Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia


Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia l Assalamualaikum. Kalau sebut Dota, League of Legend, Counter Strike semua orang mesti tau kan. Hatta orang yang bukan kaki game pun pasti akan tau. Mana taknya, Ana percaya dalam setiap keluarga mesti ada sekurangnya seorang yang akan 'terjebak' main game tersebut hingga boleh menjadi profession mereka. Menarik kan? Sebab tu tak mustahil bila Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia

Siapa Taiwan Excellence? Mesti korang tertanya-tanya kan? Pada yang tak tau, Taiwan Excellence merupakan sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Minitsry of Economic Affairs (MOEA) yang bertujuan untuk mengiktiraf produk-produk inovatif keluaran Taiwan ke seluruh dunia.

Seperti yang kita tau produk-produk Taiwan sangat tak asing di  negara kita di mana kebanyakkan produk inovatif Taiwan memberi memberi impak nilai terbaik. Ini kerana produk-produk Taiwan yang dieksport ke luar negara telah melalui proses yang amat tinggi dan telah diiktiraf dari sudut R&D, reka bentuk, kualiti dan juga pemasaran.

Pada tahun ni, Taiwan Excellence telah berbesar hati untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa melalui penganjuran Taiwan Excellence Esports Cup 2019 (TEEC2019) dengan kerjasama ROG. Peringkat kelayakan LAN telah bermula sejak April lalu dan Sabtu lepas bertempat di Battle Arena Malaysia telah berlangsungnya peringkat kelayakan LAN yang ke-10 dan yang terakhir. Para pemenang dari setiap peringkat kelayakan (3 pemenang setiap satu) bakal bersaing di pentas akhir bulan Oktober yang akan datang.

Melihat kemeriahan dan sambutan yang sangat tinggi, Ana sendiri tak nak lepaskan peluang untuk menyaksikan dan memeriahkan pertandingan peringkat kelayakan terakhir tu. Honestly, ni first time Ana attend such event dan Ana boleh nampak sendiri betapa ramainya anak-anak muda Malaysia yang sangat meminati esports ni.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Bila Ana kata sangat ramai, maksudnya memang sangat ramai tau korang. Bayangkan lebih dari 10,000 penyertaan diterima. Dan nak jadi cerita masa peringkat kelayakan terakhir hari Sabtu lepas, penyertaan jadi over limit sampaikan pihak penganjur tak boleh nak buat apa selain terima penyertaan mereka. Siap ada yang dah join kali ke-5 lagi tau. Dahsyat tak dahsyat lah penangan esports ni di Malaysia kan. Bila lihat senario yang berlaku hari tu, baru Ana faham kenapa Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab baru esports di Asia Tenggara.

Sepanjang penganjuran TEEC 2019 ni berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan inovasi terkini Taiwan melalui perlawanan persahabatan DotA 2.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Selain daripada tu, para peserta dan orang ramai yang hadir pada hari tersebut turut dipersembahkan dengan komputer riba gaming ROG Strix SCAR III G531 yang menakjubkan yang menjadi impian untuk dimiliki oleh setiap gamers.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Serius memang sangat canggih tau korang. Mana taknya, kesemua komputer riba yang ada di pasaran Malaysia dilengkapi sepenuhnya dengan prosesor Intel Core i7 9750H, NVIDIA GeForce RTX 2070 GPU dan juga 16GB RAM dan dijual pada harga RM7,999. Confirm smooth je bila main game. Takde masalah PC slow lah, stuck lah kan. 
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Ana sempat lah godek-godek beberapa produk lain untuk gaming dari Taiwan ni, memang best dan gempak giler. Antaranya seperti ROG Phone - Game Changer, ROG Strix Helios, ROG Strix XG32VQR dan ROG Strix Scope. Tak caya korang kena cuba try test sendiri masa di grand finale nanti. Baru korang akan faham kenapa Ana kata produk-produk inovasi Taiwan ni terbaik.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019


Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Semua canggih-canggih belaka. Memang wajib ada lah kalau korang nak libatkan diri secara aktif dalam dunia gamers ni. Alang alang nak main biar lah main secara pro terus dengan peralatan yang canggih kan. Harga pun reasonable dengan spec yang ditawarkan. No wonder produk-produk inovasi Taiwan terutama produk untuk gaming mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Malaysia. Dan kalau korang nak tau, spec yang dijual di Malaysia lebih baik dari spec-spec yang dijual di negara lain. 

Macam Ana mention dekat atas, ROG merupakan salah satu penaja utama TEEC 2019. Menurut Jason Hsu (Pengurus Produk ROG), esports dah jadi salah satu sukan terbesar dan paling popular di seluruh dunia dari sehari ke sehari. Dan di Malaysia sendiri, bilangan peminat dan penggemar esports sentiasa meningkat pada kadar yang sangat mengagumkan. Disebabkan tu ASUS dan Republic of Gamers (ROG) berbangga untuk melibatkan diri dengan TEEC kerana mereka yakin ini boleh menggalakkan gamers untuk mendapatkan peralatan komputer yang inovatif untuk merasai pengalaman gaming yang sebenar.

