Nak Beli Kereta Terpakai? Nah 6 Panduan dan Tips Yang Pembeli Perlu Tahu

Nak Beli Kereta Terpakai? Nah 6 Panduan dan Tips Yang Pembeli Perlu Tahu l Assalamualaikum. Pernah tak korang terfikir untuk beli dan pakai kereta terpakai aka second hand car? Ada sesetengah orang berpendapat tak class pakai kereta terpakai ni. Betul ke?

6 Panduan dan Tips Beli Kereta Terpakai


Nak Beli Kereta Terpakai? Nah 6 Panduan dan Tips Yang Pembeli Perlu Tahu


Tak semua mampu untuk beli kereta baru. Betul tak? Lagi-lagi mereka yang mempunyai sumber kewangan atau pendapatan bulanan yang rendah. Tapi tu tak bermakna mereka tak boleh memiliki sebuah kereta walau sekadar kereta terpakai.


Sebenarnya kereta ni dah jadi salah satu keperluan, bukan kehendak semata. Sama macam keperluan untuk memiliki rumah sendiri. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai atau warga tua yang memerlukan kenderaan untuk bergerak ke sana sini terutama ke hospital. Ana sendiri ada ahli keluarga yang perlukan kereta untuk berulang-alik ke hospital setiap bulan. Dan adik-adik Ana sendiri antara yang beli kereta terpakai untuk memudahkan pergerakan kami semua.


Tapi ok ke beli kereta terpakai ni?? Bukan kereta terpakai ni cepat rosak ke??


Siapa kata kereta terpakai cepat rosak? Salah tu. Kita kena ubah mindset kita. Kita kena ingat, tak semua yang baru tu elok serba serbinya. Dan tak semua yang terpakai tu tak elok sama sekali. Sama juga dengan kereta. Tak semestinya kereta baru tak kan ada masalah!!


Sama lah juga dengan kereta terpakai. Tak semua kereta terpakai tu tak bagus dan cepat rosak. Ramai je yang dah pun beli kereta terpakai, tapi condition kereta tip top dan like new lagi. Tapi korang kena lah pandai cari dan tahu perkara-perkara yang perlu diambil kira masa nak beli sesebuah kereta terpakai tu. Bukan membuta tuli terus beli tanpa melakukan pemeriksaan rapi. 


Kelebihan Beli Kereta Terpakai


Sebenarnya kalau korang nak tahu, ada kelebihan tau bila kita beli kereta second hand ni. Haaa kalau tak percaya korang boleh baca point dekat bawah ni :


1. Beban hutang yang lebih rendah

6 Panduan dan Tips Beli Kereta Terpakai

Ukur baju di badan sendiri. Bila nak beli satu-satu kereta tu, benda pertama yang korang kena tengok ialah bajet sendiri. Kalau rasa tak mampu nak beli kereta baru, tak perlu rasa malu untuk beli kereta terpakai. Berbanding dengan kereta baru, harga kereta terpakai jauh lebih murah dan bayaran bulanan juga rendah. So perbezaan tu membolehkan kita saving atau spend untuk benda-benda yang lain.


2. Pelbagai pilihan walau bajet rendah


Seronoknya bila beli kereta terpakai ni, dengan bajet yang rendah korang masih mempunyai kereta yang banyak. Contohnya, dengan hanya bajet RM30-RM50k, pilihan model kereta adalah terhad untuk kereta baru. Tapi kalau korang cari kereta terpakai, jangan terkejut pada julat harga tersebut korang mampu beli kereta model premium yang tak pernah korang jangkakan.


3. Insuran yang lebih rendah


Kereta baru bukan saja mahal dari segi harga jualan, malah insuran tahunan juga agak tinggi pada beberapa tahun pertama. Tapi kalau kita beli kereta terpakai, insuran tahunan jauh lebih rendah. Boleh jadi hanya beberapa ratus sahaja. Lagi-lagi kalau kereta tersebut tak pernah claim apa-apa sejak dari pembelian awal. Lagi banyak pemotongan (NCD) boleh dibuat.


Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta Terpakai


Nah part ni korang kena hadam baik-baik sebelum beli sesebuah kereta terpakai. Biarlah nampak lah knowledgable sikit bab-bab kereta terpakai kan. Tak lah senang-senang nak kena tipu masa beli tu. Hehe.


1. Survey secara online 


First thing first, lepas set bajet dan sebelum pergi ke mana-mana kedai kereta terpakai, make sure korang survey secara online dulu. Ada banyak website yang korang boleh survey. Compare harga satu kereta dengan kereta yang lain dari beberapa kedai kereta terpakai yang berdekatan. 


2. Pilih kereta dengan usia di bawah 5 tahun


Nak dapatkan kereta terpakai yang tiada atau kurang bermasalah atau yang masih dalam keadaan baik, korang kena pilih kereta yang berusia bawah 5 tahun dari tahun pengeluarannya. Contohnya sekarang tahun 2020 kan, so korang kena limitkan untuk beli kereta yang dikeluarkan pada tahun 2016 ke atas sahaja.


3. Periksa mileage & jadual servis

6 Panduan dan Tips Beli Kereta Terpakai

Nak beli kereta terpakai, kena cari kereta yang mileage nya rendah. Sebabnya ini menunjukkan yang kereta terpakai ini kurang berjalan jauh dan kurang risiko lusuh.


