Pengalaman Kena Suntikan Dexa Kerana GBS Positive
Pengalaman Kena Suntikan Dexa Kerana GBS Positive l Assalamualaikum. Baru-baru ni ternampak posting seorang kawan di Fb yang tanya siapa yang pernah kena suntikan Dexa. Sakit ke tak? Bila baca komen-komen dekat posting tu, buat Ana terus teringat Pengalaman Kena Suntikan Dexa Kerana GBS Positive masa kandungan anak kedua berusia 7 bulan. Sakit ke idok?
Pengalaman Kena Suntikan Dexa Kerana GBS Positive
Kenapa Ana kena suntikan Dexa ni? Ceritanya masa kandungan Ana berusia7 bulan, Ana alami spotting 2x dalam masa seminggu. Fresh blood clot to be exact. Bila scan di klinik, tengok semua normal. Uri pun elok je dekat bahagian atas. Doktor suggest buat pemeriksaan di hospital. Terus Ana pergi ke hospital Selayang. Korang boleh baca cerita penuh dekat sini tentang pengalaman kena GBS positive.
Dipendekkan cerita, 1st time spotting doktor memang takde bukaan pun. So doktor just amik swab dekat bahagian vagina, then boleh balik. Tepat seminggu kemudian, keluar lagi sekali spotting. Petang tu terus ke hospital. Masa tu result swab last week dah keluar dan Ana disahkan ada GBS positive. Terus kena warded sebab nak pantau dan untuk beri suntikan Dexa sebanyak 2 dos.
Apa Itu Suntikan Dexa?
Suntikan dexa merupakan suntikan kortikosteroid yang diberi kepada si ibu yang berisiko untuk mengalami kelahiran pramatang (KP) di antara minggu ke-24 hingga minggu ke-36 kehamilan.
Baca juga : Makanan Ibu Mengandung Untuk Diet Berkhasiat
Risiko kelahiran pramatang ini biasanya terjadi apabila berlakunya kontraksi pramatang, air ketuban pecah atau meleleh atau apabila terdapat tanda-tanda kelahiran. Antara faktor yang boleh menyebabkan KP ialah :
1. Pernah ada sejarah KP
2. Mengandung kembar
3. Pernah menjalani pembedahan di bahagian serviks
4. Struktur rahim yang tidak normal
5. Pendarahan rahim semasa mengandung
6. Ibu hamil yang mengambil dadah dan yang menghisap rokok
7. Jangkitan kuman di pundi air kencing, rahim dan faraj
8. Berat badan yang terlalu ringan atau berat badan tidak meningkat semasa mengandung.
8. Air ketuban yang terlalu banyak
9. Kurang darah merah yang ketara semasa mengandung
10. Mengandung terlalu kerap
11. Mengandung pada usia remaja.
12. Stres (fizikal & psikologi) semasa mengandung
Tujuan Suntikan Dexa Kepada Bayi Pramatang
Suntikan dexa bertujuan untuk meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan dan mengurangkan risiko bayi tersebut dari mendapat komplikasi yang serius seperti masalah pernafasan (disebabkan paru-paru bayi yang masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman serta masalah pada salur pencernaan.
Suntikan Dexa Adalah Selamat
Dah nama pun suntikan, of course lah korang akan disuntik kan. Hehe. Untuk Suntikan Dexa ni, korang akan disuntik pada bahagian otot, sama ada di peha, lengan atau punggung. Sebanyak 2 dos akan diberikan dan ada sesetengah kes sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Korang tak perlu risau sebab banyak dah ibu-ibu hamil yang kena suntikan ni. Dan suntikan Dexa ni selamat untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Sakit Ke Suntikan Dexa ni?
Ni soalan paling popular bila ibu-ibu hamil bila tahu yang mereka akan diberikan suntikan Dexa. Macam pengalaman Ana sendiri, Ana tak sempat pun nak google atau tanya kawan-kawan sebab Ana dah kena suntik dos pertama di PAC lagi. So memang Ana takde idea tentang suntikan ni.
