Tempat Makan Popular di Kuantan : Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur



Tempat Makan Popular di Kuantan : Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur l Assalamualaikum. Sambung cerita bercuti di Kuantan tempoh hari, lepas dari berkelah kononnya di Pantai Sepat perut masing-masing dah berbunyi minta di isi. Usai Maghrib sis sekeluarga terus ke satu restoran yang sangat popular di sekitar Kuantan. Mana taknya kalau sebut pasal jalan-jalan cari makan di Kuantan, nama restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur pasti menjadi sebutan. Rugi pula rasanya kalau dah berada di Kuantan tapi tak cuba makan di sini kan.


Tempat Makan Popular di Kuantan : Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur


Ana Ikan Bakar Petai ada beberapa cawangan di sekitar bandar Kuantan. Yang sis pergi ni di Jalan Tanjung Lumpur. Mula-mula sampai di sana sis dah nampak dari jauh orang bukan main penuh. Meja semua fully occupied. Sis dah macam kecewa lah sebab tak nampak pun meja kosong. Sekali rupanya ada satu lagi restoran Ana Ikan Bakar Petai ni di belakang restoran yang penuh tu. 

Restoran yang berada di belakang ni lagi sangat selesa dari yang depan tu. Di sini kawasan restoran lagi luas dan bersih, ada pengudaraan yang baik serta kemudahan untuk pelanggan yang sangat bagus seperti taman permainan kanak-kanak dan surau. Siap ada aircond lagi surau tu. Takde alasan tak sempat solat tau. Hehe.

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur: Taman Permainan Kanak-kanak yang di sediakan

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur : Surau yang selesa dan berhawa dingin untuk kegunaan pelanggan

Macam restoran atau kedai ikan bakar yang lain, terdapat satu kaunter untuk memilih ikan atau makanan laut yang kita nak. Malam tu tak berapa nak ada banyak pilihan ikan tapi bagi sis apa yang ada tu dah kira lebih dari cukup.

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur : Kaunter makanan laut
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur: Kaunter makanan laut
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur : Kaunter makanan laut

Menu yang sis order di Ana Ikan Bakar Petai ni sama sebijik macam menu di Warung Awang Ikan Bakar di Cherating hari sebelumnya. Memang tak reti nak order menu lain dari kebiasaan.

Menu 1 : Siakap Masak Sweet Sour

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur: Siakap Masak Sweet Sour

Sis suka menu siakap sweet sour ni. Semua cukup rasa masam manis dia. Bahagian luar di masak rangup manakala bahagian dalam masih lembut hingga terasa segar isi ikan tu. Sekejapan clear lauk ni. Masing-masing tak berhenti dari mencubit isi ikan tu.


Menu 2 : Siakap Masak Stim


Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur : Siakap masak Stim

Siakap masak stim ni rasa dia sama macam masakan di Restoran Sara Thai. Selalu siakap stim di tempat sis rasa masam manis pedas tapi dekat sini rasa manis tu terlebih dan agak pedas. Sis tak berapa nak gemar tapi isi ikan tu masih boleh di makan sebab tak kuat rasa manis tu. Habis licin juga lah ikan ni.


Menu 3: Lala Rebus


Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur: Lala Rebus

Menu kegemaran MIL sis. Sis ada rasa sikit hari tu sebab sis tak suka makan lala. Rupanya sedap juga. Patutlah menu ni wajib order setiap kali makan di restoran makanan laut.

Menu 4 : Sotong Goreng Tepung

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur: Sotong Goreng Tepung

Favorite sis selamanya. Sis suka je sotong dekat sini sebab sotong di goreng rangup dan di cecah pula dengan sos cili ala keropok lekor. Tak boleh nak berhenti makan. Tengok jer pun dah tahu kerangupan sotong tu kan. Rugi pula order sikit masa tu.


Menu 5 : Butter Prawn


Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur : Butter Prawn

Highlight of the day. Seriously sangat sedap korang. Sis tak pernah rasa butter prawn macam ni dekat tempat lain. Selalunya butter prawn di masak kering kan tapi dekat sini dia di masak basah. Kuah dia pula tu sedap giler. Terasa lemak-lemak butter tu. Ketagih pula sis makan butter prawn ni. Berebut dengan FIL nak habiskan udang terakhir tu. Mana nak cari butter prawn macam ni dekat KL ni weiii.

Menu 6 :  Kailan Ikan Masin dan Telur Bistik

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur: Kailan Ikan Masin & Telur Bistik

Macam biasa menu tambahan mesti ada. Bagi sis sedap je kedua-dua menu ni sama macam masakan di kedai-kedai lain. Ratah macam tu je pun dah sedap.

