Puas Hati Makan Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves


Puas Hati Makan Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves l Assalamualaikum. Siapa suka makan sushi kita geng. Hehe. Ana start suka sushi dalam beberapa tahun ni je. Tu pun lepas buat sendiri sushi. Kalau tak, memang tak boleh diterima tekak ko. Sejak dari tu, pantang nampak sushi, sure ana akan beli. Lagi-lagi dah ada geng suka makan sushi - Syafi Si Kuat Makan. Tapi nak dapatkan sushi halal kadang susah gak selain dari SK kan.
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves

Puas Hati Makan Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves


Tak silap tengah tahun ni kot, ternampak posting Khairul Aming dekat IG dok promote Nippon Sushi Batu Caves ni. Nampak macam best giler. Yang penting ada halal JAKIM dan owner dia orang Islam. Tapi tu lah, benda-benda viral ni selalu full house untuk beberapa bulan kan. So Ana tahan kan je nafsu nak makan dekat sana tu dulu.

Nak dekat tahun baru 2020 ni baru rasa nak cuba makan Nippon Sushi ni. Nak jadi cerita Ahad lepas tetiba adik Ana ajak makan sushi. Dia pun suggest Nippon Sushi. Cantik sangat lah tu. Lepas Maghrib berdesup kitorang ke sana. Bajet tak ramai orang sebab malam tu final GV kan. Plus ramai orang balik kampung habiskan cuti akhir tahun. Sekali hamik ko. Full house lagi. Selamat ada rezeki 1 meja kosong muat-muat untuk kitorang berenam. Cun sangat lah tu.

Kalau rasa korang dah lapar sangat nak makan sushi, korang boleh je terus amik sushi dari belt tu. Ala macam dekat SK tu kan. Tapi kalau rasa tak berminat dengan sushi-sushi yang dah siap tu, korang boleh je order dari dalam buku menu. Ada 4 warna pinggan sushi dengan harga yang berbeza. Bermula dengan harga RM2.10 hinggan RM5.40.

Ok ni sushi yang Ana order hari tu. Tu pun ada 3 set sushi tak sampai. Tapi masa bayar tu Ana just mention tak dapat 3 plate sushi. Dont worry sebab staff dekat cashier akan minta korang check dulu sebelum bayar.
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Dalam banyak-banyak sushi ni Ana paling suka sushi yang ada salmon - Hana Tuna Mayo dan Salmon Belly. Sedap u olls. Puas hari dapat makan salmon. Siapa peminat salmon korang wajib try sushi ni. Kalau yang first time nak makan salmon tapi takut tak leh telan rasa dia, korang amik Salmon Maki dulu. Tapi tak perlu risau sebab takde bau hanyir pun isi salmon tu. Trust me :)
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Ni pula sushi yang kitorang amik dekat belt. Maklumlah kemaruk sushi katanya. Rasa macam lambat nak tunggu sushi yang order tadi tu kan. Eh kuih mochi pun ada tau. Ana try juga. Lembut kemain mochi dia. Inti kacang merah dia pun sedap.

Alang alang sampai sini tak kan tak nak cuba menu lain pulak kan. Speaking about menu, korang akan mengalami masa yang sukar nak buat pilihan. Trust me!! Kitorang amik masa yang lama belek satu satu menu tu. Hehe. Macam macam menu yang ada. Lebih dari 200 menu kot.

Ok yang ni antara menu yang kitorang order malam tu. Sebab Ana fokus nak makan sushi, so Ana order menu tepanyaki ni untuk Syafi. Yang ni nama dia Chicken Teppan.
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Ada nasi, ayam ala butter, sayur goreng dan sup miso. Selalu Ana tak boleh blah dengan sup miso tu tapi sup dekat sini, eh sedap lah pulak!!! Cuma ayam dengan sayur tu macam tawar sikit. So nak bagi sedap Ana suggest korang letak sos cicah sushi tu sikit. Baru berselera makan.

Yang ni adik ipar Ana order. Nama menu ni Shimeji Niku Jyu atau dalam bahasa inggeris dia Mushroom Beef. Set dia sama macam menu Teppan atas tadi cuma instead of sayur goreng dia letak salad, timun dan tomato. Adik ipar Ana kata sedap je rasa dia.
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Tak lengkap kalau makan makan tak order side menu kannnn. Walau orang kata kenyang kot makan sushi tu sebab nasi, tapi bila makan reramai rasa macam tak cukup plak. Hahaha. So ni menu tambahan yang kami order.

