15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat

Updated - 15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat l Assalamualaikum. Tahu tak, semasa mengandung kita memerlukan lebih 300 kalori sehari berbanding semasa kita tidak mengandung. Ini kerana kalori tersebut akan digunakan untuk memenuhi keperluan diri dan bayi di dalam rahim. Sebab tu penting untuk kita amal pemakanan seimbang untuk memastikan segala nutrisi yang diperlukan mencukupi terutama semasa trimester pertama.

15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat


15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat


Semasa trimester pertama, amat penting untuk ibu mengandung amal pemakanan yang sihat. Ini kerana dalam tempoh tersebut, pembentukan sel dan perkembangan organ janin berlaku dengan sangat cepat. Diet ibu mengandung yang lengkap dapat bantu menyalurkan segala nutrien yang diperlukan seperti protein, asid folik dan vitamin B12.


Berdasarkan pengalaman Ana sendiri, selalunya trimester pertama ni ibu mengandung akan alami kesukaran untuk amal diet yang seimbang disebabkan oleh alahan dan mabuk yang teruk. Macam Ana sendiri, masa mengandungkan anak kedua dan ketiga, memang rasa fobia setiap kali nak makan sebab lepas makan je Ana akan rasa nak muntah, sakit kepala yang kuat serta perut rasa tak sedap. Simptom dia lebih kurang macam gastrik tapi lagi teruk. So nak buat macam mana? 


Mengikut saranan pakar dietetik, ibu mengandung yang alami alahan atau mabuk yang teruk perlu amal makan secara sedikit tapi kerap. Sebaiknya elak dari makan makanan yang pedas dan beminyak sebab ini hanya akan buat ibu mengandung rasa lagi nak muntah. Kurangkan minuman berkafein untuk elak dari anemia yang sering terjadi sepanjang kehamilan. Banyakkan minum air kosong. Nak rasa segar boleh campur dengan lemon atau halia.


Berat Badan Ideal Ibu Mengandung 



Antara rutin wajib setiap kali check up ibu mengandung ialah pemeriksaan berat badan. Walaupun kita mengandung, kita tetap kena jaga berat badan ikut saranan KKM. Sebab tu kena elak dari makan makanan yang tinggi gula, tinggi garam dan tinggi lemak. So berapa berat badan ideal untuk ibu mengandung?


Ikut saranan KKM, purata kenaikan berat badan sepanjang mengandung ialah 12 kilogram. Tapi kalau berat badan ibu mengandung dalam kategori “underweight” (BMI <18.5), mereka boleh naikkan berat badan sehingga 18kg sepanjang mengandung. Untuk ibu mengandung dalam kategori obesiti pula, (BMI >30.0), mereka hanya boleh naikkan berat badan sebanyak 9kg sahaja sepanjang mengandung. Jika berat mereka naik mendadak, pihak klinik akan membuat pemantauan bagi mengelakkan timbulnya komplikasi seperti kencing manis dan darah tinggi.


Makanan Terbaik Untuk Ibu Mengandung



1. Susu & Produk Tenusu

15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat

Susu antara makanan yang wajib diambil setiap hari sepanjang tempoh mengandung. Sebabnya susu merupakan sumber terbaik untuk protein dan kalsium yang penting dalam perkembangan dan pembesaran janin di dalam kandungan. Susu mengandungi nutrien yang diperlukan seperti fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan juga zink. 


Tapi ada sesetengah ibu mengandung alah pada susu semasa mengandung. So mereka boleh ganti susu dengan tauhu, keju atau  yogurt. Tapi kena ambil dalam kuantiti  yang disarankan. Kang terlebih, masalah lain pula yang timbul.



2. Susu Kambing

15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat

Susu kambing merupakan susu yang terbaik untuk diamalkan sepanjang tempoh mengandung. Nutrisinya 2x lebih tinggi  dari susu lembu. Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan juga mengandungi anti-penuaan, anti-arthritis serta anti-barah. Susu kambing juga dikatakan mampu merawat penyakit perut seperti gastrik yang sering dialami ibu mengandung. Tapi nak minum susu kambing, make sure minum susu yang telah dipasteur untuk elak bakteria berbahaya seperti listeria masuk ke dalam badan.


Susu Kambing Faleeq Untuk Ibu Mengandung 


Nak amal susu kambing yang selamat tanpa was was, ibu-ibu mengandung boleh try consume Susu Kambing Faleeq - produk milik bumiputera Malaysia dan berstatus halal JAKIM.


