Senarai 10 Hotel Terbaik di Melaka 2023!

Updated : Senarai 10 Hotel Terbaik di Melaka 2023 l Assalamualaikum. Amboi mentang-mentang lah dah boleh rentas negeri, bukan main memasing. Habis homestay dekat Melaka ni korang booked ye. Sampai Ana nak booked pun dah takde. Sob sob. Mujur boleh check in hotel tau. Kalau tak, boleh kemurungan duduk rumah sambil tengok kawan-kawan pergi bercuti.


Senarai 10 Hotel Terbaik di Melaka Untuk Percutian Yang Hebat


Kalau korang nak tau, Melaka merupakan antara negeri yang paling popular di kalangan rakyat tempatan untuk bercuti. Antara faktor yang menyebabkan Melaka menjadi hot spot untuk dilawati adalah kerana lokasinya yang hanya 2 jam jauh dari bandaraya Kuala Lumpur serta Melaka kaya dengan peninggalan bangunan-bangunan bersejarah dan adat budaya yang unik. Tak hairan lah bila Melaka diisytihar sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO.


Walaupun Melaka hanya sebuah negeri yang kecil tapi jangan tak tahu ada banyak tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi. So tak mungkin korang boleh habis ronda dalam masa sehari. nak tak nak kena lah bermalam di Melaka. Pada yang tercari-cari senarai hotel di Melaka, korang boleh tengok antara hotel terbaik di Melaka yang korang boleh stay. Kebanyakan hotel-hotel ni Ana dah pernah check in dan so far Ana sangat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan. Lokasinya pun strategik dan mudah diakses ke bandar Melaka. Bab SOP jangan risau sebab semuanya dijaga dengan ketat. Jom check it out.



1. Double Tree By Hilton Hotel Melaka


Double Tree By Hilton Hotel Melaka yang terletak di tengah-tengah Hatten City ini menyajikan para tetamu dengan pemandangan Selat Melaka yang  indah terutama semasa matahari terbenam. Dengan lokasinya yang strategik dan hanya beberapa minit untuk ke pusat bandar dan Bandar Hilir, pemilihan hotel ini untuk penginapan semasa bercuti di Melaka memang sangat tepat. Menarik tentang hotel ni ialah para tetamu boleh menikmati akses mudah ke Elements Shopping Mall tanpa perlu keluar hotel untuk tujuan shopping dan mencari tempat makan.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

DoubleTree by Hilton Hotel Melaka mempunyai 273 bilik, termasuk 27 suite dan Suite Presidential yang menghadap Selat Melaka. Setiap bilik dilengkapi dengan kerusi santai atau sofa, TV LED 48-inci dan meja kerja. Manakala bilik mandi mempunyai pancuran mandian hujan, peralatan mandian peribadi dan bilik mandi mewah.


Bagi yang datang bercuti dengan keluarga jangan risau sebab Double Tree By Hilton Hotel ni antara hotel yang mesra keluarga di mana terdapat beberapa kemudahan disediakan seperti kelab kanak-kanak, kolam infiniti luaran, pusat kecergasan, sauna dan bilik wap.


Harga bilik  :
Dari RM231+ semalam (via Agoda)


Alamat : 
Hatten City, Jalan Melaka Raya 23, 75000 Melaka.


Telefon l Fax:
+606-222 3333 l +606-222 3344



2. Hatten Hotel Melaka


Hatten Hotel Melaka antara hotel yang mempunyai demand yang paling tinggi di bandar Melaka hampir setiap minggu. Salah satu faktor hot selling Hatten Hotel Melaka ni adalah kerana lokasinya yang betul-betul terletak di bandar Melaka Raya - bersebelahan dengan Mahkota Parade dan mempunyai akses mudah ke Dahtaran Pahlawan. Memang sesuai bagi korang yang malas nak drive untuk ke pusat bandar terutama pada hujung minggu.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Mempunyai sebanyak 704 buah bilik suite yang direka dengan estetika moden bertemakan warna-warna hutan yang kaya dengan tekstur dan kelengkapan mewah, penginapan di Hatten Hotel Melaka ni pasti antara yang terbaik yang pernah korang alami. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan 2 buah televisyen LCD, akses internet percuma dan ruang tamu berasingan yang lengkap dengan bilik mandi berlantaikan marmar kontemporari. Bilik biasa di sini pun (Junior Suite) dah terasa sangat selesa dan penuh dengan kemewahan.


