Wira Seafood Ikan Bakar Petai Terbaik Toq


Wira Seafood Ikan Bakar Petai Terbaik Toq l Assalamualaikum. Sabtu lepas bawa mak dan 2 adik Ana pergi beli perabot rumah. Balik dari tu rasa lapar teruk. Perut Ana dah lah tengah nak baik dari gastrik. So memang kena makan segera. Memula blurr tak tau nak makan dekat mana. Seach punya search jumpa Wira Seafood Ikan Bakar Petai Terbaik Toq ni. Tengok review ramai kata sedap. Moh ler kita cuba.
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 

Wira Seafood Ikan Bakar Petai Terbaik Toq


Sebelum ni En Suami pernah bagitau ada kedai ikan bakar sedap dekat area Sri Gombak. Tapi bila tanya, dia tak ingat pulak. Ahhh sudah. Nak jadi cerita hari tu boleh pula jumpa Wira Seafood Ikan Bakar Petai Terbaik Toq ni. Memang rezeki mak Ana sungguh dapat makan ikan bakar sebab seminggu dua ni dia dok 'zikir' nak makan ikan bakar. Nak ke Kuala Selangor atau Ana Ikan Bakar Tg Lumpur macam tak berbaloi pulak. Mujur jumpa Wira Seafood Ikan Bakar Petai Terbaik Toq ni. Eeeh yang terbaik toq ni Ana saja tambah tau. Nama restoran tu Wira Seafood Ikan Bakar je. Hehe. 

Ana sampai sana dalam pukul 5 lebih. Rezeki tak ramai orang lagi. Tunggu apa lagi jom ler kita pilih seafood dulu. Bab ni Ana serah pada En Suami dan mak. Dorang lebih ariffff. Ana tolong-tolong tengok dan bagi cadangan je. Ok lah kan?
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Memandangkan orang tak ramai, so makanan yang kitorang order cepat lah siap. Tak sampai 20 minit rasanya. Tapi kalau kata kena tunggu lama pun, ok je sebab restoran Wira Seafood Ikan Bakar Petai ni selesa sangat. Baru lepas renovate lagi. Bau kedai lagi lah orang kata. Surau semua ada disediakan. Tandas pun kemain bersih. Puas hati akak. Ngeee.
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Ok ni menu-menu yang kitorang order hari tu. Nasi putih kitorang order untuk 4 orang makan. Tapi rasa macam boleh 5-6 orang makan kot.

Dah nama restoran ikan bakat so wajib lah order ikan bakar kan. Yang ni kembong bakar dan ikan pari bakat untuk En Suami dan mak Ana. Tapi Ana pun sibuk tumpang bersudu-sudu. Haha.
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Kemain kan presentation dia. Nampak menyelerakan sangat sebab ada 2 jenis bumbu ikan bakar yang dihidangkan dengan warna yang sangat cantik. Satu bumbu ikan bakar biasa, dan satu lagi bumbu ala ala sambal hijau. Tapi tak pedas langsung. Seriously!! Budak-budak pun boleh makan. And the best thing ikan bakar dia ada petai walau hanya beberapa hiris je. Tak kisah lah sebab 2 bumbu tu pun dah cukup sedap. Makan dengan nasi saja dah lebih dari cukup. Aishhh tetiba rasa terliur pulak. Next time confirm Ana akan repeat order ikan bakar petai ni.

Selain ikan bakar, kitorang order juga Siakap Sweet Sour, tomyam campur, kailan ikan masin, sotong celup tepung dan pembuka selera rojak buah.
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
So far semua makanan ni sedap dan kena dengan selera kitorang. Tapiiiiiiii tetap tak boleh lawan kesedapan ikan bakar petai tadi tu. Nyesal tak order lagi satu. Haha. Memang nampaknya kena datang lagi minggu ni.

Total bil hari tu semua RM170 untuk 6 orang makan. Bagi Ana murah dah tu sebab ada menu lain selain dari menu-menu yang Ana cerita tadi. Tu belum masuk air lagi. Semua order jus buah kot. Memang harga tu reasonable sangat-sangat lah. 

So pada korang yang duduk area Selayang, Batu Caves, Gombak dan kawasan sekitar tu, kalau rasa nak makan ikan bakar, Ana cadangkan korang cubaWira Seafood Ikan Bakar Petai Terbaik Toq ni. Korang waze je Wira Seafood Ikan Bakar. Confirm jumpa.

Kalau kata nak datang ramai-ramai, korang boleh call in advance untuk reservation. Nak order makanan terus pun boleh. Ni Ana share nombor untuk korang hubungi.
Wira Seafood Ikan Bakar Petai 
Tak semestinya korang kena makan ikan bakar sebab ada banyak lagi menu yang korang boleh pilih termasuk western food. InsyaAllah korang akan puas hati. Kalau tak, tak kan ramai yang review kata sedap makanan-makanan dekat sini kan. Apa-apa rasa sedap tu subjektif. Apa yang Ana share ni based on pendapat peribadi Ana. Kalau tak sama, jangan marah naaaa.

Wira Seafood Ikan Bakar Petai Terbaik Toq Reviewed by Ana Suhana on September 19, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. Tk pernh makan menu ikan bakar sini.. Nanti bole try.. Lapar la tgk semua menu2 tu dikala tgh puasa ni

    ReplyDelete
  2. perut kenanyag pun rasa lapar balik tgk gambar2 ana ni

    ReplyDelete
  3. baru nak cakap panjangnya nama kedai rupanya tuan punya blog tambah sendiri. Terliur pulak musim2 jerebu ni.

    ReplyDelete
  4. Tengok rempah tu comel je dah agak mesti rasa dia ummpphh.. Aduh pekat nampak tomyam tu Ana.. Sedapnya kena bookmark kedai ni kot nak gi tah situ nanti 😍

    ReplyDelete
  5. sedap nye ikan bakar ade sambal tu.. haish geram tengok nye..

    ReplyDelete
  6. fuhhh tergoda tengok tomyam dia sebab pekat. Sotong tepung dia pun tak banyak tepung, tak la rasa macam makan cucur haha nice!

    ReplyDelete
  7. Bestnya tengok menu dia. restaurant pun besar,luas dan bersih. Nampak selesa kalau makan kat sini. Harga pun boleh tahan untuk seafood

    ReplyDelete
  8. Kat sri gombak rupanya.
    Boleh la try πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.