Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga di Cherating



Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga di Cherating l Assalamualaikum. Selain dari Kuantan, Cherating juga antara tempat yang ramai dikunjungi untuk bercuti di negeri Pahang. Jarak antara Cherating dengan Kuantan sekitar 40 minit pemanduan manakala 15 minit dari Kemaman, Terengganu. Sekarang ni Cherating dah semakin membangun dan terdapat banyak hotel, resort wujud untuk cater keperluan pelancongan di kawasan sini.

Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga di Cherating 






Kalau korang plan nak bercuti di area Cherating, mungkin Residence Inn Cherating ni antara penginapan yang korang boleh consider. So far Ana dah inap di sini  sebanyak 2 kali dan berpuas hati dengan apa yang disediakan.
Residence Inn Cherating
Kali pertama Ana ke sini memang tujuan untuk bercuti setelah 5 tahun tak ke sini. Dari KL mengambil masa kira-kira 3 jam. Dari LPT, amik exit Jabor dan terus menghala ke arah Kemaman dan Chukai. Walaupun masa Ana ke sini belum musim cuti sekolah, tapi bilik-bilik di sini hampir fully book. Ana tempah bilik Standard King Size dengan harga RM180 semalam. Selain dari bilik Standard King Size, korang boleh pilih juga bilik jenis Standard Twin, Deluxe Twin, Deluxe Eksekutif atau Suite Satu Bilik.

Bilik Standard King Size Yang Luas






Based on review masa Ana ke sini ramai yang bagi review tak best. Tapi rezeki Ana, bilik yang kami dapat bersih dan selesa. Mungkin sebab bilik ni terletak di bangunan baru.

Buka-buka je pintu Ana dah nampak betapa luasnya bilik ni. Rasa berbaloi dengan harga yang dibayar. Takde isu bau hapak atau sebagainya. Fasiliti asas seperti tv, tea and coffee making facilities, meja kerja semua ada. Kemudahan wifi pun turut disediakan. Wifi dan password akan diberi semasa korang check in nanti dan valid dalam masa 24 jam.
Residence Inn Cherating
Residence Inn Cherating
Bahagian tandas pun luas dan bersih. Memang puas hati. Kawasan shower di bahagian tertutup dengan curtain. Memandangkan air dia jatuh dari atas, so air tak terpercik keluar pun. Tapi air shower dia memang best.
Residence Inn Cherating
Bilik yang Ana stay ni ada balkoni tau. So petang-petang boleh lah lepak sambil minum teh. Rasa tenang je sebab menghadap laluan yang menghijau.
Residence Inn Cherating
Residence Inn Cherating
Selesai rehat dan solat, Ana keluar menuju ke Kemaman kejap. Plan nya nak pekena kepok lekor dan sata. Oh ya kalau korang nak tau, kawasan di sini memang terkenal dengan sata tau. So pilihan Ana semestinya ke Warung Aziz Satar, antara warung yang popular di Kemanan ni. Memula ingat nak makan dekat sana je tapi budak kecik ni dah bising nak mandi pool, maka tapau kan je sata dengan kepok lekor tu.
Warung Aziz Satar Kemaman
Tapi sebelum balik ke hotel, Ana sempat lah singgah di Teluk Monika atau nama popularnya Teluk Mok Nik. Cuci cuci mata tengok laut. Yang best tentang Teluk Mok Nik ni ialah pasirnya yang berwarna coklat. Lain dari pasir di pantai yang lain. Cantik sangat. Sekarang ni dah banyak penjual yang menjual di tepi tu. Senang nak cari makan dan minum kalau korang ke sini nanti.
Teluk Mok Nik
Teluk Mok Nik
Teluk Mok Nik
Lepas puas hati dapat angin laut, kitorang terus balik ke hotel. Makan sata dengan kepok lekor kejap, terus bawa si kecik ke pool. Pool di sini ada 2. 1 untuk orang dewasa dan 1 untuk kanak-kanak. Dan ada 1 pool kecik yang ada bubble ala ala spa. Kemain seronok Syafi dapat berendam dalam pool. Sampai ajak naik pun dia tak nak. Sabar je lah.
Residence Inn Cherating
Residence Inn Cherating
Esok pepagi seawal pukul 7 Ana dah turun breakfast. Memang dah jadi habis kalau breakfast kat hotel mesti turun awal sebab konon tak nak makan sisa-sisa yang tinggal. Hehe. So far menu dekat sini okey je. Kenyang lah juga perut makan kan. ada nasi lemak, bihun goreng, kuew teow kungfu dan banyak lagi.

Lepas makan, budak tu ajak main pool sebelum balik. Dia orang yang pertama berendam pagi tu. Tak lama lepas tu, amik ko ramai yang join main kolam. Hehe. Agak-agak matahari dah terik, kitorang masuk bilik untuk siap-siap check out.

Overall, Ana happy je stay di Residence Inn Cherating ni. Takde menda nak complaint except tempat parking kereta yang terhad. Kalau penuh, korang kena parking dekat luar hotel. Tapi still berhadapan dengan hotel dan ada pak guard yang jaga. So masih selamat. Korang ada yang pernah stay di sini? Apa komen korang. Share lah sama-sama untuk rujukan semua kan :)
Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga di Cherating Reviewed by Ana Suhana on December 02, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. Lama tk pi Cherating.. Bole la try stay sini plak

    ReplyDelete
  2. Best jugak bercuti di Cherating ni ya. Nanti nak pergi jugaklah

    ReplyDelete
  3. Uka tengok pantai..tak tahu kenapa PC mudah tertarik dengan keindahan pantai..

    ReplyDelete
  4. Cantik la Cherating...la ni musim hujan kan..akak masih mencari tempat nak bawak family holiday...

    ReplyDelete
  5. tepi pantai ke ni AS, kak ana pernah gak stay kat cherating tepi pantai adoi memang best sangat bayu lautnya :)

    ReplyDelete
  6. Biliknya tu not bad.. Luas saiznya 😍

    ReplyDelete
  7. Seronok juga stay kat Residence Inn ni. bilik luas dan view bilik pun cantik.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.