Antara kemudahan yang korang boleh guna sepanjang menginap di Hatten Hotel Melaka ni ialah tempat letak kereta percuma, akses internet percuma, perkhidmatan kerusi roda, perkhidmatan dobi / cucian kering, bantuan bagasi, perkhidmatan bilik, peti deposit keselamatan, perkhidmatan ulang-alik ke bandar dan perkhidmatan basikal / kereta sewa. Selain tu kemudahan asas seperti kolam renang, pusat kecergasan, salon dan perkhidmatan spa turut disediakan untuk para tetamu.


Harga bilik  :
Dari RM174+ semalam (via Agoda)


Alamat : 
Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.


Telefon l Fax :
+606-286 9696 l +606-281 9696



3. Swiss-Garden Hotel Melaka


Swiss-Garden Hotel Melaka antara hotel yang sangat sesuai bagi korang yang datang bersama anak-anak kecil. Ini kerana selain dari mempunyai kolam renang dan taman permainan kanak-kanak yang luas, hotel ini juga menawarkan akses terus ke The Shore Ocenarium Melaka. Anak-anak pasti teruja dapat terokai dunia lautan yang mengagumkan di sini. Manakala untuk para ibu yang suka shopping, tak perlu pergi jauh. The Shore dah sediakan segalanya untuk korang. Turun je bilik dah boleh shopping . Syok kan?

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Berketinggian 32 tingkat, bilik-bilik di Swiss-Garden Hotel Melaka dilengkapi dengan hiasan yang elegen dan menghadap Sungai Melaka yang bersejarah. Malam-malam bila duduk dekat balkoni tu korang boleh nampak Melaka River Cruise lalu lalang di bawah sana. Oh ya kalau korang nak naik cruise. salah satu jeti terletak betul-betul di hadapan hotel. So korang tak perlu lah nak pergi ke bandar dah. Senang kan?


Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel untuk kegunaan para tetamu ialah 2 kolam renang infiniti bersaiz Olimpik, gelanggang tenis, pusat kecergasan serta akses Wifi percuma. Bagi yang ingin ke Jonker Street, korang boleh ke sana hanya dengan berjalan kaki selama 10 minit saja. Tak perlu dah nak bersesak dalam jem dan pening nak cari parkir kereta.


Harga bilik  :
Dari RM145+ semalam (via Agoda)


Alamat :
The Shore @ Melaka River, jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka Tengah, 75300 Melaka.


Telefon l Fax 
+606-288 3131 l +606-288 3377


4. The Pines Melaka


The Pines Melaka menawarkan penginapan yang kaya dengan gaya hasil karya seni seniman tempatan. Korang boleh nampak hasil-hasil seni yang dipamerkan di sini.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Saiz bilik-bilik di sini yang berlatarbelakangkan bandar atau Sungai Melaka sangat luas untuk seisi keluarga dan dilengkapi dengan dapur kecil (kitchenette) yang lengkap dengan peralatan dan meja makan mini. Dan ada sesetengah bilik (Pool Side Suite) mempunyai akses terus ke kolam renang dan balkoni. Best kan? Ana pasti korang akan berpuas hati dan gembira memilih untuk menginap di sini. Kalau tak percaya korang boleh baca sendiri review mereka yang dah tidur di sini.


Apa yang Ana rasa paling menarik tentang The Pines Melaka ni ialah kemudahan kolam renang air masinnya yang lain dari yang lain. Rasa macam mandi dekat laut pulak. Taman permainan mini juga ada disediakan untuk kanak-kanak bersebelahan dengan kolam renang.



