Deko Bajet Meja Makan. Nampak Macam Baru Dengan Kos Bawah RM20 Jer!!

Deko Bajet Meja Makan!! Nampak Macam Baru Dengan Kos Bawah RM20 Jer!! l Assalamualaikum. Sejak giler mendeko rumah ni, macam-macam benda Ana rasa nak beli dan ubah. Kalau boleh semua nak yang baru. Haha. Macam lah banyak duit. Lupa yang diri tu tak bekerja dah.
Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20

Deko Bajet Meja Makan. Nampak Macam Baru Dengan Kos Bawah RM20 Jer!!


Bila dah giler terjebak dengan deko mendeko ni,  kadang-kadang tewas juga. Seronok nau berbelanja, tengok-tengok duit dah susut dalam bank. Haa amik ko. Baru insaf sekejap. Tapi rasa puas dapat tengok rumah kemas dan cantik kan. 

Awal bulan hari tu berjaya pujuk rayu En Suami belikan drawer baru untuk ruang tamu. Sebabnya drawer sedia ada dah patah sebab kena pijak dengan Syafi masa dia tengah lasak dulu. 

Tapi nama pun manusia kan. Mana pernah puas kan. Dah bagi betis nak peha pulak. Hahaha. Plan nak pujuk En Suami beli kan meja makan pulak sebab meja sekarang ni dah tak cantik atas dia. Kayu-kayu dah terkopek dan timbul-timbul. Dulu rajin pakai alas meja, lepas tu Syafi makan asyik jatuh kuah lah, kicap lah, air susu tepung lah terus tak pakai dah. Basuh pun tetap nampak comot alas meja tu. Last last togel kan je meja makan tu.  

Pikir punya pikir, tak sampai hati nak minta belikan meja makan baru. Meja ni masih elok dan kukuh. Cuma atas tu je yang buruk. Last last Ana beli alas meja jenis PVC dekat Shopee. Senang nak cuci kalau kotor sebab tak resap air kan.
Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20
Alas meja selamat sampai tapi Ana tak pasang lagi. Nak jadi cerita malam tu duduk berdua dengan En Suami. Memasing sibuk tengok Shopee. Tengah ada kempen Shopee 7.7 kannnzz.

Tengah-tengah scroll tu tetiba Ana ternampak stiker untuk meja makan. Heyyy cantiknya. Macam island dekat rumah omputeh dalam HGTV tu. Berkenan lah pulak. Terus tunjuk dekat En Suami. Dia pun berkenan sama. Ada banyak design pulak tu.
Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20
Last-last kitorang pilih design Royal Black Marble. Sebab meja asal memang warna hitam. Ingat nak beli warna putih tapi rasa macam tak kena pulak. Kitorang beli 6 meter dengan harga RM19 with FREE shipping dari China. Murah kan!! Ana beli dekat sini Marble Waterproof Sticker. Tapi sebenarnya ada lagi murah dalam Malaysia. Korang kena pandai cari. Ana jumpa masa dah pasang stiker ni. Cuma kualiti Ana tak pasti. 

Tak sampai seminggu, stiker tu sampai depan pintu rumah. Good job seller, good job Shopee Express. Apa lagi terus lah minta En Suami pasangkan. I is tak sabar!! 

Tapi sebelum pasang, kena kikis dulu kayu-kayu yang terkopek atas tu. Kang kalau tak kikis, stiker tu akan jadi menggerutu. Dah tak lawa. Lepas kikis, cover yang lubang-lubang tu dengan wood filler supaya rata. Then biar kering kejap. 
Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20

Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20
Then baru boleh pasang stiker tu. Nak pasang kena 2 orang. Baru kemas. Sorang tukang tarik bagi tegang stiker tu, sorang lagi tukang ratakan stiker masa nak lekat tu. Ratakan pakai plastic scrapper tapi cover dengan kitchen towel paper supaya tak tercalar stiker tu nanti. Kuat tau stiker ni bila dah melekat. So pandai-pandai lah korang adjust.
Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20
Kalau ada bubble bubble kecik tu korang cucuk guna jarum je untuk buang udara yang terperangkap dalam tu. Selesai masalah.
Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20
Dalam 40 minit dah siap tampal satu meja. Taraaaaa.....ni lah hasilnya. 
Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20

Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20

Cantik tak? Bagi Ana cantik sangat dah ni. Nampak macam mahal lah pulak corak marble tu. Macam island dekat rumah-rumah banglo pulak. Aisshh moga ada rezeki kitorang dapat duduk banglo pulak lepas ni. Senang bina banglo atas tanah sendiri kalau tau cara sebenarnya tau. Cuma ramai je yang tak tahu.

Ok berbalik pada cerita stiker tu balik. En Suami pun puas hati. Kualiti stiker memang terbaik. So far dah guna beberapa hari, dah kena air still ok. Tak basah pun stiker tu. Ana tunjuk dekat mak dengan adik Ana, dorang pulak berkenan. Siap request buatkan dekat rumah mak macam ni. 
Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20

Deko Meja Makan Bajet Bawah RM20
Tak sangka meja makan dah lawa. Sedap mata memandang. Baru lah semangat nak mendeko bahagian yang lain. Hehe. Siapa kata nak sesuatu yang cantik kena belanja mahal kan. Yang penting kena kreatif. Nanti Ana share part lain yang dah selesai kemas dan deko pulak ok. Deko murah-murah je u olls. 



Deko Bajet Meja Makan. Nampak Macam Baru Dengan Kos Bawah RM20 Jer!! Reviewed by Ana Suhana on August 25, 2020 Rating: 5

30 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah. Guna stiker pun boleh nampak mahal skrg ni

      Delete
  2. Cantik dan nampak baru terus meja makan tu.m sukanya.. Nak g usha jugak la utk meja makan ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Mak kak ana pun request buat kat meja rumah dia nanti.

      Delete
  3. Cantik. Macam meja marble betul.

    ReplyDelete
  4. cantik! nampak macam corak meja real

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis. Naik corak dan color dia lepas lekat atas meja. Tak sangka lawa mcm tu

      Delete
  5. Lawa laaa... Nampak mewah, mahal design Mable hitam tu... Kurlasss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak. Nampak mahal dengan kos yang amat murah.

      Delete
  6. Cantik Ana.. nampak mahal kan, nanti nak usha juga lah sticker yang sesuai untuk rumah Kak Sue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kak su kalau pakai stiker ni lg letop nanti. 🤩

      Delete
  7. cantik! nampak mahal meja tu bila dah pasang sticker :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Corak dengan color dia naik lepas pasang stiker tu.

      Delete
  8. Cantik pulak meja kak ana..macam meja baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal. Mujur tak beli meja baru. Rugi je. Hehe

      Delete
  9. Cantek sangat, macam meja makan mahal dah tengok. Memangvterbaik, nak beli jugak la corak marble ni

    ReplyDelete
  10. Mewah terus selepas dia. Nice!

    ReplyDelete
  11. Terus meja nampak mahal gitu.. Heehe

    ReplyDelete
  12. Cantiknya ana sticker tu. Lawa dah meja

    ReplyDelete
  13. Lawa! Nak bodek hubby i suh buat gini gak hahaha

    ReplyDelete
  14. cantik hasilnya ana, puas hati sebab kos pun sangat minima

    ReplyDelete
  15. x salah sekali-sekala berbelanja lebih utk hiasan dalaman. bila cantik dihias akan terasa kepuasan hati kan?

    ReplyDelete
  16. cantik !!! nampak macam letak marble betul.
    best nampak sbb shiny2 juga..

    ReplyDelete
  17. Cantik. Corak marble tu nampak macam table top marble yang mahal tu. Kreatif kak. jimat duit beli meja baru kan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.