15 Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan

15 Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan l Assalamualaikum. Kadang ada masa kita buntu tak tahu nak masak apa kan. Celik mata dah start fikir nak masak menu apa untuk family. Bagi ibu-ibu yang bekerja lagi lah, terkejar-kejar masa bila sampai rumah kan. Nak masak, nak kemas rumah, nak basuh baju, nak tengokkan PdPr anak-anak lagi. 


15 Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Tu yang jadinya bila dah tak tahu nak masak apa, kita goreng nasi je. Tapi bila sesekali buat nasi goreng, licin sekuali dibuatnya. Kuat betul penangan air tangan ibu ni kan.


Nasi goreng ni walau mudah disediakan, tapi sebenarnya kalau kita letak segala bahan yang disaran seperti ayam / daging / telur dan sayur-sayuran, dah lebih dari cukup. Lebih kurang sama macam lauk lauk yang kita masak banyak-banyak tu kan. Semua khasiat lengkap ada dalam tu. Bagus untuk keperluan nutrisi seisi keluarga.


Ok lah, banyak plak membebl haa. Dah jom kita tengok nasi goreng yang confirm sedap dan disukai seisi keluarga.


1. Resipi Nasi Goreng Daging Mak Tok

Sumber : Resepi Dunia Masakan

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. 4 ulas bawang putih *

2. 6 ulas bwg merah kecil *

3. 1 inci belacan bakar *

4. 3 batang cili padi merah *

5. Sedikit garam

6. 1 sb air perahan lemon 

7. 1 sb sos tiram 

8. 1sb sos ikan 

9. 1 kiub pati lembu 

10. Sedikit daging lembu  

11. Sayur kobis 

12. 2 biji telur 

13. Nasi sejuk / semalam


Cara Masakan :


1. Tumbuk bahan-bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak dan garing sedikit. 


2. Kemudian masukkn daging dan kiub pati lembu. Biarkan sehingga daging empuk.


3. Masukkn telur, sos ikan, sos tiram, kubis dan nasi sejuk. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Gaul sebati dan siap untuk dihidang.



2. Resipi Nasi Goreng Cili Kering

Sumber : masakwithpatience

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi

2. Cili kering *

3. Bawang merah *

4. Bawang putih *

5. Ikan bilis *

6. Belacan *

7. Telur

8. Garam

* dikisar


Cara Masakan :


1. Goreng telur dan ketepikan di dalam kuali yang sama.


2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga masak.


3. Masukkan nasi dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan sedia dihidang.



3. Resipi Nasi Goreng Sambal Belacan Cendawan

Sumber : Nurul Jannah

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi sejuk

2. Bawang  besar - 1 biji

3. Bawang putih - 4 ulas

4. Lada basah - 5 biji

5. Cili padi - 5 biji

6. Tomato - 1 biji

7. Belacan - 1 inci 

8. Sedikit ikan bilis

9. Telur - 3 biji

10. Cendawan tiram


Cara Masakan :


1. Tumbuk lada basah, cili padi, bawang, ikan bilis, tomato dan belacan bakar.


2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga pecah minyak dan garing sedikit.


3. Kemudian masukkan telur. Masukkan cendawan tiram dan biarkan layu. 


4. Akhir sekali, masukkan nasi sejuk dan gaul sebati. Perisakan secukupnya. Siap.



4. Resipi Nasi Goreng Pattaya

Sumber : Putri Intan Payung 
Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi putih - 2 cawan 

2. Minyak masak - 3 sudu besar 

3. Udang - 5 ekor (dibuang kulit)

4. Isi ayam (dipotong kiub)

5. Bawang merah - 1 biji (dihiris nipis)

6. Bawang putih - 2 ulas (dihiris nipis)

7. Cili padi - 4-5 biji  (diketuk)

8. Sayur campur

9. Kiub ayam - 1/2 kiub

10. Serbuk lada sulah

11. Kicap cair

12. Timun & tomato (untuk hiasan)


Bahan-bahan Untuk Salutan :

1. Telur - 2 biji

2. Secubit garam


Cara Masakan :


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.


2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.


3. Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.


4. Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.


5. Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.


6. Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.



5. Resipi Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi putih - 1 mangkuk besar

2. Sayur kailan

3. Ikan masin kurau / Talang

4. Telur - 1 biji

5. Bawang besar - 1 biji (dicincang)

6. Cili padi - 4 biji (dicincang)

7. Kiub pati ayam

8. Minyak bijan

9. Garam


Cara Masakan :


1. Ikan masin dibasuh dan cincang. Kemudian goreng dan ketepikan je dalam kuali.


2. Goreng telur sambil hancur-hancurkan. Ketepikan.


3. Tumis bawang dan cili padi. Kemudian masukkan nasi, kailan dan semua bahan lain. Kacau sebati.

4. Akhir sekali masukkan ikan masin dan telur goreng tadi. Kacau sebati. Siap dihidang.



6. Resipi Nasi goreng Udang

Sumber : Shezlynn Yusof
Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan:

.