Gyuniku Roll atau nama pentas dia Beef with Golden Mushroom. Satu plate ada 3 ketul daging dengan isi cendawan. Saiz balutan tu muat muat untuk sekali ngap dalam mulut.
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Rasa dia? Sedap jugak. Tekstur daging tu lembut dan juicy cuma cendawan tu biasa lah agak kenyal sikit. So korang kena kunyah lama supaya mudah telan. Kalau tak, ada yang tersekat dekat tekak nanti. Hahaha.
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Next ialah Chicken Gyoza aka Chicken Dumpling. Ni semua gara gara mak mertua Ana lah dok kata teringin nak makan dumpling. Satu plate ada 5 ketol dumpling. Dapat lah sorang seketul. Aishhh nyesal order 1 je. Sedap pulak haa rasa. Nyampahhhh!!!
Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves
Last sekaliiii kitorang order Chuka Idako atau Mini Octopus. Mini octopus dengan sos pekat atas dia. Kalau orang tak reti makan sure akan kembang tekak. Macam En Suami. Haha. So Ana makan octopus ni berdua dengan adik Ana je. Pun sedappppp. Tak kenyal sangat octopus dia. Kunyah sikit dah boleh telan. Makan pula dengan sos dia. Perghh terbayang bayang kejap.

So far tu je lah yang kami makan malam tu. Ada banyak lagi menu yang Ana nak cuba next time. Bila dah kata next time, confirm akan datang balik. Eh rasa macam nak repeat hari ni juga. Haha. Total semua malam tu RM160 termasuk service charge. Ok lah kan. Sorang dalam RM25 camtu. Environment pun selesa. Staff semua friendly dan helpful. Good job Nippon Sushi. Korang pun try lah nanti. Dah ada 10 cawangan dah sekarang Nippon Sushi ni tau. Sampai ke Johor katanya. Acer google.

16G Prima 11,
Lorong Samudera Utara,
Taman Samudra,
68100 Batu Caves,
Selangor.
📞 : 03-6178 4422






Puas Hati Makan Sushi Halal di Nippon Sushi Batu Caves Reviewed by Ana Suhana on December 27, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. waalaikumussalam. nyummmm semua nya menggoda mata yg memandang. hehe

    ReplyDelete
  2. Aduhai ana..menggoda betul semua tu ha..akak kalau yg ni boleh la makan..kalau sushi mentah tu x reti akak nak makan de..tekak melayu kan..

    ReplyDelete
  3. sedap nyer, ana.
    aida ni peminat sushi. tapi tak pernah makan di SK or any other outlet.
    tak pandai naw nak order :) ha ha ha ha...
    berkenan plak tgk menu ana tu. sllrpp!

    ReplyDelete
  4. Sushi memang kegemaran LeYa laa.. Kalau boleh nak makan hari-hari.. Hahaha.. Nampaknya kena ajak Mr. Otomen cari restoran Nippon Sushi ni area Seremban.

    ReplyDelete
  5. kecur air liur melihatnya. bila lah bisa makan masakan jepang nih?

    ReplyDelete
  6. dulu-dulu kita x suka pun sushi ni..tapi skrg bila dah bekerja, kawan pulak ngan kawan-kawan yang kaki makan ni, benda yg x makan skrg ni Alhamdulillah suka makan, dah suka cuba makanan yang baru...

    ReplyDelete
  7. nampak menarik, tapi un x berapa makan shusi

    ReplyDelete
  8. Sedapnya makan sushi dan japanese food. Biasa makan sushi beli kat AEON atau Family Mart je. Lagi best dapat makan kat Japanese Restaurant kan camni

    ReplyDelete
  9. murah2 aje harga sushi ni tingin pula sushi bila tgk ni

    ReplyDelete
  10. memang nk kena try nanti ni...sungguh yum yummy ni Ana oiii...

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Ana.. terus rasa nak cuba makan sushi nie walaupun sebenarnya Kak Sue tak biasa sangat makan Japenese food nie..

    ReplyDelete
  12. Chicken Teppan & Gyuniku Roll tu nmpk sungguh menyelerakan! Akak pun dulu x suka mkn mknn Jepun. Kalau bkn sbb anak2 minat, mmg x makan sushi. Skrg suka pulak, hihihi.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah kenapa nampak sedap sangat tu. Portion nampak besar ya.. Geramnya.. Nanti kalau ke sana nak singgah makan disinilah

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.