Makan-makan di Kafe Dapur Aneh-aneh Selayang - Ana Suhana

Aug 14, 2018

Makan-makan di Kafe Dapur Aneh-aneh Selayang


Makan-makan di Kafe Dapur Aneh-aneh Selayang | Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi food review pula. Kali ni tentang Makan-makan di Kafe Dapur Aneh-aneh Selayang. Unik kan nama dia? Aneh sangat ke makanan dekat kafe ni? 
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh 
Makan-makan di Kafe Dapur Aneh-aneh Selayang

Ana dah lama perasan tentang kafe ni. Masa tu kafe ni beroperasi dekat Selayang Segar. Memang nampak menarik sebab nama dia. Tapi Ana tak sempat singgah masa tu sebab lokasinya yang berhadapan dengan jalan utama so memang susah nak dapat parkir. Bila Ana dapat tau yang lokasi sekarang ni sederet dengan beberapa restoran fav kami dan kafe lebih luas dan selesa so Ana amik peluang untuk cuba Makan-makan di Kafe Dapur Aneh-aneh Selayang ni.

Baca juga : Family Dinner di Restoran BBS Junction 

Nama je Kafe Dapur Aneh-aneh tapi menu-menu yang ada tak aneh pun. Menu utama dekat sini ialah nasi penyet - ada ayam penyet, lele penyet, kembong penyet, udang penyet, talapia penyet, ketam penyet dan banyak lagi. 

Memandangkan Ana suami isteri peminat setia ayam penyet, of course kami letak expectation yang tinggi. Tapi ni kafe tempatan, sedap ke rasa dia? Selalu kalau orang tempatan yang buat rasa dia tak sepadu restoran-restoran penyet yang sedia terkenal tu. Sedap ke tak moh ler kita cuba.
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh 
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh 
Tengok dari segi presentation memang menarik. Lengkap semua ada - tempe, tahu, sayur, sambal penyet, sup dan istimewa dekat sini ada ikan masin juga. Rasa dia??? Hurm korang rasa lah sendiri. Bagi Ana rasa dia lebih dari biasa aka terbaik. Especially sambal dia. Padu beb - pedas dan sedap. Walau pedas tetap tak boleh stop makan. Makan masa panas-panas lagi lah terbaik. 

Selain dari nasi penyet, korang boleh juga order menu bergoreng - nasi goreng ketam,  nasi goreng udang, ketam goreng tepung dan berkuah / bersup - laksa, bakso, soto, mee kari, sup tulang rusuk etc. Ada macam-macam menu untuk korang pilih.
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh 
Antara menu bergoreng yang Ana pernah cuba ialah Nasi Goreng Shell Parq Aneh - nasi goreng ala shellout gitu. Pun sama macam menu penyet tadi, sambal dia punya lah pedas. Ana yang tak tahan pedas ni terpaksa sikit-sikit minum air. Tapi tu lah sedap. Udang dengan sotong pun banyak. Memang puas hati.
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kalau tak nak pedas boleh order nasi goreng ayam ni. Sesuai lah untuk anak-anak makan. Mesti dorang suka. Pinggan pula macam ala bot kan. Hehe. 
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh 
Bakso pun Ana dah cuba. Pun sedap juga. Ana belanja adik Ana yang hantu bakso makan dekat sini, esoknya minta beli kan bakso dekat sini lagi. Haha. Sup bakso dia memang cukup semua rasa dan of course sedap. Bakso pun banyak. Siap ada bakso berisi tahu lagi dalam tu. Ana makan bakso tu macam tu je tak letak apa-apa cili dalam tu sebab bagi Ana dah cukup sedap makan bakso kosong tu.
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh 
Terbaru Kafe Dapur Aneh-aneh dah ada menu western -  burger, chicken chop, fish and chip, beef steak, salmon grill etc. Jadi lagi banyak lah pilihan buat pelanggan. Cuma masa untuk sediakan menu western ni agak lama kalau pelanggan ramai.  So harap bertabah. Menu western Ana dah cuba makan beef burger dia. Simple je tapi puas hati lah juga. Menu ni datang dengan fries. Dalam burger ada cheese, slice macam bacon dan sayuran yang banyak - i like. Kenyang juga lah makan burger ni. Next nak try chicken chop dia pula. 
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh 
Tentang harga dekat sini,  bagi Ana semua harga adalah reasonable. Berbaloi dengan rasa dia. Macam menu penyet tu bermula dengan RM7. Manakala bakso tu RM5 je. Beef burger pula satu set tu baru RM6.80. Manakala nasi goreng tu agak mahal sikit dalam RM13 rasanya. Tapi bagi Ana ok je. Staff pun semua friendly dan suka tersenyum. Sejuk mata memandang. Eh...!! Hehe. Staff dia perempuan ok. Sampai dorang dah boleh cam Ana sebab selalu upload kat ig bila makan dekat sana. Hehe.

Bagi yang nak cuba Makan-makan di Kafe Dapur Aneh-aneh Selayang ni korang boleh ke Bandar Baru Selayang dan kafe ni berhadapan dengan surau dan sekolah agama. Nak lebih tepat sederet dengan Kafe Suria Station dan Cool Blog. 
Kafe Dapur Aneh-aneh
Kafe Dapur Aneh-aneh 

Kafe Dapur Aneh-aneh
No 11 Jalan 2/14,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, 
Selangor.

Masa Operasi :
11 pagi - 11 malam

IG :







17 comments:

  1. unik nama kafe die ..ANEH ANEH nasibaik menu die tk aneh2 sgt hehe

    ReplyDelete
  2. Haah Hnik nama cafe dia..akak notice area Batu Caves ni banyak tempat makan makan best..akak pernah makan kat Adam Lai Muslim food restaurants, situ je la..pas tu nak buat JJCM ada je halangan

    ReplyDelete
  3. Nama kafe unik.. Menu makan mengancam.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. hahaha comel je nama kedai ni, ingatkan jual makanan eksotik tadi

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap makanan tu Ana.. Paling penting cafe ni bersih..

    ReplyDelete
  6. Tengok menunya menarik tapi jauhlah pulak..

    ReplyDelete
  7. Anehnya kedai ni Ana. Hehe
    Syokknya makan makan, nampak sedap sangat tu nasi goreng shellout

    ReplyDelete
  8. salam..
    nasib makanan xaneh..risau jg nk mkn klo aneh2ni..hehe

    ReplyDelete
  9. nasib baik menu dia tak aneh.. sure kitaorg suka menu gini

    ReplyDelete
  10. nampak sedapnya makanan2 tu.. terasa lapar balik hehe

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  11. Strategi bisnes tu Ana namanya, nama cafe pun sedikit aneh kan hihi....
    Hakak jarang sangat hala ke Selayang tu nampaknya mmg tak akan sampailah....

    Yelah.... harga makan sekarang ni mmg gitulahkan tak boleh nak elak dah. Nak elak kena makan kat rumahlah gamaknya

    ReplyDelete
  12. nama kedai sangat catchy. mesti orang rasa nak pegi tengok kedai macam Aneh Aneh macam mana hehehehe pandai marketing =D

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaa makanan dia..nama pun dh bomm. hehe

    ReplyDelete
  14. Amboiiii menu. .Macam macam ada. Hah kenapa eh nama cafe nih aneh aneh. .aneh aneh aje buh nama ye. .Hehehe

    ReplyDelete
  15. sedapnya...lagi2 bila dah lapo ni...kekeke

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