Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching Terbaik


Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching Terbaik l Assalamualaikum. Selamat tahun baru 2020 semua. Eh macam lambat sangat wish  tu tapi boleh lah kan. Tak sampai seminggu lagi. Kira valid lah lagi. Hehe. Entri awal tahun 2020 ni Ana nak share tentang Char Kuew Teow Man Tiger Jalan Kuching Terbaik di area KL ni. Korang ada yang dah cuba?
Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching

Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching Terbaik


Sekarang rutin malam Sabtu, Ana akan bawa adik Ana keluar makan. Saja bagi dia amik angin malam. Maklumlah kesihatan dia tak berapa baik sekarang. So ni je lah cara nak bagi dia hilang stress. Nanti lama-lama kalau ok dah sikit baru lah boleh pergi jalan-jalan pula. Sementara ni kita JJCM dekat-dekat je ok.

Cakap tentang Char Kuey Teow Man Tiger ni, rata-rata orang Sentul mesti dah tau tau sebab sebelum ni Man Tiger beroperasi di area Maxim Sentul. Tapi lepas tu dia berpindah di flat lama berhadapan Jalan Kuching. Atau lebih tepat di pasar malam dan pasar tani Jalan Kuching. Dari jalan utama tu dah boleh nampak kedai Man Tiger ni haa. Senang lah nak cari.
Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching
Misi Ana datang sini sure lah nak pekena Char Kuey Teow dia. Sebelum ni Ana dah pernah rasa tapi take away je. So kali ni kita makan dekat sini terus. Dalam pukul 8 malam macam  tu Ana sampai sini. Memang tengah ngam orang tak ramai lagi. Tapi lepas tu, sekejapan penuh semua meja. 

Macam biasa, untuk char kuey teow ada beberapa menu yang korang boleh pilih. Ada CKT kerang, udang, telur mata, campur semua pun ada. Ana pilih telur mata, adik Ana dan En Suami order CKT kerang. Ni lah rupa CKT tu.
Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching
Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching
Rasa dia memang terbaik lah. Nak nak lagi kuah dia sedap dan banyak. Memang puas hati makan. Tapi kalau korang jenis yang kuat makan, confirm tak cukup satu pinggan. Ana sendiri pekena 2 pinggan. Haha. 

Dekat sini tak terhad pada char kuey teow je. Ada juga menu bergoreng yang lain. Adik Ana lagi sorang konon nak makan char kuey teow, sekali sampai sini dia belot order nasi goreng kampung. Semua gara-gara terliur tengok meja sebelah order. Haha. Tapi tak nyesal order sebab sedap. Cukup pedas dia semua. Sekejapan licin pinggan. 
Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching
Kalau korang yang berazam nak kurus tahun 2020 ni dan nak makan light meal je, korang boleh je order roti bakar atau roti kukus dekat sini. Nak kenyang lagi boleh cuba ayam goreng dia. Adik ipar Ana peminat setia ayam goreng dekat sini. Sedap katanya. Tapi kitorang tak cuba lah sebab dah muak makan ayam je. 
Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching
Walau pun menu-menu dekat Man Tiger ni simple tapi semua sedap belaka. No wonder ramai orang setiap malam especially malan minggu. Bak kata En Suami, Man Tiger ni ada followers dia tersendiri. Pekerja-pekerja office En Suami sendiri ramai yang suka makan dekat sini. Malam tu pun jumpa salah sorang bos jabatan tengah lepak makan dekat Man Tiger dengan kawan-kawan dia. So korang kalau nak cuba char kuew teow sedap, boleh try makan di Man Tiger Jalan Kuching ni. InsyaAllah puas hati. 



Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching Terbaik Reviewed by Ana Suhana on January 06, 2020 Rating: 5

19 comments:

  1. bestnya. memnag nampak sedap char kuey tiaw tu.

    ReplyDelete
  2. Mesti meriah hujung minggu kat kedai ni kan?

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru kak Ana.
    Wah sedap ni.lama tak makan c.k.t ni.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap ni kak ana. Selalu pekena char kuey teow Mali's je hehe. Nanti nak try Man tiger pulak la

    ReplyDelete
  5. nyummmm tergoda tengok gambaq makanan ^_^

    ReplyDelete
  6. heyyy CKT dia bebas jelaga! Nanti kalau singgah sana boleh terjah kedai ni

    ReplyDelete
  7. Wah nampak sedap tu Ana.. boleh lah Kak Sue sekeluarga cuba nanti. Anyway selamat tahun baru juga untuk Ana dan semoga adiknya lebih sihat ya lepas nie..

    ReplyDelete
  8. Aduhhhh dah la dak Mimi suka char kuew teow. Fabourtie tau. Kuah tuh aduhh bikin air liur meleleh. Tak boleh jadi ni ana.. Kena rasa juga ni

    ReplyDelete
  9. the place looks really clean. love it

    ReplyDelete
  10. CKT memang pilihan LeYa dan Otomen. Errmmm...sedap sungguh nampak menu yang Kak Ana hidangkan tu. Alahai..jauh pulak nak ke KL. Tengoklah nanti, kalau naik KL bolehlah singgah makan ni..hee..

    ReplyDelete
  11. perhhhh nampak maverles betul kuah CKT tu ha! kalau sy pon mmg giler CKT jugak hehe

    ReplyDelete
  12. Char Kuey Teow Man Tiger Jalan Kuching tu menarik mata nieyl kak..
    sebab nieyl mmg suka..Insya'Allah kalaua de rezeki ke sana nanti boleh la carik..

    ReplyDelete
  13. oo kat sentul aje ingatkan kat kuching hihi..

    ReplyDelete
  14. aduhaiii pagi-pagi ni dah buka blog makan Ana ni.. terliur nak cuba char kuew teow tu.. mcm menarik je. dah dekat ni dgn rumah Liez

    ReplyDelete
  15. Kalau kuah dia sedap, memang puas hatilah makan..

    ReplyDelete
  16. Rasa macam pernah makan kat sini masa zaman bercinta dulu la.la ni dh sensorang payah skit nak jjcm

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.