Antara perkhidmatan lain yang disediakan ialah perkhidmatan dobi, shuttle berjadual percuma ke Jonker Street dan Dataran Pahlawan serta kemudahan sewa basikal bagi yang ingin terokai kawasan sekeliling. 


Harga bilik  :
Dari RM198+ semalam (via Agoda)


Alamat :
33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka.


Telefon l Fax 
+606-240 2323 l 1700 81 3496



5. The Imperial Heritage Hotel Melaka


Kalau korang jenis yang kaki shopping, korang patut consider The Imperial Heritage Hotel Melaka ni dalam list korang. Sebabnya hotel ni betul-betul berhadapan dengan Dataran Pahlawan dan hanya beberapa minit berjalan kaki ke Mahkota Parade.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Nak ke tempat tarikan utama seperti Porta de Santiago, 'Famosa Fort, Bukit St Paul, Bangunan Stadthuys dan banyak lagi pun tersangat lah dekat. Senang kata The Imperial Heritage Hotel Melaka ni sangat strategik bagi korang yang nak akses mudah ke bandar.


Bilik-bilik di sini menawarkan pemandangan bandar Melaka dengan penginapan yang moden dan selesa beserta kemudahan akses wifi percuma di seluruh hotel.


Antara kemudahan yang disediakan ialah pusat kecergasan, kaunter penerimaan tetamu 24 jam, bantuan simpanan bagasi, perkhidmatan dobi, perkhidmatan shuttle dan kemudahan komputer tablet yang disediakan di Pomelo Networking Lounge di tingkat 1.


Harga bilik  :
Dari RM145+ semalam (via Agoda)


Alamat :
No 1, Jalan Merdeka 1, Taman Melaka Raya, Tun Sri Lanang, 75000 Melaka.


Telefon  
+606-289 9000



6.  Riviera Suites Melaka


Nak cari hotel yang jauh dari kesibukan bandar Melaka, Riviera Suites Melaka adalah pilihan yang terbaik. Dengan jarak hanya 3km dari pusat bandaraya melaka, hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan 10 jenis bilik yang sangat selesa lagi luas untuk seisi keluarga.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Bagi kaki selfie, reka bentuk bangunan Riviera Suites Melaka ni sangat instagrammable. Seolah korang berada pada zaman 40an. Siap ada air pancut dan persembahan nyanyian lagi di hadapan pintu hotel. Silap hari bulan mesti ada yang ingat korang bercuti di luar negara pulak.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Hotel yang hanya terletak 600m dari Masjid Selat Melaka ni turut menawarkan kemudahan kolam renang, pusat kecergasan, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan juga WiFi percuma.


Harga bilik  :
Dari RM170+ semalam (via Agoda)


Alamat :
Pulau Melaka, Jalan Baiduri 1, 75000 Melaka



7. Euro Rich Hotel


Euro Rich Hotel terletak di Jalan Plaza Makhota 13. Hanya 5 minit saja untuk ke Makhota Parade dengan menaik kereta. Walau hanya bertaraf 2 bintang tapi bilik yang disediakan sangat selesa untuk kita berehat. Terdapat 93 unit bilik dari 7 jenis bilik yang berbeza di sediakan dekat sini. Dari bilik Superia King hinggalah Family Premier Extra.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Masuk-masuk je ke dalam hotel korang akan terpana melihat dekorasi bahagian lobi dia. Punya lah cantik. Rasa macam dalam citer Alice in Wonderland je. Kalau kata kena tunggu lama sementara bilik siap pun memang takde masalah langsung. Sebab confirm akan selesa.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Tapi harap maklum hotel ni tiada kemudahan kolam renang ye. Just perfect untuk bermalam dan berehat dengan selesa. Tapi kemudahan asas seperti kaunter penyambut tetamu 24 jam dan Wifi percuma ada disediakan. Kira padan sangat dengan harga yang dikenakan. In fact,  Euro Rich Hotel ni antara hotel termurah di Melaka yang dekat dengan bandar Melaka.


