+606-292 1133 / +606-288 3566



Hotel di Batu Berendam


20. 906 Premier Hotel

906 Premier Hotel terletak 4-6 km dari bandar Melaka dan tempat-tempat menarik. Hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan kemudahan WiFi serta parking peribadi percuma untuk para tetamu. Kesemua 120 buah bilik di sini berhawa dingin dan mempunyai TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek elektrik, pengering rambut dan meja kecil. Selain tu, hotel juga menyediakan kemudahan kolam renang, sauna dan pusat kecergasan.
Hotel Murah di Melaka
Hotel Murah di Melaka
Antara komen para tetamu yang telah menginap di sini ialah :

⇨ Tempat letak kenderaan persendirian disediakan untuk tetamu hotel sahaja. Lokasi tidak di tempat pelancongan yang ramai, tetapi terdapat restoran, kedai mudah beli (seperti KK, 7 Eleven), bank (BSN, Hong Leong, Awam, CIMB) berhampiran (dalam jarak berjalan kaki). Jangan bimbang jika anda lapar pada lewat malam, terdapat beberapa kedai mamak yang dibuka sehingga lewat malam.

⇨ Saya selalu inap di hotel ini. Lokasi yang sangat sesuai untuk saya. Kemudahan-kemudahan juga boleh dilakukan di hotel ini seperti gimnasium dan kolam renang.

⇨ Saya suka hotel ini kerana ada bilik yang cantik. Semuanya dalam keadaan baik. Saya sangat gembira.


Harga bilik  :
Dari RM79 (via Agoda)

Alamat : 
32, Jalan Mutiara Melaka 4,
Taman Mutiara Melaka,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

Telefon :
+606-317 9067

Nampak tak siapa kata kalau bajet kecik tak boleh pergi bercuti. Ingat tak tadi Ana kata nak share tips and trick kalau nak save masa bercuti. Mudah je sebenarnya. Perkara pertama yang korang kena tau ialah tentang tarikh. Kalau nak bercuti dan booked hotel, tolong pilih tarikh yang bukan jatuh pada mana-mana hari cuti apa lagi kalau cuti sekolah sebab ada perbezaan yang besar pada harga bilik untuk kedua-dua musim ni. Kedua sebaiknya buat tempahan awal kerana selalu terdapat harga promosi yang ditawarkan yang lebih menjimatkan. Ketiga buat perbandingan harga hotel kerana harga antara satu platform berbeza dengan platform yang lain. Akhir sekali bercuti ramai-ramai. The more the merrie orang putih kata. Bukan saja lagi meriah malah korang boleh berkongsi aka tong tong kos penginapan dan minyak kereta bersama. Mudah kan



20 Hotel Murah di Melaka Bajet Bawah RM100 Reviewed by Ana Suhana on August 04, 2023 Rating: 5

5 comments:

  1. kak suka dok la boss hotel. murah juga ram 100+ , sbb ada kolam mandi anak2..depa sukalah

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. info pasal hotel2 ye.. akak suka 3 stars hotel.
    lagi suka kalau guna carpet. sebab tak tahan kalau lantai tiles. sejuk.

    ReplyDelete
  3. TQ share info nie Ana.. Bolehlah Sha save..

    ReplyDelete
  4. dlm list ana share ni akak dh pernah stay the settlement hotel & avilion legacy

    ReplyDelete
  5. wowooo look at the design n facilities tu x sngka pulka semua bawah 100.
    menarik ni..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.