Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi l Assalamualaikum. Sejak anak-anak bersekolah,  memang tak dinafikan penggunaan telefon memang tak dapat dielakkan. Kadang-kadang kena refer Youtube nak tengok cara-cara buat kerja Pendidikan Seni. Tak pun nak guna translator untuk subjek Bahasa Arab. 

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi


Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi


Tapi bila dah banyak tangan pakai, faham-faham je lah kan. Phone dari elok boleh jadi rosak. Kadang sampai hang dibuatnya. Mana taknya, lepas siapkan kerja sekolah, dia bantai sambung main game. Macam-macam apps di download nya. Sabar je lah. Lepas tu bila bateri dah habis, pandai pula dia sambung caj. Sampai bateri kembung sebab overcharge. Bahaya tau!!


Bila phone dah rosak memang susah dibuatnya. Dah lah phone tu penting kot ada apa-apa emergency kan. Habis tu tak kan nak biarkan je kan. Nak beli phone baru macam tak cukup bajet lagi. Huhu. Maka ke kedai repair handphone je lah yang mampu buat masa ni. Ganti jer lah bateri tu.


Survey punya survey Ana terjumpa MRFIX Gadget Bangi. Nampak macam ok je kedai ni. Tengok ramai je yang datang sini untuk repair segala jenis kerosakan pada telefon dan laptop mereka. Kira ok sangat lah ni. Kebetulan sepupu Ana pun nak ke Bangi atas urusan nak jumpa kontraktor bina rumah di Selangor, boleh lah minta dia hantar phone tu sekali.



Pakar Repair Telefon dan Laptop Sejak 2016


Untuk pengetahuan korang, MRFIX Gadget Bangi merupakan sebuah kedai pakar repair telefon, laptop dan juga komputer untuk pelbagai jenama dan model sejak 5 tahun lepas. Baik untuk peranti Apple atau Android, semua dorang boleh repair. Antara servis yang ditawarkan ialah :


✓ Penggantian bateri

✓ Penukaran skrin telefon

✓ Baikpulih papan induk (motherboard)

✓ Penukaran papan kekunci (keypad)

✓ Baiki kerosakan audio,

✓ Baikpulih kerosakan akibat air

✓ Format Laptop / Komputer

✓ Dan Banyak lagi.

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi


Kenapa MRFIX Gadget Bangi ni dikatakan sebagai kedai repair phone terbaik di area Bangi?? 

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Sebabnya dorang ada manpower yang terbaik untuk bantu repair phone korang. Dekat sini ada 4 orang technician berpengalaman yang telah dilatih bagi memastikan kualiti kerja dan servis yang diberikan sentiasa di tahap yang maksimum. Peralatan yang digunakan juga yang paling terkini untuk pastikan phone korang dalam keadaan yang terbaik semasa klkuar dari sana. Siap ada special lab lagi untuk repair motherboard.



Servis Pemeriksaan Percuma di MRFIX Bangi


Biar betul!!! Mana nak dapat servis percuma sekarang ni. Tapi jangan tak percaya, dekat MRFIX Bangi ni, korang boleh dapatkan pemeriksaan kerosakan telefon korang tu secara percuma je. Tak perlu nak bayar apa-apa. Melainkan bila korang setuju nak tukar part yang rosak tu, haaa tu baru masuk dalam bil.


Cakap pasal bil, dekat MRFIX Bangi korang tak perlu risau tentang harga. InsyaAllah harga yang dikenakan sangat berbaloi dan mesra rakyat marhain macam kita ni. Dan semestinya alat ganti yang digunakan adalah tulen. Lagi-lagi MRFIX Bangi ni merupakan Authorised Original OEM Parts Malaysia. So no such thing as cetak rompak!! Best part is korang siap dapat waranti 1 tahun lagi in case berlaku lagi kerosakan yang sama. Tapi selalunya tak lah sebab phone korang tu dah diperiksa oleh technician yang sememangnya berpengalaman kan.



Repair Telefon Face-to-Face


Tak dinafikan ada di antara kita yang paranoid bila nak ke kedai repair telefon ni. Sebabnya kita selalu dengar yang kedai-kedai ni suka menipu, suka curi spare part ori phone customer dan macam-macam lagi lah.


