Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka - Ana Suhana

Sep 12, 2019

Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka


Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka l Assalamualaikum. Sekarang ni kalau nak ke Melaka dah tak payah takut takde hotel atau hotel penuh sebab based on pemerhatian Ana, setiap tahun ada je hotel-hotel baru yang wujud di seluruh bandar Melaka terutamanya. Contohnya macam Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka ni.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka

Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka ni Ana book kira last minute juga sebab terasa nak stay awal semalam di Melaka. Kononnya takut tak sempat nak on time ke The Shore Oceanarium Melaka ni. Ye lah, kebetulan hari Jumaat kan. Kena lah amik kira masa untuk En Suami solat Jumaat semua tu kan. Walau hanya 2 jam nak ke Melaka dari KL tapi kot tetiba jem dekat highway kan. Mana kita tau.

Masa survey nak stay mana, En Suami terjumpa Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka. Katanya hotel baru ni. Wah boleh lah kita cuba try test. Harga pun berpatutan dalam RM110 semalam.

Baca juga : Melaka Euro Rich Hotel Serendah RM69/malam

Kenapa Ana kata berpatutan? Haaa korang kena tengok sendiri saiz Superior King Room ni.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Ni view bilik yang korang nampak masa buka pintu bilik. Kemain panjang rasanya bilik di Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka ni kan.

Once korang masuk ke dalam bilik, korang akan nampak dekat belah kiri korang ada tandas. Bagi Ana tandas di hotel ni luas dan yang paling utama bersih dan tak berbau.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Keduanya yang Ana suka shower area dia paling hujung. Tak kacau area toilet bowl dan sinki. Cuma partition shower area tu terlalu pendek. So bila mandi sure air akan terpercik ke arah sinki dan toilet bowl tu.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Toiletries semua complete. Dan water pressure pun kuat. Puas lah masa mandi tu especially bila mandi air panas. Sebab ada sesetengah hotel, bila mandi guna air panas, pressure water dia akan jadi low. So nak mandi pun tak syok. 

Berhadapan dengan pintu tandas ada ruang almari untuk korang simpan semua beg-beg korang. Tak perlu lah korang nak seret beg sampai ke dalam tu kan. Dalam almari tu ada disediakan laci berkunci juga.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Attach dengan almari tadi ada some space untuk tea making facilities. Lengkap dengan kettle dan cawan untuk buat air panas.

Lepas je dari "lorong" tandas dan almari baju tadi tu, korang akan memasuki "working area" pula di mana dekat belah kanan korang ada sebuah meja kerja yang panjang lagi luas. Ngeee. Memang siapa-siapa yang datang Melaka atas urusan kerja, memang sesuai lah nginap dekat Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka ni. Lagipun jarak meja kerja dengan katil jauh, so tak menggangu orang yang nak berehat in case kita nak buat kerja dengan lama kan.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Ruang untuk berjalan dekat belakang meja ni pun luas. Memang takde isu nak kena bangun nak alih kan kerusi ke depan sikit supaya orang boleh jalan dekat belakang. Kalau kata bawa extra toto pun lepas nak bentang belakang tu. Hehe.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Lepas tu kalau korang perasan dekat sudut meja kerja tu ada disediakan beberapa botol air mineral  dan gelas. Mana tau kan masa tengah buat keje tekak kering. Grab je air dekat sebelah tu. Senang citer.