Selain dari tu, wakil lokasi kejohanan iaitu Tiffani Lim (Ketua Marketing & Event Battle Arena Malaysia) berkata misi Battle Arena adalah untuk menyediakan tempat latihan bagi para gamers yang berimpian untuk memulakan karier esports mereka dengan serius.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Di Battle Arena, selain dari didedahkan dengan pengalaman esports secara profesional, para gamers juga akan dilengkapkan dengan "kemahiran e-senjata" yang diperlukan dalam membina masa depan yang cerah dalam dunia esports.

Bagi peminat esports yang terlepas untuk saksikan pertandingan peringkat kelayakan, jangan risau jangan sedih sebab korang boleh follow Ana untuk saksikan TEEC 2019 di grand finale yang akan berlangsung di Berjaya Times Square pada 11-13 Oktober 2019. Juara bagi setiap kategori game yang dipertandingkan iaitu CS:GO, DotA 2 dan League of Legends akan memenangi wang RM10,000 setiap satu. Istimewanya bagi juara kategori CS:GO, mereka akan diterbangkan ke Taiwan untuk berentap dengan wakil 4 negara lain iaitu Taiwan, Thailand, India dan Filipina.

Dan ada lagi satu berita gembira bagi peminat esports yang tak sempat nak join TEEC 2019 ni, apa kata korang join beberapa gaming subsidiari seperti Tekken 7, Sper Smash Bros, PES 2019 dan Mobile Legends: Bang Bang yang dianjurkan. Mana tau rezeki korang berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM9,000. Banyak tu. Tak salah untuk mencuba kan. 

Bagi yang berminat nak join acara gaming subsidiari ni, pendaftaran telah dibuka bermula 7 September 2019 dan make sure korang sentiasa update dengan  maklumat dan info terkini yang ada di laman sosial Taiwan Excellence.

Untuk maklumat lanjut tentang TEEC 2019 atau produk-produk inovasi terbaru Taiwan, korang boleh layari media sosial Taiwan Excellence seperti di bawah. Last but not least, jangan lupa save date untuk hadir ke grand finale TEEC 2019 next month. See u guys dekat sana ok.



Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Mendapat Sambutan Luar Biasa Komuniti Gamers Malaysia Reviewed by Ana Suhana on September 09, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. LeYa memang tahu sebab Otomen Taro sendiri kaki game dan bermain PUBG Mobile. Cuma belum berkesempatan untuk join Tournament yang dianjurkan dek kekangan masa. InsyaAllah, memang nak tengok Otomen boleh berjaya dalam dunia Gaming ni jugak. Sebenarnya kalau betul caranya memang bagus.

    ReplyDelete
  2. Memang bertuah dapat berjumpa dengan Ms. Ana dan keluarga yang sanggup berkunjung untuk menyokong anak2 muda di Battle Arena! Terima kasih jugas atas write-up ini. Terbaik!

    ReplyDelete
  3. Uihh bestnya akk pun pergi.. Zaza pun minat gak games2 ni..oh grand final bln 10 nanti ye

    ReplyDelete
  4. Event ni seronoklah untuk kaki gamers ni. hanya gamers je tahu feel dia..hihi

    ReplyDelete
  5. Sepupu dan adik ipar mesti suka ni. Mereka berdua tu kaki game yang sanggup tak makan 🤭

    ReplyDelete
  6. byk aktiviti ye kat sana.. patut la dpt sambutan..

    ReplyDelete
  7. Tau kat Abang dengan Adik nie harus depa ajak Kak Sue pi event nie.. tempat pun macam menarik ja nie Ana..

    ReplyDelete
  8. Ramai dah yang serius kan. Daripada hobi biasa main game, boleh join. Mana tahu, ada peluang untuk wakil negara.

    ReplyDelete
  9. tahun ni makin meriah lagi la...tahun lepas tak ramai sangat tau pasal cup ni...bagus dah industri eSports kita!

    ReplyDelete
  10. Yang join ni mesti 24 jam mengadap game je.Akak pun ada sorang anak saudara yang tak keluar rumah sebab asyik main game PUBG. Tak de bersosial langsung. Risau pulak tengok.Kalau jadi gamers macam diaorang ni tak pe jugak.Hahah

    ReplyDelete
  11. Enjoynya spend time main games... Boleh ketengahkan games online ni

    ReplyDelete
  12. Sis game2 ni tak pandai sgt..anak tahu lah, kalau setakat lps kan bosan2 tu boleh le..hehehe

    ReplyDelete
  13. Ramainya kaki gamers ye bila dikumpulkan dalam event macam ni. Semua nampak hebat..

    ReplyDelete
  14. Sekarang dah banyak kan tournament game online ni...husband pun suka tengok

    ReplyDelete
  15. Tak sangka gamers ada aomuniti besar macam ni dan macam-macam agenda diorang adakan sepanjang tahun kan...

    ReplyDelete
  16. https://www.excite4.com/2019/08/how-league-of-legends-established.html?showComment=1569495506149#c8363460976123240936

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.