Tapi korang tak perlu risau bila ke kedai MRFIX Bangi ni. Sebabnya dekat sini, mereka akan baiki telefon korang yang rosak tu secara LIVE depan mata korang sendiri. Maknanya korang boleh tengok sendiri apa yang technician tu buat ke atas telefon korang, apa part yang ditukar.

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Kalau kata phone korang tu rosak dekat skrin atau bateri macam kes Ana ni, selalunya dalam 15 minit dah siap. Sekejap je kan.


Tapi kalau kata kerosakan phone korang tu major dan take time untuk dibaiki, korang boleh je tinggalkan phone korang dekat situ. Jangan risau lah. MRFIX Gadget Bangi ni boleh dipercayai. Banyak dah review dari customer yang puas hati dnegan servis mereka. Lagipun dorang kan pakar bab-bab repair telefon, laptop ni. InsyaAllah tak kan amik masa yang lama.

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi


Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Mereka pun sebolehnya nak secepat mungkin baiki phone korang tu sebab dorang faham semua orang busy dan tak ada masa yang banyak. 


Tapi kalau nak mudah, Ana cadangkan korang call dulu bahagian khidmat pelanggan MRFIX Gadget Bangi untuk dapat khidmat nasihat awal sebelum walk in . So that bila datang dekat kedai korang dah boleh expect apa yang akan berlaku. Mudah kan?



Menjual Pelbagai Aksesori Telefon dan Laptop


Selain dari menawarkan servis repair telefon dan laptop, MRFIX Gadget Bangi juga menjual pelbagai jenis aksesori seperti casing phone, tempered glass, usb cable, charger, powerbank, handsfree dan macam-macam lagi.

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Kalau korang nak beli phone baru atau second hand phone pun ada dijual dekat sini. Kot lah nak pakai phone urgent kan sementara tunggu phone korang dibaiki.



Servis Repair Telefon Di Rumah


Kalau sebelum-sebelum ni, MRFIX Gadget memang ada menawarkan servis baiki telefon dan laptop di rumah atau premis pelanggan di sekitar Bangi. Memang senang lah kan sebab kita tak perlu nak bersusah payah keluar.


Tapi sejak PKP dilaksanakan, servis ke rumah terpaksa diberhentikan. Oleh itu, hanya servis repair telefon di kedai saja dijalankan buat masa ni. Semua SOP dan prosedur perniagaan dilaksanakan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. So korang tak perlu risau ok.

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi

Bagi yang nak datang ke kedai MRFIX Gadget Bangi ni, korang boleh lah ke Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Waze je senang. Kedai dibuka setiap hari bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Untuk info lebih lanjut tentang servis yang ditawarkan, korang boleh je hubungi mereka melalui nombor WhatsApp dekat link di bawah.


MRFIX Gadget Bangi (Waze

No 50 Jalan 7/7A,

Bandar Baru Bangi,

43650 Bangi, Selangor.


Facebook l Instagram l WhatsApp 

Kedai Repair Telefon dan Laptop Terbaik di MRFIX Gadget Bangi Reviewed by Ana Suhana on July 27, 2023 Rating: 5

9 comments:

  1. Ok.. Akk save tak jauh dr rumah ni hehe

    ReplyDelete
  2. Bagus servis dia ni..blh repair depan2..sesambil sembang blh jgk kita tau apa yg rosak dll kan

    ReplyDelete
  3. Sekarang mudah betul. Mana-mana je kedai repair phone/laptop ade dan boleh buat on the spot

    ReplyDelete
  4. Boleh la PC warwarkan pada kawan-kawan.

    ReplyDelete
  5. Goid sharing Ana, senang boleh face to face. Pulak tu yang bagusnya kalau nak periksa dulu.. tak payah bayar kan..

    ReplyDelete
  6. Bagus kedai ni, memudahkan 😉

    ReplyDelete
  7. bestnya bila die buat face to face..jadi dapat tengok apa masalahnya..

    ReplyDelete
  8. Wah, bila semua dah boleh rentas daerah, bolehlah try cari kedai nie, sebab ingat nak baiki tab saya tue... rasanya macam bateri jea yg out.. tapi funtion suma ok.. rasanya la, sebab sayang tak pakai gitu jea..

    ReplyDelete
  9. pernah nampak rasanya kedai ni tapi xada urusan lagi..
    cuma baru2 laptop terhempas sikit dan macam slow len maciam..
    nak ke pi check la ni..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.