8 Tips Untuk Mengelakkan Kecurian Kereta

8 Tips Untuk Mengelakkan Kecurian Kereta l Tahu tak korang yang setiap hari pasti ada saja kes kecurian kereta yang berlaku di negara kita?? Kes kecurian kereta ini memang sukar untuk kita elak terutamanya bila kita tinggal di bandar-bandar besar yang mempunyai populasi penduduk yang padat. 

8 Tips Untuk Mengelakkan Kecurian Kereta


8 Tips Untuk Mengelakkan Kecurian Kereta



Tak kisahlah apa jenis kereta yang kita pakai sekalipun, cuba bayangkan kereta kita tu kena curi. Lecehnya!! Sure banyak masalah yang kita kena hadap. Bukan saja kena buat laporan kecurian di balai polis, malah nak bergerak ke mana-mana pun susah.  Lagi-lagi kalau tu satu-satunya kenderaan yang kita ada. Memang haru dibuatnya.


Kalau kata kereta kita tu ditemui oleh polis sekalipun, bukan mudah tau nak dapatkan kereta tu balik. Sebabnya ada banyak prosedur yang kita kena lalui terlebih dahulu. Dan selalunya prosedur tu akan memakan masa yang lama. Berbulan-bulan tau.  Ada kes yang sampai bertahun. Lama tu.


Sediakan payung sebelum hujan!!


Sebelum perkara-perkara yang tak diingini berlaku pada kenderaan kesayangan kita tu, lebih baik kita amik langkah berjaga-jaga. Betul tak? Nak tahu macam mana kita boleh elakkan kereta kita dari dicuri, korang boleh baca tip-tip dekat bawah ni :


1. Letak Kenderaan Di Tempat Yang Strategik


Selalunya bila seseorang tu nak lakukan sesuatu kesalahan, dah pasti dia akan melakukannya di tempat yang sunyi, jauh dari perhatian orang dan gelap. Betul kan? 


Sebab itu penting untuk kita sentiasa meletakkan kenderaan kita di tempat yang terang dan ramai orang. Kalau boleh, elakkanlah daripada pakir di tempat yang sunyi dan jauh dari pemerhatian orang ramai.


2. Peka Dengan Keadaan Sekeliling


Walau letih bagaimanapun kita pada satu-satu masa itu, kita kena sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.  Sebelum keluar dari kenderaan, perhatikan keadaan terlebih dahulu. Pastikan selamat baru kita keluar. Macam mana nak tau keadaan sekeliling selamat? 


Kita kena perhatikan ada tak sesiapa yang nampak mencurigakan di kawasan sekitar? Atau perhatikan ada tak seseorang yang asyik perhatikan kenderaan kita dari awal kita sampai di kawasan parkir. Sekiranya ada, jangan ambil risiko dengan meletakkan kenderaan kita di situ. Kita kena percayakan kata hati kita. Sebaiknya kita cari tempat parkir yang lain atau boleh terus laporkan kepada mereka yang bertanggungjawab di kawasan tersebut.

 

3. Jangan Tinggalkan Barangan Atau Dokumen Penting di Dalam Kereta


Ni perkara yang paling kita kena take note. Walaupun kereta kita menggunakan cermin gelap sekalipun, ini tak bermakna mita boleh meninggalkan barangan atau dokumen penting sesuka hati di dalam kereta kita. Kalau kata terpaksa juga, dah takde pilihan lain, cuba sorokkan barangan tersebut dibawah tempat tertutup seperti di bawah surat khabar atau tikar lantai. Atau sebaiknya, simpan sahaja di dalam bonet kereta. Tapi make sure takde siapa yang nampak perbuatan kita tu ok!! 

 

4. Buat Baik Dengan Orang Sekeliling


Penting ke untuk kita berbuat baik dengan orang sekeliling? Eh mestilah. Dalam hidup bermasyarakat ni, kita kena sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling termasuklah dengan peniaga yang berniaga di kawasan berhampiran tempat kita letak kereta.


Kalau kata korang jenis yang pendiam sekalipun, at least tunjuk lah muka manis atau berikan senyuman pada mereka. Sebabnya sekiranya apa-apa berlaku pada kereta kita,  mereka akan  peka dan tahu tu kereta kita.


5. Pastikan Kereta Sentiasa Berkunci


Nak cepat macam mana pun kita, sebelum kita meninggalkan kereta kita, pastikan ianya telah benar-benar dikunci. Maklumlah kadang-kadang bateri alat kawalan kita tu boleh jadi lemah. Kesannya bila nak tekan pusat kawalan tu kena banyak kali baru lah berkunci kereta kita tu. So tak mustahil kereta kita tak berkunci seperti yang kita sangka jika masa kita keluar dari kereta tu, kita tengah sibuk bercakap di telefon atau tengah pegang dokumen atau barang yang banyak. 


6. Sorok Telefon Yang Sudah Tidak Digunakan Di Dalam Kereta


Ni salah satu tip menarik yang korang boleh cuba terutama bila korang ke satu-satu tempat yang korang rasa kurang selamat. 