Kemudian semak jadual servis jika ada. Kereta yang mempunyai jadual servis yang teratur berkemungkinan besar berada dalam kondisi yang sangat baik. Korang juga boleh nampak mana-mana bahagian yang bermasalah dalam jadual tersebut.


4. Periksa kenderaan secara keseluruhan


Set tarikh untuk tengok sendiri kondisi kereta tersebut. Kalau boleh bawa kawan yang arif bab kereta supaya mereka boleh bantu korang periksa dan pastikan setiap bahagian luar dan dalam kereta berfungsi dengan baik. Ini termasuk di bahagian enjin, bonet, but, aircond dan lain-lain. Kalau nampak mana-mana kerosakan, bagitau dengan owner atau jurujual tersebut dan minta mereka baiki jika korang masih berminat dengan kereta tersebut.


5. Pandu uji sendiri 


Akhir sekali, minta izin untuk pandu uji kereta tersebut sendiri. Masa pandu uji ni lah kita boleh tengok keadaan sebenar kereta tersebut. Uji cengkaman brek, kesejukan aircond, pertukaran gear dan lain-lain. Make sure semuanya dalam keadaan yang baik.


6. Beli dengan penjual yang dipercayai


Make sure kedai atau penjual yang korang deal tu boleh dipercayai. Ramai yang kena tipu sekarang ni kan. Nak senang dan selamat korang boleh beli di Carsome. Semua panduan dan tips yang Ana share dekat atas tadi, semua boleh buat di Carsome. Best kan?? Eh kalau korang nak jual kereta melalui Carsome pun boleh!!

6 Panduan dan Tips Beli Kereta Terpakai

Tak kisah lah berapa had bajet korang, di Carsome pelbagai model kereta menanti korang untuk dipilih. Dari kereta jenis hatcback yang popular hingga lah ke MPV, semua ada. Menariknya harga yang dipaparkan di atas talian tu lah harga yang korang perlu bayar. Takde kos tersembunyi atau kos tambahan yang lain!!


Bagi korang yang tak arif bab-bab kereta, jangan risau sebab Carsome boleh bantu korang atasi masalah tu.

6 Panduan dan Tips Beli Kereta Terpakai

Di Carsome, kesemua kereta terpilih adalah Carsome Certified. Ini bermaksud kesemua kereta telah menjalani pemeriksaan di 175-point, tanpa sejarah kemalangan besar, tanpa kerosakan pada kerangka  atau kerosakan akibat banjir. So korang tak perlu risau dengan kondisi kereta-kereta yang ada di sini. Semua dijamin dalam keadaan baik. Nak best lagi korang akan dapat 5 hari jaminan wang dan 1 tahun waranti bila korang beli kereta di Carsome. Nak risau apa lagi kan??


Ok lah tu je yang Ana nak share kali ni. Di harapkan perkongsian kali ni dapat beri sedikit info dan panduan buat korang yang merancang untuk beli kereta terpakai. Ingat jangan malu pakai kereta terpakai sebab lagi malu pakai kereta baru dan mahal tapi payment dengan bank sangkut berbulan-bulan dan akhirnya kena tarik. Betul tak??







Nak Beli Kereta Terpakai? Nah 6 Panduan dan Tips Yang Pembeli Perlu Tahu Reviewed by Ana Suhana on July 27, 2023 Rating: 5

12 comments:

  1. Good sharing Ana.. Kak Sue pun guna kereta terpakai juga.. 😉

    ReplyDelete
  2. Bagus info ni ...sebab tak semua orang faham akan pembelian kereta terpakai ni. Nampak elok beli, tapi hakikatnya bertambah menambahkan beban jika tak pandai dan tersalah beli...

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan info yang dikongsikan. Dulu masa 1st car Nina pun 2nd hand car jer. Guna pakai tips yang ada memang berbaloi. Sampai la ni kete tu masih berbakti. Sekarang my mum pakai bawak dekat-dekat. Jadi laaa

    ReplyDelete
  4. To be honest, I don't think that second hand car is bad after all! My parents just bought second hand car and it looks fabulous! Thanks for the information & tips!

    ReplyDelete
  5. Bagus tips macam ni. Waktu sekrg kalau nak kereta better yang secondhand tapi masih elok.. Nad pun duk usha kat carsome ni.. Ade carsome terdekat dekat rumah ni..

    ReplyDelete
  6. Pakai kereta second hand ni tak low class la. Tapi rasanya ramai yg taknak sebab tak cukup pengetahuan ttg kereta, takut kena tipu, dsb.

    ReplyDelete
  7. i love this article. learned so many important tips just in time to buy a secondhand car. thanks for sharing this! :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this platform. It is very transparent and make it very convenient for those who want to buy second hand car.

    ReplyDelete
  9. second hand cars can be good for value. Thanks for intro the app I shall take a look at it when buy car next

    ReplyDelete
  10. Kereta terpakai ni bagus je sebenarnya kalau pandai cari dekat trusted seller.. Kalau rasa nak jual kereta pun macamtu kan, kena rajin jaga maintenance kereta.. Baru boleh jual harga terbaikk..

    ReplyDelete
  11. Wah banyak kita belajar dr artikel ni. Nanti nak kongsi dengan husband kebetulan dia nak cr kereta

    ReplyDelete
  12. woow...learnt so many good tips of buying an used car, valuable sharing, thanks!
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.