Roti Paratha ala Kebab dengan Kari Daging Berkeju

Roti Paratha ala Kebab dengan Kari Daging Berkeju l Assalamualaikum. Sejak PKP awal tahun ni, boleh kira berapa kali je Ana makan luar. Lagi-lagi sejak dah ada baby ni kan. Lagi lah tak berani makan luar.

Roti Paratha ala Kebab dengan Kari Daging Berkeju


Roti Paratha ala Kebab dengan Kari Daging Berkeju


Bila kata duduk rumah ni, mula lah macam-macam teringin nak makan. Ada sekali tu teringin nak makan kuah Coney Dog A&W. Aishh terliur dibuatnya. Nak beli rasa macam membazir plak. Maklumlah musim-musim PKP ni kan, semua kena jimat. So nak senang masak lah sendiri. Banyak pun boleh dapat kan.


Resipi kuah ala Corney Dog A&W ni Ana olah sikit. Kalau resipi asal tak letak susu segar tapi Ana letak sikit nak bagi rasa lemak-lemak sikit. Sausage pun Ana tak letak. Korang kalau nak letak pun boleh je. Lagi satu Ana gantikan roti sausage dengan roti paratha. Sedap rupanya. Memang ngam paratha dipadankan dengan kari daging. Eh korang pun boleh cuba juga tau.


Bahan-bahan :

1. 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)

2. 2 biji bawang holland (dihiris / dipotong dadu)

3. 1 biji lobak merah (dihiris)

4. Semangkuk daging cincang

5. 2 sudu besar cili kisar

6. 4 s/b sos tomato

7. 2 sudu kecil serbuk jintan manis

8. 2 s/k serbuk kari

9. 2 s/k serbuk cili

10. 1 s/k serbuk lada hitam

11. Susu segar

12. Roti Paratha


Cara Masakan :


1. Rendam seketika 1 biji bawang holland yang dipotong tadi di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian toskan.


2. Tumis bawang putih, 1 biji bawang holland, lobak merah dan daging cincang sehingga naik bau.


3. Kemudian masukkan cili kisar, sos tomato, serbuk jintan manis, serbuk kari, serbuk cili dan lada hitam.


4. Masukkan sedikit susu segar. Kacau sehingga sebati. Pastikan kuah tak terlalu cair atau pekat.


5. Panaskan roti paratha di atas kuali.


6. Roti paratha yang telah dipanaskan tadi dilipat dua. Kemudian letakkan inti daging berkari ke dalam lipatan roti paratha tersebut. Kemudian susun hirisan bawang holland dan  kepingan cheddar cheese di atas sekali.


7. Akhir sekali bakar dalam oven / microwave sehingga cheese cair. Dan siap dihidang.

Roti Paratha ala Kebab dengan Kari Daging Berkeju Reviewed by Ana Suhana on December 01, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. sedap tu..dgn kari daging siap sos leleh yummyyy

    ReplyDelete
  2. ni kalau omputih panggil quesadilla..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! Dapat penuhi citarasa sendiri.

    ReplyDelete
  4. Wah.. sedap nie Ana, boleh lah Kak Sue cuba juga buat nanti..

    ReplyDelete
  5. singgah sini.. sedapnyaa tgk. lama tak buat sendiri sejak kawin ni sbb hubby tak berapa suka.
    terus terliur :)

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap Ana...nak buat macam ni la..sesuai utk diet ni kan...

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa.. tambah tambah ada cheese hehe

    ReplyDelete
  8. Terliur pulak..boleh try buat ni 😊

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ana.. na buuatlah nnti.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.