Safi Youth Radiance Rahsia Kulit Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri


Safi Youth Radiance Rahsia Kulit Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri l Assalamualaikum. Siapa tak kenal dengan jenama SAFI kan? Pakar produk penjagaan kulit halal nombor satu di Malaysia. Dan korang tau tak yang SAFI kini telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu Safi Youth Radiance.
Safi Youth Radiance

Safi Youth Radiance Rahsia Kulit Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri


Seperti yang kita semua tahu, SAFI terdiri daripada pelbagai jenis produk untuk memenuhi keperluan setiap lapisan umur wanita Malaysia. Antaranya ialah Safi Dermasafe, Safi Fair Beauty, Safi Expert Solution dan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion.

Dan sebagai pengguna tegar SAFI sejak dari zaman sekolah lagi, Ana tak lepas peluang untuk mencuba sendiri produk terbaru SAFI ni. Mesti korang tertanya kan apa beza Safi Youth Radiance ni dengan rangkaian produk SAFI yang lain?

Safi Youth Radiance Atasi Kesan Penuaan


Untuk pengetahuan korang, Safi Youth Radiance dicipta sebagai rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalamnya.
Safi Youth Radiance
Safi Youth Radiance
Dan jangan risau atau was was nak cuba sebab rangkaian produk terbaru ni telah diuji secara dermatologi dan bebas dari minyak mineral, alkohol, paraben serta tidak diuji ke atas haiwan.

Selain berfungsi melawan masalah penuaan kulit yang di sebabkan oleh faktor luaran, Safi Youth Radiance juga bertindak mengurangkan garis halus, mengecilkan liang pori, mengekalkan kelembapan kulit serta mengekalkan keremajaan kulit agar kelihatan cerah berseri.

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser

Rangkaian Safi Youth Radiance menampilkan 2 jenis produk di bawahnya iaitu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser. Apa yang Ana suka, kedua-dua produk ni diformulasi daripada  Beetox Technology, Saffron Gold dan Lipo Vit-C tau. Senang kata setiap botol penuh dengan kebaikan yang diperlukan kulit kita.

1. Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence - RM55.90 (100 ml)

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K ini diformulasi berasaskan air dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C yang berfungsi memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah serta melawan radikal bebas dan kerosakan kulit akibat terdedah kepada sinar UV dan pencemaran.
Safi Youth Radiance
Safi Youth Radiance
Selain tu, ianya juga diperhebat dengan Asid Hialuronik yang bertindak mengunci lembapan dengan lebih mendalam sehingga 24 jam sekaligus mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit serta mampu mengembalikan keanjalan kulit muka.
Safi Youth Radiance
Safi Youth Radiance
Apa yang Ana suka tentang Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence ini ialah fungsi 2 dalam 1 nya yang memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang kita pakai dengan lebih baik.

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence ini juga diperkaya dengan teknologi Saffron Gold yang membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.

Cara Guna :

Tuang essence ke tapak tangan secukupnya, sapu dan ratakan ke seluruh wajah. Kemudian urut lembut menggunakan hujung jari secara membulat sehingga meresap sempurna.


2. Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser - RM55.90 (40g)

Seperti essence di atas, Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ni juga diformulasi dengan Nano Gold 24K dan diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C.
Safi Youth Radiance
Safi Youth Radiance
Tidak seperti kebanyakan serum yang lain, Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini dirumus dengan ringan, tidak melekit serta tidak berminyak untuk kesan penyerapan yang cepat ke dalam kulit untuk merawat dan melembapkan kulit dari dalam.

Menarik lagi tentang Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ni tekstur serum yang bersifat gel akan bertukar menjadi butiran serum kristal semasa kita urut pada wajah. Hasilnya kulit akan lebih lembut, licin dan lembap.
Antara fungsi lain Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini hasil kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit ialah ianya mampu mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah, menyuburkan lapisan epidermis kulit, membantu melawan radikal bebas dan kerosakan kulit akibat terdedah pada sinar UV dan pencemaran, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta mengurangkan garisan halus dan kulit kusam.

Berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan, penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser secara berterusan terbukti :

i) 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
ii) 75% peningkatan kadar pencerahan kulit

Cara Guna :

Sapukan serum pada wajah dan leher kemudian urut lembut secara bulatan sehingga sehingga meresap sempurna.

Pengalaman Peribadi

Secara peribadi, Ana sangat sukakan produk terbaru dari SAFI ni. Antara sebab utama kerana kedua-dua produk ni dihasilkan menggunkan bahan-bahan mewah seperti Nano Gold 24K dan ekstrak saffron dan bebas dari bahan kimia. Selain tu packaging nya pun nampak eksklusif terutama Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence di mana kita boleh nampak kepingan-kepingan emas di dalamnya.
Safi Youth Radiance
Safi Youth Radiance
Tentang kesan penggunaan pula, masih terlalu awal untuk Ana nampak kesan perubahan pada wajah. Tapi setelah beberapa hari Ana guna, pertamanya kedua-dua produk ni serasi dengan kulit Ana. Takde kesan rensangan so far. Tesktur produk pun tidak melekit dan berminyak serta mudah meresap ke dalam kulit kita.

Keduanya masalah kulit kering yang Ana hadapi kebelakangan ni semakin berkurang. In fact kulit Ana rasa lebih lembap dan sihat. Bau dia pun fresh dan wangi sebab guna ekstrak bunga. So Ana memang sangat happy dengan Safi Youth Radiance ni.

Pada korang yang nak cuba produk Safi Youth Radiance ni, korang boleh beli di semua rangkaian Watsons, Guardian dan Aeon Wellness seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, korang boleh layari laman sesawang rasmi atau sosial media SAFI seperti di bawah :


Safi Youth Radiance Rahsia Kulit Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Reviewed by Ana Suhana on December 07, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. Banyak dah variasi jenama SAFI dipasaran ni. Fiza suka guna produk yang ada gold flakes ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semakin banyak keluaran safi.

    ReplyDelete
  3. Nampak bestlah produk Safi yang baru ni. Nak try jugaklah sebab nak kukit sihat dan nampak muda. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Menarik kan Ana Safi terbaru nie.. Kak Sue pun macam teruja nak cuba juga..

    ReplyDelete
  5. Liez baru pakai 2 hari, alhamdulillah xde rasa rengsa atau alergic.. rasa selesa sapu sebab tak melekit...

    ReplyDelete
  6. rasanya sesuai utk akak ni ye lah kulit pun dah start ageing dah

    ReplyDelete
  7. wahhhh mcm kena cuba je ni hehehe

    ReplyDelete
  8. Menarik 2 product ni..nak cuba la nanti..packaging pun nampak expensive kan..harga mampu milik..

    ReplyDelete
  9. waaaa menariknya safi baru ni ye. warna pun cantik merah mak ngah gittew.

    ReplyDelete
  10. Menarik juga safi yang terbaru ni.. Ada ekstak saffron ❤️

    ReplyDelete
  11. mcm best je produk safi ni.. rs nk cuba jugaj je

    ReplyDelete
  12. Baru-baru dah cuba cuba juga Safi Youth Radiance ni, kulit wajah rasa lembab suka sangat...

    ReplyDelete
  13. so far belum jumpa lagi, cam best je kan, kebetulan tgh nak cari skincare baru

    ReplyDelete
  14. bgusla..bnyk produk safi dh ada..ni yang terbaru..memnag menarik

    ReplyDelete
  15. Thanks for sharing this, will check out the product at the store soon.

    ReplyDelete
  16. Makin muda remajalah muka Ana nanti palai Safi Youth ni. Mimi pun nak beli jugaklah.

    ReplyDelete
  17. Kita pun tengah mencubanya.. Serasi..xpernah xserasi kalau safi keluarkan produk baru

    ReplyDelete
  18. Pakaging dia lawa giler....mak aii saffron tu....mahal tu. Mesti kesan dia sangat best!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.