Menu 7: Mee Bandung

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur : Mee Bandung

Mee Bandung dekat sini tak sama macam mee bandung di Muar. Maybe buka forte di sini tapi still boleh makan juga lah. Rasa macam mee rebus pun ada, macam mee kari pun ada. Not bad.


Secara keseluruhan sis sangat puas hati dengan Ana Ikan Bakar Petai ni. No wonderlah ramai yang singgah makan di sini. Harga pun munasabah. Untuk semua menu dekat atas ni campur dengan air dan nasi untuk 6 orang makan lebih kurang dalam RM250++. Dengan ruang kedai yang luas dan bersih, kemudahan untuk para pelanggan yang baik serta perkhidmatan pelayan yang cepat memang menjadikan Ana Ikan Bakar Petai tempat makan pilihan utama di bandar Kuantan. Pada yang singgah di Kuantan nanti jangan lupa singgah di sini tau. Klik je Google Maps dekat bawah ni. InsyaAllah senang nak cari.
<
Tempat Makan Popular di Kuantan : Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Reviewed by Ana Suhana on April 27, 2017 Rating: 5

68 comments:

  1. PC pernah pergi ke sini..tanjung lumpur...tapi tak berpeluang nak makan di sini..mungkin masa tu waktu cuti sekolah...padat..mungkin lain masa insyaAllah boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time kena pergi masa off peak PC sebab famous sgt kedai Ana ikan bakar ni. pergi kedai yang dekat blkg ni. besar dan sgt selesa.

      Delete
  2. Nampak fresh la seafood kat sini...harga ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga ok lah Lina. Untuk 7 orang makan dalam Rm250++. Makanan semua sedap dan servis cepat. Berbaloi lah bila bayar.

      Delete
  3. Nampak sedap semuanya Ana.. haha.. next time kalau ke kuantan boleh la try makan kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah tau Dilah. Tempat makan popular dekat Kuantan ni. Alang2 dh sampai kan kena lah singgah.

      Delete
  4. ya ampun makanan menggoda iman betul.dah la baca masa lunch hour.jauh sgt kalau nak pegi kena plan bebetul pergi bercuti tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kalau awak di KL boleh try di Bangi. Ada cawangan Ana Ikan Bakar ni dekat sana. Org kata sedap juga.

      Delete
  5. Sedapnya kak! mengancam betul laaaa lauk-lauk dia especially lala dengan sotong celup tepung tu huaaa. tempat ni memang femes tapi tak pernah try lagi makan sini kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try butter prawn dia Syed. Kak ana suka sgt. Dekat dh kan dengan awak.

      Delete
  6. Masa ke Kuantan hujung tahun lepas ada jugak nampak restoren ni Ana. Tp mcm yg Ana cakap tulah, mcm penuh manusia je, takut pulak nak try. Takut lambat makanan sampai. Tak tau ada lagi ruangan makan kat belakang tu ha...
    Aduh rugi betullah.... Nampak lauk tu pun mcm sedap jer terutama butter prawn tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakak mmg tak suka makan mee bandong kat tempat lain selain kat Muo daerahku hihi.... mesti frust punyalah...

      Delete
    2. Kalau sis ke Tg Lumpur ni pergi kedai dekat belakang tu. Besar dan selesa. Servis masa ana makan di sini sgt cepat kak.

      Bandung Muo memang terbaik. hehe

      Delete
  7. Memang femes restoran ana ikan bakar ni.. Teringat pulak makan keropok lekor kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea pun dekat juga dengan Kuantan kan. Boleh lah ke sini lagi.

      Delete
  8. alamak... meriahnya... sakan gambar makanannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makan ramai2 memang meriah Mia. kalau setakat 2 org tak meriah mcm ni. hehe

      Delete
  9. Ya Allah akak. Ape nii, mana boleh share gambar makanan macamniii. Hahaha

    Restoran yg ada taman permainan macamni bagus sangatlaa kalau anak2 buah saya pegi. Memang seronook habislaa depa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tershare lah Ana. tak reti nak delete gamabar2 ni. hehehe

      confirm anak2 buah awak suka kalau ke sini. sementara tggu makanan siap boleh main dekat tmn permainan.

      Delete
  10. Seronoknya dapat gi jalan2 ..

    Akak masuk jalan2 cari makanlah ^^

    ReplyDelete
  11. Dah lain laa, dah ada Taman Mainan untuk kanak2 kat Ana Ikan Bakar 😍 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu takde ye Husniey?? Sekarang dah ada 3 cawangan Ana ikan bakar ni dekat Kuantan. Semakin maju kan.

