Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan


Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan l Assalamualaikum. Baru-baru Ana sempat balik Ganu Kite. Tapi sebab rasa macam tak larat nak jalan jauh, masa pergi dan masa balik dari Ganu Ana stop bermalam di Kuantan terlebih dahulu. Sebelum balik KL, Ana sempat Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan.
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan

Lunch Patin Gulai Tempoyak MABIQ 2 Kuantan






Orang-orang Kuantan sure dah tau tentang restoran Mabiq ni kan. Restoran ni antara restoran popular di Kuantan dan terkenal dengan masakan ikan patin gulai tempoyak. Ana yang sememangnya peminat masakan tu tak lepas peluang cuba makan di sana.

Memula masa dengar nama restoran ni, i was like unik nya nama dia. Bila search rupa-rupanya nama MABIQ ni short form dari Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran - sebuah sekolah tahfiz yang dibina oleh Ustaz Jamaluddin di atas tanahnya sendiri di Tg Lumpur untuk kebajikan anak yatim dan fakir miskin. 

Apa kaitan MABIQ dengan perniagaan makanan?






Kalau korang nak tau, restoran MABIQ yang pertama adalah merupakan dewan makan pelajar tahfiz ni sendiri. Memandangkan maahad ni merupakan maahad persendirian, jadinya sumber pendapatan adalah bergantung sepenuhnya pada sedekah orang ramai bagi menampung kos makan, minum dan pendidikan pelajar-pelajar di sini.

Kemudian pada Jan 2020, dewan makan ni dijadikan restoran dan dibuka kepada orang awam dengan tujuan 100% hasil keuntungan akan disalurkan untuk pembangunan dan pendidikan maahad. Bagus kan? Dari minta sedekah baik jalankan perniagaan. Ikut sunnah Nabi lagi.

Pelbagai Menu Pada Harga Berpatutan di MABIQ 2


Restoran MABIQ 2 yang Ana pergi ni merupakan restoran kedua di sini. Restoran pertama di maahad tu ditutup kerana sedang dalam proses kerja penyelenggaraan. Tapi makan di MABIQ 2 ni lagi selesa sebab restoran lebih luas dan dekat dengan bandar Kuantan.

Waktu operasi MABIQ 2 bermula pada pukul 10 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat. Lokasi dia berhadapan dengan hospital KPJ Tg. Lumpur. Dari tepi jalan utama dah boleh nampak. Nak senang korang waze je. Hehe.

Masa Ana sampai dalam pukul 12 camtu, orang dah ramai sesangat. Mujur ada kerusi meja kosong untuk kami bertiga. Konsep dekat sini ialah self service. Dari amik makanan hingga amik air tau. Jangan pula korang tunggu pelayan datang amik pesanan pulak. Hehe.
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Ana sememangnya aim nak makan patin gulai tempoyak. Tak pandang dah lauk lain. Tapi kalau korang tak makan ikan patin, ada lagi menu-menu utama yang korang boleh cuba. Antaranya paeh ikan, sambal hitam dan daging salai masak lemak. 
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Bab harga jangan risau sebab dah ditulis siap-siap pada tray makanan. Bagi Ana berpatutan je harga di sini walau ada yang kata agak mahal. Niat je lah nak makan sambil beramal kan. Macam patin gulai tempoyak tu, harga semangkuk RM10. Tak kisah sama ada  korang amik bahagian ekor ke, badan ke, kepala ke. Ok lah kan. Sama je dengan harga di RnR Temerloh tu haa.
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Nikmatnya bila akhirnya dapat makan patin gulai tempoyan. Lama kot "ngidam". Haha. Lagi nikmat sebab takde orang kacau. En Suami memang tak lalu makan ikan patin. Hahaha.

So dia amik daging salai masak lemak cili padi. Semangkuk RM7 dan sedikit ulam beserta sambal belacan. Syafi pula dengan menu favorite dia ikan keli goreng.
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Untuk air pula, takde istilah order nak air tu air ni tau. Sebabnya pihak MABIQ dah siapkan air awal-awal di bekas-bekas air di bahagian tepi kaunter. Ada air sejuk dan air panas seperti sirap, bandung, teh bunga dan cincau. Manakala air panas ada teh o dan teh tarik. Pilih je mana korang nak. Harga dalam RM1-RM1.50 satu. Nanti akan ada pekerja yang datang ke meja kita untuk kira harga makanan tu semua.
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan
Harga yang Ana kena hari tu hanya RM27.50. Murah lah kan. Overall Ana suka dan puas hati. Next time kalau singgah Kuantan, confirm Ana akan singgah makan di MABIQ 2 ni lagi. Cuma kena datang awal sikit kalau nak elak ramai orang. Korang kalau ke Kuantan, boleh lah cuba makan di sini. Makan sambil beramal gitchuw.

Lunch Patin Gulai Tempoyak Di MABIQ 2 Kuantan Reviewed by Ana Suhana on December 04, 2019 Rating: 5

7 comments:

  1. ok la harga tu.. tapi kita tak reti makan patin.. hik hikk..

    ReplyDelete
  2. restoran dia namapak cantik dan luas, lauk pun banyak jenis. memang puaslah dapat makan kat sini :)

    ReplyDelete
  3. Boleh bagtau adik ipar PC ni..dia suka sangat makan ikan patin..

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap je tengok ikan patin ni. Mimi tak pernah lagi makan ikna patin tau ana.

    ReplyDelete
  5. Datang bercuti ke Pahang memang wajib pekena ikan patin tempoyak kan. Banyak betul menu kat Mabiq ni.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.