Kenapa Perlu Tukar Minyak Enjin Kereta?


Kenapa Perlu Tukar Minyak Enjin Kereta? l Assalamualaikum. Baru-baru ni masa borak dengan En Suami, termasuk lah cerita bab kereta. Jujur Ana cakap Ana bab-bab kereta ni memang fail teruk. Yang Ana tau isi minyak je bila tengok isyarat dah berkelip-kelip. Lepas tu cukup masa Ana service. Korang pun macam tu ke?

Kenapa Perlu Tukar Minyak Enjin Kereta?


Sebenarnya walau kita ni orang perempuan, at least kena lah tau benda-benda asas tentang kereta ni tau. Dan salah satu perkara penting tentang kereta yang kita kena tau ialah tentang minyak enjin dan bila masa kena tukar. Eh Kenapa Perlu Tukar Minyak Enjin Kereta?

Haaa kalau korang nak tau, minyak enjin perlu ditukar agar enjin kereta kita sentiasa dalam keadaan baik. Jangan amik ringan tentang ni tau. Mungkin ada yang kata, ala tukar lewat sikit pun takpe. Tapi tu kalau takde apa yang jadi kan sebab minyak enjin selalunya akan tercemar. So kenapa nak amik risiko kalau korang boleh cegah sendiri kan.

Fungsi Utama Minyak Enjin


Bagi yang belum tahu, sebenarnya minyak enjin ni juga dipanggil sebagai minyak pelincir atau minyak hitam. Antara fungsi utamanya ialah untuk membersih, melincir dan menyejukkan komponen dalaman enjin agar tiada kerosakan berlaku. Tapi korang kena ingat yang fungsi-fungsi tersebut mempunyai had masa  dan perlu ditukar apabila telah sampai masanya. Selalunya pada setiap 5,000km atau 3 bulan sekali, yang mana tiba dulu. Ini adalah bertujuan untuk memastikan minyak enjin yang digunakan kekal bersih dan berada pada paras  dan tahap kelikatan yang  ditetapkan.
Tapi biasalah. Kita kan terlalu sibuk dengan kerja hakiki. Kadang-kadang sampai terlupa nak tukar minyak enjin kereta. Lagi-lagi bila kereta dah tamat tempoh jaminan dengan pusat servis kan. So kalau masa korang tengah memandu tu korang perasan yang perkara di bawah ni berlaku, maknanya dah sampai tempoh untuk korang tukar minyak enjin yang sedia ada tu.

1. Enjin meragam 
- minyak enjin berkurang atau kotor

2. Terhidu bau terbakar
- enjin jadi terlampau panas dan minyak sedang terbakar dalam sistem ekzos

3. Lampu tekanan minyak menyala 
- enjin sedang bergerak dalam kuantiti minyak enjin yang sedikit.

4. Kereta kuat makan minyak 
- ini bermakna paras minyak enjin pada tahap kronik dan menyebabkan tekanan ke atas enjin

5. Minyak bertukar warna hitam lekat
- menandakan minyak enjin telah tercemar akibat kotoran dan bendasing


Minyak Enjin HELLO™ Pilihan Terbaik


Pada yang tertanya siapa HELLO™ ni, sebenarnya HELLO™ merupakan sebuah syarikat Malaysia yang sedang berkembang pesat yang khusus dalam minyak pelincir dan penjagaan kereta yang bertaraf tinggi, cekap dan mesra alam untuk memenuhi keperluan enjin kereta. Pada yang ragu-ragu, kalau korang nak tau HELLO™ telah mencapai pensijilan ISO 9001: 2008 dan mempunyai perlindungan insurans liabiliti sebanyak RM1,000,000 untuk satu tuntutan.
Terdapat beberapa jenis minyak enjin yang korang boleh beli mengikut jenis dan saiz kereta korang. Macam Ana guna kereta MYVI 1.3 so minyak enjin yang sesuai ialah HELLO™ SYNTHETIC ENGINE OIL SAE 5W-30 API SN - di mana ianya juga disyorkan untuk semua kereta enjin petrol bertenaga tinggi yang dilengkapi dengan direct engine, multi valve dan turbo-charge technologies.
Antara kelebihan minyak enjin HELLO ni ialah :

i. Mudah hidupkan enjin walau dalam cuaca sejuk.

ii.  Perlindungan enjin dari haus sekaligus memanjangkan hayat enjin.

iii. Meminimumkan enjin simpanan (engine deposit) dan pelepasan enjin yang bersih untuk prestasi puncak.

iv. Formulasi bahan bakar ekonomi.

Menurut fakta, memilih minyak enjin yang betul dan sesuai mampu memanjangkan hayat enjin kereta kita. Terdapat beberapa tips yang kita boleh praktik semasa memilih untuk membeli minyak enjin dan Ana cadangkan untuk korang cuba minyak enjin dari HELLO™ kerana :

1. Minyak Enjin Jenis Fully Synthetic

Macam Ana bagitau dekat atas tadi, salah satu tips untuk beli minyak enjin yang baik ialah dengan memilih jenis minyak sama ada jenis fully synthetic, semi synthetic atau mineral. Untuk HELLO™ SYNTHETIC ENGINE OIL SAE 5W-30 API SN ni, ianya merupakan minyak motor jenis fully synthetic yang dirumus sepenuhnya untuk memberi perlindungan yang luar biasa dalam suhu panas atau sejuk. Kalau korang nak tau, minyak sintetik dihasilkan daripada bahan kimia dengan bahan aditif di mana kelebihannya ialah ianya berupaya beroperasi secara optimum dalam pelbagai suhu. Cuma harga sedikit mahal berbanding jenis mineral. Tapi kalau perlindungan yang diberi adalah terbaik, apa salahnya kan.