Harga bilik  :

Dari RM45 semalam (via Agoda)


Alamat :

No 8, Jalan Pm 14, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.


Telefon 

+606-288 3030



8. Bayview Hotel Melaka


Bayview Hotel Melaka merupakan hotel yang terletak di dalam kawasan Pusat Bandar Melaka. Kerana lokasinya yang strategik dan dekat dengan tempat-tempat tarikan utama seperti Kota A Famosa, hotel ni menjadi salah satu pilihan utama para pelancong untuk menginap.

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Setiap bilik di Bayview Hotel Melaka ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan seperti saluran TV satelit, kemudahan menyeterika, bilik mandi en suite dengan pengering rambut, kelengkapan membuat teh / kopi dan juga bar mini. Korang boleh pilih sama ada nak stay di Deluxe Suites, Suite Presidential atau Family Suites bagi yang berkeluarga besar.


Bagi yang menginap untuk tujuan perniagaan, atau urusan kerja, Bayview Hotel Melaka menyediakan kemudahan akses WiFi percuma serta bilik-bilik mesyuarat yang luas dan selesa.


Manakala yang datang untuk bercuti, kemudahan seperti pusat kecergasan dengan wap bilik dan sauna, kolam renang, karaoke lounge, perkhidmatan pertukaran mata wang asing dan perkhidmatan cucian kering turut disediakan untuk menjamin keselesaan korang sepanjang menginap di sini.


Harga bilik :

Dari RM120 semalam (via Agoda)


Alamat :

Jalan Bendahara, 75100 Melaka.


Telefon l Fax :

+606-283 9888 l  +606-283 6699



9. Mudzaffar Hotel


Kalau nak rasa seperti berada di zaman ala Kesultanan Melaka dengan gabungan hasil seni bina dan struktur yang luar biasa serta hiasan kesenian yang ekspresif, korang patut masukkan Hotel Mudzaffar ni dalam senarai hotel untuk di inap. Mana tau boleh dapat inspirasi untuk hiasan rumah bagi yang merancang nak bina rumah sendiri atas tanah sendiri kan. Lagi-lagi bagi korang yang plan nak bina rumah di Klang

Hotel Terbaik di Melaka 2021
Hotel Terbaik di Melaka 2021

Hotel Mudzaffar menawarkan pelbagai jenis bilik yang unik dengan hasil rekaan kontemporari dan budaya Melaka seolah berada dalam istana kayu zaman dahulu. Menarik kan? Bila lagi nak merasa duduk dalam istana dahulu kala kalau bukan sekarang.


Harga bilik  :

Dari RM240 semalam


Alamat : 

Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, MITC, Ayer Keroh, 75450 Melaka.


Telefon :

+606- 234 7733


10. Hotel Sentral Riverview Melaka


Bagi parents yang ke Melaka atas urusan untuk daftar masuk anak-anak di UiTM Bandaraya Melaka atau di universiti / kolej berhampiran, Hotel Sentral Riverview Melaka ni pilihan terbaik. Jarak hotel ke UiTM sangat dekat. Jalan kaki pun boleh. 

Senarai 10 Hotel Terbaik di Melaka 2021!
Senarai 10 Hotel Terbaik di Melaka 2021

Walau hotel ni tak terletak betul-betul di bandar Melaka tapi lokasinya masih dikira strategik kerana korang boleh ke tempat-tempat menarik di bandar hanya beberapa minit dengan memandu. Sekitar 2km je. Dekat sangat lah tu kan. 


Hotel Sentral Riverview Melaka ini menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan juga menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma. Bab parking jangan risau sebab ada disediakan. Tak perlu parking tepi jalan.  Selain tu ada juga disediakan perkhidmatan dobi dan cucian kering atas permintaan.


