Hotel Review - Hotel Imperial Heritage - Ana Suhana

Dec 18, 2017

Hotel Review - Hotel Imperial Heritage


Hotel Review - Hotel Imperial Heritage | Assalamualaikum. Balik dari JB kami sekeluarga decide stay di Melaka untuk 2 malam. Lepas survey lokasi hotel-hotel yang ada kami akhirnya pilih untuk stay di Hotel Imperial Heritage.
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage 
Hotel Review - Hotel Imperial Heritage

Hotel Imperial Heritage antara hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan seperti Hotel Hatten, hotel Imperial Heritage ni berhadapan dengan Dataran Pahlawan dan dekat dengan Bandar Hilir.

Waktu check in di sini ialah pukul 3 dan masa Ana sampai tu dalam pukul 2 dan boleh check in pun. Proses check in pun sangat cepat serta bilik pun dah ready. Elok sangat lah tu sebab masing-masing dah lemau. Walaupun 2 jam je perjalanan dari bandar JB tapi sebab sebelum tu masing-masing dah bersarapan macam apa je tu yabg jadi lemau.

Di Hotel Imperial Heritage ni Ana book bilik Heritage Deluxe berharga dalam RM130 semalam. Bilik ni berkeluasan 27m² dengan katil jenis 1 double bed. Antara fasiliti yang disediakan di dalam bilik ialah:
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage 
  • Tv dengan beberapa channel tambahan selain dari saluran tv percuma
  • Meja tulis
  • Peti keselamatan
  • Peti sejuk  
  • Almari baju
  • Seterika dan papan seterika
  • Complimentaries tea and coffee
  • Toiletries
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage 

Bilik Heritage Deluxe ni memang luas untuk Ana sekeluarga. Kalau tak, tak kan Syafi boleh berlari sana-sini dalam bilik hotel tu. Bilik pun bersih di setiap sudut.
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage 

Tandas pun agak besar dan bersih. Shower area mempunyai curtain untuk menghalang air dari memasuki ruang lain tapi at the end still akan basah sebab curtain tu pun basah kuyup sekali.Kena berhati-hati juga takut licin kan.
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage 

View dari semua bilik di sini boleh nampak keseluruhan Bandar Hilir termasuk Menara Taming Sari dan Bangunan Standhuys. Malam-malam sambil lepak dalam bilik buka curtain tengok Menara Taming Sari berlegar dekat atas tu.
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage 

Harga yang Ana bayar tu tak termasuk breakfast. So kalau nak breakfast kena tambah sendiri. Kalau tak dekat bawah hotel ada beberapa restoran dibuka. Ana tak amik pun breakfast dekat hotel sebab nak breakfast nasi lemak bungkus sedap lagi murah di Kafe Umar di Medan Selera Tun Ali. Memang murah korang. Sebungkus RM1 je. Amik 3 bungkus sorang tambah telur mata dengan air baru RM5. Heaven orang kata.
Kafe Umar
Kafe Umar

Berbalik pada cerita hotel, antara kemudahan-kemudahan yang ada dekat hotel Imperial Heritage ni selain dari swimming pool ialah:
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage
Hotel Imperial Heritage

So far Ana puas hati lah stay dekat Hotel Imperial Heritage ni. Pada yang nak duduk dekat dengan bandar hotel ni antara top choice. Cuma bagi Ana ada 2 perkara yang kurang best tentang hotel ni. Pertama tempat parkir kereta sangat terhad. Walaupun parkir bertingkat disediakan namun petak parkir masih tidak mencukupi sehingga ramai yang parkir kereta ditepi-tepi dinding jalan yang menghubungkan satu ke satu tingkat parkir yang lain. Kemudian kemudahan lif pun terhad.  Untuk satu hotel yang lebih dari 15 tingkat hanya ada 3 lif disediakan. Kalau korang nak naik atau turun masa peak hour memang lama juga nak menunggu. Itu je lah masalah di hotel ni. Tapi kalau nak elak dari 2 perkara ni senang juga. Balik hotel secepat mungkin maybe masa orang tengah keluar cari makan dan lif guna masa tak peak dalam pukul 7 pagi kalau nak turun breakfasr atau pukul 11 bila masa breakfast dah habis. 

17 comments:

  1. Wah, agak murah ya harga bilik dia untuk 1 malam. Selama ni lalu depan hotel tu ingat mahal harga dia.

    ReplyDelete
  2. janji senang cari makan...hahaha bilik pun besar

    ReplyDelete
  3. Beristieehat sambil dapat melihat beberapa sudut pemandangan Negeri Melaka...seronok tu kak...
    Moga teguran dapat diperbaiki (lif dan tempat parking kereta)..

    ReplyDelete
  4. Akak tak pernah lagi bermalam kat mana- mana hotel kat Melaka..sebab dekat kan Seremban - Melaka so malam memang balik Seremban je terus...hehehe..kena pi brmalam gak nanti ni

    ReplyDelete
  5. murahla ana hotel ni..boleh save ni hehehe. bilik lawa dan selesa dekat dgn dataran pahlaawan

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaa. Tenang mata memandang :)

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan murah harga hotel dia tapi paling tertarik dengan nasik lemak tu.. Murahnyaaaa and ape beza tiga2 nasi lemak tu kak ana..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza orang yg buat tu je anis. Masing2 ada rasa yang tersendiri. Yg pasti sedap dan murah.😁

      Delete
  8. wow.. bestnya dah lama tak duduk hotel. hehe

    ReplyDelete
  9. cantik gak hotel dia..harga pun berpatutan..en suami akak suka hotel hatten..next time kalau cuti-cuti ke Melaka, dia nak booked kat hatten..sebelum ni bila time nak booked je penuh..

    ReplyDelete
  10. menarik tertarik memang meletop habis hotel ni.. 😍😍

    ReplyDelete
  11. Ohh, ok..lift nya sikit betul eh..haha~kalau nak enjoy2 bolehlaa...huhu

    ReplyDelete
  12. Murahnya juga harga bilik kat sini, siap ada pool kan. Boleh lah tido sini kalau datang Melaka lagi next time..

    ReplyDelete
  13. your info is quite helpful to forever.Keep it up and thanks to the writer.

    https://www.lukhidiamond.com/LOOSE-DIAMONDS

    ReplyDelete
  14. nmpk okey hotel ni. sy pernah pegi melaka dan dpt satu hotel yg tak brapa ok. huhu

    jom singgah blog sy :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