Susu kambing Faleeq dijamin tulen, organik dan semulajadi yang diimport dari Holland di dikilangkan di Malaysia. Antara kelebihan susu kambing Faleeq untuk ibu mengandung ialah :


a. Membekalkan sumber tenaga ibu mengandung

b. Bantu hilangkan rasa loya dan pedih ulu hati kerana susu kambing bersifat alkali

c. Membekalkan nutrisi tambahan untuk ibu dan bayi

d. Mengurangkan risiko bayi terkena jaundice selepas dilahirkan

e. Mencantikkan kulit ibu dan bayi

f. Menaikkan HB dan melawaskan pembuangan serta membantu sistem penghadaman

g. Mengurangkan selulit pada perut


Jangan risau untuk minum Susu Kambing Faleeq sebab 200% confirm tak berbau hamis. Tapi kalau ibu mengandung tak lalu nak minum susu kambing asli, mereka boleh minum Faleeq Susu Kambing berperisa kurma, strawberi atau koko yang rendah lemak, tanpa gula tambahan, tanpa lemak trans dan rendah kandungan krimer yang sangat sesuai untuk ibu mengandung.



3. Kurma


Kurma antara makanan sunnah yang banyak dengan khasiat terutama untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Kurma kaya dengan protein, vitamin serta rendah lemak. Kurma juga tinggi dengan serat yang memudahkan sistem pencernaan  ibu mengandung.


Antara khasiat kurma untuk ibu mengandung ialah ianya sumber tenaga yang baik, kandungan protein menyokong perubahan badan, kandungan asid folik membantu pembentukan sel baru, Vitamin K bertindak mengatasi masalah darah beku, zat besi bantu meningkatkan sistem imun bayi, potassium pula bantu menstabilkan tekanan darah serta magnesium berfungsi dalam proses pembentukan gigi dan tulang.



4. Madu

15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat

Madu juga merupakan makanan sunnah yang baik untuk kesihatan badan. Madu tinggi dengan kandungan vitamin seperti B6, thiamin, niasin, riboflavin, asid pantotenat dan asid amino. Selain itu, madu juga kaya dengan pelbagai mineral seperti magnesium, kalium, natrium, fosfor dan lain-lain.


Mengamalkan pengambilan madu baik untuk ibu mengandung kerana ianya dapat meningkatkan sistem imun badan, mengatasi masalah gastrik yang kerap dialami serta membantu masalah insomnia bagi sesetengah ibu mengandung.


Oleh itu, ibu mengandung sangat disarankan untuk mengamalkan pemakanan madu namun kena dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelak penyakit botulisme - terjadi disebabkan sejenis bakteria berbahaya yang dipanggil spora clostridia yang ada dalam madu.



5. Telur


Telur antara makanan yang mudah disediakan dan sedap.  Sebiji telur bersaiz besar mengandungi sebanyak 77 kalori selain dari lemak dan protein yang berkualiti tinggi


Telur juga tinggi dengan vitamin dan mineral serta sumber terbaik untuk kolin yang penting dalam perkembangan dan kesihatan otak manusia. Ibu mengandung yang kekurangan sumber kolin boleh menyebabkan janin berdepan dengan risiko terhadap kecacatan tiub saraf dan fungsi otak.



6. Sayur Brokoli


Sayur brokoli tinggi dengan vitamin A, C, K, B6, kalsium, folat, serat dan antioksidan. Antara khasiat brokoli untuk ibu mengandung ialah ianya dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengelakkan dari masalah sembelit, mencegah anemia, membantu proses perkembangan janin, mengelakkan dari kram kaki dan juga mengurangkan risiko komplikasi kehamilan.



7. Sayur Bayam


Bayam merupakan sumber yang kaya dengan mineral, vitamin, zat besi, protein dan pigmen. Folat di dalam bayam membantu perkembangan janin dan sistem saraf yang betul. Vitamin A yang tinggi di dalam bayam sangat bagus diambil setiap hari oleh ibu mengandung kerana dapat meningkatkan proses perkembangan paru-paru janin.



8. Ubi Keledek


Ubi keledek  bukan saja sedap malah kaya dengan pelbagai khasiat. Antara nutrien yang terdapat di dalam ubi keledek ialah magnesium, vitamin A, vitamin C, zat besi dan juga vitamin B6.


Makan ubi keledek dapat elakkan ibu mengandung dari terkena sembelit kerana ianya kaya dengan serat. Ubi keledek juga dapat kurangkan rasa mual semasa awal kehamilan serta membantu pembentukan sel darah merah.