2. Tahap Viscositi Yang Baik

Kemudian perkara seterusnya yang kita kena tengok ialah tahap kelikatan minyak enjin tersebut dengan merujuk kepada gred SAE (Society of Automotive Engineers). Bacaan yang biasa dipapar pada botol minyak enjin ialah 5W-30, 15W-40, 10W-30 dan banyak lagi. Dan untuk minyak enjin HELLO yang Ana ada ni mempunyai bacaan 5W-30. Apa maksudnya? Sebenarnya nombor-nombor tersebut mewakil viscositi minyak - tahap rintangan minyak untuk mengalir atau bahasa mudah tahap kelikatan. Contoh air mempunyai viscositi yang rendah berbanding dengan cecair pencuci baju. Oleh kerana tahap viscositi air rendah, maka air mampu mengalir dengan lancar berbanding cecair pencuci yang susah untuk mengalir.

Ok berbalik pada bacaan minyak enjin 5W-30, nombor 5 dihadapan merujuk kepada tahap viscositi minyak pada suhu rendah (sejuk), W bermaksud Winter dan nombor 30 merujuk kepada tahap viscositi minyak pada suhu tinggi (panas). Semakin rendah nombor di hadapan bermaksud semakin tinggi tahap aliran minyak semasa enjin sejuk manakala semakin tinggi nombor di belakang bermaksud semakin tinggi tahap kekebalan minyak sewaktu enjin panas. Dan 5W-30 adalah tahap yang baik untuk jenis enjin kereta Myvi 1.3L seperti kereta Ana.

3. Memenuhi Standard Antarabangsa
Semasa nak pilih minyak enjin yang terbaik, make sure korang beli minyak enjin yang mempunyai pensijilan daripada organisasi-oganisasi seperti API, ACEA, ILSAC dan JASO. Ini untuk memastikan minyak yang korang beli tu terjamin kualitinya. Korang boleh nampak simbol organisasi-organisasi ni pada botol minyak enjin HELLO™ termasuk Perkhidmatan Standard API SN yang merupakan piawaian terbaru dalam standard API yang merujuk kepada sekumpulan ujian makmal enjin termasuk siri terbaru untuk kawalan deposit suhu tinggi.

4. Menawarkan Mata Penebusan
Antara kelebihan kalau korang beli minyak enjin HELLO™ ni ialah korang berpeluang menerima pelbagai ganjaran. Macam mana? Sebelum guna minyak enjin tersebut, korang akan nampak terdapat QR Code yang ditutup dengan label yang boleh digores dekat penutup botol tu. Korang hanya perlu imbas kod tersebut menggunakan aplikasi pengimbas dari phone korang dan just ikut proses yang diminta Kod yang korang imbas tu membolehkan korang menerima mata penebusan yang boleh digunakan untuk menebus lebih banyak produk HELLO™ dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa dari cabutan bertuah. Best kan?

Untuk Membeli Produk HELLO™


Bagi korang yang berminat untuk mencuba minyak enjin dari HELLO™ atau inginkan maklumat lanjut tentang produk-produk penjagaan kereta yang bertaraf tinggi, korang boleh layari website atau media sosial HELLO™ seperti di bawah:






Kenapa Perlu Tukar Minyak Enjin Kereta? Reviewed by Ana Suhana on December 31, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. Zaza kalau bab kereta ni mmg zero lah ahaha.. Tp skg dh tau sebab perlunya tukar minyak enjin tu.. ✨

    ReplyDelete
  2. Menarik. Kita just tahu bab tukar minyak hitam. Tapi kita tak tahu pasal jenis jenis dia ke apa. Hehe

    ReplyDelete
  3. bagus info ni ana especially buat akak yg tak berapa menau sgt pasal keta ni

    ReplyDelete
  4. Sekarang ada minyak pelincir yang boleh guna sehingga 10k km

    ReplyDelete
  5. memang smooth enjin dengan minyak Hello ni..mmg lancar dan enjin pun senyap kan

    ReplyDelete
  6. Kak min pun guna ni..mmg terbaik!

    ReplyDelete
  7. Betul.. Bab minyak ni nad jrg ambil tau.. Ade juga laki bercerita.. Tapi kdg blur juga..

    ReplyDelete
  8. Thanks for the tips & info, biasa nyer abang yang uruskan bab kereta and car maintainence.

    ReplyDelete
  9. Samalah dengan Mimi bab kereta memang fail betul. Enjin kereta memang kena tukar minyak kan. Nampak minyak gello ni macam bagus. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  10. Kaum wanita pon kena ambil tahu sedikit sebanyak tentang kereta, kalau kecemasan nanti ilmu tu sangat berguna, tidaklah tertipu nanti

    ReplyDelete
  11. Good sharing Ana.. boleh tambah ilmu untuk Kak Sue nie. Tau bawak ja, isi minyak pun Abang Man atau Abang yang isi.. lain apa pun tak tau.. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. Akak lagi la x reti bab2 keta ni ..serah kat orang lelaki je la...

    ReplyDelete
  13. Nieyl pakai yang petronas punya,sebab g proton mmg dia juga tu...
    nanti nieyl bagitahu asben tentang produk hello ni...

    ReplyDelete
  14. sy yg lelaki ni pun x mahir sgt penjagaan kereta. yg asas tu tahu la. huhuhu

    ReplyDelete
  15. betul it's very important utk tahu and tukar minyak enjin.
    Ray pun byk belajar dgn my parents and kwn2 pasal kereta ni.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.