Bersebelahan dengan meja kerja tadi ada ruang untuk menonton pulak. Ada sebuah sofa 3 seater disediakan untuk korang berehat sambil tengok tv dengan selesa. Nak buat tempat tidur pun boleh sangat kot ada ahli keluarga extra ikut sekali kan. Cuma kena pakai selimut tebal lah sebab sofa tu betul-betul bawah aircond. Boleh keras kejung dibuatnya.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Dekat bawah tv pula ada kabinet tv yang panjang. Boleh simpan beg-beg kecik dalam tu. Tv channel pula tak silap Ana limited pada yang free view tu je. Ok lah kan dari takde. Ngeeee.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Dekat kawasan hujung bilik baru korang akan jumpa katil untuk beradu. Dah nama bilik pun Superior King Room so katil dia saiz king. Lebih dari muat untuk Ana 3 beranak tidur dengan selesa.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Bilik ni dari luar nampak ada balcony tapi tu hanya "dummy" balcony saja. Hanya untuk cantikkan reka bentuk bangunan hotel je. Tapi bagi Ana Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka ni memang cantik dan unik bangunan dia. Fefeeling macam dekat overseas pun ada.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Cuma bila malam, lighting tak berapa terang so hasil gambar pun tak berapa nak cun. Tapi kalau korang pandai edit sure gempak gambar korang tu.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Dekat bawah hotel ada beberapa kedai makan tapi Ana perasan semuanya untuk non muslim. Tapi ada satu kedai yang tengah femes sekarang ni dengan bubble tea dia iaitu The Alley pun ada juga dekat sini.

Lagi satu kalau korang nak tau, Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka ni terletak satu kawasan dengan Masjid Selat Melaka. Jalan kaki pun dekat. So kalau azan, memang boleh dengar lah orang kata.

Cuma ada 2 perkara yang Ana rasa orang akan rasa tak best bila stay dekat Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka. Yang pertama bilik dekat sini tak sounf proof maksudnya bila orang berjalan atau tarik beg di sepanjang koridor, kita boleh dengar dengan jelas. So agak mengganggu sedikit dekat situ especially time pagi.
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka
Yang kedua Ana perasan lift nak naik ke bilik hanya ada 1 je. Terletak dekat hujung berdekatan dengan lobi. So kalau kata bilik korang bilik paling hujung dekat belah lagi satu, korang kena lah menapak sikit. Ok lah boleh exercise sikit kan. Hehe. Kalau korang nak senang, cari parking dekat lif. So tak lah kena jalan jauh sangat.

Last thing bagi orang Islam, kalau nak cari kedai makan korang kena keluar ke arah bandar. Tapi tak jauh pun. 5 minit dah boleh sampai dekat Mahkota Parade. Kalau takde idea nak makan mana, korang boleh ke Windmill Station ni. Dalam 7 minit je dari hotel. Ada makanan local dan western dihidangkan.

Ok lah tu je nak bebel kali ni. Overall, Ana puas hati je stay dekat Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka ni. Bilik selesa, bersih dan luas, harga murah, lokasi dekat dengan bandar Melaka dan staff friendly and helpful. Korang kalau ke Melaka dan tercari-cari hotel yang berbaloi dan selesa untuk bermalam, why not korang cuba Hotel Melaka : Riviera Suites Melaka ni. InsyaAllah puas hati.

11 comments:

  1. owh. bestnya. nampak selesa je biliknyaa

    ReplyDelete
  2. serius murah.. nnt liez nak la stay dekat sini.. cantik pun boleh tahan.. dah macam dekat fraser hill je gayanya..

    ReplyDelete
  3. Huwaa bila la zaza nak berjalan ke melaka ni.. Lawa gila tempatnya ni.. Boleh pertimbangkan lah nanti kalau nak jalan sana

    ReplyDelete
  4. Cantik hotel dia Ana.. nanti kalau ke Melaka lagi boleh lah cuba hotel nie pulak kan..

    ReplyDelete
  5. Cantik hotel ni kan.. bolehla cuba kalau ke Melaka nanti. Tapi, bab lif ade satu tu. Bimbang juga kalau sorang-sorang.. jauh nak ke bilik.

    ReplyDelete
  6. Nampak selesa hotelnya, harga dia macam mana kalau weekend lain ke sama

    ReplyDelete
  7. wah dari luar biliknya laww abetul..dah lama tak jalan-jalan melaka ni

    ReplyDelete
  8. Next pi melaka bleh check in sini..banyak x explore lagi melaka ni

    ReplyDelete
  9. best juga ye hotel ni. haritu survey jugak nak stay mana masa cuti di melaka. ni antara dalam list lah.

    ReplyDelete
  10. Suka pergi Melaka.. Nanti nak try stay dekat sinilah nampak selesa

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