1. Udang - 12 ekor 

2. Dada ayam 

3. Sos tiram

4. Serbuk kunyit

5. Bawang putih - 4 ulas (diketuk)

6. Bawang besar - 1/2 biji (dirincik halus)

7. Cili padi - 4 biji (diketuk)

8. Cili sos

9. Kubis bulat - dipotong halus


Cara Masakan :


1. Gaul udang dan dada ayam dengan minyak dan sos tiram. Kemudian goreng sampai masak dan ketepikan.


2. Guna minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. Masukkan 3 sudu sos tiram dan 5 sudu sos cili dan goreng sebati.


3. Masukkan kubis bulat. Goreng sekejap, jangan sampai layu. Kalau rasa tawar boleh masukkan garam sedikit.


4. Masukkan nasi dan gaul sebati. Kemudian masukkan udang dan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau sebati.


5. Akhir sekali, hiasakan dengan bawang goreng, daun bawang dan cili besar. Siap dihidang.



7. Nasi Goreng Ayam

Sumber : Cik Merpati Putih
Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi putih

2. Bawang merah

3. Bawang putih

4, Cili kering dikisar - 2/3 sudu

5, Ayam 

6. Telur sebiji

7. Cili padi

8. Kicap manis

9.  Kiub pati ayam - 1/2 kiub

10. Sayur-sayuran 


Cara Masakan


1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian digoreng. Ketepikan.


2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili kering kisar. Goreng sampai pecah minyak.


3. Masukkan kuib ayam dan kicap manis. Kemudian pecahkan telur sebij dan kacau sebati.


4. Masukkan nasi putih dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan sayur dan gaul sebati. Jangan terlalu lama. Tutup api.


5. Akhir sekali, ketuk ayam goreng tadi dan cincang kecik seperti dalam gambar. Letak lah ayam tu dekat tepi pinggan ke, atas nasi ke. Kemudian hias dengan sos cili. Siap dihidang.



8. Resipi Nasi Goreng Sardin

Sumber : Resepi Dunia Masakan

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi - 4 mangkuk

2. Sardin cap ayam - 1 tin

3. Cili merah - 2 biji*

4. Cili api merah - 7 biji*

5. Bawang merah - 5 ulas *

6. Bawang putih - 3 ulas*

7. Sedikit belacan kalau suka

8. Garam & aji

* ditumbuk


Cara Masakan :


1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.


2. Kemudian masukkan ikan sardin. Hancurkan dan tumiskan hingga agak garing. Perasakan dengan garam dan aji.


3. Masukkan nasi dan gaul sebati. Siap!!



9. Resipi Nasi Goreng Kantan

Sumber : Resepi Dunia Masakan
Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


 Bahan-bahan


1. Nasi Putih

2. Bawang putih *

3. Bawang besar *

4. Cili padi *

5. Serai - 1 batang *

6. Belacan *

7. Ikan bilis *

8. Bunga kantan (dihiris)


* dikisar


Cara Masakan :


1. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi. 


2. Masukkan nasi dan gaul sebati menggunakan api yang besar. 


3. Kemudian masukkan bunga kantan dan perasakan hingga cukup rasa. Siap.



10. Resipi Nasi Goreng Budu

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi

2. Bawang putih - 1 ulas (untuk saiz besar)

3. Bawang merah besar - 1 biji

4. Cili padi - 5 biji

5. Serai - 1 batang

6. Ikan rebus goreng / ikan goreng / ikan kering goreng

7. Sayur-sayuran

8. Budu


Cara Masakan :


1. Tumis bawang, cili padi dan serai sampai baik bau. Lagi sedap kalau bawang tu hangit-hangit sikit.


2. Kemudian masukkan ikan dan sayur. Kacau sebati. 


3. Masukkan budu secukup rasa. Kemudiaj masukkan nasi dan kacau sebati.



11. Resipi Nasi Goreng Sotong

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi -  4 cawan nasi

2. Sotong - 500 gram (saiz kecil)

3. Telur - 2 biji

4. Cili merah - 2 biji

5. Cili api - 3 biji

6. Bawang merah - 5 biji

7. Bawang putih - 2 biji 

8. Sedikit belacan

9. Sedikit udang kering

10. Serbuk cukup rasa - 1 sudu kecil

11. Kicap masin - 1 sudu besar

12. Sos tiram - 1 sudu besar

13. Secubit garam


Cara Masakan :


1. Kisar kasar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering.


2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong hingga airnya kering.


