Eng's Popcorn - Produk Muslim Setanding Popcorn Mahal. Sedap dan Rangup Tapi Murah.

Eng's Popcorn - Produk Muslim Setanding Popcorn Mahal. Sedap dan Rangup Tapi Murah l Assalamualaikum. Siapa kalau setiap kali masuk wayang wajib beli popcorn, kita geng. Tapi sejak ada anak ramai ni, memang dah stop aktiviti tengok wayang ni. Lebih tengok wayang di rumah je. Yang penting, popcorn wajib ada.
Eng's Popcorn - Popcorn Caramel Sedap, Rangup & Murah

Eng's Popcorn - Produk Muslim Setanding Popcorn Mahal. Sedap dan Rangup Tapi Murah.


Siapa kata tak best tonton movie dekat rumah? Bagi Ana, best je. In fact lagi selesa. Boleh baring-baring lagi. Cuma agak ketinggalan sikit je. Ye lah orang lain dah lama layan citer tu tapi kita baru nak tengok kan. Tapi apa de hal. Yang penting keselamatan diri terjamin. Lagi-lagi bila ada anak-anak kecik kan.

Walau layan movie dekat rumah je, tapi tetap seronok ok. Pasang aircond, tutup semua lampu dan kuatkan bunyi speaker. Korang yang dah ada plan nak bina banglo sendiri tu, jangan lupa buat satu bilik khas untuk menonton. Mesti syok layan movie. Dan paling penting ada Eng's Popcorn. Baru syok feeling dia. Lagi-lagi bila layan filem aksi dan seram. Hehe. 

Serius padu rasa Eng's Popcorn ni korang. Memang tak rugi untuk dicuba. Dijamin 200% korang akan puas hati. Rasa dia setanding popcorn mahal dekat shopping mall tu. Mesti lepas ni korang tak kan pandang popcorn lain.

Eng's Popcorn Penuh Dengan Limpahan Karamel.


Sekali dengar nama Eng's Popcorn ni, ramai yang tak tahu sebenarnya popcorn ni adalah produk Muslim Bumiputera dan dijamin halal. So korang boleh lah makan tanpa was was ok. Kenapa Ana kata Eng's Popcorn ni padu?

1.  Eng's Popcorn ini dimasak segar. Maknanya apa yang korang dapat tu semua stok baru. Takde istilah stok lama sebab demand untuk popcorn ni sentiasa ada dan semakin banyak. Sampai tak menang tangan team production dorang. Lambat order sikit kena tunggu next production pulak.
Eng's Popcorn - Popcorn Caramel Sedap, Rangup & Murah

2. Untuk pengetahuan korang, Eng's Popcorn menggunakan Premium South African Mushroom Popcorn Kernel. So bila dah masak, popcorn ni jadi lebih rangup krup krap krup krap. Memang layan beb. 

3. Eng's Popcorn penuh dengan salutan karamel di setiap popcorn dia. Tak kedekut langsung ok!! Korang tak kan jumpa popcorn yang plain dalam balang tu. Memang syok makan. Jadi ketagih sampai susah nak berhenti. Kemain sedap rasa dia.
Eng's Popcorn - Popcorn Caramel Sedap, Rangup & Murah

4. Macam yang korang nampak, cantik sangat kejadian Eng's Popcorn ni kan. Warna dia kemain mewah macam guna pewarna tambahan je. Tapi jangan risau. Eng's Popcorn tak menggunakan warna tiruan tau. Apa yang korang nampak tu sebenarnya warna dari sos karamel tu sendiri. Takde warna tambahan digunakan.

5. Last but no least, of course harga Eng's Popcorn ni yang mesra harga rakyat marhaen macam Ana. Kalau nak banding dengan harga popcorn kayangan dekat mall tu, memang banyak lah beza dia. Tapi rasa memang sama wei. Buat apa nak bazir beli yang mahal kalau boleh dapat yang murah kan!!
Eng's Popcorn - Popcorn Caramel Sedap, Rangup & Murah

Oh ya, Eng's Popcorn ni di datangkan dalam 4 jenis saiz tau iaitu Teeny, Newborn, Biggie dan Kilo Pack.

Beli Eng's Popcorn di Eng's Popcorn Northern

Tak caya lagi betapa rangup, sedap dan padu nya Eng's Popcorn n, korang boleh tengok sendiri video dekat bawah ni.

Haa amacam, terliur tak tengok. Hehe. Tunggu apa lagi, jom lah order Eng's Popcorn ni di Fb page atau IG Eng's Popcorn Northern atau nak senang tekan je link WhatsApp dekat nombor di bawah ni ok. Selamat mencuba korang.


Eng's Popcorn - Produk Muslim Setanding Popcorn Mahal. Sedap dan Rangup Tapi Murah. Reviewed by Ana Suhana on July 22, 2023 Rating: 5

13 comments:

  1. wow that looks so good. they are perfectly an indulgence :)

    ReplyDelete
  2. Alarh! Sedapnyaaaaa! Terliur cx tengok. Dahlah hantu popcorn hehhe. Lagi best bila melimpah karamel cenggini haa. Nak juga la.

    ReplyDelete
  3. wah jaminan 200% dr ana ni..ciktom kena cuba..bagus byk jenis pack blh pilih..mesti sedap ni nampka mcm karamel tu salut tebal je kt popcorn

    ReplyDelete
  4. Ramai kata best ! Takleh jadi ni .. kang kita lak ketinggalan merasa. Nanti Sal try ya. Boleh share ngan geng opis..hehhe

    ReplyDelete
  5. pernah makan ni, mmg sedap gila.. makan pastu ralit ! cepat ja habis sebalang tu...
    karamel dia.. tebal and puas

    ReplyDelete
  6. Dengar bunyi Kak Ana makan krup krap krup krap, terasa nak dapatkan jugak lah. LeYa pun semenjak covid19 tak pergi wayang jugak. Memang tonton kat TV je

    ReplyDelete
  7. Aduh.... Nampak crunchy sedap giler Popcorn tu, nina suka! Makan santai ngan family. Packaging menarik! Nak order laaaa nanti

    ReplyDelete
  8. Besar popcorn dia.. Memang layan makan popcorn time tgk tv.. Kdg buat kudap2 petang macam tu.. Bolehla nnati beli..

    ReplyDelete
  9. wow Eng's Popcorn looks so delicious! my anak love popcorn so I would give it a try

    ReplyDelete
  10. Sis memang suka pop corn apatah lagi diaaluti karamel memang terbaik... sambil tonton movie sambil makan memang layan habis..

    ReplyDelete
  11. Pop corn ni nampak sedap setanding yg premium dipasaran. Sangat menarik. Boleh beli stok makan sambil tgk Netflix

    ReplyDelete
  12. suka tengok eng's popcorn nie sebabnya saiz popcorn dia gebu2. caramel yang disalut pon nampak rata. kena buat stok banyak2 dekat rumah nie. sekali ngap satu balang sekejap je habis

    ReplyDelete
  13. wah nampak sedap and menyelerakan betul eng's popcorn .. warna dia mengancam..mesti crunchy crunchy bila makan ni :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.