Caranya korang boleh sorokkan telefon yang korang tak guna di dalam kereta. Tapi make sure lah bateri telefon masih penuh dan mempunyai data internet. Lepas tu korang synchronize dan log in” dengan akaun Google korang. So sekiranya terjadi something yang tidak diingini, korang boleh mengesan kembali kereta korang dengan menggunakan fungsi ‘Find My Phone’. Bijak kan? 

 

7. Arahkan Tayar Kereta Pada Bendul (curb) Atau Dinding Tempat Parking


Ni pula tip yang disaran oleh pihak polis. Dengan menghalakan tayar kereta korang ke arah bendul jalan atau dinding tempat parkir, ia pastinya akan menyukarkan penjenayah yang ingin mencuri kereta korang dengan menggunakan kereta trak tunda.

 

8. Balut Kunci Dengan Aluminium Foil


Mesti korang rasa macam pelik je kan!!  Tapi korang tahu tak ada gajet yang boleh mengesan signal kunci? Dan selalunya pencuri kereta akan menggunakan gajet ini. So salah satu cara untuk mengelakkan penjenayah dari menganggu signal kunci korang adalah dengan membalut kunci tersebut dengan aluminium foil. Simple je!! 

.

.

.

.

.

Seperi yang Ana cerita dekat atas, kecurian kenderaan merupakan satu jenayah yang sukar untuk dihapuskan. Tetapi tak bermakna kita kena pasrah je. Sebagai pemilik kenderaan yang bijak, kita masih boleh berusaha untuk mengelakkannya dari terjadi.


Antara keputusan yang kita boleh ambil untuk melindungi diri sendiri dan sekeluarga adalah dengan mendapatkan insurans kereta yang terbaik.


Fincrew, projek yang dimiliki oleh kumpulan NickMetrics dapat membantu korang untuk mencari polisi insuran dengan harga yang terbaik. Mereka akan membandingkan sebut harga insurans kenderaan daripada lebih 5 firma Takaful dan insurans di Malaysia supaya korang mendapat pelindungan yang tepat dan sewajarnya dengan harga yang berpatutan. 


Diharapkan semoga perkongsian tip-tip di atas yang Ana kongsi kali ini dapat membantu korang mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah pada masa akan datang. 


8 Tips Untuk Mengelakkan Kecurian Kereta Reviewed by Ana Suhana on November 09, 2020 Rating: 5

18 comments:

  1. Sekarang ni mmg kena beringat..kete, moto, bskl pun sng je orang curi kan.. insyaallah sentiasa kena bhati2 & alert..tip yg bagus utk diiukuti 👍🏼

    ReplyDelete
  2. Good sharing Ana.. memang kena beringat selalu sekarang nie kan..

    ReplyDelete
  3. wahhh tak pernah tahu bab tayar kena pusing arah dinding tu. Selalu biar tayar straight je. Thanks kak ana share tips

    ReplyDelete
  4. tips yang baik terutamanya bab letak handphone tu ...

    ReplyDelete
  5. Tambah ilmu dan pengetahuan, alhamdulillah. Terima kasih kongsi tips.

    ReplyDelete
  6. Tips yang letak telefon yang tak digunakan tu bijak. Betul boleh kesan lokasi direct.

    ReplyDelete
  7. thanks so much for sharing this, learnt much more about tips to avoid car stolen & at the same time reminds me to renew my family car insurance :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana share tips2 berguna ni. Saya tak pernah terfikir pun nak sorok phone dalam kereta utk tujuan tracking. Bijak!

    ReplyDelete
  9. Memang leceh kalau hilang kereta. Mesti ramai yang akan mendapat manfaat perkongsian gini. Thanks so much kerana saling mengingatkan

    ReplyDelete
  10. Bagusnya tips ini. Paling rare tips 6, 7 dan 8. Tak pernah tahu sebelum ni. Nanti nak try

    ReplyDelete
  11. tips no 6 tu memang sangat bernas. tak terfikir pulak. lepas ni boleh la try. kadang2 dekat rumah sendiri pun boleh kecurian kereta :)

    ReplyDelete
  12. Salah satu tips is sorok phone dalam kereta. Bijak. Zaman ekonomi tengah tak ketahuan ni, segalanya berkemungkinan. Better kita be prepared.

    ReplyDelete
  13. Interesting tip2 ni.. dulu kalau parking kereta mesti nak make sure tayar lurus ke depan.. make sense juga tip yang mereka sarankan.. boleh la share tip2 ni ngan my family and friends nanti..

    ReplyDelete
  14. banyak benda baru saya belajar..especially no 7 dan 8 tu. Terima kasih for sharing. Apapon kita kena beringat2 selalu.

    ReplyDelete
  15. Kalau nak pergi mana2 better ad eteman jangan sendiri2.. Tapi kalau dh terpksa sendiri nak buat macam mnaa kan. Memang tips verguna ni.. Kunci balut dengan aluminium semua

    ReplyDelete
  16. Menarik sharing ni! Sekarang makin byk pula kes kecurian berlaku kan! Baik berhati2 sblm terkena!

    ReplyDelete
  17. Tips no 8 tu firsttime dengar tau.. Tapi tu la memang tak sangka itu tujuannnya. Terima kasih untuk tips ni semoga kita sama-sama mengelakkan dari kecurian kereta kita

    ReplyDelete
  18. This is very good tips sharing. I mentioned everything to my hubby on all your tips and he said wanna try it out too

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.