Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson


Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson l Assalamualaikum. Lepas check in di D'Wharf Hotel & Serviced Residence, perut memasing dah lapar nak cari nasi. Kalau nak tunggu food truck tepi hotel tu pukul 5 baru buka. So kami decide untuk Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson.
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson

Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson


Jarak Warung Salai dengan hotel dalam 5-8 minit je. Tak jauh pun. Lagipun jalan nak ke sini sehala jalan nak ke pantai-pantai peranginan di Port Dickson. 

Masa Ana sampai dalam pukul 3. Tapi orang masih ramai. Based on review, ramai complaint kata masa menunggu sangat lama. Alang-alang dah sampai kan, masuk je lah.
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
Walau orang ramai, masih ada beberapa meja kosong di bahagian dalam. Ana duduk betul-betul depan cashier. Senang nak panggil kononnya. Sekali sama juga. Hehe. Lama juga nak tunggu menu sampai ke meja. Sampai Syahmi kena bangun panggil pelayan. Dan hantar sendiri pesanan ke kaunter cashier. Takpe lah, bukan susah pun.

Ni menu yang ada di Warung Salai. Air ada beberapa jenis je. Tapi ok lah. Lagi banyak menu lagi susah nak buat keputusan. Ngeee.
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
Menu yang kami order hari tu ialah daging masak salai, itik masak salai dan untuk Syafi seperti biasa keli goreng. Dia mana makan salai-salai ni. Pedas pulak tu kan.  Add on telur goreng.
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
Part masa makanan sampai memang terbaik. Tak lama pun. Less than 10 minutes. Maybe sebab menu-menu salai tu semua dah ada kan. Tinggal nak cedok dalam bekas je.

Nasi kami pilih yang ada ulam. Beza RM1 dengan nasi kosong. Siap ada sambal belacan dan ikan masin goreng lagi. So ok lah berbaloi. 
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
Tentang rasa lauk masak lemak salai tu, bagi Ana ok lah cuma macam tawar sikit. Pedas tu jangan cakap lah. Bukan makanan orang nismilan kalau tak podas kan. Tapi bila makan dengan ikan masin dan sambal belacan tu, baru rasa berselera makan. 

Masa masak lemai salai ni sampai, Ana dok nampak ada satu sayur dalam tu. Nak kata nangka, keras lah pulak. So tak berani nak makan. Tapi bila lama-lama pandang, terasa nam cuba rasa. Bila rasa, rupanyaaaaaaaaaaaa mangga dah. Apa lagi, Ana habiskan semua mangga dalam tu. Sedap rupanya. Masam, masin, pedas. Cuma itik tu agak liat dan takde isi. Kemain gigih Ana nak carit isi dia. Last-last gigit je terus. Rasa tak puas makan pulak. Huhu.

Total 3 orang makan hari tu RM44. Bagi Ana ok lah harga dia. Masakan salai kan memang mahal sikit harga dia. So takde isu mahal ke apa.
Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson
No wonder warung ni sentiasa full house. Makan banyak pun still berbaloi untuk dibayar. Plus pernah masuk TV3, MHI bagai. Ko ghase?




Lunch di Warung Salai - Tempat Makan Best di Port Dickson Reviewed by Ana Suhana on December 17, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. terliur tengok menu-menu yang ada. boleh mngidam ni haha. btw lama betul saya tak ke port dickson. nanti kalau ke sana boleh la singgah kedai ni.

    ReplyDelete
  2. uihhhh.. paling favorite daging salai laaa.. telan ayo liur dah ni..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. rindunya nak pi ke nogori lagi ^_^

    ReplyDelete
  4. makan salai2 ni memang femes kat N9,kalau kat Kuala Pilah tu siap lah kepedasannya AS hehe :)

    ReplyDelete
  5. save entry ni boleh rujuk masa gi pd nanti!

    ReplyDelete
  6. Ya ampun sedapnya tengok lauk salai. Baca menu tu pun dah terliur membayangkan ikan keli salai.. 😍 😍

    ReplyDelete
  7. waa akak penah sampai dulu. tapi servis dia masa tu lambat

    ReplyDelete
  8. nismilan and salai-salai ni memang x boleh dipisahkan.
    org mencari kalau singgah memana tempat dlm jajahan nismilan.
    sodap!

    ReplyDelete
  9. Uishh..Sedap tu makan salai salai ni. Terbaik lah! Memang wajib lah datang makan kat sini kalau ke PD. (untuk yang suka masakan kampung yang bersalai).

    ReplyDelete
  10. wow sup tulang pun ada.. sedappnyaaa ..semua menu tu nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.