Harga bilik  :

Dari RM50 semalam (via Agoda)


Alamat : 

177, Jalan Tun Ali, 75250 Melaka.


Telefon :

+606- 288 2288


So macam mana, dah ada mana-mana hotel yang menjadi pilihan hati untuk dijadikan tempat menginap sepanjang bercuti di Melaka ni? Kalau ada cepat-cepat lah tekan button booking sebab kalau lambat melepas. Hotel-hotel yang Ana senarai dekat atas ni memang macam pisang goreng panas terutama masa cuti sekolah atau cuti umum. Lambat sikit je mesti fully booked. So rancang dengan bijak and have fun.

Senarai 10 Hotel Terbaik di Melaka 2023! Reviewed by Ana Suhana on August 01, 2023 Rating: 5

22 comments:

  1. cantik semua hotel dia ya.. harga pun ok

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan.. Boleh pilih ikut citarasa dan bajet kan kak.Betul la kak.. Hujung tahun cuti sekolah panjang..

    ReplyDelete
  3. Mewah semua hotel tu Ana.. Berkenan sangat tengok. Nanti kalau ada rezeki ke Melaka bolehlah cuba..

    ReplyDelete
  4. Laaa murah je Riviera tu rupanya, dari dulu teringin nak stay dekat situ. Thanks Kak Ana!

    ReplyDelete
  5. Tahniah anda merupakan top pengomen blog rabia pada bulan october :)

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2019/10/top-pengomen-bulan-october-201.html

    ReplyDelete
  6. TQ akak sharing this. sgt berguna ni untuk travel ke melaka nanti hehe

    ReplyDelete
  7. cantik2 semua.. satu pun kite tak penah stay.
    selalu p sana balik balik Holiday Inn eheh.. tu pun rasa mewah dah =P

    ReplyDelete
  8. lama tak ke melaka, nt kalau ke melaka boleh refer sini

    ReplyDelete
  9. Kalau kita pikih yang ada kolam renang.. Hehehe.. Not bad juga.. Boleh masuk dalam list nnati kalau datang ke Melaka.. Lama tk bercuti ke Melaka.

    ReplyDelete
  10. Teringin nak pi yang double tree tu... rasa mewah sgt kalau masuk.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. baru ni ada stay dekat hatten Hotel tu, memang besar bilik dia murah pula tu, berbaloi sekali dekat pula dgn DP

    ReplyDelete
  12. Bookmarks post ni. Senang kalau nak ke Melaka. Murah2 sbnrnya hotel ni kalau kita dpt book time murah kan.

    ReplyDelete
  13. Mostly pernah dgr cuma belum pernah menginap laa... hehehe

    ReplyDelete
  14. Good sharing Ana.. boleh lah refer sini nanti kalau nak bercuti kat Melaka lagi lain kali..

    ReplyDelete
  15. cik en pernah stay imperial heritage.. mmg best hotel dia

    ReplyDelete
  16. nice. thank you for sharing. nanti bolehlah saya rujuk sini kalau nak ke melaka nanti

    ReplyDelete
  17. Marsha nak ke Melaka hujung Nov nanti...boleh rujuk ana untuk hotel. Thanks ana sharing

    ReplyDelete
  18. Melaka memang banyak hotel2 yang murah dan selesa untuk kita menginap..ada yg akak dh pernah stay..ada yang yang baru x pernah dengar nama..boleh la masukkan dalam wishlist nanti

    ReplyDelete
  19. semua Hans tak pernah cuba lagi rasanya
    hehehe

    ReplyDelete
  20. akak ni kerap ke melaka.. bolehlah try refer sini nanti

    ReplyDelete
  21. Bestnya semua hotel. satu pun belum pernah stay lagi. teringin nak dok mudzaffar tu sebab suka seni dekorasi tu macam classic sikit

    ReplyDelete
  22. Semua hotel sgt besar bilik nya dan harga sgt berbaloi2.tq ana share..mmg ada plan nk cuti cuti melaka..mmg entri ni akan jadi panduan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.