      Delete
  12. Ana.. nak sikit.. Hahahaha..
    Jelesnya ai nengok makanan-makanan tu.. Rasa cam nak masuk dalam gambar.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Sha ke kuantan pula lps ni. Buta trip JJCM dekat sana. byk kedai boleh terjah. Hehe

      Delete
  13. kat bangi pun ada ana ikan bakar petai ni. sedapnya makanan di atas. hope nanti leh makan suatu hari nanti. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kat bangi pun ada cawangan dia. katanya sedap juga. cubalah GV. insyaAllah puas hati.

      Delete
  14. Ya Allah, sotong goreng tepung dan butter prawn tu tak tahan nak tengok.. tetiba rasa lapar pulak. aduhaaaaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasmi kalau ada rezeki ke Kuantan harus mampir ke sini ya. Harus cuba butter prawn di sini. InsyaAllah puas hati.

      Delete
  15. laparnya perut ni bila tengok gambar tu

    ReplyDelete
  16. nampak sedap sungguh...lapar pulak memalam niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. butter prawn dia tu wajib cuba kak. dekat Bangi pun ada cawangan dia. boleh lah terjah nanti,

      Delete
  17. aduhaiiii sedapnya..pergi ke sini tahun 2013..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun dah tu Hernee. boleh lah ke sini semula. besar dah kedai dia.

      Delete
  18. Sedapnya semua menu Ana.. lapar terus Kak Sue nie, ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba masak menu2 ni. mesti lagi sedap tu.

      Delete
  19. jengah pagi...nak sotong goreng tepung 1 pinggan pleaseee ;D

    ReplyDelete
  20. nampak sedapnya semua lauk yang Sis post ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua sedap2. boleh lah cuba kalau ke Kuantan sis.

      Delete
  21. I was there for dinner one time last month but felt that this place isn't such a big deal. The petai finished already and we only had two in our ikan bakar. However, my friend said this is great and will return.

    ReplyDelete
    Replies
    1. petai out of stock i guess since it was their signature dish. but it supposed not to happen because people will look for their ikan bakar petai.

      me too. definitely will come again for their butter prawn.=)

      Delete
  22. My friends semua kata ' kalau nak makan Ana Ikan bakar' better pergi yang di Kuantan sebab di area Selangor, semua tak sesedap sana. Nampak gaya kena pergi la nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you mean in Bangi rite? but my friend say Bangi brach also ok. but i never try yet. if u plan to Kuantan, boleh lah singgah nanti and try yourself.

      Delete
  23. Wahh. Nama pun dah lain. Walaupun macam pelik je dengar ikan bakar dengan petai, tapi nanti boleh la bawa org yang suka petai datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. signature dish dekat sini ikan bakar petai ni dear. kalau tak suka iakn bakar atau petai boleh je order menu macam sis dekat atas ni. sedap2 belaka semuanya.

      Delete
  24. ikan bakar la makanan fevret busyra! sedapnyaaa kak anaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba kalau singgah di Kuantan Busyra. InsyaAllah puas hati.

      Delete
  25. Awatlah jenjalan singgah BW time awal pagi, buat sy rasa nak makan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat lah BW pepagi ni dear. memang waktu lapar masa2 pagi ni. hehe

      Delete
  26. Tahun lepas pergi tanjung lumpur saja jalan-jalan kat sana masa bulan puasa. Cadang memang nak makan kat tempat ni tapi ramai sangat orang terpaksa cari kedai lain. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bulan puasa mana2 kedai penuh selalu lagi2 dekat tg lumpur tu. takpe nanti kalau ke Kuantan lagi boleh lah singgah ke sini semula.

      Delete
  27. wahh..menarikk..boleh pergi..plan nak gi kuantan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah tau ke sini. tempat wajib cuba ana ikan bakar petai ni. insyaAllah puas hati.

      Delete
  28. dua tiga kali juga prnah mkan kat sini.. sotong goreng tepung mmg recommend hhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Butter prawn dia memang terbaik. Terkenang2 sampai skrg :)

      Delete
  29. Replies
    1. sedap sgt. kak ana suka sgt butter prawn dia. terliuq tiba2.

      Delete
  30. pernah mkn skali kat sni dlu..
    sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kena repeat lagi kalau ke kuantan nanti ni. hehe

      Delete
  31. Wahh, nampak segar aje makanan laut kat situ, Insha Allah satu hari nanti, saya jugak akan sampai ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah pasti punya. Otw nk blk Ganu boleh lah singgah kejap dekat sini.

      Delete
  32. Ada peluang ke kuantan wajib singgah nie..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.