Ana kena suntik dekat bahagian punggung. Masa memula serah diri ingat macam suntikan biasa. Sekali amik ko. Kejang kejap badan. Boleh tahan sakit juga suntikan Dexa ni. Lepas tu terus rasa sengal dekat bahagian punggung tu. Hahaha. Nurse siap pesan baring dulu lepas kena suntik ni. Tapi kita bajet kuat, terus bangun duduk dekat kerusi menunggu.
Suntikan dos kedua diberikan lepas 12 jam dari suntikan dos pertama. Dos pertama Ana kena dalam pukul 6.30 petang macam tu. So dos kedua dalam pukul 6.30 pagi. Ana lupa tentang masa dos kedua tu. Balik dari solat Subuh tengok nurse dah tunggu dekat katil. Terus berdebar dibuatnya.
Sampai katil, tak cakap banyak terus serah diri. Nurse kali ni nurse yang dah berusia sikit akak nurse senior. Peramah. Siap bagitau suntikan Dexa ni sakit tau sebab dia pun pernah kena dulu. Ana angguk je lah. Masa nak suntik dia suruh tarik nafas. Terasa jarum tu masuk kat kulit tapi biasa dah kena suntik masa mengandung ni kan. Dok tunggu juga rasa sakit macam semalam tu, tapi takde pulak. Tau-tau selesai dah 2 dos. Fuhhh kemain lebar Ana senyum masa tu. Lega-seleganya sebab tak sakit kan. Haha. Padahal nak beranak lagi beribu kali sakit.
Bila Ana baca lepas tu, suntikan Dexa ni memang pekat. So nurse kena suntik secara perlahan-lahan dalam masa 2 minit. Kalau suntik laju, tu yang terasa sakit sangat tu. So Ana buat conclusion sendiri yang nurse dekat PAC tu suntik cepat-cepat sebab PAC kan sentiasa ramai ibu-ibu hamil nak buat pemeriksaan. Manakala nurse kedua suntik dengan berhemah dan perlahan. Sebab tu tak rasa sakit. Lagipun nurse tu dah berpengalaman, so dia tau macam mana nak handle suntikan Dexa ni.
So pada ibu-ibu hamil yang risau tentang suntikan Dexa ni, nasihat Ana tak perlu risau pun. Sakit sikit je. Yang penting keselamatan dan kesihatan bayi dalam kandungan kita tu terlindung. InsyaAllah semua akan baik-baik saja. Ana dokan semoga dipermudahkan segala urusan korang semua. Jaga diri dan sentiasa positif.
Nice sharing. Boleh tambah knowledge even masih bujang trang tang tang heheheh.
ReplyDeleteBtw kalau dapat nurse yang ramah lembut tenang saja nak kena cucuk tu. Ni kalau nurse pun mcm rimau sherammmmmm kikikii
Beberapa orang kawan PC kata suntikan ini memang sakit kak.
ReplyDeletepengorbanan seorang ibu hihi
ReplyDeletemacam-macam dugaan kan ibu yang mengandung.. demi anak dlm perut ku redahi jua..
ReplyDeleteMacam2 pengalaman ye kak.. Nad kena gbs positif juga tapi alhamdulilkah semua ok
ReplyDeletePengalaman kita sama !! Cx pon serah diri gitu je masa 1st injection. Yela, ingatkan biasa je. Mmg tak nak search pasal dexa. Nanti effect mental. So biarkan je.
ReplyDeleteSekali dia suntik ! Pergh! Nikmat ! 😂😆 Meleleh air mata 😂 sakit woo!
Syu kena cucuk dexa 8 tahun dulu pun masih terngiang2 sakit nya tu huhu..rasa nak terjun katil
ReplyDeleteThanks for sharing your experience, its my first time get to know about Dexa
ReplyDeleteGood sharing Ana.. semoga Ana terus sihat selalu ya.. ❤️
ReplyDelete