9. Buah Pisang


Buah pisang pun baik untuk ibu mengandung. Ianya lengkap dengan serta dan kalori yang diperlukan. Kalium yang ada di dalam pisang dapat bantu menjaga tekanan darah. Manakala zat besi nya pula bantu mencegah anemia atau kekurangan sel darah merah.



10. Buah Oren


Oren tinggi dengan vitamin B yang membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang. Manakala vitamin C pula dapat mencegah kerosakan sel dan membantu badan menyerap zat besi dan air.


Oren juga kaya dengan folat yang berfungsi membantu mencegah kecacatan tiub neural yang boleh menyebabkan keabnormalan pada otak dan tulang belakang pada bayi.



11. Strawberi 


Siapa je tak suka makan buah strawberi kan. Walau kadang masam, tetap sedap. Strawberi kaya dengan antioksidan serta nutrien lain seperti folat, selenium, fosfor, serat, kalsium, magnesium, zat besi, vitamin C & A, kalium, karbohidrat dan protein.


Antara kebaikan strawberi untuk ibu mengandung ialah ianya dapat mencegah kecacatan pada janin, meningkatkan kekuatan badan serta membantu perkembangan otak bayi. 



12. Buah Tembikai


Tembikai kaya dengan likopen yang sangat baik untuk kesihatan jantung ibu dan bayi. Tembikai juga tinggi dengan antioksidan dan vitamin A yang membantu menjaga penglihatan bayi serta melindungi dari radikal bebas. 


Antara khasiat lain buah tembikai ialah untuk melancarkan proses pencernaan ibu mengandung, meningkatkan sistem imun ibu, mengelakkan dari kekejangan otot, bantu mengatasi masalah morning sickness, mengelakkan badan kekurangan air serta menyokong pembentukan tulang bayi.



13. Bijirin dan Oat


Bijirin pun antara makanan yang bagus untuk ibu mengandung. Sebabnya bijirin kaya dengan serat dan nutrien, termasuk vitamin E, selenium dan fitonutrien.


Manakala oat pula tinggi dengan vitamin B, zat besi dan mineral lain. Karbohidrat kompleks yang terkandung di dalam oat dipenuhi dengan serat dan baik untuk elak sembelit.


Kalau rasa bosan makan oat dan bijirin macam tu je, ibu mengandung boleh pelbagaikan menu seperti guna dalam lempeng, mufin, kek, biskut dan sebagainya. Buat smoothie buah-buahan pun sedap dan berkhasiat serta kaya dengan vitamin, mineral, protein dan serat.



14. Kekacang


Bagi yang takde alahan dengan kekacang, boleh jadikan sebagai menu snek harian. Kekacang mengandungi khasiat yang sangat bagus kerana ianya tinggi dengan folat dan protein. 


Asid folik dan folat berfungsi dalam membantu mencegah kecacatan pada janin terutama dalam otak dan tulang belakang. Manakala protein pula penting dalam pembesaran bayi ketika trimester kedua dan ketiga.


Antara kekacang baik untuk ibu mengandung ialah gajus, badam, pistacio, kacang tanah, kacang hijau dan juga kacang merah.



15. Ikan Salmon

15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat

Siapa je yang tak suka ikan salmon kan? Walaupun harga agak mahal, tapi berbaloi beli sebab ikan salmon antara ikan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan kandungan asid lemak omega-3 yang bagus untuk fungsi otak dan juga kesihatan mata bayi. 


Namun perlu diingatkan, pengambilan makanan laut perlu dihadkan kepada 2x seminggu sahaja untuk ibu mengandung untuk mengelakkan dari terjadinya pencemaran merkuri yang terdapat dalam ikan berlemak seperti ikan salmon ni.


Ada banyak lagi makanan yang baik untuk diamalkan oleh ibu mengandung. Ayam dan daging yang biasa dimasak di rumah pun bagus untuk bekalkan nutrisi untuk si ibu. Yang penting makan dalam kuantiti yang disarankan KKM. Benda baik kalau terlebih makan pun boleh mendatangkan kemudaratan. Sebaiknya bersederhana dalam semua perkara terutama bab makan. 

15 Senarai Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Yang Berkhasiat Reviewed by Ana Suhana on November 03, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. mmg bagus semua makanan yg ana senaraikan ni.. boleh dirujuk ibu2 yg preggy

    ReplyDelete
  2. Untuk yang sedang berusaha nak mengandung pun ok juga ni.

    ReplyDelete
  3. ammi masa 1st trimester pregnant suka makan epal..sbb itu je boleh masuk kat tekak

    ReplyDelete
  4. Good sharing Ana.. boleh ibu-ibu yang preggy rujuk sini nanti..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg membantu dan terbaik!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.