3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Pecahkan telur dan kacau sebati.


4. Tambahkan sos tiram, kicap masin, serbuk cukup rasa dan garam. Kacau sebati.


5. Masukkan nasi diikuti dengan sotong. Gaul hingga nasi dan sotong mesra dengan bahan-bahan kisar yang ditumis tadi dan bahan-bahan lain. Kalau ada sayur boleh tambah sayuran.



12. Nasi Goreng Cili Api

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi - 8 cawan

2.  Bawang besar- 1 biji (dimayang)

3. Ikan sardin- 1 tin (ambil isi ikan saja dan hancurkan kasar-kasar)

4. Kacang buncis

5. Bawang merah - 3 biji *

6. Bawang putih - 2 ulas *

7.  Ikan bilis - 1-2 genggam *

8.  Cili api kampung - 15 biji *


* ditumbuk kasar


Cara Masakan :


1. Tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.


2. Masukkan isi ikan sardin dan kacau semua bahan menjadi rata. Masukkan garam.


3. Seterusnya masukkan nasi dan sayur buncis. Gaul sebati. Siap.



13. Resipi Nasi Goreng Kerabu

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Bawang Merah (ditumbuk) 

2. Nasi Putih

3. Isi Ayam

4. Bunga Kantan

5. Serai

6. Timun

7. Kacang Panjang

8. Kobis

9. Telur

10. Garam


Cara Masakan :


1. Tumis bawang merah hingga naik bau.


2. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil. Goreng hingga ayam empuk.


3. Masukkan telur. Kacau perlahan.


4. Masukkan nasi putih dan seterusnya masukkan semua sayur-sayuran yang telah dihiris nipis tadi tu. Gaul sebati.


5. Perasakan secukupnya dan gaul sebati.  Siap.



14. Resipi Nasi Goreng Ladna

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan Nasi Goreng :


1. Nasi putih

2. Bawang putih - 2 ulas (dicincang)

3. Kicap secukup rasa

4. Garam secukup rasa


Bahan-bahan Kuah Hailam :


1. Kiub ayam - 1/2 kiub

2. Udang - 5-6 ekor 

3. Air - 2 cawan

4. Tepung jagung - 1 sudu besar (larutkan dengan sedikit air)

5. Sos tiram - 2 sudu besar

6. Sedikit serbuk lada hitam

7. Garam secukup rasa

8.Sayur-sayuran - kobis / kobis bunga / cendawan butang / tofu dll)


Cara Masakan Nasi Goreng :


1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan nasi dan goreng rata.


2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi. Ketepikan / boleh letakkan terus di atas pinggan.


Cara Masakan Kuah Hailam :


1. Masukkan air ke dalam kuali. Kemudian masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.


2. Masukkan udang, serbuk lada hitam dan sos tiram.


3. Bila udang dah agak-agak masak, masukkan sayuran dan perasakan dengan garam.


4 Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.


5. Kemudian boleh tuang ke dalam pinggan nasi tadi.



15. Resipi Nasi Goreng Cina

Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan :


1. Nasi putih

2. Ayam dipotong kecil

3. Bawang putih - 4 ulas  (dicincang)

4. Telur - 2 biji

5. Sedikit sayur campur

6. Garam

7. Serbuk perasa

8. Serbuk lada putih

9. Bawang goreng - hiasan

10. Daun bawang - hiris


Cara Masakan :


1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak. 


2. Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.


3. Ketepikan rencah dekat tepi kuali, masukkan telur dan kacau rata.


4. Masukkan nasi dan kacau supaya bersalut dengan telur tadi. Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa. Kacau rata dan tutup api. 


5. Sebelum hidang, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang dihiris, jika suka. Sedap jika dimakan bersama ikan bilis goreng yang ditabur semasa hendak makan.



15 Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan Reviewed by Ana Suhana on July 27, 2021 Rating: 5

4 comments:

  1. Aneka resipi nasi goreng boleh cuba dan tukar-tukar ni.

    ReplyDelete
  2. Semua sedap dan buat terliur dahlah singgah sini memalam hishhhh lapooo dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Semua resepi senang. Dah tak tahu nak amik resepi mana. Semua sedap!

    ReplyDelete
  4. Nasi boreng budu win.. ada budu je jadi.. semua nasi goreng sedap.. tgh lapar nie.. hihi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.