The Regency Waterfront Kuala Terengganu Bilik Besar Harga Murah


The Regency Waterfront Kuala Terengganu. Bilik Besar Harga Murah l Assalamulaikum. Balik Terengganu kali ni Ana request nak stay di hotel lain. Selalunya Ana akan stay di Hotel Permai sebab puas hati dengan bilik family di sana. Lagipun breakfast dorang meriah dan sedap. Cuma kali ni saja nak tukar hotel.

The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu

The Regency Waterfront Kuala Terengganu. Bilik Besar Harga Murah


Selain dari nak cuba stay di hotel lain, antara sebab Ana pilih hotel ni sebab harga yang ditawar masa tu sangat murah berbanding hotel lain. Mungkin sebab dah start cuti sekolah kan. Tapi dengan harga serendah RM110 semalam untuk bilik jenis deluxe twin, Ana rasa sangat berbaloi dan puas hati sepanjang 3 hari 2 malam inap di sini.

Memula Ana was was gak nak stay sini sebab ramai yang review kata tak ok hotel ni. Tapi bila dah nginap sendiri, eh ok lah. Takde apa yang teruk pun. Semua sangat ok. Oh ya, hotel ni dulu lebih di kenali dengan nama Hotel Prinz Park sebelum management baru took over.

Bilik Luas dan Selesa Menghadap Pantai Atau Tasik


Memula Ana tak expect bilik tu akan sebesar bilik family di hotel lain. Ye lah harga murah kan. Sekali bila masuk bilik, amik ko. Kemain luas haa bilik dia. Berlari-lari si kecik tu.
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
Bilik pun dalam keadaan bersih dan kemas. Siap ada meja kerja yang sangat besar dan 2 buah sofa dan meja kopi lagi. Nak lepak makan kudap-kudapan memang selesa sangat. Rasa macam bilik eksekutif di Hotel Ramada je.
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
Kemudahan lain seperti cerek elektrik, teh dan kopi, peti sejuk mini, peti besi keselamatan, sejadah dan tv semua disediakan. Cumanya siaran tv sangat tak clear. Kalau boleh tengok pun satu dua siaran je. Tapi tu tak jadi isu sebab kitorang bukan duduk bilik pun. Balik bilik untuk rehat, solat dan tidur.
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
Bab tandas pun Ana puas hati sebab sangat lah luas dan bersih. Shower area bertutup, tu yang penting. Hair dryer pun ada.
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
Kemudahan toiletries dia memang terbaik sebab siap ada penggilap kasut lagi tau. Suka En Suami. Lepas tu ventilation fan dia pun kuat. Sidai baju basah malam ni, esok dah kering. I like.
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
Pada yang wajib menggosok tu, harap maklum yang tiada seterika di dalam bilik. Tapi jangan risau sebab kemudahan seterika ada disediakan di setiap koridor. Setiap wing tu ada 4 seterika tak silap Ana. Macam bilik Ana, seterika betul-betul di depan pintu bilik.
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
Antara lagi yang Ana puas hati sepanjang nginap di sini ialah walaupun bilik dia luas, tapi aircond dia cepat sejuk walau bilik luas. Tak seperti sesetengah hotel, aircond amik masa yang lama nak sejuk.

Lagi satu, Ana suka bilik ni sebab lampu yang digunakan berwarna putih. So bilik nampak sangat cerah walau warna perabot gelap. Bayangkan kalau guna lampu kuning, memang suram lah bilik ni jadinya.

And the best part is, lepas Maghrib je hotel akan pasang ayat-ayat suci Al-Quran sehingga Subuh. Dan ayat-ayat suci tu akan berkemundang di setiap koridor.
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
The Regency Waterfront Kuala Terengganu
Oh ya bilik Ana terletak di tingkat 3 - no 311.  Pemandangan yang ditawarkan adalah sama ada pemandangan tasik atau pantai. Macam Ana, Ana dapat pemandangan pantai. Cumanya sebab bilik Ana terletak di wing sebelah kiri, so pemandangan pantai tu agak terhad dari tingkap bilik sebab berhadapan dengan kompleks sukan. Tapi kalau dapat wing kanan, memang cantik lah pemandangan korang.

Berdekatan Dengan Masjid Terapung


Pada yang tertanya lokasi The Regency Waterfront ni, arah masuk hotel ni sama dengan arah ke Masjid Terapung yang terkenal di Kuala Terengganu ni. Nak lagi tepat, hotel di bersebelahan dengan Kuala Terengganu Equestrian Park. So petang-petang tu kalau nak bagi anak-anak merasa naik kuda boleh lah.

Di sepanjang jalan utama ke sini, korang boleh nampak kedai-kedai jual keropok lekor di kiri kanan korang. So kalau rasa nak singgah beli, sila kan. Alang alang sampai Terengganu kan.

So dari review Ana yang korang baca ni, sure korang boleh tau yang Ana sangat berpuas hati dengan bilik yang Ana dapat tu. Memang recommended pada korang tercari hotel di Kuala Terengganu. Lagipun jarak hotel dengan bandar sekitar 10 minit je. Nak ke Pantai Batu Buruk tak sampai 5 minit je. Ok sangat kan?





The Regency Waterfront Kuala Terengganu Bilik Besar Harga Murah Reviewed by Ana Suhana on December 05, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Yg ni dekat dgn masjid terapung kn. Hari tu nak pergi sini juga, tapi jln masuk dia gelap sikit masa gi malam. Terus cancel haha tapi betul murah ni

    ReplyDelete
  2. Murah, akk lama tak ke Terengganu, lost sekejap hehe

    ReplyDelete
  3. walaupun simple ja design bilik hotel tapi kalau dah murah dan besar tu, ok sangat la ^_^

    ReplyDelete
  4. Menarik nie Ana.. nanti kalau ada plan nak pi Terengganu boleh lah bermalam kat sini. Tq for sharing tau.. ❤

    ReplyDelete
  5. Bila la akak nak jenjalan Trengganu ni..tgok ana berjalan je macam best betul...boleh jadi travel blogger ni

    ReplyDelete
  6. Menarik juga hotel ni, bokeh masuk dlm list. Luas pun ye.. Sesuai bawk family dekt sini.. Lagi drkt dengn masjid terapung

    ReplyDelete
  7. Sesekali pergi bercuti memang best.. Terengganu ni zaza lalu je.. Sbb kalau balik kg.. Mmg akan lalu terengganu.. Singgah2 blm lagi.. Insyaallah ada rezeki bcuti sana blh la try hotel ni

    ReplyDelete
  8. Sesekali berjalan di Terengganu memang best. Dapat pulak stay di hotel yang bersih, luas dan besar macam ni kan

    ReplyDelete
  9. selesanya bilik. pemandangan pun menenangkan je

    ReplyDelete
  10. best jugak tempat ni ye.. nmpk selesa.. klu kesana boleh la try menginap kat sini..

    ReplyDelete
  11. Memang luas nampak bilik tu. Bila dah luas memang selesa lah kan. mana tak seronok si kecik berlarian

    ReplyDelete
  12. Nampak selesa hotel ni. paling tb suka bila time lepas maghrib dipasangkan surah2 di koridor sampai pagi. bagusnya

    ReplyDelete
  13. murah harga tu dengan keluasan dan keselesaan bilik tu..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.